Di manakah mereka?



Ada sesuatu yang nak diceritakan di sini. Kebiasaannya, bila mula menyelak helaian suratkhabar, ai akan membaca ikut turutan my favourite. Dimulai dengan berita tempatan, berita luar negara, bahagian columnist dan akhir sekali, gosip artis atau lifestyle (oh, minat juga rupanya!) *sengeh macam kerang busuk*

Selak punya selak, terbaca artikel yang ditulis oleh seorang female columnist ni. Boleh baca full article di sini jika mahu ^-^

Alkisah cerita tentang kebimbangan beliau melihatkan dua orang anak perempuannya (berusia 25 dan 22 tahun) yang masih belum berpacaran apatah lagi berfikir untuk berumahtangga. Ya tak ya juga, kalau takda boyfriend macamana boleh fikir nak berumahtangga pulak? Lalu si emak ni menyibukkan diri membantu mencari pacar yang sesuai untuk si anak tadi walaupun si anak sudah mempunyai pekerjaan yang bagus. A very typical mother *sengih lagi*

Memang tidak dapat dinafikan yang perempuan sekarang lebih berkerjaya, independent dan memang sudah menjadi trend bagi wanita-wanita ini untuk tidak berkahwin muda. Makanya, umur untuk seseorang perempuan itu bersedia untuk berkahwin sudah meningkat dari 25 tahun menjadi maybe, 30 tahun. Akhirnya, bila sudah melewati 30-an, ada juga yang lebih 'gembira' menjalani hidup sendirian daripada berkahwin hanya kerana memenuhi tuntutan keluarga dan masyarakat. 

Sebagai ibu, tentulah akan risau apabila melihatkan anak gadis sendiri tidak langsung terfikir ke arah mencari pasangan yang sesuai. Sama dilemanya seperti yang dihadapi oleh penulis ini. Walaupun anak perempuan sudah besar panjang dan mempunyai pekerjaan yang baik, soal pasangan anak juga yang menjadi kerisauan utama.

Teringat pulak kisah sendiri. So, let me share my own experience which is not that personal, of course...

Ai ni termasuk dalam golongan yang berkahwin lambat. It’s not because I am very independent, have a very stable job which generates RMXXXXXX income monthly but because I am tired of getting into a serious relationship and later on baru tahu yang lelaki ITU rupanya tidak sesuai untuk hidup bersama sepanjang hayat! (Alah, cakap ajelah awak tu putus cinta pertama di tengah jalan dan berduka-lara sehingga main rembat aje sapa yang datang menyapa*ngeh*)

Setakat suara-suara sumbang bertanyakan soalan cepumas seperti, “Bila nak kahwin ni?”, “Bila nak join the club ni?”, “Eh, umur kau ni dah berapa sekarang tak kahwin-kahwin lagi ni?”, “Anak dah berapa sekarang? Apa? Kau single lagi?” sudah menjadi bak  nyanyian merdu di telinga ni. Langsung tak tercuit hati apatah lagi nak terasa sedih.

Nasib baik jugalah the wedding bells are still ringing kalau tidak, sudah tentu sehingga kini ai masih membujang kerana merasakan sudah tiada lagi lelaki sejati idaman kalbu di dunia ini/yang mampu membimbing diri ini/yang memang husband materials (aduhai, banyak rupanya requirements padanlah lambat kawin) *sedih pulak*

Sebenarnya ai memang nak tutup buku tentang alam perkahwinan and tried to be content with my single life bila tiba-tiba my Mr Right hadir dalam hidup ini (well, memang sudah ditakdirkan sebenarnya) ^-^ And so, majlis perkahwinan pun dirancang *bunyi kompang di belakang sambil tersenyum lebar gitu*



Ok, what’s the difference yek?

Memang banyak bezanya. Walaupun ai sudah mula menyayangi kehidupan single mingle yang bebas itu, ai tidak pernah sekali pun menyesal kerana memilih untuk berkahwin. I am very content with my life now especially when I look into the eyes of my two little boys. Oh, kalaulah ai tak kahwin dulu tentu tak ada peluang menatap wajah anak-anak ai yang comel nih! *owwh sedih duh*

Kalau dulu memang hidup bebas dan tak perlu ‘report duty’ kepada sesiapa tetapi jika disuruh memilih, I will choose my current marriage life *senyum malu* Yes, dulu ai selalu terfikir what will happen to me when I am getting older dan selalu juga terkesima and rasa sedih sekejap bila memikirkan tiada siapa-siapa yang akan berada disisi kalau apa-apa berlaku. Walaupun adik beradik ai ramai, kasih-sayang mereka tak mungkin sama dengan kasih ibubapa (which my mother always told me while crying dulu) dan tak mungkin ai boleh bergantung hidup pada mereka selamanya.

Oh, I am blessed now and I love every single part of my motherhood *happy smile* 
(Oh, memang benar sangat sukar untuk membesarkan anak-anak pada zaman sekarang!)

Tersuka pula dengan kata-kata ini:-

In a marriage,  "Your life will not go unnoticed because I will notice it. Your life will not go un-witnessed because I will be your witness







Comments

  1. Kalau tau indahnya berkawen lagi dulu dah mintak kawen ek Pota hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indahnya berkahwin memang dah tau lama tapi calon ditunggu lambat muncul. Maka, lambatlah terasa nikmatnya. Hahaha ....

      Delete
  2. Saya pun..kalau di minta memilih, saya suka kehidupan saya sekarang..ada anak2 dan suami..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak ralatlah berkahwin ni. Memang happy bila tengok dua superheroes tu. Hilang segala resah!

      Delete

Post a Comment