Dah lama tak bawa anak-anak pergi mandi kat swimming pool. Baru-baru ni kena cuti jaga merekakan. I pun dok fikir apa nak buat. Kita mulakan hari dengan pergi breakfast tiga beranak.
Bak kata Abang,
Kalau Mommy tak pergi kerja, memang bestlah!
Lepas sarapan, pergi bank kejap and then terus cuci kereta. Kalau nak tahu, I memang jarang in charge cuci kereta. Selalunya Hubbydearie yang buat. Oh, no...tunggu dulu! Jangan beri pujian pada beliau. Hubbydearie hanya akan cuci kereta I bila dia rasa perlu aje tapi kereta sendiri setiap minggu pun kalau boleh nak cuci. Kalau jatuh tahi burung sikit pun nak cuci sesegera mungkin.
But my car, Hubbydearie suruh 'simpan' dulu sampai betul-betul kotor. Dan betul-betul kotor tu boleh makan masa 2,3 minggu ya *_* Kesian kat I kan....
Memandangkan I dah cuti dan of course tempat car wash tu tentu tak ramai orang ketika waktu bekerja, I pun pergilah cuci kereta tanpa izin suami (Well, I informed Hubbydearie right after reaching home yang I pergi cuci kereta tanpa izin ~_^)
Masa tengah dok menunggu tu, tanyalah kat si Abang apa kita bertiga nak buat kerana Mommy cuti. Dahlah tak berjalan ke mana-mana, so lebih baik kalau kita 'manfaatkan' hari cuti Mommy yang sikit nih *_^
Abang kata nak ke Aeon lagi, nak jalan-jalan gi window shopping. Cayalah Abang! Baru 8 tahun dah pandai ajak Mommy gi window shopping. Tapi Abang nak pergi bahagian alat tulis aje. Abang ni prihatin. Kalau dia nak ke tempat keinginannya, kita mesti nak bawa Adik ke tempat yang 'diingini' juga! So, kenalah bertabah Mommy ni pergi ke tempat mainan sekali lagi - kali kedua dalam masa tiga hari.
Puas belek-belek beg bagai, alatulis bagai. I tanyalah kat Abang dia nak beli apa. No, satu apa pun dia tak mahu kerana dah kata tadi kat Mommy, nak window shopping aje. Well, takkanlah Mommy tak faham, ya tak ?
Cuma Mommy ni memang definisi window shopping tu berbeza sikit. So, Mommy terbeli beg sangkut untuk Adik dan beberapa 'benda' kecil. Dah siap Mommy buka dan sembunyikan dalam almari, tengah tunggu masa sesuai nak beritahu Daddy nanti *_*
Selesai window shopping, kita balik rumah. On the way nak balik tu barulah teringat nak ajak mereka ke swimming pool. So balik rumah, rehat sekejap (for them) sementara Mommy sambung tugas surirumahtangga. Ingat nak pergi awal, tetiba my niece telefon tanya apa aktiviti buang masa hari tu. Bila dengar kita nak ke swimming pool, eh dia pun nak join sekali! Terpaksa tunggu si niece ni pulak balik kerja. Akhirnya pukul 6 petang baru boleh berenang-renang di tepian...
Belek gambar ajelah ya...
Seronok tengok mereka super excited bermain air. Lepas 30 minit, tanya kat Adik nak balik tak, jawabnya 'No, no, no!' Lepas 45 minit pun itu juga jawapannya. Nampak gaya memang Mommy terpaksa angkat naik dan tukarkan pakaian.
Abang dah pandai malu sekarang ni sebab baju mandinya dah ketat. Nampak 6 packs pulak dah ...
Nantilah Mommy gi 'window shopping' cari baju swimming baru untuk Abang dan Adik juga ~_~

Apahal Adik dok crawling dalam air? |
Mommy, baju Abang asyik 'terangkat' aje... |
Seronok tengok mereka super excited bermain air. Lepas 30 minit, tanya kat Adik nak balik tak, jawabnya 'No, no, no!' Lepas 45 minit pun itu juga jawapannya. Nampak gaya memang Mommy terpaksa angkat naik dan tukarkan pakaian.
Abang dah pandai malu sekarang ni sebab baju mandinya dah ketat. Nampak 6 packs pulak dah ...
Nantilah Mommy gi 'window shopping' cari baju swimming baru untuk Abang dan Adik juga ~_~
Wah..sesuatu yang baru di blog ni. Gambar dah diedit lawa.. hihi..
ReplyDeletePandai Abang sokong hobi Mummy dia ya.. alangkah seronok kalau dapat buat macam ni selalu, kan Abang?
Abang pun geng MD ke? Xda bagitahu yang MD beli barang masa balik tu pada HD? Ni yang paling best. Naim tu suka cerita pada orang apa aktiviti dia di luar. Kalau saya bawa dia ke kedai depan pun, bila balik cepat2 dia cerita kat papanya, beli apa, tak dapat beli apa.
Pasti kalau window shopping lagi tak beli baju renang Abang je kan?
Hehehe...malu saya... itu pun edit kat hp. Kalau suruh mengedit sendiri tak reti ler... Abang memang support Mommy 24-7. Tapi dia lebih takutkan Mommy berbanding Daddy. Anak-anak tak kisah saya beli apa cuma kadang-kadang tu terlepas cakap juga :)
DeleteRasanya kalau gi shopping lagi memang nak cari baju renang ajelah *_*
Assalamualaikum...
ReplyDeleteHahaha kak! swimming tuh aktiviti paling seronok terutama bila cuaca tgh panas cmni..hehe sofia pun ada bw adik pegi mandi2 kat swimming pool..tgh2 panas nih kalau nak ke pulau tuh mcm kena pikir 8-10 kali pun belum tentu nak pegi hahaha
regards,
Triplesmiley
Sebenarnya akak pun teruja juga bila tengok swimming pool ni tapi nak tengokkan anak-anak katanya, macam pelik pulak kalau Mommynya main lepuk-lepuk air kolam sekali :)
Deletebudak2 dngan air memang tak boleh dipisahkan kan MD..anak2 acik sampai dah besar ni pun..masih suka berendam
ReplyDeleteBetullah Acik. Kalau dah berendam memang tak mahu keluar langsung. Kalau cakap sopan-santun suruh keluar memang mereka buat tak tahu aje :)
Deletesalam mummy dearie..maaf dah agak lama tak bertandang...blog buat hal...dan sekarang tgh busy... walaupun cuti sekolah tak ke mana..anak-anak dibawa kolam mandi pun dah rasa hepi kan.
ReplyDeleteSalam Ema. Yalah dah banyak kali saya nak blog Ema asyik sangkut aje. Blog ada problem lagi yea...
DeleteCuti ni tak ke mana. Daddynya tak suka crowded places. So memang tak bercutilah kami dah hari sekolah nak kena fikirkan si Abang pulak...
swimming mmg aktiviti yg paling menyeronokkan pd budak2.. klu kita suh naik ada jer jawapannya... sure kata NO NO NO like my granddoter..
ReplyDeleteNo memanjang tu yang penat, Lyn. Dah lah tak dapat berenang di tepian bersama-sama. Lagilah penat rasanya badan nih :)
Deletebahaya betul abg ajak mummy g window shopping..
ReplyDeletemummy ni jenis rasa rugi kalau duk tgok kat tingkap je..kena terjah, dah terjah rasa murah plk, rasa berkenan pulak..dah terbeli pulak.
Definisi window shopping mak dan anak berbeza. Mommynya kata window shopping beli sikit-sikit aje. Abang kata window shopping tu tengok-tengok aje Mommy ....
Deletenakal mommy ni... hhee... tersopping plak time window shopping ...hheee
ReplyDeleteTak perasan 'window' kat depan tu. Itu yang terus masuk ikut pintu kedai :)
DeleteAbang ni alert dan agak matured kakak perhati. Kalau budak seusia dia kakak rasa hmmm.... dah dibelek-belek mesti tanya "mummy boleh beli tak?" Sebab anak kakak biasa macam itulah...
ReplyDeleteKalau selalu bawa ke swimming pool lama-lama boleh swimming tau MD. Anak kakak tak pernah belajar pun tapi dek kerana selalu pergi entah masa bila tetiba dah boleh swimming tau...
Abang dulu kak, kononnya berenang tapi sebenarnya dia berdiri dua kaki sambil selamkan muka dan kuak tangan macam orang berenang. Naik gelihati tengok gelagatnya masa tu. Sekarang dah pandai sikit-sikit. Adik dia bantai merayau dalam kolam itu ajelah...
DeleteAbang ni kalau ikut saya ke shopping mall suka pegang barang lepas tu letak. Bila tanya tak nak ke, jawabnya membazir duit aje. Kalau saya ambil barang banyak pun katanya tak perlu buat membazir duit Mommy aje :)
bagus tau dpt anak macam abang,window shopping je walau mummy dh bagi green light..
ReplyDeletebudak2 mmg suka la dpt berendam dlm air..bapak budak jugak.haha mak budak je macam konon nak kontrol ayu..sy jarang pegi pool tu yg rasa kemut nk keluarkan duit beli baju mandi dekat budak2 ni..padahal baju kt DIY tu bpa sen sgt la..:)
aik cmna boleh sama up entry main air ni..dh namanya besan,sehati sejiwa gitu.hakhak
Dah namanya besan sehati sejiwa, nak up entri pun sama aje tajuknya. Tapi saya takdalah gambar-gambar seksi menggoda jiwa raga, PK :)
DeleteAbang memang paling kemut dalam my familylah senang cerita. Yang banyak melakukan pembaziran of course memang you kenal sangatlahkan siapa!
seronok bil tgok anak2 happy kan MD...
ReplyDeleteBetul SA. Seronok sangat bila tengok keletah gembira riang mereka berdua nih.
Delete2 abdul saya till hari ni dok kata, "kita langsung tak g mandi kan?"..
ReplyDeletesana sini merayap, tak p mandi boleh rasa kekurangannya..
sabar ajalah..
Next cuti leh gi mandi ya 2 Abdul :) Anak-anak saya ni on and off ada gak gi mandi-manda tapi tetap pantang nampak kolam renang...tak mahu keluar-keluar.
Deletewah cntik pitcher nya mummy
ReplyDeletesronok ye abang ajak mummy window shopping.
mummy tak berenang ke tepian jugak ke?
Mommy dok kat tepian aje, CikSu. Kena tengok budak-budak berdua ni. Kalau tidak hilang dari radar pulak kang...
Deletehujung minggu ni kami pun plan nak bawa anak2 pegi swimming pool… dah lama sgt hibernate kat rumah musim winter…. dah matahari pun makin mengganas, dah boleh la bawa mereka jalan2 :)
ReplyDeleteBest nyer MD boleh geng dgn Abang… tahu pula dia istilah window shopping tu…. Kalau saya pun, jarang sgt yg betul2 window, mesti terbabas punya juga lah…. ekekke
Kita mana kenal window-window ni, Nur. Kita masuk ikut pintu kedai aje ....hahaha....
DeleteDah tak sejuk menggigil tu bolehlah bawa anak berenang di tepian gak. Aktiviti ni memang budak-budak suka kot. Sebenarnya mak budak pun suka juga tapi kena simpan keterujaan tu dari dilihat orang :)
Nilah aktiviti yg korang buat anak beranak yeh masa kena tinggal dgn HD gi PD ritu....Kalau awak ikut mesti kita dapat jumpakan MD.....
ReplyDeleteBrenang kat mana? Kat rumah yeh....Bestlahkan .....rasa nak berkubang je boleh terjun swimming pool rumah... Ni masalahnya kitaorang ni...rasa nak berkubang je tak de tempat weyh!
Baguslah abg...berdisiplin sungguh....Lain beno dengan maknya yang suka mengelat kalau bab shopping ni hehe...
Mana boleh OKje nak ikut. Dah katanya aktiviti dengan kawan-kawan. Kang kalau bini ikut ada pulak kena sound ikut cakap bini 24-7. Jatuh maruah kelelakian kan.... Kita ni nak ke mana-mana ingat keluarga aje, jarang ingat kawan-kawan. Orang lelaki lain sikit, sesekali nak ruang untuk bernafas kononnya ...
DeleteBalik PD Hubbydearie golap macam apa ntah... pastu pandai pulak ngadu penat, badan hitam bagai...Eh, dah bagi pelepasan berjimba sehari pun leh ngadu penat lagi...pelik betul...
Eh, terkeluar tajuk juga ke komen ni? Macam biasalah memang tak pernah ikut tajuk...
singgah pagi...
ReplyDeletewah memang seronok sakan la kanak2 rebina bila dapat berendam...
Kanak-kanak ribena yang berdua ni memang tahan lasak. Bateri long lasting. Kalau bagi berendam sehari suntuk pun ok aje rasanya :)
Deletekalau anak2 KA , g swimming pool ni msti masuk dlm agenda cuti2 mereka.. hantu air semuanyer hehehe.. xkisahlah janji anak2 gembira kan MD
ReplyDeleteTakpa KA janji anak-anak gembira. Maknya berduka ajelah dok kat tepi tak dpt berenang-renang ke tepian :)
Deleteseronok tengok dierang ni berenang2 di swimming pool kemain riag gembira lagi dierang ni...
ReplyDeletehehe abang nampak 6 pack yer haha...kalo uwais lak nampak tulang temulang haha
*teringin lak nak bwk uwais sara mandi kat swimming pool bila nengok gambo anak2 MD nih
Anak-anak seronok, Mommynya seronok dok kat tepian aje :) Nak berenang, kolam kanak-kanak pulak...terlebih umur. Nak gi jauh, siapa nak tengokkan budak-budak berdua ni. Kena nyanyi-nyanyi di tepian aje sambil cepur-cepur air :D
Deletebagusnyer abang... nak window shopping.. lelaki kot.. kalau anak akak dari rumah janji tak nak apa2 tiba kat sana mesti buat muka kesian... kena gak ibu yang beli... ibukan terwindow shopping.. anak tak nak kita yang lebih..
ReplyDeletesyiok oooo berenang2... anak2 memang tak nak naik dah kalau dah dapat terjun ke situ.. beru teringat yang anak2 akak dah lama tak buat xtvtni.. asyik sibukjer...
Abang ni kalau kita berbelanja tak berhemah memang kena sound dengannya. Selalu aje pesan Mommy jangan membazir, nanti duit habis. Alahai...rasa malu pulak Mommynya!
DeleteAnak-anak saya pun dah lama tak buat aktiviti ni Cho. Barulah ni jumpa air semula :)
yehuuu... ada alasan lagi utk window shopping baju mandi abang. kolam ni kat mana/
ReplyDeletebetapa tak adilnya layanan hd terhadap kerete isteri dia yg tercinta tu ye. kena peram 2,3 minggu dulu. hahaha.
Kalau tak kerana baju mandi untuk Abang, ada banyak lagilah alasan munasabah yang saya boleh kasi untuk membenarkan window shopping ni. Tapikan sebenarnya saya jarang masuk kedai ikut window, saya selalu guna pintu aje :D Sebab itulah selalu aje purse terkoyak, habis duit berterabur merata-rata tau ....
Delete