Salam kawan-kawan!
Hari ni lewat sungguh nak mengupdate blog kerana sibuk dengan urusan kerja dan juga peribadi 😊
Memang saja pun nak up entri ni selepas selesai urusan barulah senang nak bercerita.
Alkisahnya, minggu lalu memanglah minggu 'naik angin' kaedahnya. Bukan sekadar kisah 'malang' ini sahaja, ada lagi kisah yang menyirap darah dibuatnya!
Marilah kita mulakan bicara ya...
Pada suatu hari, sedang saya....
Eh, silap!
Bukan nak tulis karangan UPSR rupanya I ni; nak up entri dalam blog aje 😊
I tak tahulah orang lain ya tapi I ni sejak-sejak meningkat usia, kalau bendera berkibar sampai hujung tiang, memang angin puspus menderu-deru datang. Memang kurang betul kesabarannya. Mulut pun boleh tahan, membebel tak boleh dibendung. Ada aje benda yang tak kena.
Bukanlah nak kata kalau bendera tak berkibar, I sopan sesopan-sopan perempuan Melayu terakhir; kuat juga bebelannya tapi kalau time yang ini, aduhai.... siksalah sesiapa yang ada berdekatan. Yang malang memang my superheroes di rumahlah (including bapaknya ya 😊 )
Jadinya bila bebelan tu bersangkut-paut sampai bawa ke luar rumah, memanglah menimbulkan masalah! Puncanya cuma nak makan apa dan di mana. Knowing my family ni, memanglah pendirian tak teguh kalau bab-bab nak makan di mana ni.
Akhirnya bila semua tak boleh buat keputusan (macam selalu) maka I lah yang akan buat keputusan muktahir. Yang sebenarnya siapa yang buat keputusan muktahir ni, bila ada salah-silap di mana-mana, memang senanglah nak terus tuding jari. Itulah my nasib selalu...
Jadi, I pun ambil keputusan beli aje nasi lemak ayam berempah di restoran yang kami selalu kunjungi. Selama I membeli di sini, setahunya memang mereka menjual nasi lemak ayam berempah, nasi kukus ayam berempah dan nasi kerabu.
Pernahlah sekali Ngah beritahu, kalau nak beli nasi lemak ayam berempah, jangan silap cakap. Nanti dibubuhnya lauk-pauk yang takda kaitan dengan nasi lemak. I ni kurang faham masa tu, maka I pun tak ambil peduli.
Banyak kali dah beli di sini, tak pernah pun ada masalah!
Minggu lepas I pun ke sini dengan niat nak beli nasi lemak ayam berempah. Sampai aje di depan kaunter tu, I pun katalah nak 4 nasi lemak dengan ni (sambil menunjuk pada sedulang ayam goreng berempah yang diletakkan di depan I ).
Tiba-tiba budak yang ambil order tu tanya pula, 'Biasa ya, kak?'
I ni pun tak register apa dia kata tapi tetap angguk. Sebabnya teringat apa yang my sister kata sebelum ni. Makanya I assume biasa tu yalah, macam biasa belilah - letak ikan bilis, telur, timun!
Bila budak ni dah buat sebungkus nasi lemak, dia pun masukkan sesudu sambal dalam nasi lemak tersebut. Then ditanya I lagi, ' Sambal campur sekali ya, kak!'
I pun laju-laju jawab, 'Eh, tak! Asingkanlah macam selalu!'
You know what happened next?
Diramasnya bungkusan nasi lemak yang dah siap tu dan baling masuk bakul sambil mengeluh!!!
I pun apalagi, serta-merta angin puspus meresap dalam badan. Memang marah sungguh tapi tahan lagi. Rasa macam nak cakap je kalau susah sangat, tak payah buat. Cancel semua!
Tapi I tahan lagi jangan marah sebabnya I lagi tak tahan kalau kena tegur dengan HD nanti dah pusing ke sana ke sini ke situ tiba-tiba again tak jadi beli. Oh, tak tahan oi kena sound dek suami! Tahan ajelah janji dapat makanan! Kawan yang bertugas di sebelah budak tu pun slow-slow suruh kawan tu sabar. Si kawan ni pun bungkuslah sambal berasingan!
I tunggulah sampai siap keempat-empat nasi lemak. Tapi dalam hati pelik juga, kenapa dia ni tak masukkan ayam goreng berempah! Selalunya dibungkus nasi lemak dan ayam berempah sekali, sambal tumis dan sambal belacan diasingkan dalam plastik lain.
Sebaik aje diserahkan my order, I pun tanya, 'Ayamnya mana?'
Budak kurang ajar ni pun jawab, 'Tadi kata biasa...!"
Again kawannya sabarkan dia sambil kata, 'Dah! Dah! Dah!'
Si kawan ni pun terus bungkuskan ayam berempah pulak!
Tapi angin I dah sampai ke kepala... I pun terus marahlah, 'Eh, saya selalu beli kat sini takda pun susah macam ni. Kenapa awak je bermasalah?'
I angkut semua order tu dan ke kaunter bayaran. Sampai kaunter bayaran pun I masih membebel,
Siapa budak yang ambil pesanan tu? Apasal kurang ajar sangat? Customer salah ke betul, tak payahlah baling bungkusan nasi lemak terus masuk tong sampah depan customer!
Terpinga-pingalah si cashier ni. Kejap lagi datang pulak seorang lelaki, tak tahulah bos ke atau siapa; bertanya to me apa yang berlaku.
Lepas potpetpotpet, I terus blah masuk kereta!
Sambung lagi membebel dengan HD.
Tiba-tiba HD tanya,
You sure ke ni dia tak ludah atau buat apa-apa kat makanan ni?
Aduh! Lagilah nak naik angin puspus ke peringkat seterusnya!
Sampai di rumah barulah I boleh berfikir dengan tenang, tapi itu pun masih lagi tak boleh nak memahami situasi malang nih tau sebabnya :
1. Nasi lemak ni RM8 sebungkus. Biasanya bila I beli harganya RM7.50. Awat dah naik harga?
2. Selalunya dapat sambal tumis ala-ala macam kuah kari aje kekdahnya dan sambal belacan tapi kali ni cuma ada sambal tumis je. I ni 'kejarkan' nasi lemak ayam goreng berempah di sini dek kerana sambal belacannya yang sedap. Tak akanlah berbeza sambal tumis kalau order nasi lemak biasa dan nasi lemak ayam goreng berempah? Tak mungkinkan! Mungkinkah dah bertukar owner kedai ni?
3. I taulah I mungkin silap bila mengiyakan tatkala ditanya 'Biasa ya, kak?' tapi memang sangat kurang ajar bila dia baling bungkusan nasi lemak masuk ke dalam tong sampah di depan my eyes. Itu I tak boleh terima. I masih boleh minta maaf kalau kami sama-sama salah faham pada mulanya tapi bila dia membaling nasi lemak tu, I dah tak boleh nak senyum lagi dah!
Kesimpulannya, sedap mana pun nasi lemak ni, besar mana sekali pun ayam goreng berempahnya, dan seenak mana sekali pun sambal belacannya, I memang tak akan beli lagi dah. Kurang ajar budak tu memang I tak boleh terima. Kita ban ajelah kedai nasi lemak ni seperti mana I banned Burger Byte dulu dalam senarai JJCM kami 😊
eh kalau saya pun nak naik angin macam ni MD, kalau pun kita salah cakaplah betul2 kita pun tak kisah sangatkan kalau orang masih bermanis muka walaupun salah, ini main baling je makanan dalam tong sampah macam eeee...mana hormatnya pada rezeki..eh tak bolehlah saya kalau makanan dibuat macam tu, ini kalau budak tu depan saya mau dah saya bebel berbakul2
ReplyDeleteSaya pun mulanya takdalah nak menyalahkan budak ni aje sebab mungkin saya pun silap bila iakan apa ditanya. Tapi bila di membaling bungkusan nasi lemak yang silap tu, aduhai....tahan marah betul saya masa tu! Memang rasa macam nak suruh dia siap bungkus semua lepas tu kata nak batalkan order! Geram sangat-sangat!
DeleteTakdanyalah ya saya nak membeli di sini lagi. Mereka tak hiraukan seorang pelanggan, saya pun tak kisah!
Adui pasal smp baling makanan dlm tong sampah, tu kedai makpak dia ke senang2 makanan masuk tong sampah? Mmg takde adab sungguh tu, kalo den jadi toke kedai tu den fired on the spot je.
ReplyDeleteEntah apalah masalahnya tu kan? Kalo dia pompuan entah2 dia pun tengah naik bendera berkibau paling atas kot, hehe..Kita andaikan mcm tu.
Apapun nmpknya kedai tu dah kehilangan seorang pelanggan tetapla ni;)
Kan! Macam bos pulak! Tapi kalau pun dia bos, tak patut sungguh baling bungkusan nasi lemak tu depan pelanggan. Pertama, itu rezeki milik entah siapa. Kedua, biadap sungguh perbuatan tu. Memanglah pelanggan sentiasa betul walaupun tak betul, tapi tak patut buat begitu depan pelanggan walau marah macamana sekalipun! Eh, faham ke maksud saya nih? Kalau hati sakit dah tu menaip keyboard nak reply komen, dengan pengomen-pengomen sekali berapi-api dibuatnya. Hahaha!
DeleteLelakilah, KakG. Bukan naik bendera, bukan juga menopause. Memang dia buang tabiat!
😱😱 1st time dgr silap order buang masuk tong sampah. Bkn ke rezeki tu, kalau da tercampur sambal pun, masih boleh simpan utk makan sendiri.
ReplyDeleteBudak tu pun angin puspus mcm MD kot..
Kalau ira dia tnya biasa pun ira angguk jugak. Sabar je la.. Kalau ira kat tmpt MD pun, boleh naik angin jugak..
Mungkin dia ada masalah kot.. Br lps kene marah agaknya.. Kan da kena ban..
Saya yang kena ni memang terkejut dan sangat marah sebenarnya masa tu. Tapi saya tahan marah saya sebab malas nak berargue pulak dengan HD nanti kalau saya berlalu pergi tanpa membeli apa-apa. Kalau kita salah, cakap ajelah elok-elok. Kita pun boleh terima walaupun payah! Ini, main baling nasi lemak yang sedang dibungkus depan kita, aduhai... memang biadap tahap dajal betullah!
DeleteTakutnya....sampai cenggitu sekali, buang nasi lemak dlm tong sampah.
ReplyDeleteDia ingat dia sorang pandai sentap ye Kak Ton....
Hakak Tohon lagi terer hihi...
Memasing tgh bendera naik berkibarlah tu...
Kalau lelaki....agaknya tgh gaduh ngan girlprenlah tu kak Ton
Melampaukan, Mak! Kalau pun kita silap, tegurlah elok-elok. Kalau kita tau kita silap, kita pun akan jadi malu bila ditegur elok-elok. Ini tidak, pi baling nasi lemak yang tengah bungkus tu buat apa? Bapak dia punya kedai ke? Or maybe rezeki dia dah melimpah-ruah sangat sampai tak kisah rezeki hasil jual nasi lemak sebungkus tu?
DeleteKakak saya kata, ramai orang komplen sebenarnya kedai ni. Selalu buat silap!
Tapi, selama saya membeli di sini tak pernahlah kena tiba-tiba terjadi insiden ni. Selalunya yang ambil order dan bungkus tu budak lelaki lain, takdanya kurang ajar macam si budak ni!
Memang ahkak tak balik semulalah melawat kedai ni. Semoga murah rezeki ownernya. Kena pilih pekerja yang elok perangai dan tahan sabar melayan kerenah pelanggan yang pelbagai untuk lebih murah rezeki rasanya!
Akak bacapun sakitnya hati, memang patutpun adu kat owner..
ReplyDeleteKalau owner tak ambil peduli akan hal ni, saya tak tahulah. Saya memang malas nak ambil tahu. Walaupun pada mula mungkin saya pun ada menyumbang kepada kesilapan, perbuatan kurang ajar budak lelaki ni membaling nasi lemak depan saya memang tak boleh saya terimalah!
DeleteApa-apa pun saya tak akan kembali membeli di kedai ni. Mungkin hilang satu pelanggan, dia boleh dapat 1001 lagi pelanggan! Just kena jagalah adab pekerjanya!
Agak- agak kan..apa berlaku kat budak tu MD?diberhentikan? haih kesian owner dah hilang sorang customer
ReplyDeleteEntahlah, SA. Tak tahulah owner tu ambil tindakan ke tidak. Saya terus blah lepas bayar dan komplen. Malas nak ambil tahu. Dia yang kurang ajar, dia kenalah bertanggungjawab akan akibatnya. Kalau masih bekerja, kena syukurlah pintu rezekinya tak ditutup!
DeleteIsh! That boy is so rude! That behavior is totally unacceptable. I agree, MD. Boycott!
ReplyDeleteMemang! He's very rude! Maybe it was my fault too at the begining, but when he started throwing that nasi lemak, arghhh... I didn't know how to react that time to hide my anger!
DeleteMemang boycott! No more nasi lemak ayam goreng berempah lazat for me and my family!
Tapi kalau orang belanja free, I accept ajelah! Hahaha!
Aduhai..
ReplyDeleteKalau CH kena mmg sentap tahap gaban..
Dan dan tu juga CH tinggalkan restoran tu..
Biarpun berhapan dgn en suami yg menunggu dlm kete tu..
Jom cari kedai lain..
Memang rasa nak batalkan aje pesanan. Kalau ikutkan lagi geram, memang nak batalkan semua bila dia dah siap bungkus keempat-empat nasi lemak tu. Baru padan muka. Tapi CH, yang sebenarnya sebelum tu dah puas merata nak beli makanan tapi tak tahu nak makan apa. Ni pun saya yang insist nak ke sini. Makanya kenalah bersabar sikit aje lagi ^_^
Delete