A bit disappointed for my first experience...
Tapi tak tahulah nak buat camne dan nak salahkan sapa. Lagipun musim-musim raya ni tak mahulah bertekak pulak. Ceritanya selepas diolah lebih kurang begini. Harijadi Hubbydearie jatuh dua, tiga hari sebelum raya. Teringin nak beli kek yang nampak delicious di sini tapi rasa-rasanya tempahan dah tutup sebab nak raya (ai tak tanya pun main agak aje, ikut logik ler...)
Ai memang rajin sejak dua menjak ni membeli secara online. Banyak kali jugalah dok meleleh air liur tengok barang kat Lazada. Masa tu orang sibuk nak raya, ai sibuk nak beli double sided pan yang jual murah kat Lazada.
Belek nyer belek, ternampak pulak something yang Hubbydearie dah lama nak tapi tak berkesempatan nak beli. Ai pun apa lagi terus confirmed my order. Both stuff ada logo 'Lazada Promise' which means dalam dua hari barang akan sampai ke tangan pembeli. Ai pun dok bilang ngan jari. Memang sempatlah nak balut hadiah dan persembahkan kat Hubbydearie.
Dok kerana sibuk membelek order confirmation, baru I terperasan I did make a mistake. Sebenarnya I terkonpius sekejap. I buat COD, kenapa billing address ke pejabat and shipping address ke rumah? Takkanlah delivery guy tu nak collect cash kat pejabat and hantar barang ke rumah? Eh, macam tak logik pulak. Ai pun dengan segera menelefon Customer Service Lazada. Wah, efficient betullah!
Masalah alamat selamat diperbetulkan dalam masa beberapa minit aje. Settled. Happy balik. Sejak tarikh itu, I kept tracking my order. Punyalah happy giler sebab first time beli barang kat Lazada dan rasa excited berlebih-lebihan pulak. Masuk hari kedua senyap aje, no news. Masuk hari Jumaat, pun senyap juga!
That Friday evening, sebelum balik ai pun gi inform kat security guard kalau ada delivery for me, minta datang baliklah sebab mereka kena collect cash. Ai pun silap tak call and check. But based on the info, my stuff still kat warehouse, tak gerak-gerak since Wednesday (the day I made my purchase). Oh, sedihlah!
Bila datang kerja on Monday the next week, ai pun tanya kat security guard ada ke tidak delivery for me? Katanya takda! *sigh* Memandangkan harijadi Hubbydearie jatuh on Monday, ai dah malas nak fikir banyak. Kalau sampai, sampailah. Kalau tidak, nak buat camna. Nak gi cari hadiah baru, sungguhlah malas nak merayau masa tengah puasa ni. Itulah, ai pun salah juga. Suka sangat cakap kat Hubbydearie, this year takmo bagi hadiah apa-apa kat dia kerana dia selalu, selalu lupa bila tiba my part. Hah, betul-betul terjadilah...
Tengahari tu ai keluar kejap ketika lunch sebab ada urusan penting. Bila balik aje, security guard beritahu ai yang delivery guy tu baru aje balik sebab tak leh nak hantar barang kerana ai takda untuk collect duit. Rupanya dia ada missed call tapi ai tak perasan (ini kes handphone perap dalam handbag yang semak-samun ler...) Ai pun segera telefon semula dan minta dia arrange untuk hantar barang-barang tu sebelum tamat waktu bekerja. Nasib baik dia masih berada berdekatan.
So, akhirnya dapatlah barang-barang yang ai order tu *lega*
Masa nak bayar ai pun tanya kat budak tu,
'Dik, kata kalau ada logo Lazada Promise, dalam dua hari dah sampai! Ni akak tunggu dah 5 hari termasuk Sabtu Ahad..."
"Memang salah kamilah, kak! Nak raya ni, barang banyak sangat nak dihantar. Tak cukup kaki tangan!"
"Abis tu, akak nak komplen kat Lazada ni. Katanya kalau barang tak sampai dalam masa 2 hari boleh ganti ngan store credit whatsoever ler..."
"Akak boleh komplen tapi mereka akan salahkan kita juga ler"
Kesian pula bila dengar nada suara budak nih. Susahlah kalau dalam hati ada banyak sangat taman *sigh*
Oklah, kali ni kita redha ajelah! Lain kali kita tengok macamana.
Eh, tetap nak beli lagi ke?
Alahai, itu bukan perkara luar biasa *sengih*
Comments
Post a Comment