Lepaking bersama anak-anak

Seronokkan bila ada anak-anak kecil dan masih mendengar kata ni. Yang belum pandai melawan cakap makbapak *sengih* Momen-momen yang dapat kita luangkan bersama mereka memang tersangatlah indah untuk dijadikan kenangan lebih-lebih lagi bila dah tua nanti. Aha, dah mula nak emo lah ni!  

Anak ai yang sulung, Bubbly Abang sekarang ni dalam fasa yang suka bersoal-jawab tentang sebab-musabab sesuatu perkara dengan parents especially Mommy. Dengan Daddydearie dia ada sedikit takut sebab katanya, his Daddy punya tangan besar kalau salah cakap nanti kena dushum pulak. Daddydearie kalau bergurau-senda dengan anak-anak memang kasar.



My hubby and I selalu pesan padanya kalau menguap mesti nak tutup mulut, bila kenyang ucap alhamdulillah, selalu ucap terima kasih kat parents bila diberi sesuatu dan sebagainya, dan macam-macam lagi yang kami nasihatkan si Abang ni. 

Setiap hari lepas makan mahupun bila ai atau his Daddydearie beri dia sesuatu, dia akan kata,

"Thank you Mommy for preparing delicious food tonight!"

"Thank you Daddy, for buying DVD games!"

"Thank you Mommy for fetching me from school!" etc., etc.  

Suatu hari, ai ni dek kerana mengantuk sangat telah termenguap tanpa tutup mulut di depannya. Dia pun sound Mommy,

"Mommy, lain kali kena tutup mulut kalau menguap. Kalau Mommy tak sempat, cakap dengan Abang nanti Abang tutupkan mulut Mommy!"  katanya tanpa rasa bersalah dan lepas tu ...

"Abang tak fahamlah something ... Kenapa Mommy selalu suruh Abang tutup mulut kalau menguap tapi Mommy tak buat?"  Bagai kena panahan petir rasanya ...

Suatu petang ketika sibuk memasak di dapur tiba-tiba Abang dan Adik berhenti bermain dan meluru ke dapur terus bila mendengar bunyi bising lesung batu yang Mommy gunakan untuk menumbuk. Both of them berebut nak gunakan lesung batu tersebut lantas ai pun bagilah peluang ikut giliran. Bila dah selesai adegan tumbuk menumbuk menggunakan lesung batu, Bubbly Abang pun beritahu Mommynya,

"You know what, Mommy... mortar and pestle ni orang sekarang dah tak guna lagi. Mereka guna blender aje!" 

Aittt, Mommy ni orang zaman batu ke, Abang?

Pada suatu malam ai sedang membantu Abang menyiapkan kerja rumahnya. Ada satu gambar nelayan sedang menangkap ikan. Abang kena isi tempat kosong untuk perkataan 'nelayan' . Jadi ai pun tanyalah, apa pekerjaan yang ada dalam gambar tersebut. Abang pun jawab,

"Menculik ikan ke Mommy?"  Aduhai Abang, pengsan Mommy macam nih ...

Ingat lagi tentang ini? Masa tu sebab nak cepat, ai pakai blouse yang agak pendek dengan seluar panjang. Yalah sebab duduk di rumah dan tak sangka nak keluar. Nak tukar tak sempat sebab Hubbydearie tengah rushing. Bila dah settled semua, Hubbydearie tegurlah ai dalam kereta kerana berpakaian sedemikian ketika keluar rumah. Si Abang pun menyampuk perbualan,

"Itulah Mommy... Abang pun nak cakap  tadi blouse Mommy tu pendeklah. Kalau Mommy tunduk .... malulah Abang nak tengok! Tapi Abang tak tahu macamana nak cakap dengan Mommy tadi..."

Dengan Bubbly Abang, apa-apa yang kita ajari dia mestilah dipraktik sama. Kalau suruh dia buat dan kita tak tunjukkan teladan yang baik, memang teruk kena soal dan 'dihentam' balik tanpa rasa belas.  Pernah sekali dia mempersoalkan statement Daddynya,

"Daddy suka cakap macam ni...Abang tak faham. Semalam bila Abang buat ini, Daddy kata tak boleh sebab Abang dah besar. Hari ni bila Abang cakap macam ni, Daddy kata tak boleh juga sebab Abang kecil lagi. Mana satu yang betul cakap Daddy ni?" satu das ya Daddynya dapat ...

Si Adik Cute lain pula ceritanya. Dia masih belum bercakap lancar. Yang paling favorite sekali dah tentulah ini,

"Adik, kenapa bersepah ni?"

"Tak tahuuuuuuu...."

"Adik, siapa tumpahkan susu ni?"

"Tak tahuuuuu....."

"Adik, cepat Mommy nak tukar pampers lah!"

"I got it!"

"Adik, simpan mainan ni......"

"I got it!" sambil mengemas toys masukkan dalam kotaknya. 

His 'I got it' tu tak kiralah apapun yang kita cakap semua pun sama jawapannya! 

Satu malam ai tertidur kepenatan di atas sofa semasa menonton TV. Tetiba ai tersedar bila  terasa rambut sedikit basah. I pun sentuhlah rambut, kenapa pulak keras nih? Rupa-rupanya si Adik Cute sedang asyik 'melumur' rambut ai dengan susu dalam botolnya! 

Bila ai bangun dan nak marah, dia pun letak jari telunjuk di hidungnya dan dengan comel berkata, 'smalliiii....' (smelly)

Tak jadilah Mommy nak marah ... 

Comments

  1. mmg x sangka kan statement budak2 skrang. Kita as parent ni plak yg kena be careful. Tapi ok la, teguran diorang ikhlas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Mereka terima apa yang kita ajari jadi mungkin pelik rasanya bila mereka tengok kita sendiri tak buat benda yang kita ajar kat mereka. Kadang-kadang terasa malu pun ada ...

      Delete
  2. hehe comel gelagat 2 orang ni...tapi itula penghibur hati kitakan abang tu sama perangai abang uwais saya kekadang pun kena tegur dengan dia ...kekadang keletah dierang ni memacamkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lizz. Bila ingat2 kan balik keletah mereka ni, rasa macam nak tulis buku pulak! Bila teringat balik memang senyum aje memanjang.

      Delete
  3. Cute je bebudak ni bila bercakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... kadang-kadang nak marah pun tak jadi.

      Delete
  4. kids mmg ikut saja ape yg kita ajarkan. bila ckp A, A lah dia..
    so bila kita tak ikut ape yg kita ajar pd dia, mmg kena dush2 balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lyn. So terpaksalah berhati-hati supaya tak kena dusyum dengan kuatnya :D

      Delete
  5. Hah tu Mommy! Kan dah kena, menguap tak tutup mulut, cakap tak serupa bikin! Hahahahaha... Merryn pun selalu kena ngan Ethan. Budak2 skarang.. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malulah Merryn bila kena sound dengan anak-anak. Nampaknya you pun akan terima nasib yang sama bila Ethan dan Ayden besar sikit nanti. Habislah you!

      Delete
  6. mmg sweetkan anak2 kecil tak tak tau dosa lagi macam ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa nilah enjoy sungguh tengok keletah mereka walaupun kadang-kadang rasa nak marah membuak-buak juga.

      Delete
  7. alahai . si abg sgt2 bijak. dia dh mula mmahami tu...

    adik lak.. mesti cute j bile dia kye smiliiiiiii.. hihi...

    itulah.. waktu ank mbesar ni mmg moment trindah. walaupon agk lth nk mjwb pelbgai ptanyaan. ada sesetgh soklan, kt sdri x mampu mjwb... ksabran truji bila mlayan kerenah ank.. tp 1.. bla ank kt pndai ssuatu pkara bru... itulah y mgubati hati kt.. lg2 mlyan prangai cute2 ank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mood baik main suka layan keletah mereka tapi bila tengah berlintang-pukang kat rumah tu kekadang naik gak darah. Kecil2 mcm ni memang semuanya nampak comel.

      Delete
  8. cute sungguh abg n adik..pandai abg ni,apa mummy daddy ajar semua dia buat,tp tu la kan kadang2 kita yg terkena balik..dpt bygkan kecomelan adik ckp smalii.hehe

    sama macam anak sy aiman..bila pkai seksi kt rumah dia kata kita org islam bukan org kristian..aduh anak,kt rumah kot,bukan kelua umah pkai seluar pendek..

    anak kecil ni mmg sgt ikhlas n penuh dengan persoalan juga kejutan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerenah mereka tu memang loving sangat2 tapi kadang2 bila kena selepuk rasa merah padam muka!

      Delete
  9. Ohhh cerdik anak anak MD ni...tak boleh nk engkar dgn rules sendiri nampaknya ni...sbb ada pemerhati yg nk mengkritik ! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kritik ngan org luar boleh tahan lagi. Kena kritik ngan anak-anak yg masih kecil ni, tak tahu nak letak muka kat mana. Malu sungguh. Salah cakap, salah ajar memang kena tibai.

      Delete
    2. mencari cari first komen Okje.....yg ni ke agaknya hehe

      Delete
    3. Oh, tengah mengorek rupanya dia... Saya pun tak ingatlah OKje, bila kita mula main jeling-jeling mata gitu :)

      Delete

Post a Comment