Restoran Ulangan ^_^

Salam kawan-kawan!

Hari ni hari Jumaat jadinya mood untuk buat segala perkara pun berkurangan sebab esok hujung minggu 😄 Maklumlah emak-emak ribena memang amat menyintai hujung minggu katanya...

Niat di hati macam tak mahu up entry hari ni tapi rasa tak seronok pulak kalau tak membebel dalam blog ni. Yalah, lama dah pergi bertapa menuntut ilmu; takkan nak disia-siakan aje ilmu membebel tukan😆

Ini sebenarnya bukanlah cerita makan-makan terbaru, tapi takpalah demi kerana nak clearkan draft yang ada, kita tempek ajelah di sini. Nak baca, bacalah. Tak nak baca, tak payahlah ajar nak buat apa!

Ini makan-makan di Restoran Aroma Hijrah...


Lama sungguh tak makan di sini tau. Makin besar rupanya restoran ni. Habis semua lot kedai disapu bersih. Terimakasihlah pada pelanggan yang beri sokongan padu (Eh, eh! Dah macam tuanpunya kedai pulak!) termasuklah pelanggan yang pernah setia- tuan punya blog ni 😉

Kalau tak kerana jauh, mahu juga kerap ke sini tapi nasib baiklah jauh 😊

Makanan di sini memang tidak mengecewakan. Walaupun makanan Arabnya sudah diubah untuk menepati citarasa orang kita, rasanya memang lazat. Makan sedulang macam ni lagilah awesome.

Tapi itulah, dek kerana tempat duduk bersila tutup ke atau dah direserved dek pelanggan, terpaksalah makanan berdulang ini dihidang di atas meja. Kurang sikitlah keseronokannya.

Ini pulak di mana lagi kalau bukan Lobster Garden 😉



Entahlah dah hilang percaturan ingatan berapa kali kami sudah ke sini. Senang cerita memang banyak kali. Tapi  setiap kali datang pun order menu yang sama juga. Side dish aje yang ada perbezaan satu, dua. Nak cuba bershell out di sini masih lagi tak dapat sebab shell out paling sikit pun untuk dua orang. Siapakah gerangan yang sudi bershell out bersama memandangkan my HD and superheroes semua pun tak makan siput eh.... seafood!

Ini pulak my favorite drink...



Tak tahulah apa kes setiap kali makan tak kiralah apa, tetap juga nak sirap bandung! Muak tak muak itu belakang cerita. Janji sirap bandung sedia terhidang!

Yang ini pulak kalau tak silap di Fuel Shack...





Inilah kali pertama kami cuba makan di sini dan rasanya memang tak akan kembali lagi kecuali memang merangkak kebulur tak jumpa makanan lain 😊

Semua menu memang not our type, taste and so on lah, senang cerita. 

Setakat kentang dengan sos bolognese tu, any time I boleh buat sendiri cuma MALAS jerk 😊

Restoran yang ini pula I boleh terlupa nama! Puas nak register dalam kepala apakah namanya  tapi tak juga muncul. Yang tahu ianya terletak di Bangi...

(Update : Dah ingat nama restoran ni. Namanya - Bunga Lawang 😃 )





Makanan semuanya dari Johor dan not badlah. Adalah rasa dan suasana dalam restoran pun amat santai. Tenang hati nak melantak tau!

Yang paling bawah tu kalau tak silap kari kambing tapi kata HD sikitlah pulak. Tak kenyang melantak macam tu...

Yang ini pun I tak pasti ler tapi rasa-rasanya dari Restoran Pormthip...





Harapnya betullah gambar-gambar ni dari hasil tangkap muat di restoran tersebut...

Memandangkan restoran ni terletak di belakang rumah aje, makanya kekerapan untuk terjah ke sini memang amat tinggi. HD terlalu suka tomyam ayam di sini. Kalau kata aje tak tahu nak makan apa, memang nama restoran inilah yang timbul di tangga teratas dalam kepala😉

Dan yang terakhir sekali, bukan dibeli di mana-mana tapi pernah ke tidak you all tengok mangga sebesar  hampir seruas tangan? (Eh, betul ke perbandingan ni?)




I tak pernah tahu pun tapi ada sekali tu masa balik ke rumah Chik tengok ada mangga besar bagak macam ni! Hampir dua mangkuk hasilnya dari sebiji mangga aje! 

Rasanya tak payah cakaplah, satu kelas di bawah Harum Manis 😉 Itu maksudnya sedaplah ya. Dapat pulak percuma, apalagi... silalah melantak dengan penuh nikmat selagi terdaya!

Dah di beri sebiji, dengan muka tak tahu malu minta kat Chik lagi 3 biji. Chik pun pergi minta kat besannya. Hahaha!

Sempat naik kapalterbang MH5592 sampai ke Uzbekistan ya mangga ni tapi malanglah, my brother in law lambat pi collect dari kawan HD makanya hanya lembu kambing aje yang dapat merasa. Busuk dah weyh! Mommy and Dada sempat tengok jerk bentuk mangga gergasi nih!

Eh, dah panjang dah I membebel! 

Oleh itu, jumpa lagi minggu depan ya!

Ya, ya! Kak Ton tak akan menghilangkan diri masuk gua/panjat gunung lagi buat masa ini 😊

Selamat berhujung minggu!
























Comments

  1. terjah-terjah penuh gambar makanan entri kak ton hari ni, sedap2 nampaknya tu..ehhh kita pun ada entri gambar makanan tapi belum publish lagi tapi makanan kita tu semuanya dimasak sendirilah hahaha itu yang disimpan berkurun tak publish2 tu, malu pun ada nak tunjuk ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak sedap semua pun beli, AA. Hahaha!

      Kalau yang saya masak, tak tahulah sedap ke tidak. Tak boleh tanya saya, kena tanya anak-anak dan suami kalau nak tahu sedap ke tidak *_*

      Alahai, apa salahnya up dalam blog. Mesti sedap sebab AA kan pandai masak juga!

      Delete
  2. Masak pulut mangga sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. UA buat nanti tolong perpanjangkan sampai ke rumah kita yerk ^_^

      Delete
  3. Knplah makan kt kedai sedap kan, dah sedap cantik je kejadiannya, kalo ank2 mkn kt kedai tu habis je makannya.

    Tergoda den tengok tau, lama dh tak kuar makan kt luar ni. Toklaki den tak berapa gemar mkn kt kedai, byk bahan perisanya, botak kepalo.

    Tu mangga sekilo 8hengget Tak silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sampai la ni konpius tau. Kenapa asal orang masak je sedap. Asal tengok orang masak je, meleleh air liur. Nak kata tak reti sangat masak, eh macam tipu pulak ^_^ Hahaha!

      Susahkan kalau tok laki tak suka keluar. Memang kena merajinkan diri memasaklah, KakG. Nak buat camna...

      Aha, kata berjaya naik MRT hujung minggu ni? Apa cerita? Tok laki kena heret keluar rumah ke?

      Delete
  4. Semakin banyak restoran dah diterjah ye MD..
    CH laki bini mmg susah nak berjalan jadi terjah yg dekat2 ajer lah..

    Buah mangga besar tu adik ada tanam..
    Mmg besar sungguh ..
    Pernah buat entri mengenainya..

    Sian mummmy dan daddy kat uzbek tu..
    Tak merasa mangga besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini macam throwbacklah, CH. Masa tak aktif berblogging dulu, masih lagi aktif melantak ^_^ Eh, kata dok bertapa tapi sempat lagi pulak jalan-jalan cari makan! Hahaha!

      Saya baru first time nampak buah mangga gergasi ni, CH.Tapi sedaplah rasanya manis-manis gitu. Itu yang buat muka tak malu siap suruh Chik minta lagi. Actually saya nak beli tapi maklumlah itu besan Chik, maka WAJIBlah bagi free je. Hahaha!

      Delete
  5. Hi MD! Wah, nice makan-makan session with the family. I am intrigued that the food at Arabic restaurant is served in a big dulang like that. Saves having to wash so many plates, right? Good idea nak buat cam tu kat rumah hah..hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau PH makan dalam dulang ramai-ramai. But please don't make a scene by coming here alone and request to 'makan berdulang' ^_^ Roger me if you do not have a melantak partner, ok!

      Delete
  6. HiMD,saya ada baca tentang kes SR atau KidsWorld Permaisuri. Kawan2ku juga kena/hadapi masalah2 sama juga. Sekarang ni, boleh minta tolong MD, samada masih keep receipts diberi atau apa nama syarikat? Jika ada, nanti saya bagi email address pd MD ya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi!

      Sebenarnya saya dah 'tutup buku' tentang hal ni. Macam-macam masalah yang terjadi. Memang malang betul nasib anak bongsu saya.

      Masa kejadian berlaku, saya ingatkan salah saya seorang aje. Yalah mungkin saya salah dengar dan sebagainya. Lagipun masa tu saya tak mengenali ibubapa yang lain maka tak tahu apa yang berlaku pada pelajar-pelajar lain. Tapi saya rasa memang pasti ketika kejadian bertemu dengan pihak mereka, takda pun disentuh tentang mahu keluar dari SR.

      Kes kawan-kawan saudari ni pada tahun 2016 tu ya? Dah setahun lebih dah tu...

      Mohon maaf banyak-banyak sebab saya tak dapat membantu.

      Delete
  7. Salam MD..lama SA x lepak sini..sekali tgok entry ni ha...mak oiiii...sedapnya...buah mangga tu buat SA terliur la...aduhaiiiiiii........sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, SA!

      Yalah, saya pun lama tak ke sana, SA.

      Cakap pasal buah mangga, tetiba saya pun terliur sama. Tetiba teringat pulut mangga pulak ^_^

      Delete
  8. Makan makan perut kenyanglah ni ek....
    Tomyam tu mmg menggoda sungguhlah. Pekat likat dan melekat gitu. Mak lama tak gi lobster garden tu Kak Ton. Pak Jilap tu kan saja dengki tau, asal kawan kita rekemen je dia pun kata makanan dia biasa biasa je....sajalah tu! Nyampahkan....

    Mak kalau makan luar biasanya ambik air kosong je. Maklumlah kalau hujung minggu tu biasanya pakej makan sehari semlm. Kalau dah pagi petang minum manis takut weyh kena potong kaki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang begitulah, Mak. Kalau dah makan-makan macam ni perut masih tak kenyang, ada masalah dalamanlah tu ^_^

      Tomyam kat Pormthip ni memang sedap, Mak. Saya biasanya ambil tomyam ayam (merah), tomyam lain tak pernah cubalah.

      Pak Jilap tu tak nak keluar duit and travel jauh ke Sg Ramal lah tu sebab itu dia kata macam-macam! Eh, Mak belum pernah juga ya cuba shell out kat situ?

      Dah 3 kali bawa Ngah dan Ngah kata kenalah Lobster Garden ni dengan anak tekak Melayunya tu...

      Oh, Kak Ton kalau hujung minggu paling banyak pun dua kali makan luar sehari. Tapi tak kerap. Jadinya memang samada pagi atau malam takdalah makan-makan lagi. Nasiblah anak beranak ^_^

      Bab air manis tu memang kesedapan tak dinafikan tapi kalau ingatkan akibatnya, memang kalau boleh tak nak minum langsung. Betul tak, Mak?

      Delete
  9. Fuhh kecur air liur tengok macam macam makanan adaa!Fuel & shack tu Nani pun tak berapa nak gemar. Harga boleh tahan, tapi makanan so - so aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berapa bestlah Nani makan @ Fuel Shack ni. Rasa-rasanya memanglah takda teringin nak singgah lagi. Tapi tak boleh cakap besar juga, manalah tahu tetiba teringin nak datang lagi dan lagi. Hehehe!

      Delete
  10. Replies
    1. Silalah menjamu mata. Nak jamu anak tekak tak mampu pulak ^_^

      Delete

Post a Comment