Thursday, October 31, 2013

Ibubapa dari sudut pandangan anak-anak



Oh, dear friends! Boleh ke I nak upkan entri ni sekali lagi? 
 
Tetiba teringat kat anak-anak di rumah (alahai, sebenarnya tengah syok sendiri baca entri dulu-dulu, kah kah kah)
 
Minta ampunkan patik, ya sebab perasan and syok sendiri tetiba ^_^

Dari sudut pandangan Bubbly Abang:

I love my Mommy very much.  I love her forever coz she is my beloved Mommy. Tapi Mommy kita ni suka takutkan kita dengan ayat powernya :

“Kalau tak sayang Mommy lagi, buatlah! Buatlah perkara yang Mommy tak suka!”

Kita tak sukalah bila Mommy ugut macam ni. Dah banyak kali kita cakap kat Mommy yang kita sayang Mommy forever tapi Mommy suka sangat takutkan kita dengan ayat power cam ni. Kita tension kadang-kadang...

Mommy kita ni memang paling berkuasa kalau di rumah. Mommy yang uruskan segala hal di rumah; apa nak makan untuk breakfast, lunch and dinner, bila nak makan, bila kita nak mandi, bila nak buat itu, buat ini, pendekata semua perkara dalam rumah Mommy yang handle. Daddy malas nak masuk campur sebab kata Daddy, Mommy punya pitching sangat high bila dia menjerit dan Daddy sakit telinga kalau dengar. Lagipun kata Daddy, Mommy is the housewife not him. So, Mommy kena handle semua urusan di rumah ^-^ *pandai Daddy kita*

Mommy kita pun kadang-kadang macam magician. Mommy tahu segala perkara yang berlaku dalam rumah,

“Eh, sudu ni ada 12 kenapa cuma ada 11 aje kat sini. Sapa ambik tak pulang nih?”

“La, the last time I checked ada 6 batteries kenapa tinggal 5 aje nih?”

“ Mommy susun 6 mugs kat sini mana pergi satu lagi?”

Mommy aje yang tahu di mana nak simpan barang ini dan itu, macamana nak susun ini dan itu. Dan Mommy sangat particular. Mommy tahu aje apa-apa yang tidak berada di tempatnya dan apa barang yang hilang dalam rumah!

Kita suka buat homework dengan Mommy. Mommy tahu aje apa homework yang kena buat tapi Mommy tegas. Ini rahsia – Mommy lagi tegas daripada Wang Laoshi kat school.

Kalau tulisan kita tak cantik, Mommy akan padam the whole mukasurat dan suruh kita buat semula. Kita nak nangis tau sebab kita penat tapi kalau kita buat muka masam mencuka, Mommy akan guna ayat power macam biasa. Kita tak sukalah...

Tiap-tiap pagi Mommy akan telefon dari pejabat and  tanya pasal kerja sekolah. Mommy akan kata,

"Abang, homework Maths tak sempat tolong tengokkan semalam so buat macam yang Mommy tulis yek!”

"Abang, kenapa jawapan nombor 1 homework BM yang buku coklat mukasurat 24 tu Abang tak tulis huruf besar bila mulakan ayat?”

"Abang, crayon yang baru beli semalam Mommy letak dalam tempat yang sama dengan sempoa dalam beg sekolah tau!”

Kita hairan macamana Mommy boleh hafal semua homework kita!

Kalau buat Matematik, Mommy akan tunjuk ajar semua. Tapi kalau Mommy takda masa, kadang-kadang Mommy siap tuliskan jawapan dan suruh kita salin. Sebenarnya Mommy suruh kita kira betul-betul dan jawapan mesti sama macam yang Mommy tulis tapi bila Mommy away at her office, kita tulis ajelah lepas tu kita padam tulisan Mommy.Tengok,  kita pun smart juga tau *tersengih sambil buat muka comel*

Mommy tak pandai Mandarin tapi Mommy tetap juga nak bertegas dengan kita bila buat homework Mandarin. Padahal, kita dah kata dah yang kita lagi clever daripada Mommy dalam subjek nih ^-^. Contohnya, bila kita suruh Mommy hafal perkataan dan buat ejaan Mandarin, Mommy selalu dapat zero! Tapi Mommy ada kuasa mutlak di rumah so kita tak boleh lawan kata Mommy. Lagipun kita sayang Mommy and kita tak mahu Mommy sedih bila kita tak dengar kata atau nakal.

Mommy ni pun emotional juga. Bila tengok cerita sedih dalam TV, mata dan hidung Mommy merah. Kita pelik juga, kita tengok cerita yang sama tapi takdalah sampai menangis macam Mommy. Peliklah!

Kalau berjalan dengan Mommy mesti selalu di sisinya. Kalau menyeberang jalan (bukan atas jalan, cuma kat parking area aje) mesti pegang tangan Mommy. Kalau kita jalan 1 m  di depan atau di belakang Mommy, memang Mommy akan panik dan mulalah terjerit-jerit suruh kita ‘be very careful’, ‘look left and right first before crossing the road parking area’. Lepas tu Mommy guna ayat power sekali lagi *sigh*

Apa-apapun kita sayang Mommy sangat-sangat. Kita dah janji pada diri sendiri nak belikan Mommy sebuah rumah tiga tingkat, kereta Lamborghini dan beri Mommy duit 10,000 RM10 setiap bulan bila Mommy tak kerja lagi. Tapi Mommy terpaksa tunggu sampai umur kita 30 tahun. Sebelum itu, terpaksalah Mommy berjimat cermat  spend duit gajinya ^-^

Kita sayang muah-muah kat Daddy jugak. Daddy kita sangat cool.  Daddy tak cepat panik macam Mommy dan Daddy’ s pitching pun tak tinggi ^-^ Kalau berjalan dengan Daddy, dia tak kisah pun samada kita di sisi ke, 1 meter di depan atau di belakang. Daddy cuma pesan ‘take care’ and ‘be careful’.

Daddy takda ayat power macam Mommy *lega sikit kita* Kalau buat homework, Daddy tak duduk sebelah kita. Daddy suruh kita buat sendiri semua homework yang ‘simple’, bila tiba yang susah barulah Daddy tolong  tunjukkan. Daddy juga ajar kita guna kalkulator untuk buat Matematik!

Satu hari sedang kita main kira-kira campur tolak guna kalkulator, Mommy nampak. Mommy tanya macamana kita tahu guna kalkulator untuk campur, tolak? Kita jawablah Daddy yang ajar. Mommy pun gaduh dengan Daddy sebab kata Mommy budak sekolah rendah tak boleh ambik jalan mudah buat kira-kira! Oh, kita rasa bersalah pulak sebab Mommy and Daddy gaduh pasal kita guna kalkulator! 

Daddy juga ajar kita guna Google Translate, buka youtube and beli macam-macam online  games. Daddy kita memang best. Ada satu hari kita kena buat karangan Mandarin, kita guna aje Google Translate untuk buat ayat from English to Simplified Chinese. Senang betul walaupun kadang-kadang ayat yang ditranslate tu entah apa-apa agaknya ^-^

Pernah sekali Daddy nak pam minyak dan suruh kita tunggu dalam kereta. Kita tercakap pulak dengan Mommy. Apalagi, pitching Mommy naik one level higher. Tapi lepas tu Daddy tak buat lagi ^-^ Daddy definitely tak tahan dengar 'rintihan' Mommy!

Kalau Mommy yang arrange stuff memang biasanya complete kecuali kalau dia terlambat nak gi kerja atau ada hal penting. Satu hari Daddy misunderstood apa yang Mommy kata. Daddy bekalkan kita hot and spicy chicken drummet tapi lupa nak letak botol air dalam beg sekolah kita. Apalagi, kita menahan pedas daripada waktu rehat sampai balik sekolah pukul 6.15 petang. Bila masuk kereta, kita ngadulah dengan Mommy yang tekak kita pedas sangat sebab takda air. Bila balik rumah, Mommy pun sedih-sedih cakap dengan Daddy, “Sampai hati you buat anak cam ni.....”

Daddy pun jeling kat kita and told me dengan pandangan tajam, “Hey, you are a man! Apa ngadu-ngadu benda simple cam ni?”

Kita takut sikit dengan Daddy sebab Daddy kuat. Kalau kita main boxing-boxing kat rumah dengan Daddy dan adik, sakitlah kalau terkena tumbukan Daddy. Itu baru aje main-main, belum real lagi -_-

Apa-apapun kita sayang MommyDaddy kita so much. Kita tak kisah kalau mereka pukul atau marah kita sekali sekala sebab kita nakal ^-^

Dari sudut pandangan Adik Cute:

Kita sayang Daddy kita more than Mommy. Mommy kita garang sangatlah. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mommy kita suka paksa kita tidur cepat waktu malam. Kita nak sepah-sepahkan rumah dan main-main lagi tapi Mommy selalu aje angkat kita masuk bilik, tutup lampu, sumbat botol susu dan suruh kita “Close your eyes, sleep, sleep!”Tapi kita suka main rambut Mommy bila nak tidur. Best tau ^-^

Betul kata Abang dan Daddy kita, Mommy ni memang sejak lahir suka menjerit kot! Sikit-sikit aje Mommy dah buat pitching nyaring sangat. Sakit telinga kita bertiga. Kita baru nak selongkar almari baju, Mommy dah jerit. Kita baru selongkar barang mainan kita satu bakul besar, Mommy dah jerit. Kita baru nak susun kereta mainan kat sofa, Mommy dah jerit. Kita bukak fridge pun Mommy jerit. Itu belum kira lagi kalau kita berlari masuk bilik air nak main air atau kita nak terjun menjunam dari sofa. For surelah jeritan Mommy boleh didengari sampai ke luar rumah!

Abang kita kata, Mommy ada ayat power yang dia suka guna bila Abang nakal atau tak dengar kata. Tapi kita tak pernah dengar Mommy guna ayat power tu kat kita. Nasib baik... tapi kita lagi takut kalau Daddy yang ada ayat power, sebab kita sayang Daddy kita sangat-sangat. Kalau Mommy marah kita, kita cepat-cepat buat 100m pergi kat Daddy. Daddy suka gelakkan Mommy bila kita buat macam tu ^-^

Kadang-kadang kita terasa nak minum air sedap dalam peti sejuk tapi Mommy asyik membebel dan ‘rampas’ minuman dari tangan kita. Kita geram betul. Kadang-kadang, kita buat muka geram kat Mommy, tapi Mommy tak takut pun. Dia lepuk belakang ass kita. Nasib baik tak sakit sebab kita pakai pampers ^-^

Daddy kita memang contoh yang baik. Daddy tak marah pun kalau kita usik komputer atau bawa lari handphone chargernya. Kalau kita sepahkan rumah, Daddy cool aje. Dia akan kemas dan kemas tak kiralah berapa kali kita sepahkan ^-^ Baru-baru ni kita dah rosakkan printer Daddy. Daddy langsung tak marah cuma kita dengar Daddy cakap dia nak beli printer baru. Tengok, Daddy is such a cool father! I love my Daddy sooo much! Muah, muah, muah! Nah, only for you Daddy! (But please don't tell Mommy nanti dia sedih sampai bengkak mata dan merah hidung) Eventhough kita sayang Mommy lesser than Daddy, kita tak sampai hati nak buat Mommy sedih. Sebab kata Abang,

"Mommy is forever our beloved Mommy and adik tak boleh buat Mommy sedih  tau!"

Kita suka kalau Daddy mandikan kita, tak macam Mommy. Daddy pun tak paksa kita tidur waktu malam (tapi Daddy jarang tidurkan kita kecuali bila Mommy merajuk) Daddy suka main bola dengan kita tapi kalau Mommy ada, banyak benda tak boleh buat. Mommy langsung tak bagi sepahkan rumah. Baru nak minum air dan tertumpah atas karpet, Mommy dah marah. Kalau  Daddy, dia tak kisah pun...

Tapi, kita tetap sayang MommyDaddy kita. Kita sayang abang kita juga sebab cuma ada kita dan abang aje di rumah. Kata Mommy,

"I love both of you as you are my only matahari, bulan dan bintang”

Kalau dah macam tu, kenapa Mommy suka marah kat kita dan abang???

Tak fahamlah dengan Mommy ni!











20 comments:

  1. Bukan mudah menjadi ibubapa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Lagilah zaman sekarang ni bukan mudah nak menjaga anak-anak, serba-serbi pun risau.

      Delete
  2. Terbaik la entry ni..satu2 saya baca terbayang keketah abang n adik...sama la kiter suka jerit..itu yang paling senang nak suruh dierang dengar..kalo slow2 hmmmm bebudak ni buat dek jer kan...memang daddy mesti cool sebab semua mami2 garang hehe..baru ok...kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy-daddy memang jenis tak kisah. Mommy-mommy ni yang terlebih super bimbang. Jerit tu kira dah sinonim ngan kita mak-mak, kan...

      Delete
  3. Byk persamaan lah kita hehehe, KA baca n3 ni dgr airmata yg bergenang x tau kenapa sebak & gembira.. yup we always want to be the best utk anak2 kita, n always want the best for them juga kan ! Faham sgt perasaan tu, n yup jerit2 tu tanda sayang, KA Setuju hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tak jerit KA, hati kita risau, bimbangkan mereka. Tapi anak-anak and bapak budak fikir kita ni memang kaki jerit marathon agaknya... Kalau boleh tak mahulah perkara buruk berlaku kat anak-anak kita. Mencegah lebih baik, kan...itulah pasal kita kena jerit selalu :D

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Hahaha serious comel anak2 akak nih la..

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Bukan senang nak jaga walaupun cuma dua orang aje anaknya .... :D

      Delete
  5. Replies
    1. Salam Bunda,

      Terima kasih kerana sudi singgah :D

      Delete
  6. Kakak rasa memang kita sebagai ibu lebih dekat walau tak dinafikan suami kita pun ada ambil bahagian. Cuma rasanya kalau kita yg duduk sebelah masa belajar hati lebih tenang. Kalau tak kita sendiri pun rasa tak selesa kan...

    Salam kenal juga dari kakak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam KakZakie,

      Terima kasih kerana sudi singgah :D

      Sebagai mak ni memang perasaan lain macam sikit. Kalau boleh mahu anak sentiasa ada di depan mata supaya hati tak gusar selalu.

      Delete
  7. panjang mcm karangan SPM.. hehehe
    comel kan. kids mmg byk keletahnya.. sometimes boleh senyum tgk gelagat dorang sampai tak jadi nak marah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam trademark kan Lyn tulis panjang berjela cam ni :D Jangan skip, nanti akak bagi soalan cepumas tak leh jawab kang...

      Budak-budak memang gitulah perangainya or maybe ikut maknya jugak!

      Delete
  8. nmpknya abg ni anak mommy,adik pulak anak daddy kan?macam2 keleteh derang ekk,dpt mommy pulak selalu test pitching.almost all mommies macam tu kot suka jerit.haha

    macam aiman la kan kesian sikit la dpt ibu garang,abah lagi la garang..pantang buat salah sikit mesti kena..tp sy rasa sy ni jenis lembut sikit la dengan anak2 klu dibandingkan dengan abah depa.. cuma bab pitching tu normal kot..hehe..

    aiman klu buat slh ke apa sebut nak call abah je dah takut..sng nk disiplinkan dia sebut je nama abah...abah mmg garang.hakhak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam tulah, PK. Abang tu lebih rapat dengan Mommy dan Adik memang terang jelas dan nyata sayangkan Daddy lebih. But then, kalau nak apa-apa pandai dua beradik ni mengendeng kat Mommy, bermanja-manja kerana tahu Mommy ni pantang sikit tak mahu tunaikan kalau mereka start buat wish. I ni sebenarnya garang tapi dah mcm chipsmore, kejap garang kejap jugalah emonya...itu yg anak-anak suka.

      Delete
  9. Seronoknya ada anak yg bgtau pd kita mcm tu..budak2 ni bila berkata selalunya ikhlas....abg tu puji mummy mcm tu..kembang setamanlah mummy....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang kata hatinya ada banyak taman sama macam Mommy yg emo nih. Daddy lain sikit, hati keras D

      Delete
  10. Setiap emak ni mmg dianugerahkan instinct utk baca hati anak anak hehe.... sebab tu terer je org tu mengarang entri berjela jela ni hehe...
    You....setiap mak kan mmg emo je lebih hehe.....bapak bapak mmg cool habis ...sama ke ngan bapak kat sini pun ..macamana mereka boleh gitukan MD? Pelik jugak yek!....
    Anak anak okje dulu masa kecik lebih rapat ngan atok dpd nenek....nampak sangat nenek ni mmg banya cengkadakkan ...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje, nanti kalau saya tulis entri pendek, OKje risau pulak kot apa-apa berlaku kat saya...hahahah...

      Memang pun mak-mak ni emo dan teriak tu kuat kan...Bapak-bapak memang cool, semuapun boleh, takpa, tak kisah...nyampah I tau!

      Delete

Kisah Rumahtangga...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Takut mendengarnya! Macam nak menjaja kisah rumah tangga aje kekdahnya.  Tapi kenalah sedia maklum...