SiBubbly Abang baru aje 7 tahun tapi at this age, dia ni memang tak reti
duduk diam dan banyak betul cakapnya. Kadang-kadang pelik juga ai, tak penat ke
si Abang ni membebel? Ada-ada sahaja perkara yang nak diberitahu, diadukan, dan
diceritakan pada Mommy ni.
Imaginasi
pun boleh tahan mengancam. Sebagai seorang mak, walaupun sibuk tetap juga kena
luangkan masa mendengar apa yang hendak disampaikan oleh anak-anak. Kena ambil
pusing apa yang hendak diceritakan kepada kita kerana ai pernah terbaca, dengan
mendengar kita akan menjadikan anak kita seorang yang lebih yakin lagi. Kalau
kita tidak mempedulikan mereka, kemungkinan mereka akan hilang keyakinan diri
kerana tidak diberi perhatian.
Bukan
sekali dua, Abang ni 'interframe' tetiba bila Mommy tengah buat kerja.
Kadangkala, tengah sibuk menguruskan si Adik, tetiba aje Abang panggil suruh
tengok hasil kreativitinya melukis kat komputer. Kalau Mommy tak sempat, nanti
di'save'nya hasil kerjanya nak suruh Mommy tengok.
I
ni pula selalu terbit satu perasaan. Kalau tengah sibuk dengan anak ini, anak
itu minta perhatian, ai memang tak sanggup nak abaikan. Tetiba aje perasaan
bersalah tu muncul. Nasib baiklah anak dua orang aje, kalau satu gerabak
keretapi tidak ke jenuh ai nak membahagi-bahagikan perhatian sama rata!
Kalau
ikutkan penat, mahu aje nak meninggikan suara tapi bila difikir-fikirkan balik,
kesian pulak kalau tak ambil endah. Itu yang jadi macam ini nanti. Kadang-kadang
memanglah tak make sense keletahnya tapi ai iyakan aje sambil ajari dia perkara
yang sebenarnya.
Ini
antara soalan dan ayat yang keluar dari mulut si Abang. Sebenarnya Mommy dah
jawab tapi sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan di luar sana manalah tahu
ada yang lebih bijak memberikan pendapat dalam menangani anak yang terlebih
bekerja keras brainnya ni ...
1.
Kenapa Tuhan jadikan kartun sangat special? Kartun boleh terjun bangunan, masuk
dalam toilet bowl dan keluar in one piece, boleh kena api tapi tak terbakar dan
tak mati-mati. Kenapa kartun takda umur? (ini sebab ai kata ai dah tengok Tom
& Jerry masa kecil-kecil sebaya Abang dulu)
2. Kenapa bila Abang dah besar Mommy mesti jadi tua? (Abang kata dia nak tinggal dengan Mommy dan jaga Mommy forever bila dia dah besar nanti)
3. Betul ke boys kena sunat dan girls kena lahirkan anak?
4. Kenapa rumput warna hijau, langit warna biru, matahari cuma satu etc. etc.?
5. Kenapa bila his parents bercakap, dia kena dengar tapi bila dia bercakap, parents tak mahu dengar?
6.
Bila Mommy kerja bos Mommy bagi duit gaji masukkan dalam bank. Macamana bos masukkan duit tu dalam bank dan mana bank tahu itu duit gaji Mommy?
7.
Bila dah besar nanti Abang nak belikan Mommy Lamborghini walaupun Mommy kata
kereta tu tak sesuai bila Mommy dah tua. Mommy suka tak?
Tersipu-sipu
pulak Mommy nak mengaku suka giler ... (walaupun masa tu Mommy dah tak larat
kot nak bawak kereta lagi ...)
8. Kenapa mesti ada girlfriend bila dah besar? Dalam banyak-banyak perempuan, mana kita tahu siapa yang akan jadi girlfriend kita nanti?
9. Kalau kita suka dekat girl tapi kita tak pernah cakap, macamana kita tahu girl tu suka kat kita juga?
10. Boleh tak kita kawan dengan girls dulu bila dah besar nanti baru kita pilih sapa nak jadi girlfriend kita?
(Tapi dia pelik macamana Mommy boleh kenal Daddy masa baby-baby dulu ... hehehe)
11.
Bila ai suruh abang belajar, ini jawabnya :-
Boys ada bird. Mereka boleh pee dekat mana-mana. Sebab itu mereka malas belajar. Girls pulak takda bird. Mereka tak boleh pee dekat mana-mana suka. Sebab itu mereka rajin belajar!
I kata ini memang tak logik. Apa kaitan pula ada bird dengan rajin/malas belajar? Dan dijawabnya lagi :-
Mommy tak akan faham sebab Mommy pun girl, kan ...
12.
I beli buku cerita suruh baca di rumah bila ada masa lapang tapi katanya dia
tak lapang sebab sibuk main games dan melukis kat komputer. So, I pun cakaplah
kat Abang yang anak-anak kawan Mommy semuanya rajin baca buku cerita.
Ini pulak jawabnya :-
Anak-anak kawan Mommy tu mesti semuanya girls. Girls
memang rajin baca storybooks. Abang dah check kat sekolah, semua boys kelas
Abang memang tak suka baca buku cerita kat rumah!
13.
Ustaz di sekolah beritahu kalau kita nak apa-apa mesti berdoa pada Allah. Suatu
hari waktu kelas agama, cuaca panas dan kipas tak boleh switch on sebab rosak.
Abang teringat kata-kata ustaznya. Teruslah dia berdoa dalam hati,
Ya Allah, Ya Tuhanku! Bagilah saya rasa sejuk sebab hari ni panas sangat!
Tetiba katanya angin bertiup 'lembut-lembut' kat pipi dan dia rasa sejuk aje walaupun hari panas 'gila' ...
14.
Sepanjang minggu semasa final exam ai suruh Abang ucapkan Bismillah setiap kali
nak mula jawab kertas peperiksaan. Bila balik ai selalu tanya macamana harinya
dan ok ke tidak jawab kertas peperiksaan. Lantas dijawabnya,
Alamak Mommy! Lupa lagi nak baca Bismillah masa nak jawab periksa tadi. Sebab itulah agaknya Allah tak nak tolong Abang masa periksa tadi! Sure Abang tak boleh dapat 100 percent macam ni!
I
selalu beritahu Abang kalau dia rajin betul belajar di rumah tentu dia sangat
pandai dalam kelasnya sebab tak belajar pun still dapat markah bagus tapi
inilah pulak jawapannya :
Abang taknak jadi paling pandai dalam kelas. Abang
kesian kat pan-chang (ketua kelas) Abang. Nanti dia tak dapat nombor satu dia
nangis macamana? Dia tak tahu lagi sapa yang nak jadi boyfriend dia in future!
Daddydearienya pun satu hal. Abang beritahu Mommy 'pesanan penaja' :
Daddy kata boys memang smart. Brain kita bagus. Girls tu takda brain. Bila besar sikit nanti kita boleh kalahkan mereka senang-senang aje!
Memanglah buat sakit hati Mommy aje macam ni....
Daddydearienya pun satu hal. Abang beritahu Mommy 'pesanan penaja' :
Daddy kata boys memang smart. Brain kita bagus. Girls tu takda brain. Bila besar sikit nanti kita boleh kalahkan mereka senang-senang aje!
Memanglah buat sakit hati Mommy aje macam ni....
15. Abang tanya kenapa dia tak boleh main game ganas ala-ala CJ kerana ada kawan-kawannya yang ibu mereka tak hairan pun mereka main game tu. Penat sungguh I dok explain padanya. Tetapi kadang-kala dia akan bersoal-jawab dengan I tentang benda-benda yang I tak expect pun dia tahu,
Mommy suka taco tak?
Mana Abang tahu?
CJ makan!
Mommy tahu tak USD tu apa?
Tahulah, US Dollar kan...
Pandailah Mommy nih!
Mommy tahu tak ada berapa bullets dalam pistol?
Tak tahu....
15 kesemuanya!
(Dalam hati I, OMG! Memang mengucap panjang)
16. Sebab Abang ni nakal sangat ai selalu jugalah takutkan dia dengan kata-kata. Antaranya seperti ini :
Mommy suka taco tak?
Mana Abang tahu?
CJ makan!
Mommy tahu tak USD tu apa?
Tahulah, US Dollar kan...
Pandailah Mommy nih!
Mommy tahu tak ada berapa bullets dalam pistol?
Tak tahu....
15 kesemuanya!
(Dalam hati I, OMG! Memang mengucap panjang)
16. Sebab Abang ni nakal sangat ai selalu jugalah takutkan dia dengan kata-kata. Antaranya seperti ini :
Kalau keputusan periksa tak bagus, Mommy jumpa Wang Laoshi
cakap Abang nak berhenti sekolah. Lepas tu pagi-pagi ikut Mommy pergi kerja,
nanti Mommy turunkan kat construction site mana-mana, Abang kerja cari duit
untuk makan minum tau!
Jawabnya
balik :
Mommykan tahu Abang sayang Mommy forever. Kalau
Mommy buat macam tu, sapa nak bagi Mommy duit 10,000 RM10 bila Mommy dah tua
nanti? Mommy ada Abang dengan Adik aje. Adik tu dia sayang Daddy
aje ...
Kadang-kadang
memang terasa penatlah sangat menjawab soalan Abang yang bertubi-tubi. Bila dia
mula bercerita, itu lagilah kena banyak bersabar. Macam-macam cerita sampai tak
tahu mana yang datang dari imaginasinya dan mana yang betul. Kalau tak dilayan
dan mendengar dengan teliti, memang dia merajuk kata Mommy tak sayang dia hari
tu sebab buat tak kisah aje bila dia bercerita. Abang ni walaupun superhero
tapi dalam hati berbunga-bunga tamannya!
dasyat jugak lanak fikir cmna nk jawab soalan abg yg semuanya advance2..yg tak tahan tu asyik kondem girl je..tak baik tau abg..hehe
ReplyDeleteAbang kata dia tak perlukan girl. Dia cuma perlukan Mommy aje sebab dia sayang Mommy banyak-banyak and love Mommy forever and ever.
DeleteMasa kecik dulu...i selalu nak masuk dunia kartun esp kartun smurf. Pastu pkncamne org blh masuk tv...anak i plak...suka tanya soklan berulang. Lebih 10 kali rasa nak marah ...normal kan?
ReplyDeleteMasa 4 tahun dulu Abang nak jadi footballer. Lepas tu fikir-fikir balik and dia kata tak jadi sebabnya: Kalau dah famous masuk dalam TV, macamana dia nak keluar balik jumpa Mommy nanti? :D
DeleteBudak-budak memang tak reti penat dan ada aje soalan yang nak ditanya. Sebab ada dua kat rumah tu, mulalah si Abang merajuk kalau I tak jawab soalan atau dengar storytellingnya yang merapu-meraban kadang-kadang. Satu aje soalan yang Abang tanya I berulang-ulang kali dalam satu hari - Mommy sayang Abang tak harini?
cutenya si ABang ni!!..salam kenal ya :)
ReplyDeleteVisit my blog : WAHM in the making
Terima kasih. Salam kenal. Nanti saya akan BW ya!
Deleteperghhh.. mcm2 soalan abg yer.. mmg advance sungguh sampai kekadang mati akal jugak nak jawab. Hehehe
ReplyDeletedorg ni slagi dia tak puas hati, asik lah duk tanya jer. kekadang naik fed up gak kan. tapi tu biasa.
Macam tulah hari-hari. Penat mulut ni nak menjawab soalan. Kalau tak jawab, mulalah merajuk kata Mommy tak sayang!
DeleteBijaknya abang bersoal jawab.......mummy le kena menjawab dengan penuh hemah hehe
ReplyDeleteMummy sure bangga habis ni sebab dah terjamin abang nak jaga Mummy masa tua nanti, siap nak bagi Lamborghini dengan duit poket RM10k... Sejuknya perut Mummy dapat anak mcm abang ni....
Bagus didikan awak tu MD, sebab kecik kecik awak dah tanamkan sifat kebergantungan kita kpd Allah....Tahniah!
Memang sangat 'berhemah' OKje sampai Mommy dah abis idea nak jawab soalan. Penat mulut ni (mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ya tak?)
DeleteOh, Lamborghini dan 10, 000 RM10 tu memang sejak umur 4 tahun dia nak bagi Mommynya. Dulu ada rumah banglo 3 tingkat tapi kena tarik balik sebab dia 'tak kuat nak angkat hadiahkan kat Mommy!' Nak buat camna?
Assalam...
ReplyDeleteBudak seusia abg tu,memang byk kerenah,byk tanya,maukan perhatian,byk benda yg mereka nak tau,itu tandanya mereka itu budak yg bijak,sihat,cergas...
Byknya soalan abg...ada yg touching juga tu...nape ye mummy mesti tua bila abg dh bsr...abg nk bela mummy,nk belikan mummy lamboghini..alahai..sweetnya abg....kenapa rumput hijau..?alahai mummy..nk jwb mcmana tu ye?hehehe....
Mommy guna fakta sains lagi sampai Abang takda soalan (buat masa itu) hahaha....
DeleteKena rajin menjawab kalau tidak memang lagi banyak soalannya sampai tak terjawab dan minta postpone kadang-kadang ... :D
Soklan no 2. Kalo adam dia tanya mcm ni.
ReplyDeleteKenapa bila adam besar nnti mama dan papa tua pastu mati?
Hahha
Saya dah tapis dah soalannya...hahaha....
DeleteOh, Abang ni memang ada taman dalam hati...dia tak sebut mati tapi dia tanya kenapa Mommy tua mesti RIP (rest in peace), so kalau kita jawab lebih-lebih nanti dia meleleh-leleh air mata. Katanya, I can't live without you, Mommy. I can't imagine living without you, Mommy!
Kita pulak nanti yang emo lelebih sampai meleleh air mata. So tapis siap2 soalan cam tu supaya tak byk sangat taman dalam hati! :D
hahaha sebaya Adik yang byk mulut tanya itu & ini sampailah die tidur baru berenti, kdg2 mata dah lelap pun mulut msh berbunyi2 lagi hehehe
ReplyDeleteBagusnya Abang ni depan orang sopan gitu tapi dengan Mommy memang macam bertih goreng..meletup2 aje kerjanya...
Deletepandai dia psycho hihi
ReplyDeleteDia tahu Mommy kuat emo, buat muka sedih sikit, statement sayu sikit, cairlah hati Mommy...
Deletemmg sabo je la kak nak menjawabnya tu...haha..
ReplyDeleteitu lah dinamakan budak cerdik...
Sampai urut dada, Wahida... Tak tahu dah apa nak explain lagi....
Deletehahahahaha... mcm2...
ReplyDeletethat is how kids think... mcm kita dl kan..
tnya lain ada je jawapan parent.. hehe
Ada juga perkara yang terpaksa 'corner baring' bila nak menjawabnya. Yang straight to the point tu oklah boleh tahan lagi :D
Deletekunjungan balas....
ReplyDeleteYang soalan pertama tu, anak saya pernah tanya.. tapi saya explain yg kartun is not real... skrang dia setiap rancangan kegemarannya, dia akan tanya... Ummi, is that real? kalau real, can I'll be there? adui... memang penat nak menjawab, tapi layankan aje selagi termampu... kalau masa sibuk sgt, mmg kena beritahu elok2 yg ummi sedang sibuk, sbb tak nak kecilkan hati anak-anak.... Tapi bila si abang dah besar, kadang2 si abang yang take over jawab soalan utka adik.... ekekkeke
Terima kasih Nur!
DeleteMemang betul saya pun kata cartoon aren't real. Mereka boleh buat apa mereka suka. Then ditanyanya lagi, Habis tu kenapa Mommy kata human beings are the greatest creation of Allah?
Bila tak berjawab cepatlah merajuknya konon Mommy tak sayang. Kalau jawab hendak tak nak pun kena juga, dikatanya Mommy macam terpaksa aje sayangkan dia... Pening kadang-kadang kepala...
Sampai dah tak terfikir lagi dah Diana mencari jawapan yang sesuai :D
ReplyDeleteamboi hero..manis senyuman dia..seronokk ;-)
ReplyDelete'Peace' ngan senyum melirik cam tu memang trademark sejak lahir kot :D
Delete