Masalah selesai *_*

Salam kawan-kawan!

Jenuh tau sejak semalam dok melangut depan komputer membelek entri sebelum ni.  Entah apa masalahnya pun tak tahulah. Terima kasih pada KakG comel (ehem, bodek mesti kasi up ^_^) yang sudi beritahu ada masalah 'dalaman' my blog ni. Kalau tak diberitahu, memang sampai ke sudah I tak tahu walaupun ada kemusykilan timbul kenapa takda satu komen pun yang masuk. Adakah 'peminat-peminat' Kak Ton telah give up membaca celoteh Kak Ton yang sentiasa panjang berjela-jela ni? Hahaha!

Lepas penat menggodeh sendiri tapi tak juga berkesan, I pun cubalah merengek-rengek pada sang suami. Tapi tahu ajelah ya kalau isteri yang melebihi 10 tahun usia perkahwinannya merengek, memang lambat betul responsenya tau. Puas merengek sampai ke pagi masih lagi tak jalan kerjanya. Walaupun sang suami nampak macam free aje malam semalam, dibantainya tidur awal. Pagi tadi merengek lagi sambil berkata, "Sampai hati you I minta tolong tengok blog apa masalahnya, you langsung tak peduli".

Hmmmm....jawab pun tidak! Buat macam tak dengar aje tau!

Nak tak nak, I pun buatlah kerja paling terror I tau buat kalau membabitkan blog ini. Apa lagi, tukar temalah ^_^

Jadi hopefully, masalah tak boleh nak tinggal komen itu dapatlah diatasi dengan ilmu yang bak setitis air di Lautan Pasifik yang I ada ni. Kalau masih tak boleh, rasanya I nak suruh HD tukarkan kepada dotcomlah. Walaupun katanya suam-suam kuku aje gaya bloggingnya, keinginan WAJIB tinggi tau!

Hari ini entri pun senafas aje ni sebab daripada pagi tadi menaip entri sampailah ke petang ni baru siap dek gangguan-gangguan tugasan yang lebih afdal didahulukan.

Lain kalilah ya kita berborak panjang lagi.

Bye-bye, kesayangans semua ~_^ (Auw, melentik bulu mata kalau kenyit mengancam macam ni tau...)




Comments

  1. Haha..... cuba baru seminggu kawen ye Kak Ton, tak merengek lagi dah siap offer nak tengokkan blog....
    Itulah kelebihan ada wa grup ek..... kalau tak, sampai hujung tahun le nampaknya tak de sapa yg komen hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baru kahwin, belum sempat merengek dah tahu apa yang tak kena. Macam ada sixth sense tau! Ni sebab dah lama kahwin, memang tak kuasalah nak ambil tahu masalah 'remeh-temeh' macam ni. Banyak lagi masalah lain nak fikir! Hahaha!

      Betul tu. Nasib baik ada yang sudi beritahu. Kalau tidak, Kak Ton terus merajuk sebab takda siapa yang sudi komen entri Kak Ton tau!

      Delete
    2. Konon nak merajuk bagai..... hari ni tak nak up entri pulak!

      Delete
    3. Malaslah Mak... tak akanlah tak biasa. Dia muncul sekejap, hilang lama. Macam tulah hidup sekarang ni...

      Delete
  2. Saya yg baca ni pun boleh frust bila apa yg dikomen boleh hilang..
    Apatah lagi MD yg sampai ke sudah takde pengomen kat blog..
    Lagi stress bila tok laki buat tak dengar jer rengekan... hihihi

    wah, tahniah MD..
    Baru puas baca entry bila dapat komen :)
    Bagus juga tips tukat tema ni..
    Cantik juga kaler merah..
    But part paling besar, tulisan besar..
    senang nak baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak frust. Dahlah membaca entri pun ambil masa, tulis komen pun ambil masa sebab nak lawan dengan kepanjangan si penulis blogkan. Tetiba tak boleh komen! I faham... Hahaha!

      Nak buat macamana Nur, dah lama kahwin memang macam nilah kisahnya...

      Saya yang rabun pun tak rasa rabun lagi bila tengok tulisan besar bagak macam ni. Hehehe!

      Delete
  3. Cuma komen entry semalam je yg tak boleh kan MD.Yang sebelum tu akak komen smlm ,ok je.
    Kira terror lah baiki sendiri ni ya...bagus ,bagus,bagus.
    Seperti juga akak ada problem kat mesin jahit....akak atasi sendiri sampai ok....hihii,ada kaitan ke.Usaha kan tangga kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Dalam pada kata geng kita tak boleh nak mengomen tetiba petang tu saya nampak komen akak sorang terkontang-kanting dalam 'awaiting moderation' tu. Nasib baik, kalau tidak memang hancur luluh tau hati saya tengok takda komen langsung. Hahaha!

      Mana ada terrornya, kak. Sekadar tukar tema yang dah ada template aje. Nak suruh HD memang payahlah, takda mendatangkan manfaat padanya!

      Delete
  4. Kiranya MD bijak jugalah hal2 it ni.. chaiyokkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bijak-bijak budak baru belajar, UA. Kalau terlebih bijak, memang hancur blog ni nanti ^_^

      Delete
  5. Tu lah, MD, after many years of marriage, boleh dia tak layan pulak. Sampai hati hah..hah.. This must be your shortest post, ek? Sekali lalu can read and terus komen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why...

      I cakap 3,4 times pun HD buat tak kisah aje tau! Malas dah nak remind him again. Lebih baik I try aje mana dapat. Kalau tak boleh juga, memang tak tahu dah nak buat apa!

      Iguess so, PH. Dari pagi bawa ke petang dok tenung entri ni aje. No time to 'meracau' yesterday ^_^

      Delete
  6. Haha, den rasa perangai si HD awak tu sejibik perangai toklaki den, ko merengek le sampai terkuak lentang ko, takdo do dia nak layan. Sib baik gak den Ada dua org anak yg terer Bab menggodek2 blog ni, time dorang ada blk rumah tu, kalo Ada apa nak suruh cepat je dorang tolong.
    Kira terer la si MD ni Kan, saluuuute.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD memang tau, kalau hal macam ni, jangan haraplah dia nak ambil pusing sangat. Lainlah kalau saya membebel melalak meraung macam orang gila, mungkin dia tengokkan juga sebab tak tahan tengok perangai melampau isteri mithali katanya! Hahaha!

      Nasib baik ada anak. Ni saya nak tunggu Bubbly Abang pakar hal-hal teknologi macam ni supaya senang sikit nak arahkan buat itu, ini! Harapkan suami, sampai tutup blog pun dia tak sudi tengok tau!

      Delete
  7. Assalamualaikum sis mummy dearie

    Alhamdulillah Allah selesaikan masalah kita kan sis

    Semoga sihat wal afiat bersama keluarga tersayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumsalam!

      Alhamdulillah! Lega rasanya bila dapat selesaikan masalah.

      Semoga Mama Hakim sekeluarga pun sentiasa sihat bersama keluarga ya!

      Delete
  8. oooo syukur masalah dah selesai, lega kan... lepas ni bolehlah aktif balik,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kira-kiranya. Ada masa nanti bolehlah update blog semula ~_^

      Delete
  9. Hai kak! Eh dah bertukar warna blog ni. Hehehe. Hari tu memang ada jugak dua tiga orang lagi yang tiba tiba tak boleh nak drop komen. Sebab apa entah. Nasib baik dah settle :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak boleh tinggal komen. Tak tahu apa nak dibega-begakan dan akhirnya akak pun tukarlah tema. Manalah tahu boleh selesai masalah yang timbul. Bab lain memang akak tak pandai Nani...

      Delete
  10. Hi MD..lama tak singgah baca celoteh MD..hari ni bangun pagi rindu pulak.so kita singgah la melepas kan rindu...hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, Diana!

      Pandai merindu ya. Hahaha!

      Kita pun lama tak singgah sana. Nak komen berjemaah macam dulu tak lalu dah dek kerana malas menimpa. Entah bila boleh balik rajin semula pun tak tahulah!

      Delete
  11. Alhamdulillah sebab masalah dah habis kan MD

    Semoga lancar semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ibu Zaid. Selagi tak selesai masalah, selagi itulah susah hati dibuatnya padahal perkara kecil aje nak dibandingkan dengan masalah lain dalam hidup nyata.

      Delete
  12. Patutlah merah semacam je, dah tukar tema rupanya ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tukar tema sebab ada masalah rakan-rakan tak boleh nak tinggalkan komen. Nasib baiklah bab tukar tema tu pakar sikit. Kalau bab lain, payahlah nak selesai masalah!

      Delete
  13. mesti berdebar je MD kan sebab ke mana hilangnya peminat blog MD nih sampai takde yang komen pun kan, kalau saya tu biasa dah kalau takde komen hahaha.

    patutlah saya masuk dah lain rupanya blog MD nih, jadi penyelesaiannya hanya tukar template ye MD..oo kalau macam tu oklah kan, lepas ni kalau ada masalah macam ni lagi tak perlu merengak pada HD lagi lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tahu takpa! Nasib baiklah AA ada rakan yang prihatin beritahu ada masalah dengan blog ni. Kalau tidak bak kata MakJilap, memang sampai tahun depan saya musykil mana perginya semua pengomen tegar di blog ni. Hahaha!

      Nasib baik tukar aje template, selesai masalah. Kalau tak selesai masalah, tak tahu dah saya nak buat apa. Merengek pada yang 'halal' tak jalanlah AA ^_^

      Delete

Post a Comment