Sabar ajelah...



Kalau boleh dalam bulan puasa ni memang semua orang nak cepat sampai ke rumah. Ai pun tak terkecuali maklumlah, ai ada suami dan anak-anak yang perlu diurus dan dijaga ketika di rumah.  Nasib baik my office hours sampai pukul 4.30 petang saja. Kalau hari-hari biasa memanglah seronok. Orang masih bekerja di pejabat, ai dah bersiap nak balik rumah. Btw, kami jarang stay back di office sebab kerja sekarang memang semakin kurang -_-

So one fine evening, ketika sedang memandu balik punya ceritalah ni. Macam orang lain, ai pun kena rush back home. My Bubbly Abang balik pukul 5.30 petang instead of 6.15pm. Kesesakan bulan puasa memang boleh pening kepala dan menjadikan sesetengah pemandu sangat tidak sabar. Dek kerana kesesakan yang teruk, ai selalu mencuba new route yang boleh sampai cepat, tak begitu sesak walaupun kadang-kala a bit far actually.

Ai kan pemandu berhemah seperti yang ai pernah ceritakan dulu. Bila nak membelok, sepelaung lagi ai dah bagi signal. Of course it is your right nak bagi laluan or not, tapi apa salahnya kan beri laluan lagipun ai bagi signal nih...

So kebetulan ada huge bas persiaran di laluan sebelah. Walaupun dah lama bagi signal memanglah tak dapat masuk coz that bus just too big I nak dok depannya happily. Malangnya, kereta yang mengekori di belakang pun langsung tak bagi peluang ai nak mencelah. Oklah, you don't give, I don't do. Finally, I dapat masuk juga ke laluan sebelah after that car. After a few minutes later..., was it a karma or what? Out of sudden that very same car tried to enter my lane - without giving a signal *sigh* I just let him go...


That's the first incident. Tiba dekat Pavillion area, again I kena bagi isyarat untuk masuk lane sebelah. Entah bila agaknya satu Viva biru ni (with a plate number WRMXXXX) mencelah in between my car and another Toyota di laluan sebelah. Dekat sangat dengan kereta ai sampaikan dia langgar my side mirror! A couple were in the car and they just didn't care to say sorry of whatever *angry level 10*  

Bila ai lalu sebelah, ai tak tengok pun atau tunjuk tangan kat mereka tapi dengan ekor mata, ai boleh nampak yang mereka pun tak peduli dan tak rasa bersalah pun. Sakitnya hati tetapi sebab tengah  berpuasa, ai sabar ajelah kan.

Oh, that's not all! Almost sampai di Bulatan Kg Pandan, ada pulak sekumpulan anak-anak remaja sedang bermain bola di tepi jalan. Baru ai nak lalu, bola tu berguling-guling atas jalanraya. Nasib baiklah tak kena kereta *sigh* Bayangkanlah kalau terkena cermin kereta atau kebetulan ia berguling betul-betul ketika ai lalu. Ai pun tak tahu apa nak cakap *big sigh again*

Perkara macam ni kalau diambil berat, memang sampai malamlah ai tak tidur. Dugaan bulan puasa agaknya. I didn't even tell my Hubbydearie. Malas nak cakap banyak!

Comments

  1. Cer cite nak cite kat sapa entri ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....dok mengorek entri ni apahal? Dah takda kerja melipat, memasak, mengemas kat rumah lah tu... Ni entri awal-awal ler OKje, siapalah yang kenal kita. Lain ler orang tu, buat blog aje terus ramai geng!

      Delete
  2. Sakit hati je kalau diingat-ingat balik. Bab memandu ni memang lebih banyak mimpi ngeri daripada memori indah!

    ReplyDelete

Post a Comment