Kisah emak tak banyak anak ^_^

Salam kawan-kawan!

Seronoknya tengok cuaca di luar sana.  Lapang aje hati melihatnya 😊 Tak macam semalam, pagi-pagi dah hujan. I tersedar pukul 4 pagi tengok-tengok punyalah lebat hujan di luar. Sangat berbeza dengan pagi ni...

My anak bujang, Bubbly Abang dah kena datang sekolah pukul 6.50 pagi semula. Gurubesarnya kata tak boleh jadi budak-budak ni. Bila kata tak perlu datang seawal pukul 6.50 pagi, masing-masing bukan main lewat sampai sekolah. Makanya, gurubesar telah mengarahkan semula rutin guru kelas masuk pukul 7 pagi! Kalau cikgu masuk kelas pukul 7 pagi, kenalah anak-anak murid sampai di sekolah pukul 6.50 pagi! 

Ahkak is penatlah semula kena keluar rumah awal!

Sebelum cuti seminggu Deepavali yang lalu, my anak bujang dah menduduki peperiksaan akhir tahun. Naik cuti baru ni, takda kerjalah nak dibuat di sekolah. Belajar pun ala kadar. Kejap-kejap kena pakai pakaian sukan. Last Friday, ada walkathon lagi - jalan-jalan sempoi keliling padang sekolah yang seciput aje tu! Itu pun dipanggil walkathon ke? 

Tapi kalau sekolah buat merentas desa di luar kawasan, ada juga emak-emak (I lah tu) yang 'cuti-cuti Malaysiakan' anaknya 😊 Kalau tidak, mahu berbakul-bakul kata nasihat dan sebagainya untuk anak! Aduhai... kesian betul my anak-anak bujang!

Bubbly Abang kata dia antara 20 yang pertama menghabiskan walkathon. Biar betul ni... Jangan-jangan 20 yang terakhir kot... Tapi katanya siapa yang 'lari-lari manja' kena jalan semula. Mungkin betullah tu, dia antara yang berjalan dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan, makanya dapatlah jadi 20 yang pertama 😉

Esok cikgu dah pesan suruh ikat buku-buku teks elok-elok kerana kena pulangkan semula semua buku teks by this Friday. Duit yuran tahun depan dan duit tuisyen sekolah untuk dua minggu pertama bulan Disember nanti semua dah siap bayar since awal Oktober yang lalu. 

Tapi pandai juga sekolah si abang ni; macam selalu keputusan peperiksaan akhir tahun, report book, dan buku teks baru, buku kerja dan buku latihan untuk tahun depan mereka akan hold sampailah ke hujung-hujung nak cuti sekolah nanti. Makanya no choicelah, kena juga pergi sekolah macam biasa. Kalau tidak, ada juga emak-emak (Eh, yang ini bukan I okay...) yang 'cuti-cuti Malaysia'kan anak-anak sebelum cuti sekolah bermula.

Pun begitu, Bubbly Abang dalam kesedihanlah kerana cuti hujung tahun ni cuma dapat 2 minggu aje. Kasihan anak Mommy sampai Mommy rasa nak ketawa terbahak-bahak. Bagus juga, kalau tidak kejap minta izin main tab, kejap main handphone adiknya, kejap buka laptop. Kalau dah semuanya kejap, bila calculate memang hampir sehari suntuklah dia dengan gadget. Mommy pulak takda di rumah. Memang bermaharajalelalah nampak gayanya! Lebih baik dia pergi tuisyen kat sekolah!

Semalam dia pulang bawa piala sebab dapat nombor 2 dalam esei BM untuk Tahun 5. Pelik jugalah sebab English tak dapat tapi BM pulak yang dapat. BM si Bubbly Abang ni kalau nak lawan dengan Mommynya memang kalah ler. Tapi kalau lawan Daddy memang Bubbly Abanglah yang menang. 'Lontong' pun Daddy tak tahu apa 😊

According to my 'cikgu' sister, BM sekolah Cina ni memang mudahlah berbanding dengan budak-budak SK. Cikgu BM si abang ni pulak selalu komplen katanya my anak bujang ni lain macam sikit. Kalau dia konfiden, mesti keputusan merundum sebab dia leka dan cuai. Kalau kena sound (especially Mommynyalah ya) memang tetiba berubah keputusan. Sama macam exam baru ni, tiap-tiap hari masa minggu exam I sound berdas-das sampai tak tahan  telinganya mendengar rasanya (dia tak cakap tapi I yang rasa macam tu...)

My anak ni I tahulah perangai belajarnya macamana. Dia memang tersangat cuai. Kalau buat latihan, dia tahu jawapan tapi boleh pulak tu tertanda jawapan lain. Tak ke sakit hati mendengarnya? Memang nak kena 'bomb' lah gamaknya. My husband kalau dengar I marah anak-anak, dia pun fed-up. Selalu aje suruh I 'Boleh tak senyap sikit? Suara you aje dalam rumah ni!'

I pun senyaplah 60 saat, lepas tu start balik 😊

Bila keputusan jatuh, I juga yang kena. So, sebelum apa-apa biarlah I terpekik-terlolong macam orang gila. Bubbly Abang ni memang kena pressure, baru boleh perform. Tapi kalau dipressure selalu, lain pulak jadinya. Pening kepala tau...

Ingat tak dulu I marah suruh dia baca buku berkaitan Sains setebal 200 mukasurat selama 2 jam dan lepas tu I gertak nak tanya soalan dari mana-mana 200 muka surat tu. Buku tu tentang planet, dinosaur, kelajuan cahaya and all sorts of science facts. I suka-suka gertak aje (walaupun muka marah macam apa!) Lepas 2 jam, I terus duduk tanya soalan dari mana-mana muka surat yang I nak. Surprisingly, dia ingat semua fakta dalam satu buku tu. I sendiri pun tak boleh ingat. Hahaha!

Sebulan sebelum exam I dah suruh ulangkaji. Dia buat sambil lewa aje. Sehari sebelum exam, barulah nak belajar Maths dengan Mommy. Nak belajar BM dengan Mommy. Nak belajar Sains dengan Mommy. Padahal masa yang I mampu mengajar cuma sebelah malam aje, sangat singkatlah dari 8 ke 10 malam. Mana nak cekau ajar semuanya!

Memang kena tahanlah telinga bila I baling pensel, siat buku etcetera etcetera. I kalau dah marah memang ada 'masalah' sikit. Lepas tu menyesal tak sudah. Hahaha!

Yang sebenarnya my anak bujang ni lebih suka belajar santai tentang pengetahuan umum. Kalau buka buku teks, buku ulangkaji tu memang dia drag macam apa. Cuba suruh tengok channel History, National Geography, buku bacaan Sains atau belajar dari youtube aje, memanglah dia gembira tak terkata. Tanya aje apa nak, insyaAllah dia mampu jawab!

Tapi nak buat macamana. Sistem pendidikan kita ni memerlukan kita mengumpul sebanyak A yang termampu daripada peperiksaan besar. Kalau dapat 100A+, tentu-tentu orang panggil kita genius. Makpak pun tak berhenti kembang kuncup hidung sampai kena sepit dengan penyepit baju takut kembang sangat! Dapat masuk suratkhabar, dapat masuk TV. Bukan anak aje, makpak pun boleh join sekaki malah melebih-lebih pun takpa dah anak sendiri yang geniuskan... 

Masa tulah orang sibuk tanya tips macamana dapat anak yang pandai gaya gini. Kita pun tersengih-sengihlah beri tips. Padahal hakikatnya, anak pandai kumpul A aje, lain-lain tak reti 😔 

I dah beritahu Bubbly Abang, memang nasibnyalah ya. Geliga macamana pun kalau tak dapat keputusan dengan banyak A, orang masih lagi akan kata 'Oh, tak pandai mana pun dia...!' So kalau tak nak berusaha mendapatkan banyak-banyak A, Mommy tak tahu. Menjawablah sendiri penyesalan dalam hati nanti 😊

Tahun depan my Bubbly Abang dah Tahun 6. Memang tersiksalah jiwa-raganya sebab Mommy dah pesan, 5 tahun boleh main-main belajar tapi tahun terakhir di sekolah rendah ni kenalah belajar sebab nak kumpul A kan. Bukan banyak pun Mommy nak; subjek ada 8 and Mommy minta 4 aje. Takkanlah tak boleh wahai anak manja?

By the way, hebat tak omaknya ni... anak baru nak masuk Tahun 6 tahun depan tapi omaknya telah selangkah maju dengan mencari sekolah-sekolah yang sesuai untuk Tingkatan 1!  Lepas tu dia buat hal lagi terlupa buat pengesahan sebab selalu aje selangkah lebih ke hadapan berbanding mak-mak yang lain! Huahahaha....










Comments

  1. Kikiki, baca entry ni kena dgn batang hidung sendiri..
    Kalau kat rumah kami, hubby yg selalu bebel kat anak2 suruh baca buku..
    Saya pula selalu sound hubby sbb bosan asyik suruh anak baca buku jer..
    Sakit telinga tau dengar benda yg sama jer hari2..

    Bertabah la MD bila anak nak UPSR taun depan..
    Mak ayah pun tumpang penat sekali nak menghantar dan balik ke tuisyen..
    Termasuk bengkel2 ad hoc yg sekolah anjurkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur ni memang terbalik tau. Suami lagi ambil tahu hal pelajaran anak-anak berbanding dengan umminya. Payah tau nak dapat suami yang lebih mengambil berat hal anak-anak.

      Saya memanglah, semua nak conquer. Kalau hal anak-anak memang saya yang uruskan. Tak percayalah konon even kat suami sendiri. Hahaha!

      Entahlah ya Nur macamana tahun depan saya ni. Anak nak naik Tahun 1 saya cuti seminggu. Anak nak UPSR saya cuti seminggu. Kalau macam tu lebih baik saya yang attend school, tak gitu? Hahaha!

      Delete
  2. Assalam MD...abang tu budak pandai MD ,akak rasa tak perlu dibebelkan pun memang dia boleh buat mummy nya bangga.Lagipun budak lelaki ni cara belajar nya lain ,nampak je mereka tak belajar .
    Iman pun tahun depan amik upsr.Akak tak harap sangat dgn result nya,dengan silibus pelajaran skg.Akak dah penat jadi 'mak garang' pd 4 terdulu ,nak mereka sentiasa dpt terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Kak Saniah!

      Entahlah kak. Nampak aje macam geliga tapi kalau nak suruh kumpul A tu entah dapat ke tidak. Takdalah menaruh harapan sangat. Apa-apa pun keputusan, tetap juga kena sambung belajar di sekolah menengahkan. Anak saya memang takdanya pergi boarding school ke apa. Mak tak mahu, anak pun tak hendak. Hahaha!

      Budak lelaki mungkin gitulah, tapi saya tak tahu nak bandingkan sebab takda anak perempuan ^_^

      Saya ni memang garang kak kalau tak kena gaya. Nampak aje macam sopan sangat. Berlakon aje lebih! Hahaha!

      Delete
  3. Salam kenal, salam ziarah MD :)

    Perangai Abang sebijik dgn anak sulung kita, darjah 3. Perangai MD pulak sebijik sebijan dgn kita haha... Jgn kata husband sakit telinga dengar kita bebel suruh anak belajar, kita sendiri pun sakit telinga dek bebelan diri sendiri hikhik.. Memang jadi tiger la time ngajar anak. Aummm!

    Apapun moga Abang akan berjaya insha Allah. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal, PH!

      Terima kasih sudi singgah. Ni janganlah kata datang dari jiran sebelah rumah saya @ MakJilapah ^_^ Hahaha!

      Oh, ya ke? Kita dan anak sulung kita serupa? Alamak! Banyak juga spesies gaya gini ya! Saya ingat saya aje yang 'bermasalah' bila mengajar anak.

      Masalah utamanya saya tak boleh sabar. Saya letak pemikiran anak macam pemikiran saya. Kalau saya kata contohnya 1+1 tu senang, saya anggap anak pun akan fikir ianya senang. Itulah punca kegarangan menimpa... Hehehe!

      InsyaAllah ya! Moga anak-anak kita berjaya dalam hidupnya dunia dan akhirat! Aamiiin!

      Delete
  4. Kat Cheras pun hujan kak Ton. Semlm puk 3 baru ada matahari tau. Baju bajan mak tak kering tau sudahnya...

    Bila baca kisah Kak Ton yg terpekik terlolong mcm org kurang siuman tu...tetiba mak teringat dulu dulu. Masa anak sulung sekolah rendah. Sama je gayanya. Stress tau mengajar anak tak faham faham. Tp bila unmur dah semakin meningkat, dah tak kuasa Kak Ton. Mmg untunglah TLBD gamaknya...tak merasa pedas telinga.

    Tulah kan nama pun manusia, bila anak dpt banyak A rasa bangga jugaklah mak paknya. Padahal yg tak banyak A tu pun banyak kelebihan yg kita tak tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian sungguh Mak dan pakaian Mak ditimpa hujan! Hahaha!

      Habis tu bila dah hujan Mak buat apa? Tidur berdengkur kat sofa eh? I know, I know, tapi I tak beritahu orang lain. Secret between us, okay? Jom calit ibujari ^_^

      Kak Ton kalau ajar anak memang garanglah, Mak. Sebab macam dalam reply di atas. Tak boleh terimalah kalau anak buat kerja terhegeh-hegeh ni. Tapi silap jugalah tu sebab setiap anak tak serupa apatah lagi nak samakan kita dengan diri anak-anak. Tahap berbeza tu...

      Mahu tak gembira. Of courselah gembiralahkan tapi itulah kesian juga kalau ada anak-anak yang tak berapa cemerlang. Bukan ke nanti mereka rasa terpinggir? Macamlah kalau tak kumpul straigt As tu terus automatik jadi tak bagus!

      Delete
    2. Dah katanya hari pun mendung mata pun apa lagi stimlah tetiba hihi....terbongkang tak ingat dunia.

      Delete
    3. Lamalah terbongkang ni. Ni kira kalau tak memulakan bicara dalam grup membebel tu tengah tidurlah ya, Mak ^_^

      Delete
  5. Hihihi..
    Ingatkan apa la kisahnya mak tak ramai anak tu..
    Itu la kan sistem pendidikan kita mcm tu, mengejar banyak A, bkn ikut kepada minat budak.
    Selalu alasan budak2,kalau baca awal2 nnt lupa.. Hehehe..
    Tapi ye la kan, mana sempat nk ulangkaji semua kalau da tggl seminggu je nk exam..
    All the best utk bubbly abg..
    Sekolah mana la mummy nk hantar tu agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sistem pendidikan kita begitu, nak buat macamana ya? Saya pun tak berapa bersetujulah labelkan anak-anak tu bijak atau tidak dengan banyaknya A yang mereka dapat. Rasa macam tak adil aje. Mungkin mereka ada minat yang mampu menjamin masa depan tapi kita tak nampak. Bila makpak sendiri tak nampak, macamana masyarakat lainnya nak nampakkan? Itu yang jadinya semua makpak nampak A aje memanjang sebagai status 'budak bijak'!

      Delete
  6. Baca kisah ni teringat zaman kecik dulu mak ayah jenuh ajar bagi reti. selagi tak faham ulanglah sampai keluar ayaq mata ooiii, ahahaha.. manis betul kenangan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak dulu, makpak tak peduli pun tentang pelajaran. Pandai-pandai sendirilah nak belajar. Tapi sebab minat belajar tu ada, memang pulun kaw-kawlah nak cemerlang.

      Delete
  7. Memang dah masuk musim hujan ni asyik terbabas aje nak bangun pagi. Hahah! Ada sekali tu 7.50 baru tersedar haaa kalut nak mandi, iron baju apa semua. Heheh.

    Bila dah kena gertak gitu, memang laju otak buat kerja. Hahah. Sekejap je boleh ingat semua benda 😂 Memang zaman ni macam tu konsep belajarnya, kena dapat sebanyak mungkin A. Lajuu sungguh ni siap nak survey dah sekolah Tingkatan 1. Heheh. Takpe survey awal senang, nanti tak kalut kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang jadi manusia ni biasalahkan Nani. Kalau panas memanjang pun tak boleh. Hujan pun tak boleh. Hujan pagi salah, hujan petang pun salah. Tapi betul tau kalau hujan lagi siksa berbanding dengan panas berdeting ^_^

      Akak tak bolehlah buat iron pepagi buta ataupun buat persediaan pepagi hari kecuali masak. Kalau gitu gaya, memang kalut sakanlah pepagi. Bukan diri sendiri aje nak bersiap, anak-anak dan suami lagi! Pengsan!

      Entahlah si abang ni tau. Kalau kita cakap elok-elok, sengih-sengih macam kawan baik dia, memang dia buat tak tahu aje. Cuba kalau kena sergah, terus buka buku! Baca ke tidak, tak tahulah! Hahaha!

      Bab survey memang laju. Lepas tu terlupa sebab awal sangat buat kerja ^_^

      Delete
  8. ok juga tu bila kena gertak baru nak jalan...kesian bubbly abang kena tahan perangai singa mommynya ahahaha, tapi saya rasa bubbly abang tu bijak budaknya kalau tak takde nak dapat piala tu...mesti mommy bangga tu kan walaupun tak percaya.

    InshaAllah tahun depan UPSR dapat sederat A lah bubbly abang tu cemerlang dan terbilang, bolehalah mommy interframe bergambar masuk tv dan share tips kejayaan bubbly abang nanti hehehe.

    sebagai mak ni memang kita risaukan anak2, bukanlah risaukan keputusan mereka sangat tapi keadaan sekarang yang mementingkan keputusan exam tu kan, jadi nak tak nak kita tetap kena risau kalau boleh nak keputusan anak tu cemerlang je sepanjang masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya ni nampak aje macam baik, macam penyayang (eh bab penyayang betullah, tak tipu ^_^) tapi time mengajar anak-anak, mak datuk garangnya. Singa betina pun boleh kalah kalau singa betina tu pandai ngajar anak-anak singa tau! Hahaha!

      Entahlah AA, kurang keyakinan bab tu kalau dia terus-menerus dengan sikap sambil lewanya. Selalu sangat buat silap yang tak serius dan cuai. So, entahlah! Sebagai emak, doakan ajelah yang terbaik, ya tak?

      Delete
  9. Emak anak ramai memang sibuk

    kalau emak anak tak ramai produktif

    sebab jaga kualiti berbanding kuantiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, ya ke? Tapikan walaupun saya emak tak banyak anak, sibuknya mengalahkan emak terlebih ramai anak tau. Kecoh aje memanjang. Hahaha!

      Delete
  10. Biasalah yg suara kalah Tarzan betina terhadap anaknya ialah seorg mak, tapi anaknya takdelah takut mane pun, cer abahnya, daddy coolnya, apaknya, walidnya, papanya, Tak payah tinggi suara pun, kuul je jelingan mautnya dah cukup menyentap tangkai jantung dorang, Tak gitu ker, rasanyalah.

    Wah, advance banget mummy, anak baru nak upsr next year, tapi dah survey sek utk form one. Alah, takyah dululah, Mana tau berkat jeritan dan usaha keras mummy si abang dpt straight A gitu kan, dapat plak offer sek asrama penuh, ker Kang mummy yg Tak mampu lepaskan anak plak Kang, rasanyalah, mwehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab suara memang tak dinafikan, emak-emak memang winlah. Tak dapat nak komen apa-apa. Tapi itulah ya masalahnya, walaupun suara kita nyaring, anak-anak tak pulak rasa gentar. Lagi berderau darah bila dengar suara bapak-bapak yang tak pernah pun nak praktis pitching selalu. Pelikkan!

      Well, you know me ^_^ Advanced memang ler tapi nanti dia juga yang tertinggal sebab terlalu advanced sangat sampai terlupa!

      Thats whylah I kata 4A je cukup. Kalau dapat 8A tetiba dapat panggilan asrama, tak ke menggigil kepala lutut Mommy yang sakit sendi ni? Hahaha...

      Btw, anak bujang kata dia tak suka duduk asrama sebab kena berdikari! Kahkahkah!

      Delete
  11. Lamaaaaaaa tak mai sini membaca celoteh yang ekekekeke.. tersengih2 ai membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nampak awak kat sini dan kita kat sana tau ^_^

      Delete
  12. Tahun depan..
    Tahun penat berganda tu MD..
    CH dah rasa tahun lepas..
    Dari pagi hingga ke malam..
    Weekend pun sama..
    Dah lah anak first batch utk UPSR..
    Mmg terlebih2 berganda penat tau..
    Bertabah lah ye MD..

    ReplyDelete

Post a Comment