Salam Isnin kawan-kawan !
Tak mahu cerita lagi pasal MH370. Memang sepanjang hujung minggu yang baru ni I tak mengikuti perkembangan pencarian MH370 ni pun. Sumber berita terkini semuanya dari mulut Hubbydearie. Kalau HD menokok-tambah mana yang tak patut, memang nasib isterinyalah mendengar berita tak sahih.
I cuma nak dengar tentang kejayaan menemui mangsa atau sekurang-kurangnya dapat jumpa pesawat yang dah 10 hari hilang ni. Lain-lain cerita yang kena tokok-tambah bubuh serbuk berperisa berapi-api memang malas nak layan. Apatahlagi pasal bomoh glamor tu ya! (Wah, tok bomoh sedunia pernah main tampar-tampar dengan buaya ke?)
Tapikan kalau nak gelak, bolehlah baca artikel dari columnist ni ye ...
Errr... tadi kata tak ambil pot lagi rupanya baca gak. Ok, I baca The Star this morning lah. Kononnya nak baca cerita-cerita lain yang sudah tenggelam tak timbul-timbul ^_^
Walau apapun, semoga pesawat ini ditemui secepat mungkin dan ada perkhabaran gembira buat ahli keluarga khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Terkejut juga bila mendengar kisah enam orang yang mati dek kerana drug overdose. Aduhai... macamana boleh jadi begini ya ! Kelu lidah tak tahu nak kata apa dah ...
Eh, jauhnya merayau daripada tajuk ! Yang sebenarnya I nak menulis tentang apalagi, yes, tentang passwordlah. Sebabnya : pagi tadi bila sampai ke pejabat kat monitor pc ni dah beri peringatan suruh tukar kata laluan yang ada kerana hari ini hari terakhir ya!
Ni pakcik google pinjamkan gambar yek ! |
La, my office ni pun satu ! Adakah kata laluan kena tukar setiap dua bulan ! Letih nak memikirkan password yang canggih-canggih. Dah habis semua I gunakan sebagai kata laluan sampaikan I sendiri kadang-kala terlupa mana satu @_@
Ni nak tanya, dalam kehidupan you all semualah, ada berapa banyak kata laluan yang you all ada? Kalau tanya pada I, uhhh... memang tak terkira banyaknya. Email aje ada dua dan both ada kata laluan berbeza. Itu belum campur dengan pc dan laptop di office. Belum masuk kata laluan untuk internet banking, untuk kad ATM, shopping online dan sebagainya.
Wah, memang banyak tak terkira rasanya ! Kadang-kadang I sendiri ter'alpa' kata laluan yang mana satu. Yang biasa guna tu memang dah dalam kepalalah. Ada juga masanya tetiba otak blank tak tau nak fikir apa. Kalau dulu I simpan all my passwords kat satu tempat tapi bila fikir balik, duh semua tempat pun tak selamat nak simpan password.
Pernah sekali duit tinggal RM10 dalam purse so I pun pergilah dengan bangganya ke ATM nak keluarkan duit. Tetiba boleh lupa password yang dah biasa dok tekan ! Puas mengingatkan, tak juga datang dalam kepala ni. Nak cuba 18kali takut kad kena telan. Eh, lagi satu masalah negara nanti !
Terpaksalah balik rumah dengan duit RM10 dalam purse tu. Esok ajelah kita fikir caranya. Bila I belek-belek semula 'tempat persembunyian my password' rupanya silap tekan. Sebenarnya password untuk ATM ni balik-balik itu jugalah nombornya. Main pusing sana-sini-situ aje. Padan muka juga tersilap pusing nombor walaupun pada mulanya I memang konfiden itulah kata laluannya :)
Rasanya nak kena manage baliklah semua kata laluan yang ada. Usia makin meningkat, manalah tahu tetiba datang penyakit lupa, aduh ... nangis nanti !
terlalu banyak kata laluan dalam hidup i MD, hahahah....sampai pernah terlupa beberapa kali...if nak senag guna kata laluan yang sama je....
ReplyDeleteNak guna yang sama takut nanti kalau kena 'hijack' habis semua akaun kena :)
DeleteDulu pun saya guna satu untuk semua lepas tu fikir-fikir balik ada baiknya yang penting2 tu kita ubahkan sikit.
acik pun pernah jadi juga..masa tu kerja luar dikelantan..dah siap beratur bagai..bila sampai giliran..tiba2 tak tau no.apa nak tekan..haruuu betoi masa tu
ReplyDeleteTensionkan Acik kalau jadi macam tu. Nasib baik masa saya pi ATM tu orang takda queue. Selamatlah dari memalukan diri sendiri. Kadang-kadang tetiba aje sesuatu yang nak diingati tu blank terus dalam ingatan. Faktor penuaanlah ni kot .. :)
Deletehehehe.. bab2 password ni KA plg suka... sebab faktor usialah gamaknyer.. done nuffnnag dah yer
ReplyDeleteKerap lupa ke atau tak pernah lupa lagi, KA? Hehehe.... saya jarang-jarang lupa kalau yang selalu digunakan tetapi entah mengapa kadang-kadang otak ni blank aje tetiba. Usia dah meningkat kot !
Deleteitulah.. kita ni pun jenis nyanyuk memang susah betul nak ingat2 pw ni. main tukar2 gitu je. beli online pun kena buh pw, mana nak ingat banyk2 gini...
ReplyDeletenak tulis pun tak safety jugak.
Saya sampai bertulis lain, simpan dalam komputer lain. Tapi of courselah tak selamatkan tapi pandai-pandailah nak hidup jangan sampai kalau orang jumpa tulisan tu terus dapat detect apa ke bendanya.
Deletekonon nak selamat ... kita lah yang buatnyer tak selamatkan.. biasalahtu... boleh bayangkan rasa benggangnyer balik dengan duit RM10 tu...
ReplyDeleteNasib baik boleh paw duit HD kan... sedih gak tak dapat nak menghabiskan duit lepas kerja :) Pengajaran tu lain kali jangan main menonong aje pastu terus blank. Nasib baik takda orang queue kat belakang.
Deletebyk la jga
ReplyDeleteutk blog pon kalau lupa password mmg x trrbuka la jawabnya.hahaa
Akak ni tak suka saved password jadi memang teruklah kalau terlupa. Nangis meraung-raung pun tak leh ingat punya. Dahlah password bukan main banyak keahliannya :)
Deletesama la, ada banyak juga password. Kalo saya pun memang serabut kalau asyik kena tukar2 password macam kat ofis awk tu. Dah la nak password yg 'secure' pastu kalo lagi kejam tak terima password yg dah pernah guna.
ReplyDeleteNasib baik yang office punya boleh repeat tapi kadang-kadang tu bengang juga, lupa juga yang mana satu yang digunakan... Bukannya boleh tekan 'forgot password' gitu ...
Deleteklu password byk2 ni mmg pening.. ada masanya boleh terlupa jugak..
ReplyDeletemcm lyn,.. klu email pword sume sama.. luckily skrg ni ada satu email jer..
ATM pun gitu... satu jer pword. senang nak ingat...
Akak ni bank 2 aje tapi internet banking and ATM dah ada 4 password. Itupun dah pening. Belum campur password yang lain2 lagi... Nak guna satu password untuk semua rasa macam tak secure pulak!
Deletebetul la aq sendiri pon kekadang blur sendiri jadinyer macam2 katalaluan yg aq dok buat..puas gabung nama..tukaq style lain pulak macam2 dah try..last2 sendiri tak ingat haha..
ReplyDeleteDah penat bergabung bagai, tetap gak lupa. Tulah kalau dah tua tak nak ngaku cam nilah jadinya :) Yang haru tu bila nak guna campur2 - ada simbol, huruf besar, abjad dan nombor. Yang ni memang geram aje memanjang kalau nak buat rotation. Sendiri rotate, sendiri lupa :)
Deleteitulah banyak password pula dicipta...kadang-kadang memang silap juga. itu pasal kalau emel, blog pakai password yg sama.
ReplyDeleteEmanya blog ada masalah ke? Dari semalam tak dapat baca nih... asyik error aje keluar.
DeletePassword ni katanya kena tukar selalu for security purpose. Tapi kalau yang berzaman pakai pun kenkadang lupa camna nak ditukar selalu. Nyanyuk jadinya dok ingatkan pelbagai password dalam kepala nih!
eh tadi kitew dah komen..menghilang pulok..
ReplyDeleteBetultu Md maleh sangat dah nak nengok berita ker tenet pasal MH370 ni...kadang pening banyak sangat infonyer pening2...baik berdoa & tunggu bila MH 370 dijumpai baru nak tau perkembangannyer...
ni satu lagi kes..macamana la boleh lepas konsert ginikan MD negara kita dalam kesedihan atas kehilangan pesawat sibuk berdoa dan semayang hajat segala....dierang berkonsert hah elok sangat sekali 6 orang mati...kesian katernyer 4 tu islam adoi bertambah sedih...
Saya dulu gitu jugek MD bersepah password last pening sendiri...sekarang senang guna kod rahsia diri sendiri n suami jek yang tahu kihkih.
Penatkan mengikuti berita yang semakin sensasi dari hari ke hari ni. Nak tunggu kapal terbang tu muncul semula aje pastu barulah ada mood nak mengikuti perkembangan seterusnya. Sekarang ni macam-macam cerita dah keluar. Yang merapu pun banyak gak.
DeletePart konsert tu memang sedih rasanya. Anak Melayu tu. Apalah kaedahnya pilih cara macam tu nak mati. Sedih....
Wah, ada kod rahsia ya! Sebenarnya saya dan suami pun guna kod yang sama cuma pusing sana-sini-sinun aje. Tapi bila verangan lebih2 mmg sampai kat depan machine tu terus blank :)
Saya mmg ada dua tiga password yg duk ulang guna utk beberapa akaum yg berbeza.... Ingatan x cukup kuat utk guna password berbeza for different account
ReplyDeleteSaya kalau akaun penting pun mmg guna password yang sama cuma berbeza susunan mungkin. Yang lain-lain tu yang menimbun banyaknya sampai terlupa :)
DeleteHaha.. nampaknya kita ni hampir senasib MD. Banyak kes berkaitan ingatan kebelakangan ni. Agaknya ni dugaan biat kita, Allah nak kita berfikir dan berdoa kepadaNya. Kalau perjalanan hidup mudah je sentiasa pun tak boleh juga, kan? Itu ayat pemujuk hati saya lepas kejadian negara Khamis lalu. Harapnya MD pun adalah ayat2 utk pujuk diri sendiri ya..
ReplyDeletedasyat, kalau MD jadi cikgu, budak2 mesti seronok ni. Set induksi pelbagai dan lama.. diorang ni mmg suka kalau cikgu bercerita lama2 sblm mengajar.
Kalau saya pun ada masalah nk ingat password yabg pelbagai. Jadi nak selamat saya buat yg lebih kurang sama, ada tukar sikit je. Tapi, jangan tak tahu..itu pun ada juga yang saya lupa. Jadi, kalau kes pword asyik bertukar macam MD ni, pasti akan buat saya stress juga nk mengingati apa benda yg salah dah pilih. Ai.. mulalah geram dengan diri sdiri..
Saya jadi cikgu? Memang tak sesuailah agaknya AN. Saya ni pantang banyak hal. Pengsan anak murid saya kerjakan... Ni ada satu cerita pasal abang dan guru BMnya. Entahlah nak cerita kat blog ke tidak. Rasa macam nak tapi hati kata tak payah :)
DeleteItulah sebabnya. Asyik tukar pusing sana sini akhirnya terlupa kombinasi yang mana yang kita gunakan :)
hah ni mmg soalan cepu mas kak...ckp pasal password lieya ni mmg bangsa cepat lupa...eh bukan melayu mudah lupe tau...tapi cepat lupa nak ingat password2 ni hahaahahah sbb byk makan semut kot...eh termakan kak bukan sengaje makan semut haahahahaah...
ReplyDeletelieya mmg semua akaun ke ape pakai password yg same jek...tak berani kak nak tukar2 ,...kang sendiri menggigil kepala lutut tak dpt akses haahahaha tapi tu laa lieya ni pun dah start risau sejak governement kene pakai 1govuc ni password email kene renew stiap 3 bulan...adoiiii ape password nak goreng ni kak...dah le kene password yg masuk nombor, simbo, huruf bagai.....sakit pale kak heheeheh
scary jugak bace kisah akak dlm purse ade rm10 jek...lieya ni mcm tu gak kak...tak suke cash byk2..soping ke ape selagi boleh pakai debit kad mmg lieya swap jek.....
kak, akak kene buat buku kecik khas laa tuk password...tapi tu laa kene hati2 takut kalo buku tercicir ke ape kan....
Ni mesti masa kecik-kecik nampak semut lalu aje dia makan, pastu malu nak ngaku dah besar panjang cakap ler termakan semut :)
DeleteOffice tu macamlah, konon nak secured everything luar dalam. Kita yang terseksa nak mengingatkan password setiap dua, tiga bulan sekali. Akak kalau nampak reminder kat pc ni, akak buat derk aje. Sampai takleh bukak, baru hegeh-hegeh nak update password baru. Penat dah pusing2 benda yang sama sampai pusing kepala nih.
Part akaun penting tu akak pun pakai kod yang sama. Again, pusing hulu hilir hujung pangkal aje...itupun bila nyanyuk sampai terlupa gak :)
Kadang akak gediks aje takut terbelanja tak berhemah, akak bawa cash RM10. Pastu bila gediks mendouble, akak pakai debit card. Akak memang dah lama retired menggunakan cc ni. Takut kalau ada cc, gediks jadi triple plak. Nangis2 nanti bayar hutang tetiap bulan.
Akak ada Lieya buku tigalima tu tapi ke hulur ke hilir akak bawa, scary gak. Sekarang ni banyak sangat rampasan berlaku. Manalah tahu nasib tak menyebelahi...hilang beg takpa, hilang sampah dalam beg tu yang mengharukan ....
sama jugaklah ngan saya kak. asik lupa je password yg ala2 bombastic tu. letih mak jemah nak pk apalah password nya kdg2 tu. sudahnya tekan je forgot password. abis cerita. hahaha
ReplyDeleteItulahkan...masa pilih password tu bukan main mak hai, nak yang glamor sesaja pastu lupa :) Banyak sangat kenkadang sampai tak ingat mana satu.
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteOhh sebenarnya selalu tukr2 pwd nih slh satu cr security..kalo akk risau asyik susah nk igt..akk recycle la..antr beberapa pwd..
regards,
Triplesmiley
Akak dah recycle banyak kali dah... sampai satu masa terlupa yang mana satu yang direcyclekan...hehehe...
DeleteNak tulis dalam buku tigalima takut pulak kalau keciciran kat mana-mana. Lagi nahas.
Betul kalu dah banyak sangat password confuse tau jadiknya... okje yg password tak sampai 5 pun dah berpeluh peluh nak ingat hehe....latest....dah lupa pun password Maybank2u ......so malas dah nak on balik....tapi ni semua kisah dulu dulu... la ni duit pun tk de....tak yah le berpasword hehe...siankan hehe.... sekarang ni nak gigih tolong ingat password bank papa zir haha....
ReplyDeleteTolong ingatkan password cik abang memang banyak untungnya tau. Kalau tak sempat, boleh aje kita tolong keluarkan apa yang patut :)
DeleteSaya bank ada dua aje tapi sebab internet banking n ATM dah jadi 4 password nak kena ingat. Itu belum campur yang lain-lain yang takda duit di dalamnya tapi kena ingat gak password kalau nak datang menyinggah sesekali kan...
Mummy...mmg lah letih menghafal password. Especially internet banking, gabra betul klu lupa password kan..
ReplyDeleteInternet banking saya dah dua kali kena blocked. Bukan kerana saya tetapi Hubby yang log in lepas tu main hentam password saya sampai lebih 3x. Saya yang bersusah payah kena call bank nak activate semula. Kalau lupa ni memang tension jugak!
Deleteaduh ada plak password kena tukar setiap bulan..klu sy lagipening,dh la mg jenis pelupa..pasord bertahun2 tak pernah tukar.opss..muahaha..
ReplyDeletepasal MH370 tu dh malas nak dengar berita yg macam2,cuma nk dengar berita yg jelas dh jumpa saja..harap2 semuanya berakhir dengan baik
Katanya semalam ada berita sahih tentang MH370. Saya belum buka paper lagi baru dengar radio. Sedih pulak rasa tapi lebih baiklah jumpa sesuatu daripada tak jumpa apa-apa.
DeletePassword office ni mengong dah saya rasa. Kejap-kejap tukar. Saya main rotate aje password yang ada pastu sendiri lupa mana satu...hehehe....