2 bulan dah ...

Diam tak diam, dah dua bulan berlalu sejak Mami datang ke KL. Mulanya kedatangan Mami memang mendebarkan jiwa-raga menantu Melesya nih. Yalah, bukan sehari dua tapi dua BULAN! Mahu akak siang malam tak tidur dok memikirkan macam-macam hal. Walaupun akak ni katanya perempuan Melayu terakhir abad akhir zaman, tetap juga rasa gementar. Macamanalah hati dan perasaan mereka yang rajin dikunjungi ibubapa mentua ni yek? @_@

Mami sebenarnya takdalah banyak kisah. Cuma anak lelakinya aje (aka suami I yang perasan dia terhandsome di seluruh Uzbekistan) yang membuatkan I ni rasa nak pengsan menunggu kedatangan Mami. Katanya mesti 'be good', 'be polite', be the best' walaupun tak sebaik menantu sebangsa, 'be prihatin' dan macam-macam 'be' lagi. Akhirnya akak dapat jadi 'be-bik' aje kat rumah sendiri ~_^ 


Ini bukan kali pertama sebenarnya Mami ke Malaysia. Kali kedua selepas kami berkahwin. Kali pertama dulu dengan Dada (my father in law) dan jangkamasa pun tak begitu lama. Masa tu lagilah degupan jantung tak normal. Maklumlah first time nak tinggal sama.

Mami tengah berkeluh-kesah kerana cuaca di Tashkent masih lagi sejuk beku. Sudahlah kaki Mami masih sakit lagi. Kedatangan kali ini pun alasannya selain daripada nak bertemu anak-menantu-cucu, nak melarikan diri daripada cuaca sejuk yang teramat. Kesian pulak bila melihatnya. Terhencut-hencut bila berjalan. Dengan luggage yang sarat padat lagi nanti. Nasib baik sesampai di sana, abang ipar dan uncle Hubbydearie akan menunggu. Siap-siap dah bawa baju sejuk dan boot bagai untuk Mami bertukar pakaian sebaik menjejakkan kaki di airport nanti. 

Masa Mami sampai dua bulan yang lalu, nampak sungguh kecengkungan mukanya. Badan pun ada susut sikit berbanding kali pertama dulu. La ni, akibat dok makan nasi aje dan lauk-pauk yang pedas, badan pun dah berisi sikit ( menantu Melesya ni buh cili padi dalam segala masakannya yang boleh sebab Mami suka pedas) Kata Mami nanti bila dah balik Tashkent, tak boleh makan pedas-pedas sebab tekak mereka yang ada di sana tak boleh terima especially Dada.

Sedih juga sebab segala plan yang I rancang tak terlaksana dek kerana Hubbydearie dan juga kaki Mami yang sakit. Nak gerak pun very limited. So kita jalan dekat-dekat mana yang dapat. Hubbydearie told Mami, next time kalau Mami datang suruh I atur plan yang lagi cantik ler... ( I juga sebab dalam bab menghabiskan duit ni I yang pandai, telah diakui dan disahkan oleh Mami jugak...)

Minggu ni merupakan minggu terakhir Mami di sini. This Friday, Mami akan bertolak balik ke Tahskent. Aduhai, dah 3D2N I di rumah ni dok bercerita tentang apa akan berlaku pada Hubbydearie, Adik dan Abang bila Mami pulang nanti. I, oklah. Menantu Melesya ni walaupun terasa sedih sebab superheroes bertiga nih, tetap maintain senyum. Lagipun dah lama tak dapat tengok drama Korea @_@ (kurang asam pedas punya menantu....)

I rasa yang paling ketara kesedihan akan melanda of courselah Hubbydearie (kesian pulak kat my hubby nih) First time dulu, meleleh okay airmata lelakinya bila balik dari airport. Terduduk menangis. I yang emotional berlebihan ni pun apalagi, turut sama menangis. Sedih pulak rasanya ...

Yalah, dah dua bulan Hubbydearie dok berborak dengan Mami setiap malam sebelum tidur. Dok bawa Mami berjalan bila hujung minggu. Memang 2 bulan ni I rasa macam I pulak yang berada di Tashkent. Bahasa utama dalam rumah semestinya Uzbek dan Rusia. I dan anak-anak memang termangu-mangu bercakap sesama sendiri (kadang-kala cakap sorang dengan dinding) dek kerana khusyuknya Hubbydearie melayan Maminya berborak.

'2 bulan aje...' itu yang Hubbydearie selalu kata.  'Lagipun dia Mami saya...' itu juga yang selalu Hubbydearie kata kalau isteri Melesyanya ni meroyan komplen tak tentu pasal. Betul rasa terpinggir you all.... Kita cakap macam nak rak, Hubbydearie tak layan pun!

Dan dalam 2 bulan ini jugalah I rasa Hubbydearie paling banyak bercakap, paling suka gelak, paling suka berjalan, paling aktif berexercise dan segala paling untuk sikap yang baik-baik. Dalam pada tu, sekali dalam masa 2 bulan ni isteri Melesyanya kena jerit ya! *sedih akak mengingati kisah pilu*

Bila tengok Hubbydearie dengan Mami, memang tak dapat disangkal beliau anak yang baik dan taat pada ibu. Bila kenang begitu, memang buat I happy. Jadi contoh yang baik untuk Abang dan Adik (mesti layan Mommy better than Daddy layan buvi-jon ya anak-anak, buah hati sayang Mommy nih...)

Setiap kali Hubbydearie nak keluar, Mami akan berdoa untuk beliau. Bila Hubbydearie balik dari bawa Mami jalan-jalan, Mami akan berdoa juga semoga kehidupan anak lelakinya sekeluarga dirahmati, berterimakasih pada Hubbydearie sambil menepuk-nepuk sayang belakang bahu anak lelaki kesayangannya.

Bila menjamu selera, tak kiralah apa sekalipun even kalau makanan tersebut menjadi kegemaran Hubbydearie, beliau akan menghulurkannya kepada Mami. Kalau perlu berkongsi, beliau akan suruh Mami menjamah makanan tersebut dahulu sebelum beliau makan. Even nak minum air mineral dalam kereta pun, Hubbydearie akan hulurkan supaya Mami minum dulu sebelum dirinya. Aduhai... itu memang tak dapat dinafikan, he is a good son.

Cara Hubbydearie melayan Mami pun memang dengan penuh taat setia. Senyum sahaja bila bercakap dengan Mami. Walaupun dah besar panjang, Mami  tetap melayan Hubbydearie macam anak kecil kesayangannya. Of course Mami tak peluk cium anaknya di depan I (maybe takut I cemburu kot) tapi memang Mami sentiasa menepuk belakang badan anaknya sambil mengusap manja. Rindu mungkin kerana tak selalu bertemu.

Kali ini, entah bila kami akan bertemu Mami dan Dada lagi. Entah bila juga I dan anak-anak dapat bertemu anak-anak saudara/sepupu Abang dan Adik di Tashkent. Hendak melawat mereka di sana, kena pilih masa yang sesuai. Akhir tahun cuaca sangat sejuk (sehinggalah Mac tahun berikutnya). Walaupun cuti panjang tapi memang tak mungkin nak ke sana during winter. 

This coming May or June, my sister in law sekeluarga akan terbang pulang ke kampung halaman mereka pulak. Dapatlah Mami dan Dada mengubat rindu pada anak-menantu-cucu yang berada di US. Kata Mami, teringin sangat di hati nak tengok semua anak-menantu-cucu berkumpul di rumahnya (8 anak dan menantu, 8 cucu lelaki dan 2 cucu perempuan). Biarlah rumah Mami porak peranda, riuh kecoh jadinya asalkan dapat tengok semua sekeluarga berkumpul bersama. Aduh... I pulak yang tersedih mendengarnya!

Whatever it is, all of us are going to miss you, Mami!








Comments

  1. Alahaiii sedih plak baca entry ni.. tup2 mami dah nak balik jer.
    masing2 sure sedih lah ni kan.. especially ur hubby...
    ade rezeki tu nnti akak terbang plak ke sana... sure meriah berkumpul ramai2.. haaa raya pun tak lama jer lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fikirnya 2015 baru nak plan balik ke sana. Cuak gak ni sebab sepatah ayat pun tak faham. Sedangkan HD dan Mami aje, akak dah rasa terpinggir. Kalau seluruh keluarga ada, memang akak dan anak-anak jadi tunggul ajelah, tak faham bahasa. Nak pergi pun bukannya best sehari, dua mahunya 2,3 minggu. Mana ada cuti banyak tu? Sedih tau!

      Delete
  2. Sayu terasa bila hari utk berpisah kian dekat MD. Apa lagi HD sebagai anaknya tak boleh nafikan. Tapi satu kakak betul-betul salute HD sgt hormat pada ibunya. Lelaki yg baik dah tak perlu diingatkan. Beruntung MD sebab ibu adalah pertama buat seorg lelaki. Insya-Allah pasti semua ini dilihat anak-anak MD sendiri.. siapa yg untung MD jugakan:)

    Dah... jgn sedih-sedih. Ada peluang insya-Allah boleh jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya boleh control ayu lagi, kak. HD tu saya tak pastilah boleh tak control macho. Mahu nangis-nangis. Memang HD spent more time with his Mami kali ni. Sure terasa sangat bila Mami balik...

      Delete
  3. kiranya MIL bercuti panjang, dpt jugak lari dari kesejukan melampau kat sana kan...cakap pasal makan makanan yg u masak, kalau kat Uzbek, makanan ruji mereka apa ya? roti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka makan roti. Besar-besar roti Uzbek ni DZ ada yang sebesar dulang bulat yang kita buat kenduri-kendara kat kampung tu :) Nak tempek gambar saya ni memang terkenal dengan pemalasnya @_@

      Delete
    2. hahahhaa..tepek la gambar..gambar roti je pun :P

      Delete
    3. Nanti, nanti! Sebelum perang dunia ketiga, for sure saya tempek gambar makanan tu. Ini bukan janji tapi akan ditepati...hehehe!

      Delete
  4. kejap je rasa dah dua bulan..tersedu sedan la HD nt ekk..nk wat cmna hidup kena teruskan..sy pun akan rindu cerita mami nti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu Mami datang lagilah atau kami pulak ke sana barulah ada cerita keluarga HD. Eh, kalau besan yang ini menghilang 2,3 hari PK tak rindu kat saya ke? Hehehe ....

      Delete
    2. gila tak rindu..tp tu la kadang2 nk bw pun tak sempat,cmna nak bgtau yg besan yg ni merindui besan yg sana..tak sempat meluah rasa org kata.haha

      Delete
  5. Nasib la rumah mil dekat aje. Klw x mesti sama cam mummydearie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jumpa PIL maybe setahun sekali atau dua tahun sekali kot ... Kalau tak, penat gak ni nak berlakon jadi perempuan Melayu terakhir kat dunia nih :)

      Delete
  6. Bersiap sedia la MD nak memujuk nanti..walau diri sendiri pun sama sedih kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya kami dok lakibini pastu nangis sama-samalah mengenang memori bersama Mami di sini!

      Delete
  7. I m too Mami.....hehe....Walaupun menantu kadang kadang hantu.....hehe tu i le...tp bila sampai masanya mereka nak balik....hati menantu ni ada jugak sedihnyakannnn....walaupun hati ada suka jugaaa....sebab dapat terbongkang depan TV sambil tengok cerita Korea haha....
    Dah menuntut ke belum buat pilov dengan mami? Sampai sudah tak de gambo yek!
    Hai nampaknya tak delah dengar cite oasak bon jovi lepas ni hehe....
    Tahniah MD ...awak mmg menantu yg baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah OKje gambar-gambar makanan Uzbek saya dah snap. Resepi kesemua tu yang tak complete, macam nak ajar anak-anak didik berjalan lurus dah cikgunya terkengkang-kengkang?

      Pssttt... saya baik ek? Kira pass lah kan jadi menantu mithali :D

      Delete
    2. Pass....100% memang menantu mithali! Tak rugi buat baik dengan mak mertua sebenarnya....
      cuma tulah ada kalanya turun naik dah katanya manusia...hehe

      Delete
    3. Yeah, yeah! Akak pass! Walaupun selalu meroyan dalam blog saya ni sebenarnya memang seorang yang baik! Wakakah!

      Delete
  8. Sedih...tetibe lizz yang menitis ayaq mata ni...huhu...moga mami selamat sampai...sian hd...tulakan setiap yang bertemu akan berpisah..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Lizz! Jangan nangis dulu :) Nanti saya open table buka cerita barulah nangis sama-sama, ok!

      Delete
  9. Tu dia. Mami dah tak lama lagi di rumah menantu Malaysia ya.. bila dah nak abis masanya terasa macam2 lah ya. Pastinya yang baik2 belaka. Saya yakin sahabat saya ni memang menantu yang baik. Bila baca bahagian mami mengharapkan semua anak menantu dan cucunya dapat bersama2 saya rasa sedihla. Bila anak tgl jauh2 ni, banyaklah halangan masinh2 kan. Taoi hati ibu memang penuh pengharapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita bayangkan diri kita di tempat mereka, tentu kita pun ras syahdu nak berpisah dengan anak. Cumanya kalau kita berada pada kedudukan sebagai isteri kepada anak lelaki mereka, itu yang cemburu tetiba keluar tak tentu pasal. Semalam HD siap baring atas sofa (saya fikir atas riba emaknya) tapi alahai manjanya bercakap borak kosong dengan Mami. Nak rasa jealous tapi bila ingat alahai berapa hari lagilah Mami dapat bersama anak lelakinya, biarlah dua beranak tu, tak mahu kacau daun :)

      Delete
  10. terkesima kejap bila baca relationship mother-son hubbydearie dgn mami. Susah nak jumpa anak yang macam tu kat Malaysia. Kita hormat juga mak bapak kita tapi cara mereka memang sangat-sangat meninggikan ibu tu saya mcm kagum giler. Berdoa agar satu hari nanti, anak saya juga akan begitu dgn saya. Mummydearie berkorban rasa terpinggir tu sekarang, tp nanti insyaAllah akan dibalas oleh anak2 kamu pula. Rasanya cycle tu la yg dilalui juga oleh Mami semasa dia muda dulu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyd. Bukan kita tak menghormati ibubapa kita tapi apa yang saya amati, sikap hormat pada ibubapa bangsa Uzbek ni jauh lebih tinggi daripada kita, bangsa Melayu. Mereka takkan baring menonton TV kalau ibubapa/orang lebih tua sedang duduk menonton sama di sofa. Mereka dalam apa sekalipun akan mendahulukan ibu berbanding dengan anak-anak mahupun isteri. Ibu tempatnya di tangga paling teratas untuk lelaki mereka. Dan memang mereka buktikan pun kasih sayang pada ibu tiada bandingannya. Nak cemburu ke apa, silalah simpan dalam hati. Tak dilayannya!

      Delete
  11. rasa macam sekejap je . baru je baca cerita MD tentang MIL yang dtg visiting ke sini.. Bagusny hbgn kasih sayang anak & mami ni jadi contoh terbaik buat anak2 kita pulak MD.. In sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa nak datang rasa macam aduhai lamanya 2 bulan (bagi menantulah, bagi anak lelaki Mami sekejap aje kalau dibahagi 12 bulan). Bila nak balik rasa macam eh dah dua bulan ke Mami di sini. Ada juga rasa sedih walaupun selalu aje meroyan pada suami ketika Mami di sini ....

      Delete
  12. mak pun sama je mcm MD..klu mak mertua dtg umah, mesti serba tak kena. Biar la pun mak mertua tu ok je..x kata apa2 tp haihhh..ati rasa x senang. Hiks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, betulkan? Mak mentua tak komen apa pun, kita aje berdebar-debar over gelabah. Pastu bila MIL tak komplen mulalah tu buat perangai mengada-ngada nak minta kena komplen :)

      Delete
  13. alahai tersentuh pula hati baca entri ni... apa pun sure mami happy sangat2 dapat berkunjung anak, menantu n cucunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami memang sangat happy dapat tinggal bersama dengan anak lelakinya. Terkilan juga kerana kesukaran berkomunikasi dengan menantu dan cucu. Lebih banyak signal berbanding berbual :) Insya Allah, ada rezeki akan berkunjung lagi.

      Delete
  14. sekejap je kan.
    ada masa boleh MD terbang ke sana. bawa anak anak keluarga di sana kan. sblm blk sana akak kena siapkan diri dulu la. baru boleh se’gang’ nti. good luck.

    kagum cara HD layan mami. anak yg baik. smga anak anak MD juga akan ikut perangai HD itu.aamiin. mendahulukan ibu dri segalanya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, QR. Susah kalau tak boleh communicate directly ni. Nak harapkan penterjemah memang hampas gas sesaja. Panjang berjela kita cakap, 2,3 patah perkataan aje yang diterjemahkan. Entah betul ke entah tidak.

      Hopefully, anak-anak akan mengikut jejak langkah Daddynya dalam menghormati ibu. Insya Allah!

      Delete

Post a Comment