Putih atau Hitam?

Salam kawan-kawan!

Jadi, yang mana pilihan hati? Putih atau hitam ni?

Yang sebenarnya, sudah tiada pilihan lagikan sekarang ni...

Okeylah, bercakap tanpa mukadimah ni memang kebanyakan orang tak faham tapi kalau selalu mengikut perkembangan terkini, sudah tentu tahu apa yang I nak kisahkan hari ni.

Pelik pula rasanya kalau I berceloteh tanpa mukadimah separuh novel, ya tak? Nampak sangat tak macam MD dulu-dulu. Well, manusia memang kerap berubah-ubah sikap 😄

Sebenarnya I ni bercakap tentang kasut sekolah ...😄

Awal pagi dalam minggu ni, sewaktu tengah berebut-rebut nak keluar rumah tetiba Adik Cute menjerit,

Mummy, kasut sekolah Adik dah tak boleh pakai! Macamana ni?

I pun bergegas tengok apa masalahnya si kecil ni...

Rupa-rupanya dah tercabut bahagian gam untuk melekatkan kasut tu. Aduhai...

Nasib baiklah ada sepasang lagi kasut sekolah putih. Sarungkan ajelah dan off to school kami tiga beranak 😄 Masalah pun selesai.

Mujurlah tahun ni I cuma belikan dua pasang kasut untuk setiap anak. Kalau masa Bubbly Abang masuk Tahun 1 dulu, 4 pasang kasut I belikan tau. Bila memikirkan pembaziran yang berlaku kerana saiz kakinya yang cepat melebar (mujurlah pandai juga belajar dari pengalaman 😄), I pun decided nak belikan dua pasang kasut aje untuk anak-anak tahun ni. Bijaknya pilihan...

The next masalah - I tengah fikir mampukah si Adik Cute ni 'survive' dengan sepasang kasut untuk 5,6 bulan akan datang? Si Adik Cute ni by hari Isnin petang bila dia balik sekolah aje kasut putih dah bertukar warna. Alasan yang diberi kerana tiap-tiap pagi kena duduk kat kantin sekolah dari 7.00 pagi sampai 7.30 pagi. Kalau hari Isnin tu memang disebabkan perhimpunan pagi dan 4 hari lagi kena dengar apatah sebelum kelas bermula!

Makanya hampir setiap malam I kena kapur balik kasutnya. Nak dibasuh takut tak sempat kering. Kalau kita dulu, lepas basuh kasut kalau tak kering, letak aje bawah fridge. Sekarang bawah fridge pun dah tak nampak 😄 Kalau nak ditukar setiap hari, sama juga kekdahnya; kalau kasut yang dibasuh tak kering, susah juga nanti.

Jadi, I pun berkira-kira nak belikan sepasang lagi kasut putih. But you knowlah, harga kasut sekolah ni kalau tak silap around RM30-RM40+ kalau mengikut saiz kaki Adik Cute. Beli tu boleh lagi tapi yang buat stress memikirkan tahun depan kasut putih dah nak ditukarkan dengan kasut hitam. Kalaulah saiz Adik Cute tu I muat, boleh juga I pakai kasut putih tu ketika memandu kereta 😊 But then, masalah lainnya - I drive kereta berkaki ayam! Takkan nak pakai kasut putih sekolah pergi kerja pulakkan...

Eh, serius betullah masalah yang I hadapi sekarang ni!

Walaupun I selalu mengeluh dan membebel ketika menyental kasut putih anak-anak, I tetap juga suka kalau kasut sekolah ni berwarna putih; sesuai dan kemas aje bila dikenakan dengan pakaian seragam sekolah. Kalau dulu-dulu zaman kita belajar, yang pakai kasut hitam ni ada pangkat. Ya tak?😄

Tetapi I dengar grup gosip-gosip membawang mencili kata, dah dibuat kajian makan tahun tentang penukaran kasut sekolah dari putih ke hitam ni. Grup emak-emak mungkin akan menyokong penukaran warna putih ke hitam ni sebabnya I pun boleh faham... 

Bayangkan kalau ada anak kembar 7 masuk Tahun 1 dan semua pakai kasut putih! 

Memang menangis hilang suaralah si emak menyental kasut anak7 tersebut 😄 Bapak budak-budak tak payah tanya, kasut kerja pun kita yang keluarkan dari dalam tempat kasut dan kilatkan and then bila balik kerja kita yang simpankan semula, inikan pulak kasut anak-anak. Silap haribulan depa tak tahu pun anak-anak pakai kasut putih pergi sekolah, ingatkan pakai selipar jepun je... So, mereka tak pedulilah kalau kasut sekolah bertukar dari putih ke hitam. Small matterlah, itu pun nak kecoh senegara!

But, of course tak semua bapak-bapak begitu ya, jangan terbakar kelambu pulak nak marah! (Nampak tak ayat nak selamat dari kena bambu? 😄)

I bukan tak menyokong penukaran kasut sekolah dari putih ke hitam ni, tapi personally, I lagi prefer kasut putih. Don't ask me tak penat ke membasuh kasut sekolah putih anak-anak. Oh, hampir setiap minggu mengeluh, menjerit dan nak kejung tangan ni menyental kasut tau. Tapi preference tetaplah sama 😄

I  rasa kalau my anak-anak pakai kasut hitam nanti, kalau hilang pun I tak tahu. Maklumlah mereka dah decide tak payah basuh kasut sekolah untuk setahun! 

Bila pertama kali I 'berbincang' tentang kasut sekolah ni, Bubbly Abang terus menyampuk,

Mummy, senanglah! Tak payah basuh kasut langsungkan...

Aduh... sesak nafas mendengarnya! Hari-hari pakai pergi sekolah, pijak lantai kotor, padang kering/becak dan bilik air yang ehem-ehem, boleh kata tak nak basuh kasut selama setahun?

Tahun depan rasanya I dapat berjimat lebih lagi dengan kasut sekolah hitam ni. I rasa sepasang pun sudah cukup untuk setiap anak. 

Hitam, tentu tak nampak kotorkan...

Lagipun mereka telah berikrar akan 'membebaskan' I dari azab sengsara menyental kasut ini dengan mengambil keputusan untuk tidak membasuh kasut hitam sepanjang sesi persekolahan 2019 nanti!










Comments

  1. Tahun depan anak kakcik dah tak ada yang bersekolah. Tahun ini sibongsu Tingkatan 5. Kasut sekolah dia? Hmmmmm...kalau mak tak basuh, memang tak berbasuh la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, Kakcik!

      Ingatkan saya seorang aje yang mengalami nasib sebegini, rupa-rupanya ada ibu lain di luar sana yang senasib dengan saya - kasut sekolah anak sampailah ni kita yang basuhkan!

      Yalah, nak tunggu mereka angkat punggung pergi menyental, memang kita dah siap sental habis! Itu yang suka sangat kalau kasut hitam; tak payah nak basuh. Senangkan mummy kononnya, padahal malas!

      Delete
  2. Mujurlah kami di daerah ini dah bertahun2 berkasut hitam.

    Penjagaannya cukup senang, tak yah nak fikirkan kaler kasut berubah ke warna kekuning2an lagi setelah balik dr sekolah .

    Sesekali baru basuh.. (dasar ibu pemalas, ha3)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berkasut hitam memanglah memudahkan hidup emak-emak termasuklah budak sekolah ni, UA. Kata kakak saya, anak lelakinya basuh kasut hitam bila suka aje sebab tak nampak sangat pun kalau kotor. Kecualilah kalau sengaja rendam dalam becakkan. Hahaha!

      Saya pun suka juga tapi kalau katanya nak basuh setahun sekali atau tak payah basuh langsung, itu tak berapa sedaplah telinga mendengarnya ^_^

      Saya suka kasut putih sebab nampak suci bersih, kemas sangat! Itu aje pun...

      Delete
    2. Alya lagilah sejak menjawat PRS, berkasut kulit hitam, kita main lap2 shj.. 😆

      Delete
    3. Hahaha!

      Ish! Tak payahlah beritahu bab main lap-lap tu, UA. Kawal sikit kemalasan tu. Hahaha!

      Delete
  3. Awal awal lagi si abang dah cakap tak payah basuh kasut sekolah tahun depan. Hahah! Tahan sikitlah bila pakai kasut hitam ni, bila basuh pun tak payah nak berus beria sangat macam kasut putih. Senang kerja mummy next year. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau spesies yang tak berapa rajin ni Nani memang memudahkan hidup sangat berkasut hitam. Kotor pun takdalah ketara sangat perubahan warnanyakan...

      Akak ni pun azab juga tau bila hujung minggu kena spend masa menyental kasut anak-anak. Kalau suruh mereka, bab kapur itu ajelah datang rajinnya. Bab menyental, 10 kali suruh, kali ke-11 tu lagi afdal kalau kita yang sental!

      Delete
  4. Kalau tak silap memang ada survey pasal pemakaian kasut sekolah ni & I ada ambil bahagian dalam survey tu. Memang prefer kasut hitam... hehehe... Even kasut sekolah anak-anak basuh sendiri. Tak kuasa mak nak tolong basuhkan sebab mak masa sekolah pon sendirian berhad basuh sendiri.

    Kalau kasut hitam tak nampak kotornya. Tapi tetap kena basuh macam biasa. Cuma tak perlu nak menyental macam kasut putih lah. Pagi isnin cantik putih. Petang isnin dah hitam macam seminggu punya pakai.. ppffttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, youlah tu salah-seorang yang menyokong supaya kasut sekolah ditukar dari putih ke hitam ya? Hahaha!

      Anak-anak saya terlebih manja tau atau pun saya ni yang mengada-ngada nak menyusahkan diri sendiri or kerja lebih masa. 10 kali suruh sental, depa tak datang memang saya sentallah sendiri sambil bebel sorang-sorang (hanya dinding bilik air aje yang setia mendengar bebelan...)

      Apa-apa pun kita tengoklah pro and contra bila budak-budak ni berkasut hitam ke sekolah.

      But then, gone are the days bila kita terkenang-kenang memori berkasut putih, berseragam sekolah bila dah tua ni. I bet, generasi akan datang tak tahu menahu pun akan 'kesiksaan' berkasut putih suatu ketika dahulu ^_^

      Delete
  5. Hi MD! Nice to have you back and reading your pot pet pot pet hee..hee... Actually kasut hitam also has its problems. You can see still see the dirt from the habuk2 or mud and sand. Imagine white/grey specks plastered against black. Pening also.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, dear...

      Hope I will stay here longer than when I hibernated somewhere in the world ^_^

      Either white or black, I don't care too much. I still have to sental their shoes every weekend since my boys so manja and I also so gegatal nak tolong basuh those dirty shoes.

      It's true. I cannot tahan kasut kotor; be it white or black or whatever colorlah!

      Delete
  6. Anak2 CH kebanyakan sekolah intergrasi Agama.
    Memang dorang pakai kasut hitam..
    Tapi tiap2 minggu basuh juga dan kapur..
    Tapi tak lah teruk dorang menyental..

    Melampau sgtlah kalau setahun tak basuh tu MD 😂😆😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. So tak jadi masalah juga pada CH dan anak-anak. Dah get used to itkan. Macam saya ni memang 'masak' jugalah bila tengok kasut sekolah anak-anak. Yang abang tu okaylah, tapi bab kasut adik. Sesak nafas dibuatnya. Baru buat entri ni semalam bila tengok je kasut Adik Cute alahai... berdanau sekali! I kasi kapur itu kasut tengah malam semalam. Tak tahan!

      Delete
  7. Hehe.. Setahun je la anak2 tahun 1 merasa pakai kasut putih kan..
    Betul tu, kasut putih nmpk bersih suci dan kasut hitam utk yg ada pangkat mcm pengawas. Hehe.. Tapi masa kat mrsm dulu semua kasut hitam.

    Kasut hitam ni ada jgk kotornya, kdg tu kalau basuh kasut hitam ni, warnanya jd kekuningan. Kene kiwi kasut la pulakkan nk bg hitam berkilat. Hehe..
    Kasut hitam ni, baiknya dr segi nmpk kotor n tak je la kan, tapi bau tu tetap ada kot. Mau pengsan org sebelah dgn bau harum kasut setahun x basuh.. Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapatlah juga merasa. Itulah generasi terakhir. Lepas ni takda dah memori berkasut sekolah putih ke sekolah. Saya dulu pernah pakai kasut hitam sebab menumpang buat matriks tahun pertama di boarding school. Jadi berbeza sikitlah kita dengan budak-budak sekolah menengah yang lain tu.

      Hitam ke putih, kalau dah kotor tu memang tak boleh menahan juga. Kalau setahun tak basuh, mahu pitam dibuatnya!

      Delete
  8. saya ok je mana2 kalau kasut hitam tu penjagaannya kurang sikit berbanding kasut putih rasanya sebab tak perlu disental berlebihankan, basuh tu tetap perlu dibasuh setiap minggu kalau tak nanti berbau pulakkan hehehe fengsan pulak cikgu2 bau.

    Kalau kasut putih pun ok jugak sebab yang menyentalnya bukan saya hehehe tapi suami sebab basuh kasut dia saya part sental baju sekolah anak itu lagi mencabar jiwa raga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah AA boleh berbahagi kerja dengan suami. Kalau saya ni, urusan anak-anak kebanyakannya saya yang handle. Pendekata kalau termaktub dalam urusan rumahtangga, memang 90% sayalah 'ketua bahagian'. Hahaha...

      Tak kisahlah hitam ke putihkan, yang penting bersih selalu.

      Delete
  9. Saya tak kisah warna kasut apa sekalipun, yang penting anak-anak tetap hadir ke sekolah. Warna kasut hanya sekadar warna kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang anak-anak peroleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang paling penting ^_^ Yang sebenarnya bergantung juga pada anak-anak kita. Tak kiralah kasut hitam ke putih ke, seragam sekolah atau kasual, yang penting tahu jaga kebersihan. Bagilah warna apa sekali tu, tentu takda masalah!

      Delete
  10. Kasut hitam, heh2x. .Penatlah dengar alasan umar zikri bila disuruh basuh kasut, dari kasut kain punyalah alasan dia, makin basuh makin kotor katanya, jenuhla maknya kata takpe lah nampak kotor nnt bila kapur dia kering nampkalah bersih, tapi dia melalak2x juga, tapi ado den kisah, ko basuhla sendiri juga. .sampaila dah dua tahun ni belikan kasut plastik sebab dia sendiri yg minta alasan dia ttp sama, makin basuh makin kotorr, aduiiii. .geram tau tak..
    Sebab tu bila dengar kata next year kasut hitam, denla antara salah sorang mak yg sangat setuju.. Hehheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak-agaknya kasut hitam ni akan berkekalan selamanya ke? Menteri Pendidikan dah bertukar nih....

      Delete
  11. hahahaha lawaklah abang ni. macam lah selama ni dia yang sental kasut putih tu hihihihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas bertukar kasut hitam, nampak gayanya tak payahlah sental...

      Delete
  12. Mak tak kisah punnnnn hahahaa.... bukan mak yg basuh kasut pun.... so mak memberi kepercayaan sepenuhnya kepada YB Menteri 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weyh Kak Ton...udah udahlah tu..... meh le up entri.... sian adik kang tak de kenangan tau

      Delete
    2. Eh, Mak ni.... datanglah melawat ke sini. Orang dah update entry tapi dia tu yang tak mai singgah.

      Mak memanglah nak risau apa. Anak-anak Mak dah beso panjang belaka. Kasut hitam ke, kasut putih ke, bukan anak Mak kisah pun. Mak lagilah tak kisah!

      Delete

Post a Comment