Pengesahan Pendaftaran Sekolah Tahun 1 (2018)

Salam kawan-kawan!

Walla! Panjang tak tajuk hari ni? 

Of courselah luar biasa panjang tajuknya sebab kejadiannya pun 'luar biasa' juga 😊

I cuti setengah hari lagi ya Jumaat lepas kerana urusan yang ini...

Maklumlah, emak-emak yang super-E memang macam ni tau. Tunggu last minute barulah nak bertindak. Yang sebenarnya, I terlupa habis tentang ini walaupun tahun ini merupakan tahun yang penuh cabaran dan dugaan dengan 'pengajian universiti' my anak bujang tercomel @ Adik Cute. Macam-macamlah masalahnya sampai tak tahu nak pilih jalan mana...

Alkisah, beberapa minggu sudah my Bubbly Abang ada beritahu cikgunya kata pendaftaran Tahun 1 untuk 2018 akan tutup pada 30 September. I ni pun dengan penuh keyakinan menjawab,

Mommy dah registered Adik kat sekolah since April 2016. Sekali lagi Mommy  registered online bulan Jun ke Julai tahun ni!

So that's it! Habis cerita!

Kali pertama I mendaftar anak secara 'manual' di sekolahnya pada April 2016 kalau tak silap. Masa mendaftar aje teruslah diberi satu set latihan untuk ujian penentuan kelas semasa orientasi hujung tahun 2017 nanti. Wow! Ada masa setahun ya nak belajar set latihan untuk ujian tu!

Masa tu I ada juga ushar online. My sister yang kebetulan guru sekolah ada beritahu tentang online registration tapi bila I nak mendaftar tak boleh pulak. I pun telefon ke sekolah. Kata mereka tak perlu buat apa-apa kalau dah datang ke sekolah buat pendaftaran sebabnya masa tu sekolah-sekolah di Kuala Lumpur belum bermula sepenuhnya sistem pendaftaran secara online ni. Sekolah pun tak tahu nak buat macamana kerana belum dapat arahan yang sepatutnya.

So, I pun diamkan diri sampailah ke pertengahan tahun ni kalau tak silap. Bila semua orang sibuk mendaftar online, I pun cuak juga. Lagi cuak bila my sister kata kena lengkapkan butiran anak secara online terutamanya sejarah imunisasi.

Tapi orang dah tanya sekolah, kerani sekolah kata tak payah buat apa-apa kalau dah mendaftar kat sekolah!

Kau checklah sekali lagi sebab butiran imunisasi tu tak akan sekolah boleh isikan, kau aje yang tahukan! Ada kau beri copy buku imunisasi pada pihak sekolah tahun lepas?

Takdalah sebab dia orang tak minta pun!

Sekali lagi I pun cuba log in ( I dah signed up in 2016 tetapi tak boleh isi butiran untuk pendaftaran secara online pada masa tu kecuali untuk sekolah-sekolah di Selangor sahaja) dan kali ni berjaya mengisi segala butiran secara online untuk my Adik Cute. Dua, tiga hari jugalah bawa buku imunisasi tu ke hulu ke hilir dek kerana banyak betul informasi yang diperlukan. Fikir senang ke nak baca tulisan tangan doktor? Doktor beri suntikan lain, tarikhnya diletak kat tempat lain. Suntikan untuk apa pun pitamlah nak baca apa yang ditulisnya!

Yang bestnya I siap saling ingat-mengingati dengan one of my colleagues yang anak perempuannya lahir sama tahun with my son, siap suruh dia sign up online bagai pendaftaran sekolah anaknya. Unfortunately or should I say, fortunately... my colleague ni lagi blur daripada I tau!)

Selesai aje I melengkapkan butiran peribadi, tadika dan kesihatan anak, keesokannya sekolah pun telefon. Mereka tanya betul ke I ada isi segala butiran secara online? I pun jawablah ya sebab semua orang sibuk kata kena daftar online juga makanya I pun dah cuak 😊 I pun buat ajelah memikirkan takda apa pun yang akan menyusahkan di kemudian hari.

Puan, sebenarnya puan tak payah daftar lagi secara online. Semua tu sekolah boleh isikan tapi puan kena datang bawa dokumen yang dimintalah...

Memandangkan I dah pun mendaftar secara online, sekolah pun mintalah I cetak segala dokumen tu dan hantar semula ke sekolah!

Hah! Satu kerja lagi tau! Tak pasal-pasal kena berkejar ke sekolah hantar  dokumen lagi sekali!

Semasa menghantar dokumen yang diperlukan, I pun tanyalah bila agaknya akan dapat pengesahannya. Kata mereka mungkin dalam bulan Ogos. Kalau tak dapat apa-apa surat, cepatlah telefon sekolah!

Seingat I masa Bubbly Abang masuk Tahun 1 (in 2013, 5 tahun sudah tau...) surat pengesahan akan sampai dalam bulan Ogos. Lepas tu kena datang sekolah untuk orientasi akhir Disember, ambil buku teks, bayar yuran dan beli segala keperluan sekolah. Awal tahunnya, bawa badan dan beg troli aje pergi sekolah terus masuk kelas. Masa Bubbly Abang dulu pun takda ujian penentuan masuk kelas. 

Masuk bulan Ogos tahun ni, I ingatlah tentang hal surat pengesahan ni. Tertunggu-tunggu juga manalah surat ni tak sampai sehinggalah awal bulan September! Seminggu dua sudah, I ada juga tergerak hati nak telefon ke sekolah bertanyakan hal surat ni tapi asyiklah terlupa dan tertangguh kerjanya...

Sampailah Khamis lepas, setelah siap makan malam I pun capai telefon dan perasan ada dua missed calls dari pihak sekolah selepas pukul 4 petang...

I pun dah cuak. Laa... jangan-jangan tentang surat pengesahan sekolah Adik Cute!

Hari Jumaat pagi kebetulan pulak I terserempak dengan my colleague yang ada anak sebaya dengan my son di pantry pejabat,

You dah dapat surat pengesahan sekolah ke?

Dah! Dah! In August hari tu...

Early or end of August?

Early August... 

You registered online ke?

Tak!  I daftar kat sekolah aje. Lepas tu kementerian hantar surat school placement for my anak. I pun pergilah sekolah. Now mereka pandai, mereka suruh you bayar duit buku and bawa balik bukukerja suruh anak buat sebelum orientasi Disember nanti!

What? Anak you dah dapat buku? Kena bawa apa ek untuk pengesahan? ( I terlupa yang sebenarnya I pun dah dapat set latihan ni untuk ujian penentuan kelas hujung Disember nanti tapi dek kerana kalut, I tak faham apa yang my colleague cuba sampaikan...)

I dapat sekali form dengan surat tu. Banyak sangat kena isi. Siap tanya cita-cita apa. I should put my daughter wanna be a princesslah!  6 years old tak tahu apa nak jadi pun! Eh, you tak buat pengesahan lagi ke? You better hurry! Today is the last day!

Alamak! I pun apalagi teruslah telefon sekolah!

Nama saya blahblahblah. Saya dapat missed calls dari pihak sekolah semalam. Kenapa ya? Tentang anak saya yang nak masuk Tahun 1 tahun depan ke?

Oh, Puan ni blahblahblah, mak kepada blahblahblah kan? Puan belum buat pengesahan lagikan?

Saya dok tunggu-tunggu juga surat tapi tak sampai-sampai sehingga hari ni. Saya baru perasan hari ni last day untuk buat pengesahan!

Puan mendaftar onlinekan jadi puan kena pergi balik ke website tu dan buat pengesahan. Yang penting sekarang puan buat pengesahan secara online dulu. Lepas  tu puan datang hantar surat pengesahan tu boleh?

Apa lagi yang saya perlu bawa ya?

Puan buat dulu pengesahan secara online lepas tu hantar surat tu. Nanti kita beritahu apa yang perlu bawa!

Hah, gitu pulak! Beritahu ajelah apa dokumen nak kan senang kerja!

Apalagi, I pun teruslah beritahu bos nak cuti setengah hari petang Jumaat tu sebab nak menguruskan persekolahan anak ( Ya, ya, tentu my bos fikir macam dia sorang aje dalam dunia ni yang anak nak masuk sekolah! Who cares! Hahaha!)

I balik rumah cari semua dokumen original, buku imunisasi Adik Cute dan semua salinan masuk dalam satu fail. Yang penting surat pengesahan online dan persetujuan kesihatan tu dah print. Oh, yes! Aha, segala informasi yang I isi secara online pun I print semua.

Sampai aje sekolah terus menuju ke pondok jaga,

Saya nak pergi pejabat!

Dah tutup, kak! Hari ni Jumaat. Akak kena datang balik pukul 2.45 petang!

Duh! Langkah kiri ni walaupun hari Jumaat. I memang tak suka kalau awal-awal dah ada 'aral'. Mesti urusan tak mudah nanti...

Tengok hari pun dah gelap, petanda nak hujan petang nanti. Tiba-tiba teringat pakaian di ampaian. Kalau rush balik ni, boleh selamatkan pakaian di jemuran gitu😁 Tapi dek kerana dah sampai sekolah, I pun tunggulah my another anak bujang tersado @ Bubbly Abang balik.

Again, pukul 2.30 petang I keluar rumah semula menuju ke sekolah. Kalau boleh, memang nak selesaikan hari ni juga!

Nasib agak baik, sampai aje sekolah pejabat pun dibuka. I panjatlah tangga ke tingkat 2. Lama juga tunggu di luar tu sebab tak boleh masuk ke pejabat mahu pun bilik guru. Kena tunggu di luar sampailah ada guru/staff yang keluar minta tolong panggilkan kerani sekolah.

Kerani sekolah pun buka sliding window tu dan ambil dokumen.  Kena isi form dengan butiran punyalah banyak padahal I dah isi segalanya secara online. Copy pun ada bawa bersama tapi tetaplah kena isi semula...

Pukul 3.30 petang baru selesai semuanya. Lepas ni kenalah  tunggu surat pengesahan (kali ni betul-betul dipos) dari sekolah untuk orientasi, ujian penentuan kelas, bayaran yuran dan buku teks!

Lega bila dah selesai semuanya. Terkorban setengah hari cuti lagi, dahlah cuti tak banyak mana!

Begitulah kekdahnya kalau ada emak yang super-E macam I ni. Terlalu super-E sangatkan sampaikan semua pun kelam-kabut padahal anak kedua masuk sekolah ni, bukan pengalaman kali pertama 😊

Well, I dah plan nak ambil cuti seminggu awal tahun depan sebab my Adik Cute masuk Tahun 1. Rindu nak merasa duduk kat tepi pagar sekolah tengok anak makan waktu rehat 😁 Dah 5 tahun berlalu since I did it last time 😁


















Comments

  1. Hahaha...kakcik baca setiap patah perkataan dan ayat, sudahnya kakcik ikut rasa nak semput...:)

    Sekejap je , bujang kecil dah nak jadi 'anak sekolah'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik, kalau tak semput maknanya Kakcik silap masuk blog. Itu bukan blog saya ^_^

      Yalah, Kakcik! Lepas ni frasa dua-dua anak di bangku sekolah. Masuk 2019 (oppss...lajunya fast forward!) anak bujang sulung saya dah masuk sekolah menengah. Huwaaaa!!!

      Delete
  2. Ira xdpt lg surat dr sekolah..
    Hari tu en suami call sekolah, kata pihak sekolah, diaorg da pos sebulan yg lalu.. Huhu.. Knp la x sampai2, dekat je kot. Kene la pegi sekolah.. Risau jgk ira, ni da masuk bln 10, apa pun x buat lg.. Tgk org lain da start shopping brg sekolah da.. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Ira! Masih tak dapat lagi surat pengesahan tu? Patutnya dah lama dapat sebab tarikh tutup 30 September. Silalah laju-laju terjah sekolah. Macam-macam info nak kena isi. Pitamlah kejap kena isi borang. Jangan lupa bawa surat kahwin, surat beranak anak, buku imunisasi, kebenaran suntikan tu, IC makpak, slip gaji (semua original dan copy). Tapi tak pastilah kalau semua sekolah perlukan dokumen yang sama ya ~_^

      Delete
  3. Terasa sungguh kelam kabutnya MD..
    Alhamdulillah masih sempat menyelesaikan urusan tu..


    Hihihi CH awal tahun ni yg jadi penunggu pagar dan kantin sekolah..
    Nabil tukar sekolah baru..
    Byk perkara yg perlu diajar..
    Dari belanja kantin smpi lah mcm mana nak call mama 😁😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah kelam-kabut, CH... kita sorang aje yang nak hantar anak masuk Tahun 1 tahun depan nih. Ish, memang kelam-kabutlah sebab dua-dua anak bersekolah sesi pagi pula tu. Memang gelap dunia pagi saya tahun depan tau dek kelam kabut ^_^

      Nasib baiklah tersedar hari tu, dapatlah juga pergi sekolah dan selesaikan semua urusan. Kalau tidak, hari ni setengah hari lagi saya cuti ^_^

      Saya kena pantaulah anak bila masuk sekolah ni. Lagipun makanan tak halal, so nak kena biasakan dirinya jangan sesekali jejak kaki dekat dengan kantin.

      Tapi si abang tu sampai sekarang tak dapat pocket money. Kalau beri pun hari Rabu aje. Itu pun dia tak tahu nak guna buat apa. Kita nak beri pun dia tak nak ambil!

      Delete
  4. Macam kelamkabut akak rasa situasi MD mengolahkan anak nk masuk sekolah.Tu baru 2 ,kalau ramai harus pengsan stress terkejar2.
    Bagaimana agaknya awal tahun adek cute sekolah nanti kan...mummy nampaknya yg tak sabar nk tunggu tepi pagar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kan saya dah kata, kak... Sayalah emak paling sibuk tahun depan sebab dua anak bujang bersekolah. Takda orang lain yang akan lebih sibuk daripada saya ^_^

      Yang pasti memang saya selalu lebih teruja daripada anak-anak. Kenangan masuk sekolah dulu-dulu masih lagi tak tinggalkan kepala otak ni, kak. Hahaha!

      Delete
  5. Mak dah lupalah Kak Ton ..... maklumlah 7 tahun lepas punya cerita. Dulu belum ada blog lagi kalau dah ada sure boleh search....Pendaftaran Tahun 1 2010 hainomokje.... terus keluar cerita separuh muka kajang. Kak Ton lainlah.... johan merapu haha....

    Tah papelah diaorang ni kan...kejap online kejap tak,buat kerja 2-3 kali jadiknya. Tak pelah Kak Ton yg penting dah settle. Lepas ni cuma cari uniform sekolah jerlah kan.....
    Menangis tak adik cute agaknya ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak tak johan ke bab-bab merapu? Kak Ton tetiba teringat satu komen ni yang mengatakan fakta bahawasanya Mak suka sangat menulis novel zaman sekolah-sekolah dulu. Kehkehkeh!

      Nasib baiklah Kak Ton tak jumpa Mak zaman sekolah, kalau tidak kita dah jadi penerbit buku tak pun novelis Mak oi ^_^

      Ingatkan dah buat online lagi senang rupa-rupanya lagi kena buat double. Ingatkan Kak Ton dah terlebih bijak sangat, rupa-rupanya Kak Ton yang rugi ke hulu ke hilir buang masa!

      Entahlah, masa tadika dulu dia champion menangis makan sampai satu dua bulan. Masuk Tahun 1 nanti Kak Ton rasa melambak juga air mata kelelakian anak bujang Kak Ton. Dia ni tak macam Bubbly Abang, nak nangis pun takut. Sedih tengok Mommynya pergi meninggalkan dewan pun simpan dalam hati aje!

      Delete
    2. Kaki skodeng rupanya tau dia ni ! Diam diam tapi mata dengan otak merayap haha...

      Delete
    3. Apa nak buat. Masa merayap kat tempat lain tetiba nama Mak yang disebut-sebut. Takkanlah Kak Ton nak buat tak peduli, jiran sebelah rumah tu. Wajiblah tahu sejarah asal-usul perangai muda-muda. Wakakah!

      Delete
  6. Tahniah ya mummy

    anak pun dah makin besar

    sedar sedar usia kita dah meningkat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihlah, Mazni...

      Anak cuma dua aje. Tahun depan dua-dua dah bersekolah. Terasa sunyi pulak rumah walaupun masa mereka ke sekolah, saya pulak bekerja. Hehehe!

      Anak dah semakin besar maknanya usia kita pun dah semakin meningkatlah. Masa bersama anak-anak pun makin kurang sebab kita makin tua dan mereka makin besar; makin kurang kebergantungan hidup pada kita. Huhuhu!

      Delete
  7. Den dah 2, 3 Kali singgah sini, baca separuh rasa cam nak pitam..berenti, malam tadi baca lagi, mcm nk semput plan, berenti lagi, haa..parah kau, org lain yg sibuk kulu kilir urusan ank nak masuk sekolah, org lain plak yg masuk spital Kang
    Nasib baik urusan sekolah ank2 semua suami yg uruskan, Tak taulah apa citernya, maleh nak tya..haha..teruk pya mak kan.

    Apa2 pun semua urusan dah selesai kan, so legalah. Tinggal nak tunggu taun depan, tunggu nak bertapa di tepi pagar sekolah ek, kuikui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semputlah ni eh? Sebab itu kena baca, stop, buat kerja lain, baca lagi, stop lagi, buat kerja lain lagi. Kalau tidak kena 'neb' pulak. Hahaha!

      Itulah tak fahamnya, orang lain yang menulis entri panjang berjela, re-read puluhkali, tapi orang lain yang semput masuk spital. Apa kes ni?

      Untunglah ada suami mithali tolong uruskan anak-anak; tak macam kita yang gila kuasa. Habis urusan anak-anak kita nak conquer. Saya rasa suami saya pun gembira bukan kepalang sebab tak perlu uruskan anak-anak tau!

      Uish! Tak sabar rasanya tau nak duduk pegang pagar sambil memerhati anak sedang makan waktu rehat. Kahkahkah!

      Delete
  8. SA ikuti kisah ni dari hari tu...rasa geram je ngan dorang...alhamdulillah dah selesai ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu bab tadikanya, SA. Baru aje selesai sebulan, dua sudah. Ada saya catat juga di dalam blog ni. Nasib baik takda anak lagi nak pergi tadika, kalau tidak memang kena blacklist tadika tu!

      Lega tau bila urusan dah selesai. Tak tahu macamana nak cakap ^_^

      Delete
  9. semput nih saya membaca celoteh MD hahaha dah la semput berjalan dari parking ke opis tak hilang lagi baca celoteh MD bertambah2 semput kikiki..itulah gayakan MD bila kena berurusan perihal anak2 nih. eh tapikan saya tak tahu pulak last urusan 31 sept tu hehehe, tapi takde pulak pihak sekolah kata tunggu surat dari sekolah yang pihak sekolah cakap print surat tawaran melalui online dan bawa ke sekolah saja dan sediakan dokumen seperi yang diminta je, jadi takdelah saya ni dapat apa2 surat dari pihak sekolah. atau ada sekolah yang berbeza caranya saya pun tak pastilah.

    tapi alhamdulillah dah lega tu MD bila urusan dah selesaikan, saya pun nampaknya nak cuti lama ni buka sekolah nanti maklumlah anak dara kecik saya tu pun dah mula sekolah nak jugalah memantau walaupun dia tak perlu lagi berbelanja kalau ke sekolah tu tapi maknya ni kan nak jugalah tengok anak daranya kan, selain tu nak juga mejenguk si adrien yang baru dajah 1 tu nanti nak jugalah bertapa tepi pagar tengok beli makanan dan tengok dia naik bas sekolah tu nanti, tapi takde risau sangat sebab abangnya ada nanti dengan adrien, tapi kena tengok juga mana tahu abangnya nanti saja nak tinggal2 kan dia kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sambil berjalan ke pejabat sambil singgah blog saya ke? Padanlah semput bertimpa-timpa, AA!

      Ha'ahlah, saya baca entri AA pasal ni pendek je. Saya punya dua kali ganda panjangnya. Kenapa ek? Hahaha!

      Saya ni terlebih clever. Lainkalikan jangan buat sesuatu tu cepat sangat. Inilah jadinya. Saya nampak bunting kat sekolah kata dah boleh mendaftar, sayalah di antara yang pertama mendaftar di sekolah pada tahun 2016 tau. Bila orang sibuk daftar online, saya pi daftar sekali lagi tahun ni. Sudahnya, pendaftaran saya jadi double gamaknya. Sekolah pun pening jap dtg sekolah, jap daftar online. Rupa-rupanya kalau daftar online, memang kena sahkan online juga pastu pergi sekolah. Kalau daftar terus di sekolah, dapat surat direct dari kementerian macam kawan saya tu.

      Nasib baik jugalah saya clever juga hari Jumaat tu datang bawa surat pengesahan siap dengan dokumen yang saya rasa-rasa mereka perlukan. Nasib baik!

      Yalah, anak dara sorang je, AA. Kenalah pantau. Adrien tak usah bimbang, nanti mamanya (samalah macam aunty ni) dok mencangkung kat tepi pagar tengok anak cerdik ke tidak. Hahaha!

      Delete
  10. Phew! Semput rasa membacanya. Hahah. Akhirnya settle jugak kan. Siap ada exam nak tentu kan kelas sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda yang tak semput membaca entri ni. Kenapa ek? Hahaha

      Sekarang memanglah terlalu ramai sangat budak pandai gamaknya. Semua nak duduk kelas pertama. Makanya kenalah adakan ujian penentuan kelas!

      Delete
  11. My goodness, MD! I cannot imagine that registering a child for school can be so complicated and confusing >.< Pening I baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nowadays, everything can be done online. But you knowlah sometimes the system can make you pening lalat!

      Delete
  12. Assalamualaikum wrmbth. Salam Jumaat sis

    lecehnya daftar anak ni ya

    banyak prosesnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Mazni!

      Sebenarnya nak dipermudahkan dengan buat semua urusan online tetapi biasalah bila baru bermula memang kacau-bilau sikit.

      Delete
  13. Sib baik zaman anak2 akak senang, xder nak daftat online bagai...


    Pssssttttt: gamaknya mula thun depan seawal jam 3pg MD bersilat di dapur ya sediakan bekal anak..😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tak tahu, UA. Tahun depan tak sempat dah saya nak 'menyahut' kalau grup whatsapp. Maklumlah anak ada dua gi sekolah. Sibuk alahai... Hahaha!

      Eh, bab buat bekpes kul 3 pagi tu macam dalam mimpi ajelah UA!

      Delete
  14. Patut la cuti cepat habis...
    Cuti nak duduk tepi pagar yer MD..
    Nanti bubbly abang UPSR, cuti lagi seminggu..
    lepas tu, cuti raya tinggal berapa hari? huhuhu

    Erk, susahnya nak daftar anak sekolah..
    Dua tiga kali kena isi maklumat..
    Sepatutnya sistem online kena lagi mudah...
    Ni makin susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ada baki cuti 55 hari, kita ada cuti 5 hari tinggal. Mahu tak merana badan dok adjust cuti. Tapikan, sungguh gitu tetap juga sebulan nak sekali cuti. Manalah cukup!

      Tahun depan memang lagilah habis cuti dah awal tahun nak duk tepi pagar selama seminggukan!

      Patut kalau guna sistem online lagi mudah tapi entahlah. Tunggulah dua, tiga tahun lagi bila dah fully online, mungkin menyenangkan juga kot!

      Delete
  15. Adik cute dah besar dah... huhuhu sekejapan je... memang haru la sekejap ikut sistem sekejap ikut manual...

    Last year masa Alisya mudah je sistemnya.. yang tahun ni memanv kelam kabut sikit sebabkan imunisasi tu... sabar je lah... mujur semua dah settle...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan dah masuk Tahun 1. Sekejap betullah masa berlalu. Walaupun ada setahun lagi, lagi dua tahun anak bujang sulung saya dah masuk sekolah menengah. Huhuhu... sedihlah anak-anak dah besar!

      Delete

Post a Comment