Budak-budak ini ...

Lama pulak rasanya tak bercerita pasal my anak-anak. Katanya dulu dedicatekan this blog untuk mereka. So, kenalah tahan telinga, tahan mata membaca kisah anak-anak MD ya ^_^




Ini nak bercerita pasal si Adik Cute nih. Bukan main perangai sekarang. Boleh tahan serba-serbi. Dok pening-pening lalat Mommy ni bila balik rumah. Rasa macam nak pitam pun ada.

Beberapa hari lalu, I ambil Bubbly Abang dari sekolah. Dalam kereta Abang dah buat 'pengakuan bersalah'. Katanya, coffee table Mommy dah patah ! Bukan salah Abang sahaja. Salahkan juga beg sekolahnya yang dok atas meja tu semasa ia patah ! Salahkan juga Adik yang tolong goyang lebih-lebih meja tu !





Ceritanya : salah satu kaki coffee table tu memang dah loose screwnya. Superheroes berdua ni pulak excited sakan  tengok meja tu boleh buat  'goyang pinggul'. Makanya mereka dua beradik dengan penuh teruja naik atas meja 'berzam-zam ala kazam' macam naik magic carpet tu. 

Walaupun tak cukup korum bertiga (nasib baik Daddydearie tak nak join sama ...) mereka tetap super excited bergoyang pinggul atas my coffee table. I dah beritahu Hubbydearie, screw dah loose tu tapi macam bercakap dengan dinding tebal pulak. So mulut al-masin I pun ngengadalah cakap selalu,

Memang patah riuk ler coffee table Mommy kalau dapat umat manusia superexcited jumpa meja macam Abang Adik ni!

Maka patahlah ia akhirnya ...




Suatu hari I duduk berdua dengan Adik di rumah. I tak kerja and Abang pulak pergi sekolah. Abang ni kalau hari bekerja I tak kerja dan dia kena pergi sekolah, memang merengek aje kat ketiak Mommy. Nak juga dia meng-absent-kan diri dari pergi sekolah. Oh, no, no, no.... sorry ! This year memang Mommy tak layan lagi manja-manja macam dulu. 

So bila Adik dah tinggal sendirian di rumah, memang kena bermain sendirian jugalah. Takkan nak ajak Mommy main susun-susun kereta, main selerakkan rumah, main jirus air atas karpet, atas sofa. Mommy kalau jadi surirumahtangga sepenuh masa memanglah kerja tak pernah tak ada. List panjang betul. Baru nak letak punggung atas sofa, tup tup datang kerja suruh buat dan-dan tu juga. 

Bila Mommy sibuk buat kerja rumah, Adik memang suka gembiralah hidupnya. Takda siapa nak kata ' no ' sini, ' no ' sana (fed up sebenarnya my anak-anak ni dengan Mommy yang memanjang aje 'no' jawapannya ... agaknyalahkan ...) 

Maka dia pun buat kerja extra supaya Mommy tak sempat rehat. Adik turunkan sofa ke lantai. Letak kereta 'mewahnya' atas sofa pastu taburkan semua toys seluruh kawasan perkhidmatan Mommy. Tak cukup dengan itu, Adik pergi ambil air kasi jirus atas karpet bulu-bulu tegak berdiri. Pun Adik tak puas hati lagi. 

Adik cabut bunga hiasan Mommy (itu aje sepasu bunga hiasan di rumah) dan taburkan daunnya atas karpet. Pun  tengok Mommy buat derk aje kat dapur, Adik pun ambil bola main basket ball pulak. TV Mommy jadi jaringnya !

Mommy bukan buat derk ya sebenarnya Adik buat secara senyap sunyi sepi makanya Mommy tak perasan. Mommy pun curious suspicious aje bila Adik tetiba mendengar kata. Oklah, lebih baik pergi tengok aktiviti apa yang disibukkan si Adik ni. Bila Mommy keluar tengok kenapa Adik senyap aje, bagus mithali aje sifatnya, terkejut proboscis Mommy ! 

Berpinar-pinar mata nih. Tetiba teringatkan blog (apa motif nih? ) Teruslah nak snap gambar Adik dengan aktiviti murahannya. Adik siap bagi pose menarik lagi tu bila tengok Mommy snap gambar. Senyum melerek bukan main manis. For sure dalam hatinya berkata, ' Apasal Mommy happy aje tengok rumah porak-peranda nih? Dah insaf ke Mommy kesayanganku ini? Ni mesti takut kena masuk lokap kalau pukul anak nih ! Baguih ! Baguih !'

Masa tengah beri pose menarik tu siap cakap lagi,

Amik agi! Amik agi ! Amik ! (sambil buat pose gedik supaya Mommy tak menjerit mengaum macam rimau terlepas dari zoo)


Adik tak tahu hati Mommy ni dah lara teramat. Kubeli, kau lontar. Kubeli lagi, kau musnahkan fizikalnya. Manalah hati Mommy tak lara gini ... Tapi nak buat macamana. Dah namanya anak-anak Mommy. Seharusnyalah amarah tu bersifat sementara. Pastu memanglah peluk cium hug hug kiss kiss tak mahu lepas. Manalah my superheroes nak insaf ...

Dan semalam bila Mommy balik, dengan bangganya mereka berdua buat pengisytiharan umum,

Mommy .... jangan marah ! Tab Mommy dah rosak. Adik gi jirus air !

I tanya kat Adik, 

Siapa rosakkan tab Mommy?

Abang !




Comments

  1. bagus MD ni cool je..kalau acik rasanya mau jugak keluar suara tarzan hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cool, Acik. Berjuraian air mata den ni bila tahu tab rosak. Nak main pukul-pukul anak, rasa macam tak worth it pulak.

      Delete
  2. amboi2 dedua ni kenapa comey sangat...geram nengok pipi memasing nak cubit2 rasa..lahai...
    masin sungguh mulut mummy yang tak menahan gelak tu bila bercakap ngan dinding kahkah...kekadang hubby kita sama dia boleh buat dek jekkan hoi...sakit hai kekadang tau...adik beradik tu tercedera tak bila dah patah..hehe

    adik kemain hooorey lakan mummy duk umah siap boleh lending keter mewah atas sofa menyiram karpet bagai...banyak no kerjanyer yer bila ader mummy yek...bila dia duk diam memang banyak agendanyer kan..ader la yang dikerjakan hehe sabo jerla...bila dah porak poranda bergambo lak best2...
    ayat tak nak masuk lokap klako sungguh gelak sekali lagi kat meja sensorang...

    adik abang tolong urut dada mami tuh kesian mommy tau...tab dijirus air rosak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, cakap dengan dinding tu dah alah bisa, tegal biasalah, Lizz! Nasib baik ada blog, boleh juga membebel sorang-sorang dalam blog sekarang ni ... yang membacalah nasib tak baik pulak :)

      Nasib baik tak kena kaki Adik yang sibuk mempercepatkan proses meja tu patah. Kalau tidak mahu luka juga. Kalau Mommy takda rumah, memang haven aje mereka rasa. Kalau Mommy ada, semua pun tak boleh, tak boleh!

      Sekarang mana boleh main pukul sembarangan... budak-budak sekarang ada imuniti tau. Kenalah jaga-jaga :)

      Delete
  3. haaaaa!!!! tab akak kena jirus air????
    perggghhh..biar betul kak??
    kalau saya, mmg ngamok nangis tak berlagu lagi dah..
    tab ni dah mcm nyawa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu... redha ajelah! Setakat marah aje, nak pukul babat bagai, memang takada gunanya. Nangis ajelah mengenang nasib kita dok beli, anak-anak dok jahanamkan barang. Yalah mereka tak faham nilai duit tu. Agaknya dengan 10 sen yang jumpa celah-celah lemari tu mereka sangka dah boleh beli 10 tab ler tu!

      Delete
  4. tab kena jirus air?? omg kak, klu Lyn mau nangis... dah lah nak membeli nya bkn senang. sekali kena gitu.. aduhai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu akak tak nangis. Kita yang keluar duit membelinya. Kat rumah tu memang banyak barang tunggu nasib aje nak kena 'belasah' dengan Adik mahupun Abang. Akak bebel ajelah, mereka dua beradik masuk telinga kiri lepas terus tidur tak ingat apa. Kalau dah buat salah, buat muka comel bersalah lagi, macamana nak naik darah? Aduh, sabar ajelah!

      Delete
  5. Betul-betul ligat hero-hero MD ni. Kakak gelihati dan tak ada niat nak ketawakan MD tapi itulah kreativiti anak-anak kalau kita leka sikit. Meja patah, bunga berterabur, mainan bersepah dan hingga tab kena jirus air semua tu mereka tak salah... tetap kita yg salah sebab dia tak tahu lagi yg mana betul/salah. Yg pasti enjoy ! itulah yg mereka suka:)
    Sabar ajelah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak ketawa terbahak-bahak kat saya pun takpa, kak. Tak ambil hati pun. Memang cam nilah nasib saya. Saya tukang beli, anak-anak tukang rosakkan. Mereka tak faham lagi nilai duit ni. Nanti saya nak ajarlah satu barang dirosakkan, saya tolak kerosakan dengan nilai duit yang mereka dah faham. Hah, nak tengok sanggup tak mereka rosakkan lagi...

      Delete
  6. Assalamualaikum...

    Hahaha kak...ank2 lelaki kak...agknya memang lumrah keaktifannya...hehehe...

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Memang terkedu dah. Tak boleh nak cakap apa lagi dah ...

      Delete
  7. tak tahu sapa yg bersalh dlm hal ni..
    tetapi yg pastinya momy ada point nak cerita dlm blog..huh


    kadg biarkan je dia bermaharajelela..tgok je..biar sampai dia puas..dah puas tak usik dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy kalau point sebesar kuman pun dia nak cerita dalam blog :)

      Nak tunggu dia jemu tu PB, rasa macam berabad pulak. Semalam takda tab, takda handphone nak diberi, punyalah dia merengek meraung merintih-rintih. Terpaksa tukar plan tidur malam, kalau tak memang mendayu aje suaranya!

      Delete
  8. hahahaha serious tgk gambar mula2 tu KA dh bantai gelak, bila baca cerita hingga habis sakit perut menahan tawa.. anak2 dialah racun dialah penawarkan... done nuffnang yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni KA mereka berdua nak adil dan saksama. Kalau Mommy kata 'sayang Mommy' dua-dua berkejaran entah dari penjuru mana nak masuk bawa ketiak Mommy dulu :)

      Nak apa-apa pun mesti sama. Dah macam kembar pulak.... Mommylah pening selalu sebab tak boleh nak bahagi dua jasad ni :)

      Delete
  9. dah nama superhero kan! mau tak menjadi superexcited nyer..tu yg dok betabur jer munga..hero mana suka munga mama ! kapet rumput memang ler kena jirus air..sabo jer la MD oii..dah nama superhero gitu lerr gamaknyer..telan jer la amarah tu..opstt jangan lupa urut dade sekali yer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah satu aje mungenya bukan seluruh rumah pun ada munge-munge berkembangan :) Sekarang memang level tak boleh beli apa-apa yang baru kat rumah tu, menangis melalak nanti Mommy ler dia orang tak kisah pun!

      Delete
  10. wah..kalau saya, dah jadi monster dah..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat dah jadi monster, jadi tarzan, jadi singer dengan pitching yang tinggi mendayu... semua pun tak jalan. Mereka tak heran sebab mereka tau dah rahsia Mommy - bila kita buat salah, cepat-cepat buat muka sedih terharu sebak gitu. Mesti Mommy tak sampai hati nak lepuk.!

      Delete
  11. Mesti adik kat dalam hati cakap buang tebiat ke apa mommy ni....relax je dia buat sepah pun hehe ...
    Okje ni lagilah MD....Nama je anak dah besar besar tp rumah kalau time depa balik sekolah pun mcm tongkang pecah jugak.....segala bag bagai letak kat hall....dahlah rumah sekangkang kera....kadang tu nak nangis pun ada. Cakap berbuih mulut....esok dah lupa...kadang tu rasa nk mogok jer tau!
    Itulah nama pun anak...marah marah sayang namanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...cakap pasal mogok teringat pulak kat kakak saya. Dia memandu pergi rumah kakak sulung tanpa beritahu suami dan anak-anaknya sebab merajuk. Member ni dok berjam tunggu depan rumah sebab kunci tertinggal boleh anak-anak tak sedar :) Lepas tu mengicau anak-anak dan suami mencari sebab kakak saya offkan handphonenya!

      Delete
    2. Bagus jugak kalau buat sekali idea ni MD hehe...atau pun buat dek je kat rumah tu tengok ada tak org kemas kalaulah emak yg tak kemas!...

      Delete
    3. Oppsss...jangan ditiru aksi ini! Kita tak bertanggungjawab atas respon dari ahli keluarga. Hahaha...

      Kadang-kadang memang rasa patut menghilangkan diri sesekali. Biar mereka rasa betapa indahnya dunia kalau bibik free takda kat rumah !

      Delete
  12. Assalam...kadang2 telatah dan kerenah anak2 ni buat kita pening....kalu 10 orang 10 ragam....bila tak ada ...mesti terasa sunyinya tak terkata...
    Macam bunda ni anak2 dah besar panjang...lagilah terasa sunyi...dulu bunda pernah mengasuh ramai anak2 jiran...pun sama ...ragamnya tiap seorang mcm2...pening!!...
    Bila diorang bercuti...sunyi senyap rumah...
    Itulah orang kata...rumah yang ada anak2 kecil ni berseri dan meriah.....

    Salam ziarah dari bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Bunda. Masa kecil-kecil ni bila banyak sangat kerenahnya, pening pulak tetapi seronok. Bila mereka dah besar nanti tentu rindu akan keletah mereka. So, malas nak marah sangat. Enjoy ajelah tengokkan mereka walaupun hati ni lara aduhai :(

      Delete
  13. Haha.. abang kata adiknya, adiknya kata abang ya.. ni baru dua kan? Rasa sesak nafas kadang2 bila anak jantan berdua buat hal. Kalau tak ada kerja kita rasa pelik, tapi bila anak buat macam2 kita rasa geram pulak ya. Eh ke gembira ssbab anak kita aktif.

    Kebetulan meja tu nak patah kot.. dah sampai masanya, hihi. Kalau kat rumah orang lain atau balik kampung, diorang ni aktif macam ni juga ke? Ke sopan santun je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu baru dua, kalau 5 ke, 10 ke memang Mommy kerap buat lawatan ke hospital sakit jiwalah agaknya :) Anak-anak AN tak macam ni ke? Saya kalau kat rumah dengan mereka berdua, memang semput memanjang. Manalagi kerja rumah, manalagi keletah anak-anak, sampai nak telan makanan pun rasa macam nak tercekik-cekik kat tekak nih.

      Mereka kalau depan orang memang well-behaved. Berlakon hebat. Tapi janganlah depan keluarga dan sanak saudara. Memang havoc. Tunggang langgang jadinya.

      Delete
    2. Anak2 saya pun macam nilah MD. Mmg faham sangat keadaan ni. Itu yang mak ni sampai berniat nk kenduri kesyukuran bila Naim demam yak bergerak langsung hari tu. Seingat saya Naim ni memang aktig. Dalam pantang lagi dia jenis tdo sikit, mak saya penah cakap yang 13 cucu dia yang lain jenis tidur ok.. tak macam Naim, di usia seminggu tu dah banyak berjaga drp tido.

      Ikut kata MD ni, saya rasa anak2 kita ni jenis yang baik juga kan. Sekurangnya dengan orang lain tahu nak berkelakuan baik. Naim Nazif pun. Eh memuji anak sendiri pulak. Namun, alhamdulillah la walaupun jenia aktif tapi takla pelik sangat atau hyper

      Delete
    3. Betul tu, AN. Sebenarnya kalau nak dibandingkan memanglah mereka tak jahat mana. Lasak aje kat rumah. Kalau keluar berjalan, ok aje tapi janganlah Mommy ada. Terover mengada-ngada walaupun menurut kata Abang dalam rumah tu Mommy yang paling garang :)

      Delete
  14. adik jirus air kat tab? OMG! kalau i...hmm..boleh hilang sabar ni..tp yelah nama pun anak2 kan..sabar jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak tahu nak marah apa. Marahkan dinding rumah ajelah. Mereka rileks aje. Takda masalah. Bukan duit mereka pun guna beli tab tu ....

      Delete
  15. yang bagusnya..depa ngaku kesalahan depa..hee..cute betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depa ngaku siap-siap sebelum Mommy finds out. Kalau Mommy nampak dulu, memang dah menjerit sepelaung terlepas bunyi jeritannya. Lepas tu pandailah memasing buat muka bersalah, sayu sedih pilu supaya tak kena pukul. Letih dah pukul. Tangan kita gak yang sakit. Marahkan air ajelah kenapa boleh terjirus kat tab. Syahdu sungguhkan!

      Delete
  16. heheh...comellah dorang ni Mummy! Muka adik paling innocent sekali...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya kalau lepas buat salah, lagi innocent muka masing-masing. Demi nak mengelakkan 'child abuse' macam kata si Abang tu. Janganlah dipukul adiknya, asyiklah remind kita takut kena masuk lokap!

      Delete
  17. Subhanallah, terhibur betul. Mmg aktif derang ni. Seronoknya ada anak lebih dari sorang. [ngeee.... belum ready lagi sebenarnya, tapi nak]. Yg part siram karpet dgn air tu tak menahan ku baca. Pastu tab pin kena siram dgn air. hahahah... MUka posing tu mmg innesen. Comel giler. Tapi mmg la mummy dia tu blogger tegar. Ada ke patut sebelum marah gi amik gmbr dulu. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau satu aje, kitalah jadi kawan baiknya. Kalau dua macam saya ni, memang rasa nak pengsan aje. Asyik mabuk darat :) Balik rumah hati memang tak tenteram, dunia memang tak aman. Tapi at the end, itulah penawar segala duka nestapa :)

      Itu gambar-gambar yang tiada kaitan dengan hari kejadian. Gambar lama. Kalau sekarang ni Mommy nak snap photo, mereka pulak yang posing lebih-lebih. Mommy ni pulak sejak ada blog, apa-apa kejadian yang berkaitan dengan anak-anak nak tempek dalam blog aje. Ngengada kan ....

      Delete
  18. haha memasing salahkan org lain nak selamatkan diri..sudahnya mommy yg pening..bab rosakkan harta benda ni benda normal la MD kan..klu tak sape lagi nak melingkupkan harta momy..geram mmg la geram..tp tu proses kehidupan pembesarn anak yg wajib kita lalui..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah macam give up nak beli barang baru kat rumah tu. Ni saya tengah tunggu magic water saya punya turn dirosakkan. Si Adik kerjalah menadah air sepenuh-penuh hati sampai melambak atas lantai. Letih saya sound, takda dia kisah!

      Delete

Post a Comment