Tuesday, February 18, 2014

Rojak di pagi Selasa

Salam pagi Selasa kengkawan!

Hah, janganlah salah sangka! Ini bukan cerita tentang makanan apatah lagi tentang rojak. I tak makan rojak. Maklumlah mix parentage katanya @_@

Minggu ni macam busy pulak di pejabat. Nak buat ucapan terimakasih kepada seorang blogger ni pun tak dan-dan lagi padahal souvenir dah pun diterima dengan jayanya pagi Jumaat lepas ~_^ Nantilah ya... I ni bukan lupa daratan. Nanti I tempek gambar dan buat ucapan perdana (eh, gambar pun tak snap lagi!)

Blogwalking pun agak semput ni sebab mengejar masa tapi tak apalah kan sebab I ni kalau menyinggah memang menangis melalak tuan punya blog dek kerana meninggalkan komen yang berbakul-bakul ^_^ Sekarang ni siapa aje masuk komen, I terjah blog mereka dan kalau boleh terus masuk dalam my bloglist. Senang cerita. Pastu I yang semput nak gi blogwalking @_@ Tapi takpalah.... bukan kena dera pun. Setakat jenjalan baca cerita terbaru orang aje. No hal kalau I tak busy dengan tiga bosses nih!

Minggu ni I pakai supir you all (siapa lagi kalau bukan Hubbydearie) kerana kereta I kan dah kebaboom depan sekolah Abang. Nasib baik dah sampai depan sekolah. Kalau tidak, naya juga I dok merintih di tepi jalan. Oh, ya! Ni baru teringat. Kisahnya dah berlaku berminggu-minggu lamanya. Masa tu hujan lebat. I balik kerja. Betul-betul kat roundabout besar, kereta I bergesel dengan sebuah lori kecil. Tak tahulah siapa salah. My car yang cium lori kecil  tu ke atau lori kecil tu yang menghimpit kereta I ( I di depan lane tengah nak ke lane kiri, lori tu di belakang lane kiri sekali nak ke lane tengah...) 

I boleh rasa kereta I dilanggar tapi I terus aje jalan buat tak tahu. Dalam hati cuak juga-mana tau kereta kemik  teruk. Tapikan, hujan lebat satu hal. Dekat roundabout besar satu hal lain. Maka I tekan minyak jalan terus aje. Bestkan dapat driver macam akak ni....

Sampai rumah baru nak check kemek ke tidak kereta. Adui, kemeklah juga, habis  tergarit silver paint tu.... Kalau sepuluh tahun lalu, I menangis melalak-lalak tapi sekarang ni rileks ajelah. Gi cat balik kalau tak tahan sakit mata... Salah siapa ye? I dunnolah!

Maka pagi tadi Hubbydearie ada hal nak ke Putrajaya. Terpaksalah hantar I ke pejabat dengan kadar sepagi mungkin. I sampai pukul 6.50 pagi. Make-up tidak. Beli breakfast pun tak sempat. Sampai aje kat pintu bangunan, baru ingat access card  tertinggal. Pejabat tak payah ceritalah memang gelap gelita, banyak hantu bekerja kat dalam tu lagi.

Lapar satu hal. Kena serang nyamuk satu hal lagi. Pakpuk, pakpuk I tampar muka tak tahan dengan serangan. Bila dapat masuk bangunan 45 minit kemudian, gatal lah tangan dek kena gigit nyamuk!

Bos pun terkejut proboscis monkey tengok I sambut beliau kat depan pintu bangunan. Bila sepasang matanya dah detect clearly it was me, terus dia gelakkan I apahal pagi sangat dah sampai! Nasib baik beliau datang cepat. Kalau tidak, I rasa nak tidur sambil duduk bersila aje kat depan pintu tu @_@

Semalam lepas ambil Abang di sekolah, terburu-buru dia nak menceritakan kisah sedih kawannya, yang baru kena pindah duduk di sebelah Abang. Cikgu memang suka tukar-tukar partner kerusi sebelah. Kejap orang ni, kejap orang tu. Kali ni budak perempuan Melayu duduk sebelah Abang...

Kata Abang kesian si gegirl nih. Bapa dah meninggal dunia masa umurnya 4 tahun. Emaknya pulak meninggal dunia ketika usianya 6 tahun. So, I kata kalau macam tu, budak ni dipanggil anak yatim piatulah sebab makbapak dah takda. Tapi... ada tapi lagi...

Dia ada kakak. Dua dah mati. Tinggal satu aje. Sekarang mereka duduk dengan makcik mereka. Bapa pulak ada 'affair' dengan perempuan tinggal sebelah rumah. Bila emaknya tahu, emak nak minta cerai....

Tapi.... 

Ada tapi lagi....

Perempuan sebelah tu pun dah mati. Ada baby. Pun dah mati jugak! 

Hai, pelik lain macam cerita sedih kawan Abang ni! Ke Abang salah penceritaan nih?

Bila I tak sedih dan kata macam tak logik pulak cerita Abang, dia pun merajuk. Katanya bila dia cerita kisah sedih pun Mommy langsung tak sedih. Lain kali dia nak record semua kisah sedih kawan-kawan supaya Mommy percaya yang itu memang kisah SEDIH bukan kisah KELAKAR @_@

Lepas tu membebel-bebel dalam kereta kenapalah Mommy Abang ni tak boleh differentiate langsung antara kisah sedih dengan kelakar. Langsung tak simpati kat kawan dia nih....

Oh, tak tahulah nak rasa bersalah atau nak gelakkan si Abang nih!

 

 

 

 

 


36 comments:

  1. Replies
    1. Thanks, Angah! Berkesempatan singgah sini!

      Delete
  2. Haha.. apa Abang nak citer ni. Aunty dah keliru dah. Semangat nak citer ya. Eh, Naim pun macam tu juga, saya sampai je rumah petang2 tu, pasti dia yang sambut dan terus dia cerita macam2 pasal kawan dia. Saya iyakan saja.

    Awalnya sampai ke ofis tu. Alahai nak gelakkan MD sebab berkawan dwngan nyamuk.. semoga tak tertinggal pas lagi ya. Bila siap baiki kereta nanti boleh meremoit sdiri beli sarapan kegemaran ya.

    Aai.. blog makin glamer, banyak hadiah bakal diterima kot. Apa ya dia daoat Jumaat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, AN. Saya sendiri confused nih. Yang mana benar, yang mana dah kena tokok tambah. Tapi paling tak menahan bila dia guna perkataan 'affair' , 'minta cerai'. Eh, eh, macam tahu aje maknanya :)

      Alahai AN.... first time dapat token dari kawan alamaya. Tempat kedua teratas kerana kekepohan mengomen non-stop!

      Delete
  3. memula citer pasal u tunggu ofis buka kena gigit nyamuk, i macam kesian plak. Selamat le bos u dtg kalo tidak dia mesti lagi terperanjat tgk ada makhluk bersila tidur dpn ofis.

    Tapi bila masuk cerita abang tu, i seriously rasa simpati. Tapi bila dia kata ayah dia ada affair dgn pompuan sblah rumah, emak dia mintak cerai pastu... cemana emak dan ayah dia boleh idp balik? Ke itu kisah sebelum mereka mati? Kuat betul daya ingatan budak tu sampai bleh ingat scandal ayah dia dan adik tiri dia yang mati tu. Eh, ke ni cerita benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiankan, kesiankan.... macam nak nangis ajekan bila saya mengexplained cerita. Itu belum letak gambar duduk bersila tunggu pintu buka lagi. Mahu pulak you all buat tabung bantuan kecemasan untuk saya :)

      Cerita Abang tu, Mommynya pun pening lalat dah. Tak pasti mana yang betul. Makbapak dah lama mati tetiba ada affair pulak. Kalau betul ada affair, mcm tak logiklah. Bapak mati umur 4 tahun so kalau ada affair sebelum tu...budak tu umur less than 4 years old dah ingat affair bapaknya.... Memang mengconfusedkan jiwa raga buat calculation cerita Abang nih!

      Delete
  4. hahaha.... mula2 baca sambil boleh membayangkan keadaan MD yg tiba di off subuh2 sapie.. pas tu masuk citer aang,, mood tukar sedih, tambah sedih sampai ending KA rasa nak gelak pulak,... biat betik citer abang ni, Anak2 gitulah MD rajin benar bercerita , layan kan aje wlau kita x tau entah betul entahkan tidak... nufffnag kat sini yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam subuh sapie, KA ... hari ni sebelum subuh lagi dah terpacak menongkat dagu :)

      Abang marah sakan sebab saya kata macam tak sedih pulak ceritanya.... mengamuk-ngamuk dalam kereta kata Mommy ni tak sensitif, tak pandai kesiankan orang!

      Delete
  5. :)..mmg la mula2 patut rasa sedih dgn cerita si alongnya tu tp mak rasa cerita dia mcm tercampur2 dgn kisah lain kot.

    2 cerita tp tercamtum jd 1 cerita. so cerita sedih dah jd x sedih dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Conclusionnya mak memang tak tahulah cerita si Abang ni ada kebenaran ke tidak. Saya nak gelak, kena marah sebab dia tengah cerita yang 'betul-betul sedih nih!'

      Delete
  6. 45 minit akak tunggu kak?perghh lame tu kak...kalo tdo tu sempat mimpi indah2 haahahahah...aduh...moga cepat la kereta akak siap yeak...mmg patah kaki kalo keter takde kan kak...nak harap kan en hubby die pun busy dgn urusan die kan kak.....

    kak, lieya bace pun nak gelak...mule2 mmg sedey...tapi lame2 takleh tahan dah..tegelak jugak sudahnye adoi hahaahahahah....kalo abg cite ngan lieya mmg sah2 die merajuk muncung panjang sedepa tu ..belum ape2 dah kene gelak....siyes kelako comel2 kak heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ada pada minit, Lieya! Uwahahaha....nangis guling-guling akak tau! Nak tidur camna kalau nyamuk sibuk dok menackle kita tak sudah-sudah. Nak kiss sini, nak kiss sana. Kita pulak jenuh menepis cabaran yang datang tau!

      Akak pun rasa macam nak tersimpati lepas semua dah mati, ada affair lepas mati terus rasa cam, eh...biar betul nih!

      Delete
  7. 1. Sesekali jadi org pertama menunggu masuk pejabat ok juga. Kakak tiap hari jadi org pertama tau. Tapi bukan sebab org yg hantar kejar flight. Kakak bawa anak ke sekolah itulah jadinya..

    2. Hmm... kena dengarlah sesungguh apa yg abang cerita tu. Kesian dia. Abang ni kalau besar romantik orgnya.. alert dan caring dgn kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan macam tulah nasib saya sebab Abang bersekolah pagi. Memang saya jadi tuan yang terutamalah, setiap hari pun early bird.

      Akak rasalah camna? Real ke tidak segala kejadian tu? Saya memang nak simpati bila dengar kawannya anak yatim piatu tapi lepas tu, saya nak gelak dah....Abang marahkan saya. Tak prihatin langsung katanya ...

      Delete
  8. memula sedih baca citer tang kawan abang ni..at least bila scroll kebawah lagi jadi gelak pulak akak membacanyer hehe..betul kata kak zakie tu abang ni caring then attentive orangnyer..:)

    anyway thanks ea mommydearie..dapat jugak tersenarai dalam bloglist mommy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Alahai, saya pun blogger picisan aje. Dapat masuk bloglist saya pun takda makna apa-apa pun :)

      Abang tu memang tak pastilah kesahihan ceritanya. Entah betul ke tidak...ke dah bercampur-campur cerita atau mungkin imaginasi aje lebih :)

      Delete
  9. masa baca para atas-atas tu cam sedih je... kesian je... sekali bila baca tang cerita abg tu... tergelak sakan saya... kelakar la abang ni... :-)) xboleh berenti auntie gelak... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya pun nak gelak sama bila dah part ending tu. Takpalah tak bersimpati pun takpalah dah tak tahu cerita si Abang ni betul ke tidak!

      Delete
  10. kelakar lah baca cerita abg ni.. bkn lah tak sedih..
    tapi akhir2 nya mcm tak logik plak dgr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, macam tak sedihkan? Habis semua pun mati....elok pulak tu memula ada tiga kakak tetiba mati 2, tinggal 1. Entahlah Abang nih...

      Delete
  11. cerita sedih tu, kalau di buat drama melayu, confirm ramai yg meleleh leleh ait mata menangis tgk..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba-tiba nak jadi pengarah drama :)

      Agak-agak DZlah kalau saya buat drama kisah sedih percintaan terlarang selepas mati nih, ratings tinggi tak? Boleh tak kalahkan Ariana Rose?

      Jap, nak pilih para pelakon jap....

      Delete
  12. Sebenarnya OKje nak gelak dengan cerita abang tu haha.....habis semua disapu bersih, mati haha....betullah MD mcm tak logik pulak ! Takkan le semua mati!
    Nape tak ambik gambar keta yg kemik tu nak tengok gak banyak mana kemiknya...
    Tulah tu sungguh untung kalau bergesel dengan kereta hang MD....tak yah nak banyak cerita hehe... Tp okje pun faham tu...nak berhenti pun payah jugak yek dlm keadaan jalan bizi cam tu!
    Syoklah yek jadi boss ada supir hantor hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tulah pasal! Camna Mommy yang emo boleh menangis dengar cerita ter'sedih' Abang nih. Macam tak logik pulak bila part ending nih. Confirmed Abang tak leh jadi pengarah filem box office!

      Eh, OKje bukan sebab incident yang itu! Kereta saya kebaboom sebab radiator coolant kebaboom sebab...alah tak yah citerlah....

      Delete
  13. lamanya MD tunggu. nasib le jugak ada teman kan.

    nak sedey ke, nak kesian erk dgr citer abg tu. confius pon iye jugak..
    klau ada lagi coter blk ye kak.bg paham.hehee.

    ps: akak, sy paham komen akak tu.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tak faham cerita sedih kawan Abang nih... Dah tanya semalam, kena marahlah pulak! Tak sensitif bila dengar cerita sedih :)

      Delete
  14. semalam dah syok mengomen kemain panjang tup2 hilang sabor jerla...guna phone selalu gini..huhu

    kemain sedih cerita abang tuh MD nasib malang bertimpa2 kena kat kawannyer tuh..tak hagak2 kan...mesti abang dengo penuh kusyuk nih siap satu2 ceritakan kat mami...pendengar yang baik nih hehe abang ni tau...

    sian dia kena kenduri ngan nyamuk...darah manis tu yang kena serang tu hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang tau! Nasib malang kawan dia tu melampau sungguh. Sudah jatuh kena timpa tangga letrik aje gayanya :)

      Kesian kat Lizz... nak lawan kita tulis panjang2, dia komen panjang2 pastu hilang! Ni baru cerita sedih namanya :(

      Delete
  15. cam anak murid saya juga MD..
    suka bercerita hal mereka tapi kejap lompar sana, lompat sini//
    kalau saya tak layan, merajuk.
    kalau saya layan...semua nak cerita sampai bab mak marah ayah tak solat pun ada...aduhaii..dia ajak kita bergossip tentang familynya pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, habis rahsia keluarga cerita kat cikgu! Sure malu kalau makpak tahu nih...

      Budak-budakkan, semua pun mereka nak story telling kat kita. Kalau tak dengar katanya tak sayang, tak prihatin, merajuk. Kalau dengar, rosak jiwa raga ni rasanya :)

      Delete
  16. Replies
    1. Tak tahulah betul ke tidak citer si Abang nih...

      Delete
  17. takpernah smp awal mau tak terkejut beruk boss awk tu MD

    guling2 sy gelak baca cerita sedih kawan abang ni..cam cerita kartun n drama melayu bersiri pun ada.in the end semuanya mati..tp kisah abg cerita ni lagi tragis..tak sanggup nak sedih..sory ye anty ketawa terbahak2 ye abg..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni masa cerita penuh dengan jiwa gitu. Nampak kesedihannya mengenangkan kawan yang takda makbapak nih. Tapi tulah.... hero mati, heroin mati, second heroin mati, anak-anak heroin mati...yang itu memang tak tahan gelak mendengar tragisnya kisah!

      Delete
    2. budak klu bercerita mmg sungguh2..yg serius terus jadi lawak

      Delete
    3. Tension ohhh masa Mommynya mendengar. Itu yang tak tahu ekpresi camna nak ditunjukkan.... kurang prihatin pulak kata Abang bila Mommy tak nangis, kembang-kuncup hidung macam selalu bila tengok cerita sedih ....

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...