Ada sesuatu yang nak
diceritakan di sini. Kebiasaannya, bila mula menyelak helaian suratkhabar, ai
akan membaca ikut turutan my favourite. Dimulai dengan berita tempatan, berita
luar negara, bahagian columnist dan akhir sekali, gosip artis atau lifestyle
(oh, minat juga rupanya!) *sengeh macam kerang busuk*
Selak punya selak, terbaca
artikel yang ditulis oleh seorang female columnist ni. Boleh baca full article di sini jika mahu ^-^
Alkisah cerita tentang
kebimbangan beliau melihatkan dua orang anak perempuannya (berusia 25 dan 22
tahun) yang masih belum berpacaran apatah lagi berfikir untuk berumahtangga. Ya
tak ya juga, kalau takda boyfriend macamana boleh fikir nak berumahtangga
pulak? Lalu si emak ni menyibukkan diri membantu mencari pacar yang sesuai
untuk si anak tadi walaupun si anak sudah mempunyai pekerjaan yang bagus. A
very typical mother *sengih lagi*
Memang tidak dapat dinafikan yang perempuan sekarang lebih berkerjaya, independent dan memang sudah menjadi trend bagi wanita-wanita ini untuk tidak berkahwin muda. Makanya, umur untuk seseorang perempuan itu bersedia untuk berkahwin sudah meningkat dari 25 tahun menjadi maybe, 30 tahun. Akhirnya, bila sudah melewati 30-an, ada juga yang lebih 'gembira' menjalani hidup sendirian daripada berkahwin hanya kerana memenuhi tuntutan keluarga dan masyarakat.
Sebagai ibu, tentulah akan risau apabila melihatkan anak gadis sendiri tidak langsung terfikir ke arah mencari pasangan yang sesuai. Sama dilemanya seperti yang dihadapi oleh penulis ini. Walaupun anak perempuan sudah besar panjang dan mempunyai pekerjaan yang baik, soal pasangan anak juga yang menjadi kerisauan utama.
Teringat pulak kisah sendiri.
So, let me share my own experience which is not that personal, of course...
Ai ni termasuk dalam golongan
yang berkahwin lambat. It’s not because I am very independent, have a very
stable job which generates RMXXXXXX income monthly but because I am tired of
getting into a serious relationship and later on baru tahu yang lelaki ITU
rupanya tidak sesuai untuk hidup bersama sepanjang hayat! (Alah, cakap ajelah
awak tu putus cinta pertama di tengah jalan dan berduka-lara sehingga main
rembat aje sapa yang datang menyapa*ngeh*)
Setakat suara-suara sumbang
bertanyakan soalan cepumas seperti, “Bila nak kahwin ni?”, “Bila nak join the
club ni?”, “Eh, umur kau ni dah berapa sekarang tak kahwin-kahwin lagi ni?”, “Anak
dah berapa sekarang? Apa? Kau single lagi?” sudah menjadi bak nyanyian merdu di telinga ni. Langsung tak
tercuit hati apatah lagi nak terasa sedih.
Nasib baik jugalah the wedding
bells are still ringing kalau tidak, sudah tentu sehingga kini ai masih
membujang kerana merasakan sudah tiada lagi lelaki sejati idaman kalbu di dunia
ini/yang mampu membimbing diri ini/yang memang husband materials (aduhai,
banyak rupanya requirements padanlah lambat kawin) *sedih pulak*
Sebenarnya ai memang nak tutup
buku tentang alam perkahwinan and tried to be content with my single life bila
tiba-tiba my Mr Right hadir dalam hidup ini (well, memang sudah ditakdirkan
sebenarnya) ^-^ And so, majlis perkahwinan pun dirancang *bunyi kompang di
belakang sambil tersenyum lebar gitu*
Ok, what’s the difference yek?
Memang banyak bezanya. Walaupun
ai sudah mula menyayangi kehidupan single mingle yang bebas itu, ai tidak
pernah sekali pun menyesal kerana memilih untuk berkahwin. I am very content
with my life now especially when I look into the eyes of my two little boys.
Oh, kalaulah ai tak kahwin dulu tentu tak ada peluang menatap wajah anak-anak
ai yang comel nih! *owwh sedih duh*
Kalau dulu memang hidup bebas
dan tak perlu ‘report duty’ kepada sesiapa tetapi jika disuruh memilih, I will choose
my current marriage life *senyum malu* Yes, dulu ai selalu terfikir what will
happen to me when I am getting older dan selalu juga terkesima and rasa sedih
sekejap bila memikirkan tiada siapa-siapa yang akan berada disisi kalau apa-apa
berlaku. Walaupun adik beradik ai ramai, kasih-sayang mereka tak mungkin sama
dengan kasih ibubapa (which my mother always told me while crying dulu) dan tak
mungkin ai boleh bergantung hidup pada mereka selamanya.
Oh, I am blessed now and I
love every single part of my motherhood *happy smile*
(Oh, memang benar sangat sukar untuk
membesarkan anak-anak pada zaman sekarang!)
Tersuka pula dengan kata-kata
ini:-
In a marriage, "Your life will not go
unnoticed because I will notice it. Your life will not go un-witnessed because
I will be your witness”
Kalau tau indahnya berkawen lagi dulu dah mintak kawen ek Pota hehe...
ReplyDeleteIndahnya berkahwin memang dah tau lama tapi calon ditunggu lambat muncul. Maka, lambatlah terasa nikmatnya. Hahaha ....
DeleteSaya tak ralatlah berkahwin ni. Memang happy bila tengok dua superheroes tu. Hilang segala resah!
ReplyDelete