KLCC Park, kami datang!

Nampak gayanya memang cerita-cerita basi yang terpaksa dipersembahkan sepanjang minggu ni kot ....

Bukan takda idea tapi dah lama sangat rasanya gambar-gambar terperap. Makanya lebih afdal lagi kalau menyegerakan entrinya mana yang patut. I belum malas menulis lagi apatah lagi nak suruh mood menulis panjang ni kedaung perginya. Oh, no, no, no! Belum masanya I pencen menulis berjela-jela. Belum masanya janji ditepati @_@

Again, this 'event' terjadi ketika Mami masih di Malaysia, ya! Maklumlah entah mengapa MD sekeluarga sangat rajin menjejakkan kaki ke taman-taman sekitar Kuala Lumpur ni. Nak kata terpaksa, memang pun ^_^

Ceritanya sesudah Subuh, Hubbydearie buat pelawaan untuk breakfast di luar. Yalah, nak breakfast di KLCC katanya, nak bawa Mami makan di sana... So segeralah isteri mithali ni bangun bersiap. Menyiapkan anak-anak juga sambil menunggu Mami keluar bilik. Mami pulak lain ceritanya. Beliau bangun sebelum Subuh, lepas Solat dan membaca Al-Quran, Mami akan tidur sekejap sehingga pukul 8 lebih gitulah. 

So, kita pun standby kat sofa menunggu Mami. Nantikan nak kena peluk cium pipi kiri left and right... 

Tetiba Hubbydearie berkata-kata,

I' m not sure whether Mami wants to go or not. It depends on her kakilah!

Apa???  Pepandai Hubbydearie rupanya buat plan tanpa beritahu Mami dulu. Ini bukan sesekali berlaku, kerap sangat dah sejak Mami tinggal dengan kami!

Bila Mami buka pintu bilik dan adegan beri-salam-peluk-cium berakhir, Hubbydearie pun tanyalah. Rupanya kaki Mami sakit lagi so dia macam tak mahu pergi. Apa???? Tak mahu pergi??? Habis tu apa nasib I dan anak-anak? Memanglah tak tunjuk amarah. Nanti tak pasal-pasal kang kena hempuk dengan laki melawan perintah larangan Maminya @_@

Tapi akhirnya kami pergi juga dek kerana Mami fikir I yang plan nak breakfast di luar. Sebabnya, sepanjang di Malaysia ni memang Mami tahu menantunya yang suka sangat makan di luar.... Alahai, nama I juga yang kena!

Bila dah sampai ke KLCC, kita jalan-jalan dulu kat taman. Tengok air pancut yang cantik tu. Tengok gelagat orang berposing dan of courselah nak tengok taman KLCC ni. Again, I can't remember when was the last time I jejak kaki kat taman KLCC ni. Seingat I biasanya kalau cuti hujung minggu memang kami suami isteri sangat suka terlentang atas katil, sambung tidur. Nikmatnya ....


 
Sebenarnya I, hebat juga rasa gembiranya kalau breakfast di KLCC. Bukan ke mana pun, setakat nak makan di foodcourt aje. I memang suka makan seafood olio kat Pizza Milano. Tak kiralah pagi ke tidak, yang penting dapatlah merasa my favorite olio ni. Tapikan, mereka mula berniaga pukul 11.30 pagi. Dah kami datang awal around 10 pagi, memang kena merehatkan minda dan mengaktifkan segala sendi dalam tubuhlah nampaknya.



Mereka berempat no hal punya. Melihat keindahan KLCC di pagi hari tu indah belaka. Yang tak indah kena catwalk kat taman ni, of courselah I seorang sahaja @_@



 Lepas puas superheroes melenjan kat taman (nasib baik juga my sons tak nampak tempat mandi dan taman permainan kat situ, puas Mommy ni buat undercover gitu....) kami pun geraklah naik ke tingkat 2. Masa inilah kejadian yang tak diingini berlaku. Ingatkan semua dah lapar. Rupanya tidak. Tetiba Mami tak mahu makan. Hubbydearie tak mahu makan. Si Abang pulak ada ke nak makan ABC pepagi hari. Nak minta 100 Plus lagi sebab 'hausnya tekak ni, Mommy!' dan Adik of courselah  tak jawab sebab tak tahu apa nak minta!



 

 
I dah tension ler... Takkan nak makan sensorang aje depan mereka semua. Tanya sekali - tak mahu. Tanya 2 kali - tak mahu juga. So, sebab geram I pergi beli beef lasagna instead of seafood olio. Geram punya pasal ler tu!

Selamba aje I makan tak ingat dunia. Nasiblah yang lain-lain  tu tengokkan aje yek. Takda maknanya nak tunjuk kesopanan perempuan Melayu terakhir depan Mami hari tu.  Inilah baru the real MD keluar dari cangkerangnya yang keras. Rasa amarah jugak dalam hati pada masa tu... Penat wey!

Balik aje rumah terus kena sound dengan Hubbydearie. Tak boleh ke nak simpan muka marah tu beberapa hari lagi? Awak juga yang susah, awak tu menantu bukan kita... itu katanya....

Maka, bersambung lagi beberapa hari kesopanan perempuan Melayu terakhir I yang vogue itu @_@












Comments

  1. hai.. seronok baca kisahnya... baru nak kenal ni.. banyak nak kn selongkar entry lama.. baru faham cerita sekarang... ok.. nnt masa dah free.. saya dtg lagi geledah cerita lama n baru...

    p/s.. anak saya pon suka sgt ajak lepak kat taman klcc nih... tapi lps ni.. tak merasalah sbb dah nun beratus batu sudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Izan. Thanks menjenguk lagi. Nasihat paling bernas, lebih baik jangan selongkar nanti semput :) Takda yang pendek-pendek entrinya :D

      Delete
  2. sama jugaklah ngan saya kak. bnyk story mory yg lama2 nak kena geledah balik. cuti panjang tahun lepas kan, mcm2 nak cerita sebenarnye. tapi x dpt2 nak curahkan idea tu. buntu...

    saya x pernah lagi lepaking kat taman klcc ni. teringin jugak sebenarnya. tapi memandangkan cuaca yg amat panas dan berjerebu kat negara kita ni, terus batalkan niat tu. ada baby kecik ni, serba serbi nak kena jaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayangkan sebab dah ambil gambar nak buat entri. Makanya kenalah tulis juga walaupun dah pernah bagi hint sikit-sikit dalam entri sebelum nih ::)

      Betul tu, cuaca panas dan kering sekarang. Lebih baik dok di rumah apalagi kalau ada anak kecil ni.

      Delete
  3. makan olio kegemaran pun marah ke md. hehehe... kdg2 mmg la kita ni tak mampu nak sorok muka marah kita kan. bila dah lepas perkara tu, baru rasa mcm... kenapa la aku begiteww..

    mami nampak muda la. anak2 md pun nampak sgt syg kan neneknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak makan olio, Lyd. Sbb marah punya pasal, saya gi beli beef lasagna... Sebenarnya tak sedap langsung pun...

      Kalau boleh hide, memang nak hide apalagi depan MIL ya tak tapi adakalanya tak boleh tahan ler nak berlakon jadi hipokrit nih :)

      Delete
  4. eh samalah kita...saya pun suka makan olio kat pizza milano tu...
    tapi lama dah tak jengah sana...
    nnt nak pi balik lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seafood olio kat situ mmg marbeles, kan. Akak kalau gi KLCC itu aje yang nampak dalam fikiran dan hati nih :)

      Delete
  5. Weyh.....orang baca sambil gelak ni tau...sebab orang dapat rasa perasaan geram awak waktu tu MD....haha...
    Bukan cerita ni pernah cerita ke sebelum ni? Cuma tak de gambau gambau yang banyak tu aje le dan kurang detaillah ... tapi mak okjer zirafajkan......... mana kisah tu semuanya, muka selamba jer sambil makan pucuk! sambil baca balik cerita ulang tayang ni hehe

    Tulahkan.... kadang tu niat kita tu tak de nak memberontak tapi keadaan sekeliling tu yg membuatkan kita terpaksa membabaskan diri. Taki kira dah perempuan apa pun yg keluarnya hehe.... Penat weyh duk dalam cengkerang lama lama...... bosan weyh hehe

    Don't worry Okje pun kekadang mcm tu.... kita mmg boleh bertolak ansur dengan semua benda...tapi kita juga manusia biasakan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, cayalah geng! Siap ingat tu... Memang pun.. Patutnya dah keluar entri ni lama tapi dok perap buat pekasam. Memang pernah cerita sikit dalam acara selingan tu :)

      Mana tak letih...Selalu kita sabar ajelah. Maklumlah perempuan Melayu terakhirkan... tapi kekadang tu dugaan melampau, terserlah kemasaman muka ayu pompuan jawa nih...hahaha....

      Lenkali kalau rasa dah pernah baca, janganlah citer....u tell me one only....abis riuh sekampung org tau.... ni bukan pasai takde idea, tapi citer dah draft sikit sini sikit sana, nak gak keluarkan walau dah basi....

      Entri pas ni pun cam pernah citer gak tapi malas nak korek entri lelama nak check balik. Redha ajelah dengan MD ni yek...jgn tak lenggang kangkung datang pulak tau...nanti kita nak kasi GA, awaklah yang terlepas babas lak...Cian, penat jadi pengomen tegar nih!

      Delete
    2. betoi2 kata okjer cam pernah kubacakisah kluo mkan pagi kan,...ololo geramnyer nengok adik tu raasa cam nak cubit pipi dia tau...
      eh tetiba saya lak teringin nak makan kat KLCC dah lamer nooo tak jejak langkah kesana....
      sesekali terkeluo amarah yek...
      MD makan mesti comey time tu...hehe...

      Psstt: hari ni entry lizz panjang terikut MD lah Ni...hehe

      Delete
    3. Hahaha.... kalau ya pun janganlah kasi tau satu dunia :) Memanglah Lizz pernah cerita dalam acara selingan yang menghangatkan hati saya nih tapi tak cerita habis tentang KLCC Park kan...kiranya kesinambungan ler nih... Aduhai.... nasib badan....tahu ajelah dema nih berdua....

      Psssttt...dah agak dah tu.... tapikan sebab lama dok rumah jadi surirumahbanyak tangga, itu yang idea mencurah-curah kot, Lizz!

      Delete
  6. Dah tekak kita ni tekak org M'sia memanglah dah nampak makanan rasa lapar mesti dtg. Tak macam mereka makanan depan mata pun kalau tak lapar selera tetap tak terbuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya Mami memang tak mahu makan di luar sebab hari sebelum tu dah bersarapan di luar juga. Lagipun katanya portion makanan kita ni banyak sangat, tak terabis nak dimakan.

      Delete
  7. Alahai.. komen saya sebelum ni panjang tau. Tapi si comel ni buat perangai, dah tak sempat publish. Kena taip semula la..

    saya pun pernah rasa dgr kisah ni MD ke KLCC ni.. tapi yang dulu tak cerita banyak macam kali ni. Oklah gitu kan. Dapat juga tahu siapa pembaca yang peka..

    Rasanya saya pn pernah buat macam ni.. hihi. Makan sorang je sedangkan orang lain kenyang. Geram saya masa tu. Pelik tul.. masa tghari tu, orang lain makan sedao je sedangkan anak saya meragam, suami lak buat tak tahu je... geram tu saaya..dah la masa sedara mara ada. Last saya makan lagi bila lewat petang sikit...mak dia menanya pulak, tak makan ke tadi? Selamba jawab... saja nak makan lagi..

    eh..kes saya lagi teruk rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, ni lagi sorang yang peka. Confirmed nih memang baca from A to Z takda main skipping-skipping :)

      Biasalahkan AN bila makan di luar dengan anak kecil. Suami harus didahulukan. Kalau kita makan dulu, suami jaga anak aduhai, masalah negara pulak nanti orang tengok. Kadang-kadang kita ni sampai nak tercekik lelaju makan walaupun orang terakhir yang makan. Yalah, suami dan anak-anak lepas makan, panas punggung nak ajak balik. Nasib kitalah...

      Delete
  8. klu dah lapar mmg tak dpt dibendung lagi...
    org lain tak lapar takpe... kita yg lapar kena isi perut dlu.. kang pengsan kang sapa nak jawab.. hahha gila selfish kan komen gini.. hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selfish tak selfishlah, Lyn. Bila dah tak tahan, hilang dah kesopanan dan kesusilaan gitu ...

      Delete
  9. Adoiii..dgn kerenah anak,suami n mertua...nak jaga hati sini dan sana..dok mkn kat rmh lg bagus MD oiii...hehehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu. WA. Dok rumah buat sarapan sendiri lagi afdal. Penat ler semua kita yang kena tanggung :)

      Delete
  10. saya kalau lapar pon tak boleh tahan.
    sabau je la. hbs tu yg lain mmg tak makan la pagi tu. saje keluar jln jln amik amgin je la

    geramnya tgk adik dgn abg.. cute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesaja kata nak breakfast kat KLCC pastu tetiba tak mahu. HD akak tu Ciksu sangat obedient bila depan Maminya. So bila Mami tak mahu makan, HD pun tak mahu makan sama. Akak tak leh ler, dah lapar mcm singa betina dah :)

      Delete

Post a Comment