Kisah hujung minggu lalu...

Salam kawan-kawan!

Hari ni nampak gayanya memang entri tak bergambarlah ya. Maklumlah bila tiba hari Isnin selalu sangat dapat Monday blues lately, memang takda mood aje memanjang nak buat apa-apa pun!

Hujung minggu yang lalu pun I dapat hujung minggu yang panjang daripada biasa sebabnya hari Jumaat I ambil cuti. Kena turun ke JB untuk majlis perkahwinan anak saudara perempuan. Itu pun selesai makan di luar, barulah kami gerak balik ke Batu Pahat pada petang Jumaat. Duduklah anak beranak di rumah Chik kerana Chik dan yang lain-lainnya sudah bergerak ke homestay di Johor Bahru.

My sister Teh tak buat majlis perkahwinan di rumahnya; semua buat di dewan Tabung Haji. I pula tak dapat turut serta ke Johor Bahru kerana menunggu my another sister yang dijangka sampai di BP selepas pukul 12 tengah malam. Bertapalah I anak beranak di rumah Chik. Nak kata mengelak kerja tak juga sebabnya my sister yang request suruh tunggu rumah sebab dia sampai selepas pukul 12 tengah malam. Aha, jangan pepandai kata I curi tulang pulak!

Hari Jumaat tu berjagalah I sendirian sampai ke pukul 2 pagi. Nak tidur takut tak sedar pulak nanti bila my sister sampai. Siapa nak buka pagar pulak! Pengsan nanti my sister's family dok tidur dalam kereta depan pagar rumah. Nak tak nak, kenalah korbankan tidur. 

Dahlah hari Khamis pun I tidur sampai pukul 1 pagi aje. Kawan HD datang dari Filipina dan HD kenalah ambilnya untuk dibawa ke Kuala Lumpur. Bila dah tidur dan terjaga awal pagi, memang tak bolehlah nak lelap lagi. Sampai ke pagi tak tidur, kalau tertidur pun sekadar tidur-tidur ayam aje!

Letih ya dua malam tak cukup tidur...

Hari Sabtu seawal pukul 7 pagi kami dah bergerak ke JB. Majlis nikahnya bermula pukul 9 pagi, ikut janji Melayu. Sampai di JB pukul 8 pagi tak dan nak pergi bersarapan. Takut pulak nanti terlambat untuk majlis pernikahan. Kami ni memang jenis sentiasa awal daripada dijanjikan. Nasib baiklah ada saki-baki sup daging dan roti my sister bawa ke dewan. Dapatlah alas perut sekejap sebelum majlis pernikahan yang bermula pukul 10 pagi.

Oh, macam biasa sebelum majlis I, suami dan anak-anak sibuklah jadi 'pengantin' berposing atas pelamin orang. Siap ada pengapit lagi tu. Berbulu aje my anak saudara@abang pengantin bila auntynya suruh dia suami-isteri jadi pengapit pegang kipas siap bagai. Maklumlah pengantin lama teringin nak bersanding semula...

Bila majlis bermula, memang jangan haraplah I sibuk nak berselpie-wefie dengan pengantin ya. Memang I tak kuasa. Duduk ajelah di kawasan doorgift, berhampiran buffet. Asal lapar, makan. Asal haus, pergi minum! Senang betullah attend majlis milik saudara-mara; tak payah nak bersusah rewang bagai. Hahaha!

HD pulak bila dah terasa penat, teruslah lepak di surau dengan anak-anak. Lagi pun HD takut nak muncul di kawasan TMJ ni. Hahaha! My abang ipar suruh HD duduk senyap-senyap takut nanti ada yang nak minta tandatangan TMJ. Huhaa....itulah dah suruh buang jambang tu tak mahu. Siapa yang susah? 

Kali ni dapatlah berjumpa saudara-mara yang lama tak nampak muka. Masing-masing penuh dengan perubahan 😊 Berjumpalah juga dengan my sepupu sebaya yang dah berbelas tahun tak jumpa. Bukan sekadar tak berjumpa, tak pernah berhubung pun. Maklumlah hidup my FB memang antara hendak dengan tidak aje. Tak kuasalah I nak 'jelajah' FB setiap hari. Dahlah dalam grup whatsapp sepupu sepapat, I juga yang takda. Ngah tak berani nak beri my handphone number kepada admin@salah seorang my sepupu. Katanya takut I tak nak masuk grup. Hehehe! Kira nasiblah, maklumlah nak jadi betul-betul Tanggangkan!

My jiran punya anak yang merupakan kawan sepermainan/sepergaduhan/sepesaingan ketika di sekolah rendah dan menengah pun I jumpa di sini ya. Banyak tahun dah tak berjumpa. Bila berjumpa, masing-masing dah 'besar'. Boleh pulak tu anak jiran ni tanya kat I, " La, tak tahu pun Norin kahwin dengan orang Uzbek tau! Padanlah anak-anak nampak macam mixed!" 

I tak tahulah nak gelak ke, nak senyum ke, atau nak buat takda perasaan aje. Lama dah kami kahwin jiran oi! Tulah masa attend my wedding, tak perasan ke I bersanding dengan siapa? Eh, dia ada ke masa I kahwin? Rasanya dia tengah sambung belajar kat UK masa tu. Eh, lantaklah! Semua dah lama jadi sejarah. Yang penting sekarang ni dapatlah jumpa semula bila masing-masing dah tua belaka. Hahaha!

One of my sepupu lagi best; dah dekat 40 tahun tak jumpa my another sepupu yang tinggal di Singapore. Bila I dengar, I pun tolong kira jarilah nak tengok 40 tahun tu berapa lama.  Hahaha! Ni yang sebenarnya, ada seorang lagi sepupu yang I dah tak jumpa sejak I berkahwin sampailah sekarang. Padahal dia tinggal di BP aje. Tak dan lah nak buat lawatan sepupu sepapat kalau balik hujung minggu aje. Makan-makan lagi afdal didahulukan. Sepupu yang ini pun satu sekolah rendah dengan I. I nampak her sister di majlis kahwin my anak saudara ni tapi dia takdalah pulak hadir. Kalau tidak, nak juga buat adegan jejak-jejak-kasih-sendiri-yang-cari-pasal-menjauh!

Oh, by the way... my anak saudara yang ini adalah sepupu kepada penyanyi Wany Hasrita ya. Si Wany ni merupakan anak kepada adik lelaki my abang ipar@ suami Teh. Kiranya jauh bau bacang dengan I lah. Dah bau-bau jering je yang tinggal. Hahaha!

Dia ada 'muncul' pada pagi pernikahan tu sebabnya cuma ada kaum keluarga aje di situ. Kalau tetamu ramai, hilang pulak gemerlapan pengantin my anak saudara bila sepupu penyanyinya muncul nanti. Kira bijak juga si Wany ni tak muncul masa majlis persandingan.... Tapi yang sebenarnya, dia ada acara di Melaka katanya petang semalam. 

Apa? Nak tanya I ambil gambar ke tidak dengan si Wany ni? 

Minta maaflah acik-acik semua, Kak Ton memang tak heran dengan artis ok sebabnya Kak Ton pun retis juga. Huhaa!

Kami pulang semula ke BP lewat petang tu. Pukul 7 malam sampai rumah. Lepaklah atas katil sebab penat sangat walaupun tak buat apa-apa. Kutip doorgift aje bawa balik!

Semalam gerak balik ke KL bersama-sama dengan Ngah sekali. Sampai KL, uruskan pakaian yang ada dalam 4 beg! Penat mesin basuh I bekerja overtime di hari Ahad tau. Settled dah urusan mencuci. Lepas tu I terbongkang tidur dari sebelum Asar sampai lepas Asar. Lepas tu sambung balik sampailah dekat pukul 7 malam. Qada' tidur katanya... 

Bila  dah over tidur di siang hari, malam pun mulalah mata tak boleh lelap. Maka, jomlah gosok pakaian yang hampir dua bakul penuhnya. Settled kerja, I pun terus landing!

Itu pun masih lagi rasa tak cukup nak mengatasi Monday blues di pagi Isnin. Nampak sangat memang spesies pemalas tau!

Okaylah, penat menaip tanpa gambar (macam selalu). Esok-esoklah kalau free kita bercerita lagi...




Comments

  1. Huh...ingatkan bizi merewang rupanya bizi bersanding anak beranak! Memang berbulu pun anak sedara yg tukang ambik gambo makcik yg perahsan tak ingat dunia tu... bukan mesti mesti lagi dah....

    Sesekali tu seronok jugaklah ada kenduri kawen mcm ni, boleh jumpa sepupu sepapat, jiran tetangga yg tak pernah jumpa. Tapi kalau selalu malas jugak nak berahmas mesra. Penat weyh nak berlakon senyum sepanjang masa.

    Mana satu ek Wany ni....nama pernah dengar tp muka tak berapa nak cam. Nanti nak google.

    Part paling malas bila balik berjalan tulah tu...mendobi. Nyampah ah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada apa nak direwangkan, Mak. Jumaat malam tu pun dia orang sibuk berinai sakan termasuklah Ngah. Kahkahkah.

      My anak saudara pakai baju tema silver, dah macam pengantin lama. Dah terlanjur mereka tunggu peluang nak naik pelamin sekali lagi, kita suruhlah mereka berdua pegang kipas dan tolong kipaskan aunty & uncle yang sibuk 'bersanding' juga tu. Eh, kira banyak kali jugalah kita orang bersanding atas pelamin orang tau! Next persandingan bulan November ni. Yang itu di KL lah!

      Seronok memang seronok bila sesekali bertemu. Macam-macam soalan keluar tapi maklumlah I bekas anak dara pingitan, memang sopanlah kalau in public ni. Yang tak sopannya dalam grup whatsapp jerk ^_^

      Delete
  2. tapikan kalau dapat peluang bermals2 dirumah sambil tunggu tetamu kira seronok jugakan hehehe tapi tu lah terpaksa korbankan masa tidur pulak ye.

    seronok juga kenduri saudara mara macam ni dapat jugalah jumpa kawan2 serta sepupu sepapat yang dah berkurun tak jumpakan, ala saya pun sama MD kadang malas juga join grup wasap yang terlampau sangat bersembangnya samapi malam pun dok bersembang lagi sudahnya left group je lah, bukan nak menyombong tapi kita pun banyak kerja lain, bila tak berborak ditanya "eh sunyi je" haaa dah alang2 tu kita sunyi je lah terus hehehe, tapi dah ada nomborkan bolehlah pm2 je.

    oh HD ada iras2 TMJ lah agaknya ni ya..takut diserbu peminat untuk minta tandatangan tu hehehe

    saya ni pun MD memang tidaklah nak bergambar dengan artis dah tua2 ni, masa muda2 dulu adalah juga tapi takdelah sampai histeria bila terjumpa artis tu. saya pun ada anak saudara yng bergelar artis dulu tapi sekarang tidak lagi jadi artis, pangkat anak saudara lah tapi umurnya sebaya saya je hehehe. kira glamer jugaklah zaman2 kegemilangan dia dulu kikiki tapi idok ler emah buahnya ni nak menumpang glamor..segan katanya hahaha

    selamat pengantin baru buat anak buah MD, semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke dalam syurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul, AA. Kalau dapat peluang bermalas-malasan di rumah memang best tak terkata! Tapi itulah, jarang-jarang peluang yang tibakan!

      La, kita baru aje nak suruh admin grup blogger add AA, dah tak mahu pulak katanya 'berbincang' sampai lewat malam. Nanti kalau left group, ada pulak yang tersayat hati. Hahaha!

      Saya memang tidaklah nak bergambar dengan 'manusia'. Selalu pun ambil gambar anak-anak aje. Kalau terpaksa sangat, barulah saya bergambar. Itu pun saya dah dipaksa bergambar dengan sepupu and the gang yang dah berbelas tahun tak jumpa. Meranalah saya tak dapat menolaknya tau! Hahaha!

      Delete
  3. Kalaulah dapat tengok gambar 'orang bersanding anak-beranak' tu....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar bersanding orang lama esklusiflah, Kakcik. Tak boleh buat tontonan umum. Hahaha!

      Delete
  4. i suka sgt g kenduri kahwin.. tp suka g makan je.. kalau kat kg suami bnyak buat rewang.. tuyg malas..haha.. sebab x pandai masak, habis semua org tahu kita x pandai masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...lain kali kalau pergi kenduri kahwin yang kena rewang bagai, janganlah menolong kat dapur. Pergilah tolong hiaskan pelamin ke, susun kerusi meja, tolong rebus telur tak pun gubah mengubah je macam skil tu cemerlang gitu. Nak suruh tanam pokok, takdanya kerja menanam pokok masa kenduri kahwinkan! Hahaha!

      Ni pun duk dapur, bocorlah rahsia tak reti masak satu kampung tau! Baik-baik orang tak tahu, dah jadi viral sekampung ^_^

      Delete
  5. akak dua bakul.. banyak nyaa... 5 pasang pun malas gila nak iron :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, akak ni tergolong yang suka cuci/lipat/gosok pakaian. Jadi bab-bab ini takda masalah dalaman yang timbul. Hahaha!

      Ni kira dah kurang rajin tau. Dulu-dulu cadar pun akak iron. Tinggal lingeries aje tak kena gosok. Kahkahkah!

      Delete
  6. Kira hari yang bertuah lah ya MD dapat bertemu semula sepupu sepapat sanak sedara jiran tetangga yang lama tak berjumpa.Lepas hari tu ntah bila lgi lah dpt jumpa semula.
    Oh wani hasrita tu ya...akak selalu juga dengar lagu dia...ermm biasalah akak ni dah ada ank remaja mereka dengar lagu org muda...terpaksalah tadah telinga juga.
    Wah seiras TMJ ya ...dah tentu hensem buahhati MD kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa terus kat Kak Saniah tau bila dah tiba JB. Maklumlah acah-acah sibuk jadi pengantin lapuk ^_^ Yang susahnya pergi kerja kahwin ni bila ramai benar yang bertanya. Kita pula jenis malu-malu meow-meow kekadangkan, masalah negaralah! Lagi-lagi tak boleh nak sembunyi celah mana, aduhai....

      Eh, HD kata dia jauh lagi 'ganteng' dari TMJ. TMJ gemuk pendek, dia besar tinggi. Hahaha! Suamiku perasan, apa nak buat, redha ajelah ya dah namanya suami ^_^

      Delete
  7. SA x suka lipat kain...mana baju kerja hantar dobi terus gosok..mana baju pakai hari2 basuh gantung ngan hanger...pemalas nak lipat..Wany Hasrita? kira bijak gak la dia..kalau tak dia je yang pemes kat majlis tu kang..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira bagus jugalah dia, beri peluang pada pengantin menyerlah katanya!

      Saya memang terlebih rajin bab-bab ini tau tapi itulah tak suka berlama-lama di dapur memasak ^_^

      Delete
  8. Dah katanya puas melaram atas pelamin, mana gambarnya MD?
    Itu yg best bila pergi majlis kahwin, boleh jumpa sanak saudara yg dah lama tak jumpa...
    Kalau time raya pun kadang2 tak bertembung, masa kenduri la nak bersua muka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaramlah puas-puas sebelum tetamu dan pengantin sampai. Nanti kalau tetamu sampai, pandai pula malu. Hahaha!

      Simpan dalam hard disk ajelah gambar-gambarnya ^_^

      Betul tu. Macam saya yang duduk kat Itali ni, time raya sehari sebelum sehari selepas aje ada kat kampung. Memang tak beraya sakan. Time macam nilah baru jumpa orang yang lama tak berjumpa...

      Delete
  9. Kalau tak cukup tidur, memang penat lepas tu rasa emo je sepanjang hari. Hahah! Bab tumpang bersanding dekat pelamin orang tu memang biasa sangat buat. Hahah. Boleh lah fefeeling time bersanding dulu ye kak? Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu, Nani. Bila badan rasa tak selesa, mulalah mood pun jadi lain macam. Rasa nak makan orang aje kerjanya!

      Akak ni kalau pergi majlis perkahwinan ahli keluarga sendiri, memang sakan tumpang pelamin sebelum pengantin rasmikan tau. Lepas-lepas tetamu datang, tak kuasalah nak propa lebih-lebih. Wajiblah nak tunjuk bagus sangat perangai. Hahaha!

      Delete
  10. Mmg bestnya bila kenduri buat kat dewan dan ada katering..
    Masa tu mmg bergambar jer lah kerja..
    Pastu sembang2 dgn sepupu sepapat yg dah lama tak jumpa tu kan..

    CH pulak tak boleh tido mlm tak cukup..
    Mulalah sakit kepala paginya..
    Langsung tak boleh bergembira di hari majlisnya..
    Jadi bab2 tunggu menunggu ni..
    En suami lah jadinya..

    Wah ada ank buah penyanyi ye MD..
    Tapi tahulah CH ni bukan tahu penyanyi zaman skrg ni..
    Tahu yg seangkatan masa muda remaja jer lah..

    Bab balik berjalan ..
    Nak mendobi tu yg bercinta..
    Mujurlah anak dara CH dah besar..
    Dorang je lah yg mendobi..
    CH boleh lah rehat sikit.😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan CH adakalanya saya rindu tau zaman rewang-rewang dulu. Bestkan masa tu. Asal ada majlis kahwin, mesti rewangnya seminggu sebelum majlis. Rumah pun rasa lain macam bila ramai orang datang. Walaupun tak selesa nak berehat, seronok tu sampai kini terasa. Sekarang ni kalau attend majlis kahwin sekadar makan dan tengok pengantin aje. Dahlah!

      Kalau dulu, sibuk nak tengok pelamin, bilik tidur pengantin, meja solek pengantin. Pengantin tengah bersolek pun kita sibuk nak tengok mak andam tengah mengandam. Teruja sangat tau!

      Bukan anak buah saya, CH. Itu anak buah abang ipar saya. Dah jauh bau bacangnya, tinggal bacang busuk je ^_^

      Nasib baiklah saya suka mendobi tau. Kalau tidak, tak tahu apalah nasib pakaian tu semua. Kalaulah boleh pakai buang, memang dah lama kena pakai buang aje ^_^

      Delete

Post a Comment