Kembali bersiaran

Salam kawan-kawan!

Apa khabar semua? 

Lama sungguh rasanya tak bersiaran di alam maya ni ya.

Hmmm... ada kot dua, tiga bulan atau lebih daripada itu? Malaslah nak check bila I up entry yang terakhir tu! 

Alhamdulillah, I masih lagi di sini. Sihat macam biasa cumanya memang malas tu melimpah-ruah kedatangannya dalam diri. Sebab itulah blog ni sendu sesendu-sendunya! Nak buat macamanalah kalau dah ditimpa penyakit malaskan. Banyak cerita nak dikongsi bersama tapi nampak gayanya, adegan throwback pun macam malas aje nak berlaku di sini.

And for the stars of my blog, mereka baik-baik aje dua-beradik tu. Makin ligat, makin banyak cerita dan makin segala-galanya. Tapi apa yang pasti, mereka memang cepat membesar. Sayu rasa hati pulak bila mengenangkan nasib bahawasanya, anak-anak sudah semakin membesar dan banyak sudah kisah jadi kenangan dalam lipatan sejarah...

Sebenarnya, lama juga I nak mula aktif menulis kembali tapi bila log masuk aje ke sini, terus hilang mood dibuatnya. Entahlah tak tahu kenapa. Kita tengoklah lepas ni boleh aktif 'menghasilkan' entri 2,3 novel sehari 😃

Oh, ya... cerita yang lepas-lepas tu tak usahlah dikenang-kenang ya. Kalau rajin, jadi throwback, kalau tak rajin memang simpan dalam ingatan ajelah!

Jangan serik dok singgah sini melawat my 'rumah' ya! Manalah tahu tetiba time melawat tu, ahkak tengah rancak meroyan membebel dalam ni. Rugi tau tak join sekaki bergelak-sakan 😊

Nanti-nanti kita boraklah lagi ya!

Bye!

Comments

  1. akhirnya muncul juga MD ya..hehehe alhamdulillah semuanya sihat2 adanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih AA kerap bertanya khabar. Lama dah rasa nak menulis kembali tapi itulah, moodnya tak mari-mari ^_^. Lepas nilah ya kita 'berjimba-jimba' lagi!

      Delete
  2. Nak buek camano kalau dah kono sindrom down, eh.. sindrom maleh, maleh takdo ubat eh, kecuali buat2 rajin, haha..buat faham udohlah yek.

    Mmg betul, sayang kalo memori tk diabadikan, bukan mudah nak recover guna otak je taw. Kalo maleh tu, catitlah sebaris duo ayat ko, cukuplah.

    Apa cerita si adik cute dgn soklan2 maut dia tu? Windu kt dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni adik beradik tiri sindrom down tau. Sebab itulah mood ke'down'ung aje tau. Ingat nak borak-borak lepas cakap sambil-sambil cicah biskut dalam teh o macam selalu, tapi malasnya alahai!

      Oh, si Adik Cute nyer soklan memang mencabar jiwaraga sekarang ni! Dah pandai tarik muka kalau kena marah!

      Delete
  3. Wellcome back MD..
    Hihihi terus terkeluar omputih ni..

    Sama gak dgn CH ni..
    Cerita byk tapi nak mencoretnya..
    Aduhai kemain malas..
    Pastu menjangkit pulak kat BW..
    Udah tak menyapa ke blog kekawan..
    Sebenarnya ingat sgt kat kekawan blog ni 😍😙

    Adik cute pun tahun depan dah tahun 1..
    Abg sado pun dah tahun 6 kan MD..
    Mmg cepat membesar mereka..
    Mcm CH skrg..
    Tinggal 3 beranak jer kat rumah..
    Mujur ada nabil buat kawan gurau senda dan gaduh😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, I'm back, CH ^_^

      Cerita memang tak habis nak dikongsi bersama tapi bab kemalasan melampau tu CH memang tak boleh buat apa dah. Jenuh makan ubat tetap tak kebah-kebah juga demam malasnya...

      Kalau dah tak menulis entri tu, nak blogwalking pun malas. Nak layan whatsapp pun maleh kekadangnya! Dahsyatlah penangan malas ni tau!

      Yalah, tahun depan dua-dua dah sekolah. Makin upside downlah hidup kita. Ingatkan masa anak-anak kecil je hidup upside down, mereka dah besar pun kita masih lagi 'terumbang-ambing'!

      Delete
  4. ingat dalam pantang baby baru.. lama nau tak muncul2.. hehehehe apapun welkambek yer MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuti menaip 90 hari, memang orang ucap tahniah aje memanjang, Suria! Maklumlah, semua expect dapat baby baru. Padahalnya, seluruh urat sendi dah nak mereput. Nak baby baru apa kebendanya pulak! Hahaha!

      Delete
  5. Ha....barulah Kak Ton namanya mcm ni. Kalau tak muncul mak panggil Nek Ton baru tau haha...
    Tp yelah..... mana pergi Kak Ton yg sebenarnya ek. Lama tak tengok kat TV.

    Ha KakTon, dah keluar ni, terus je keluar jangan pulak ngengada nak masuk gua balik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahan dengar umpatan dan kejian sebab itulah muncul. Orang nak jadi baik pun susah tau dapat jiran macam nih. Hahaha!

      Yalah, apa dah jadi pada Kak Ton yang sebenar-benarnya? Bisnes dah suram ke? Tapi takpa, Kak Ton tiruan dah kembali menyinari hari anda, Mak ^_^

      Nilah susah...kat rumah nak berinternet pun payah apatah lagi nak berblogging. Bila masuk ke pejabat, tak tahu dah apa nak dimeroyankan!

      Delete
  6. Hello, MD! Welcome back. You took a very, very long break and I hope you are well rested. Waiting to read your stories hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, PH. Hope this time I will here for a longer time. But alas, today also I don't know what to cerita! Macamana nak survive nih?

      Delete
  7. Assalamualaikum MD...

    bersiaranlah kembali. Senyap-senyap kakcik akan singgah membaca di sini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam Kakcik!

      Memang takda niat nak pencen berblogging tapi itulah masalahnya. Vitamin malas menggebu dalam diri. Kalau dah malas tu, satu kerja pun tak menjadi!

      Delete
  8. Khabar baik...
    Welkam back MD..
    Ingatkan nak tunggu lagi seminggu biar cukup dua bulan tak update blog...
    Hahaha... laarrriii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha!

      Ingatkan nak genapkan setahun bertapa. Tapi takut pulak you all fikir bukan-bukan. Kang tak pasal-pasal asyik dapat ucapan 'tahniah'. Tak keruan jadinya tahu^_^

      Delete
  9. Lama betul bertapa MD..
    Alhamdulillah.. Semuanya sihat2 je ye..
    Biasa la kalau mood nk menulis takdak, tiap kali login, tak tau nk taip apa.. Hehe..
    Ira pun jarang menulis, nk blogwalking pun jarang juga.. Tapi yg mana tetap dihati tu, teringat juga.. Apa khabar agaknya..tnya dlm hati je la.. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ira. Kalau dah malas tu memang tak boleh buat apalah. Saya pun macam tu juga. Mana-mana yang dah terbiasa, memanglah ingat juga sekali-sekala walaupun aktiviti alam maya ni tak serancak dulu.

      Delete
  10. Alahaiiiiii puas scroll dari atas hingga ke bawah, berulang kali, tercari2 gambar penyeri laman, HAMPA.. 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jap hai... ni belum buat aktiviti tukar header lagi. Kehkehkeh ^_^

      Delete
  11. ingat kat saya ke MD? hihi takpe la tu kadang memang ada jugak sindrom letih dgn blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat, tak akan tak ingat. Orang rajin datang bertandang, of course saya ingatlah ~_^

      Delete
  12. Tulah lama dah tak dapat baca celoteh MD yang panjang lebar tu.Akhirnya keluar juga dari betapa ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar mesti keluar juga akhirnya, kak. Penat hai bertapa aje sensorang dalam gua. Hehehe...

      Delete

Post a Comment