Pilih kasih



Sejak Adik Cute lahir, Bubbly Abang selalu aje mengomel,

“Semua orang dah tak sayang kat Abang lagi!”

“Adik cute sebab itulah semua orang sayang adik, tak sayang kat Abang lagi, kan!”



Tersentuh juga hati bila mendengarnya. Mungkin cuma perasaannya sedangkan kasih-sayang kami padanya memang tak berbelah bahagi. Mungkin juga kita tak sedar ada di antara perbuatan kita itu yang kelihatan seperti pilih kasih walaupun kita tak bermaksud begitu.

My Hubbydearie selalu aje tegur ai bila ai marahkan si Adik Cute,

"Budak tu kecil lagilah yang you nak marah tak tentu pasal apahal pulak!"

Tapi bila ai kata yang dia pilih kasih terus pulak terasa sentap. Yalah, kalau si abang dan adik sedang bermain, dua-dua buat bising, dua-dua sama nakal dah tentulah ai akan marah kedua-duanya sekali. Tapi kalau memang dah sah-sah Adik Cute yang nakal, memang tak lepas dari ekor mata dan mulut bising ai ni lah. Bukannya ai tak pernah marahkan Bubbly Abang. Pendekata memang kedua-duanya akan terima 'nasib' yang sama kalau berkelakuan nakal ya amat.

Bubbly Abang pun pernah tanya kenapa kalau dia buat salah kena marah tapi kalau adik yang buat tak kena? Selalunya ai beritahu dia yang adik memang tak faham apa lagi tapi kalau dah besar macam dia, tentu-tentu Mommy akan marah juga. 


Kadang-kala terasa kasihan pula dekat si Abang. Yalah, dia dah besar dan pandai berfikir. Tak macam si Adik yang sibuk dengan dunia mainannya aje. Kata Hubbydearie, ai sayangkan my Bubbly Abang more than his Adik Cute. I hug him more often than his little brother. Tetapi pada hakikatnya, kedua-duanya pun permata hati yang sangat bernilai dalam hidup ai ni. Mana mungkin ai boleh memilih salah satu daripadanya untuk menjadi kesayangan hati ini ...

I sendiri datang daripada keluarga yang besar. Walaupun ada adik lelaki paling bongsu, ai ditatang bagai minyak yang penuh dan dimanjakan terlebih-lebih oleh abang, kakak dan mak, abah berbanding dengan adik ai. Walaupun I'm not in his shoes, I faham perasaaannya apabila melihat si kakak dimanja dan disayangi lebih daripada dirinya sendiri. Tapi yalah, itupun masa kecil-kecil dahulu bila dah besar panjang macam ni, takdanya lagi nak rasa cemburu buta begitu.

Nasib baiklah anak ai cuma dua orang sahaja. Bayangkan kalau lebih ramai lagi, tentu-tentu tanpa disedari akan terserlah sikap pilih kasih tersebut. Kadang-kadang bukan disengajakan tapi entahlah susah untuk mentafsirkan perbuatan tersebut. 

Memang ada sesetengah ibubapa yang ai lihat sendiri, suka melebih-lebihkan anak yang ini dari yang itu. I rasa kasihan bila melihat perkara sebegini berlaku. Kalau boleh, memang kita tak perlu sampai kelihatan bersikap pilih kasih pada anak-anak. Walaupun pada hakikatnya kita sayangkan anak yang ini lebih sedikit berbanding yang lain, lebih baiklah simpan perasaan tersebut elok-elok dalam hati. Kasihan pada anak-anak yang lain yang juga mengharapkan kasih-sayang yang sama daripada kita sebagai ibubapa. 


Comments

  1. alahai...lieya plak touching bace....pandai dah abang rase yeak...hehehehe...biase la tu budak2 kan...kadang2 tidak dijangka...so lepas ni mama n papa kene pandai laa tackle hati abang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihlah lieya kalau dgr anak2 kata begitu. Bukannya kita memilih, kasih-sayang tu sama saja tapi mungkin tak perasan perbuatan kita seolah pilih kasih di mata mereka.

      Delete
  2. actually kita sayang kesemuanya sekali..
    tapi klu lebih sikit kat sorang tuh, sure ada yg complaint..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Bukan tak sayang tapi mungkin pandangan mereka berbeza bila tengok kita menangani situasi yang sama dgn cara berbeza.

      Delete
  3. sayangi lah anak2 kita sama rata dan tidak berbeza kasih sayangnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KA. Dua-dua pun anak saya gak. Takkanlah saya sayang yg ini lebih drp yg itu. Kalau takda dua2 depan mata, gelaplah masa depan saya rasanya!

      Delete
  4. kalau dua org je selalu akan terasa begitu , bila dah lebih 3 , anak2 akan faham , dan tak ada pula sebut ibu tak sayang saya ... sebab paling utama , bila dah 3 , seorang buat hal , saya marah ke tiga2 anak , so sama adil .., alah marah bukan marah betul2 .. anak siap blh buat lawak ulang balik apa yg ibu marahkan , sabar je la .. :)

    apa pun sweet je kan ada anak2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 saya pun dah arif dgn tabiat maknya. Tak sampai 10 min lepas marah, terus panggil peluk cium lagi. Manalah mereka nak takut kalau maknya menjerit ...

      Delete
  5. Perasaan seperti ini biasa melanda kepada anak kecil. Boleh nampak tindak tanduk protes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belum pandai proteslah si Abang tu tapi kuat menjawab. Ada aje soalan nak tanya balik bila dikenakan hukuman sebab nakal.

      Delete
  6. pilih kasih ni isu agak sensitif kan.yg membacanya pun tersentuh..padahal kita sy anak sama je..tp ada ibu bapa yg betul2 pilih kasih..kesian pada anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bukan kita memilih nak syg yg mana tapi mungkin perbuatan tu tak sengaja nmpk mcm pilih kasih.

      Delete
  7. Eh nape mak tak de komen kat sini...masa ni kita belum berkenalan yeh MD hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, masa tu kita belum jadi geng sekampung lagi! Terima kasihlah OKje dok mengorek entri lelama. I lap U so much tau!

      Delete
  8. datang baca sekali lagi you!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bacalah kalau sudi. Tak kena bayar fee pun, PK. Thanks for reading again yeah!

      Delete

Post a Comment