Salam Jumaat buat semua kawan-kawan!
Pejam, celik, pejam, celik rupanya dah Jumaat kembali. Memang pantas sungguh masa berlalu. Terasa macam tak cukup nafas aje 24 jam sehari ni. Minggu ni agak huru-hara juga rasanya. Entahlah mengapa..
Selain daripada kisah MH370, I memang extra sibuk di pejabat sejak hari Isnin lagi. Macam-macam nak dibuat dan semuanya urgent belaka. Kalau boleh, pagi terima arahan, by noon kerja dah disiapkan. Arghhh, memanglah tak terkejar jawabnya. Kalau satu arahan aje oklah. Kalau dah beberapa arahan sampai serentak dan nak jawapan serentak, memang pening kepala memikirkannya...
Pada kawan-kawan yang I tak sempat bertandang tu, minta maaflah (Eh, ada mereka kisah ke I tak datang mengomen?) But don't worry. I ni kan kalau sekali datang menjenguk, memang tak ingat dunia. Main baca, komen, baca dan komen aje kerjanya. Minta maaflah kalau tengok kat komen tu memang nama MD aje yang muncul *sengih macam kerang busuk*
Sebenarnya I ada aje entri-entri yang dah didraftkan, tinggal nak update sana-sini sikit and tekan ajelah published tapi tulah, terasa malas pulak nak publish entry ditambah lagi dengan kisah sedih yang entahkan bila boleh berakhir tentang MH370 ni.
Tinggi harapan agar segala kemelut dapat diselesaikan segera dan tabahkanlah hati insan-insan tersayang yang menunggu berita gembira. Sedangkan I yang tidak terlibat dalam kemelut ini dan hanya berkongsi status sebagai rakyat Malaysia ni pun sudah hebat rasa hibanya, inikan pulak ahli keluarga dan kenalan kepada mereka yang di dalam MH370 itu.
Arghh, tak boleh tengoklah adegan-adegan menyayat hati begini. Makanya I tak mahu ambil tahu apa yang tertulis di media cetak mahupun elektronik lagi tentang MH370. Bila ada berita sahih seperti telah dijumpai dan sebagainya, barulah I akan mengikuti perkembangan terkini. Lagipun sakit hati juga bila semua benda pun diputar-belit sana-sini sampaikan tak tahu mana yang betul dan salah.
Kasihan pada keluarga dan rakan-rakan yang sedang menunggu. Sudahlah hati sedang bersedih dek kerana tak tahu nasib ahli keluarga/rakan yang ditimpa malang, kena pulak baca cerita yang entah apa-apa. Tapikan, part bomoh tu memang tak boleh blah ler. Gelak dan macam memalukan pun ada. Hubbydearie kata,
No wonderlah kalau kita orang fikir Malaysians still panjat pokok! You people masih cari kapal terbang hilang guna cara macam ni??? Kesiannya ...
Kebetulan pulak hari Isnin baru ni, I kehilangan sesuatu yang penting di pejabat. Puaslah I mencari, memang tak jumpa. Sampai my colleagues pun tolong carikan juga. Siap soal siasat lagi ke mana I pergi ketika I pegang that thing... Siap ikut laluan 'pejalan kaki' I lagi untuk ikut jejak kerja I ketika kejadian berlaku. Pun tak jumpa... Tetiba my Japanese colleague cakap cam ni,
Why don't you try to call that bomoh with kepala eh kelapa tu? Maybe he can help you to find it ! (sambil senyum sengih-sengih nak tengok reaksi I)
Arghh ... jadi bahan gurauan antarabangsa dah ni!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBtl kak!!! sokong!!! serious malu pd mata dunia..memalukan agama Islam..tp tuh nmpk terang2 sebenarnya, dlm dunia seharian pn ada jg terselit amalan karut nih...mcm org kata nk elak hujan time majlis..huhu dlu sofia kne ea org tua2 suruh buat benda2 macam tuh...skg nih rs menyesal main ikut je...
regards,
Triplesmiley
Malu gilakan... tak tahu nak letak mana muka ni bila kena hentam pakai bomoh cari kapalterbang hilang. Dulu pun akak pernah aje kena cam ni. Yalah, orang tua kalau dah suruh kenalah ikut perintah. Mandi bungalah depan rumah, tak gila ke rasanya...masa tu terasa jahil dah tapi buat gak pastu menyesal bila ada pulak yang kata, see sebab mandi bungalah dapat kahwin! Gila betul ler ...
Deletememang kejep jek masa berlalu tau dajh jemaat tapi best oooo bila jemaat dan tak best bila hari ahad esoknyer kerja hehe...
ReplyDeletesaya minggu ni dapatla bernafas sikit minggu lepas bizi tahap gaban...eh saya suka sahabat saya datang jenguk kat blog n komen meh2 dijemput...hehe
MD saya pun ader Gak Entry yg didraf tapi hehari cam maleh nak up sebab nak jugek edit balik takut terlepas macam hari tu malu...nampak mcm orang mengong menulis kihkih...
sama2 la kita berdoa moga mh 370 dapat dijumpai....jangan memandai nak teropong bagai kalo dapat jumpa terus takper jugek...kan
Hujung minggu memang bestlahkan, dapat duk rumah guling2 main dengan anak-anak dan suami ...tak kisahlah walaupun pitching lari aje sepanjang duk kat rumah tu...hehehe...
DeleteSaya pun suka aje tengok Lizz ulangkaji kat sini selalu :) Bukan apa, kita dah menulis kononnya nak share ngan kengkawanlah kan tetiba ada yang setia menunggu berita terkini daripada kita, memanglah rasa ohsem sangat :)
Kalau pakai teropong betul takpa juga ni pakai bubu...you know what bubu...alah that one yang the bomoh pakai kat Malaysia nak cari kapalterbang hilang tu! Adoi 3x !
Namanya pun boss....mintak tak hengat dunia , ingat kita ni sotong ke apa banyak tangan hehe...tu dululah...masa okje keje dulu... antara keluhan keluhan yg selalu keluar hoho...sekarang ni mengeluh kat laki pulak hehe....
ReplyDeleteBetullah MD...tah pape macam macam cite....katanya dah jumpa kat Pulau Peraklah ....tapi rupanya kena kelentong hidup hidup hehe....
Bilalah nak jumpanya agaknya yek....
Sapalah yg menyuruh bomoh tu buat hal kat KLIA agaknya...huh....
Dah jumpa lum barang tu? Okje pernah gak mcm awak tu...tak jumpa barang...cari punyalah bagai nak rak, rasa nak terkencing kencing mencari benda yg hilang ni....tapi OKje amalkan baca doa Nabi Yunus...La Ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazolimin....syukur selalunya jumpa....
Boss saya ni ada 3 ekor eh orang ! Yang paling atas tu yang paling tak menahan perangai. Namanya bos tentulah clever daripada staff kat bawah ni kan tapi kadang-kadang ada aje tugasan bodoh yang diberikan.. memang hancur luluh hati saya ni bila kena buat kerja bodoh !
DeleteSaya tak sanggup nak mengfemeskan bomoh tu. Buat nya saya minta tolong dia carikan barang yang hilang pastu berjaya, makin ramai pulak pelanggannya. Saya yang jealous. Dahlah membantu orang percaya benda karut marut gini....Apa kata suruh bomoh tu alihkan aje jerebu yang melanda ke South Africa? Dia tahu tak agaknya camna nak alihkan? Ke dia nak sampan nak alihkan jerebu nih?
Barang yang hilang tu tak penting dalam hidup saya tapi penting untuk bos paling besar kat sini. So, dia susahkan saya, saya susahkanlah hidup dia sekali-sekala. Eh, bukan sengaja hilangkan sebab sakit hati tapi memang betul2 hilang dari pandangan dalam sekelip mata ! Kalau barang saya, memang saya kena amalkan doa Nabi Yunus nih !
mai sini rindu dengan celoteh MD :)
ReplyDeletetulah kan memalukan malaysia jer dimata dunia..ilmu sains digunakan bomoh untuk mencari..cuba kita ikut pendapat kapten NORUDIN..kembali kepencipta sains itu sendiri adalah kuncinya..
apalah yang hilang tu MD oii? pendrive ker ?
Alalalala .... ada orang rindu saya mengomel yek ! Ingatkan tentu bersyukur sesangat sebab takdalah mengantuk baca entri :)
DeleteMemang malu betullah dapat shaman cam ni. Tapi betul ke dia ada datuk ke apa, siap ada anak-anak murid sampai juta orang tu? Macam tak percaya aje....
Bila barang hilang saya fikir mana satu nak guna dulu - kelapa ke, bubu ke atau red carpet eh, magic carpet :)
Betul kata HD you tu. Memang memalukan negara. Yg non-muslim kata kita primitive yg muslim pula kata Malaysian masih amal perbuatan syirik. Apa yg hairan macam mana dia boleh bawa semua alat-alat tu masuk kalau tanpa kebenaran.. tikarlah, bubulah, teropong (hihi... kelakar tang ini) kakak teringat cerita P Ramlee... duduk atas tikar bertiga betul-betul macam P Ramlee, Sudin dan Aziz Satar...
ReplyDeleteLupakan mereka teruskan doa kita MD. Moga kemelut segera terungkai.
Malukan, kak. Yalah Malaysia ni jadi negara contoh bagi negara-negara Islam yang lain tetiba nak cari pesawat guna kelapa, bubu dan karpet ... Lebih baik guna akal dalam kepala tu ada juga faedahnya... Kena lawak bodoh lama-lama terasa sakit hati gak nih !
Deleteserious malu dgn kes bomoh tu kak... satu dunia ok tau pasal kes tuh.. sampai kat my colleague non muslim pun hairan kenapa sampai ada bomoh segala. dia pun kata nonsense.. kita yg islam pun tak boleh pikir.. apa lah
ReplyDeleteKalau tak malu memang bukan warganegara Malaysia amnya, Muslim khasnyalah, Lyn. Serius lawak, memang gelak sungguh tengokkan. Pandai pulak tu kata kena berserah pada Allah yang maha berkuasa. Kalau tak guna benda-benda bodoh tu mungkin juga orang tak kisah sangat dia nak membantu ini seriously cari kapal terbang cara tu ...aduh !
DeleteRasanya isu bomoh ni sepatutnya tidak wujud dikala semua sedang bergelut menyelesaikan misteri pesawat tersebut. Memalukan diri aje tok bomoh tu.. hurm..
ReplyDeleteYalah, faham dia nak membantu tapi janganlah sampai memalukan bangsa dan agama. Apa yek yang difikirkan tok bomoh ni masa dia sibuk berbubu bagai ? Kalau jemput ramai-ramai solat hajat bersama ke, lagi baik !
Deletehuhuhu..memalukan malaysia je bomoh2 tu. kalau betul diorg masih di udara, meh la turunkan mereka dan bawa balik mereka dgn selamat. cara ckp pun mcm ye ye je. huhuhu
ReplyDeleteTak payah susah-susah nak pakai teropongkan... Orang guna radar pun tak jumpa, dia siap pakai bubu lagi... Kalau pakai teropong betul pun takpalah takdalah malu sangat rasanya. Bomoh instant nak cepat femes nih !
Deleteyg paling x boleh blah, bila dia ckp nak tampau KJ. ko ingat ko tu sape kan. umur dah lanjut, nak org hormat dia, tapi tang mcmni x bole pulak nak hormat org lain. x pasal je mat2 minah2 salleh dok ngejek dia. kelakarlah..kalau betul la ilmu dia tinggi setinggi langit, pegi la bawak balik MH370 tu. kata terror sgt kan..
DeleteBubu+magic carpet+kelapa tak akan berhasil kalau tak gunakan akal dalam kepala :)
DeleteBiarkan si luncai terjun dengan labunya ....
tgh sibuk pun sempat tu but draft byk2..besan n tak terkejar nk buat 1 entry pun..sibuk memanjang..selori dah kain baju tak berlipat kt rumah ni.manantu awak bkn nk bantu ringankan beban,ibu lipat dia tolong selerakkan.hehe
ReplyDeletefuyoo HD pun dh keluarkan statement cmtu..org malaysia esp org melayu mmg tak lari dr bomoh..tp bila isu interntional pun nk dijadikan bahan bomoh nmpk la kebodohannya disitu..jadi subjek media luar burukkan malaysia lg
Draft tu yang dulu-dulu, PK. Tapi kalau nak dipublishkan pun kena juga update sana-sini. Sebab itulah entri mengejut takda panjang sangat :)
DeleteWah, padanlah sekarang besan jarang nampak update. Tengah mengajar anak dara mengemas rumah, apa yang patut ya. Nak buat camana kalau dia nak ada style sendiri. Mungkin Afia suka selongkar lepas tu baru berkemas. Baru puas hati :) Alamak! Jangan jadi malas berkemas sudahlah. Habis rumah banglo 18 tingkat anak bongsu saya nanti :D
entah apa la raja bomoh tu. apa yang dia fikir entahnya.
ReplyDeleteMengarut sesaja kan. Memalukan kaum dan agama sahaja.
DeleteKalau dulu bangga jer nak mengaku, "I'm from M'sia"…. tapi lepas kes bomoh tu, rasa nak menyorok jer tiap kali gi uni… dah tak sanggup dijadikan bahan ketawa… huhuhu
ReplyDeleteKalau tgk news kat sini, lagi la rasa kecik hati…. mcm2 andaian negatif yg mereka utarakan… hanya mampu doa agar misteri MH370 cepat selesai…
Sekarang kena menyorok nationality buat sementara waktu. Nanti ditanya soalan panas (bukan pasal MH370), memang nangis2 malu nak menjawabnya !
DeleteSalam hujung minggu ...semoga dihujung minggu ini adalah ruang sikit untuk rileks setelah ditekani kerja2 yang banyak....
ReplyDeleteHujung minggu yang lalu ni memang duduk rumah aje, Bunda. Menguruskan air yang terhenti lagi bekalannya :D
Deletebuat malu jer..seluruh negara tengok aksi bomoh tu....
ReplyDeleteKita yang tak tahu apa-apa ni pun rasa malu tak tahu mana nak letak muka, macamanalah bomoh tu boleh berbangga dengan skil meneropongnya tu ....
DeleteEh..entry MD ni macam luahan saya je. Bukan semua, tapi pasal minggu yang huru hara dan sikap lupa tu. Masya Allah, saya mohon banyak2 semoga penyakit lupa dan seangkatan dengannya tak menganggu kehiudpan kami(saya dan sahabat2 hambaMu ini). Memang terlalu sedih saya disebabkan kes Khamis tu. Semoga Allah tak uji saya dengan perkara yang saya takutkan tu..
ReplyDeleteHaha.. memang tak abis2 orang berbicara pasal bomoh tu. Malunya rasa.. Entah apa dia fikir masa sanggup buat macam tu. Kan? MD pun kena usik pasal tu ya? Haha..
Faktor usia agaknya AN. Yalah, makin lama makin tuakan... Saya ni selalu juga terlupa atau tetiba blank aje tak ingat apa yang dimahukan... Nasib baik semuanya perkara kecil. Kalau perkara besar, mahu tersiksa juga nak mengingatinya !
DeleteSaya tak tahu nak kata apa lagi pasal tok bomoh ni. Saya sebenarnya memang kurang percaya hal-hal berkaitan bomoh mengbomoh nih tapi bukanlah tak percaya langsung. Kalau saya tengok bomoh pakai bubu ke pukat ke nak cari barang kemas saya yang hilang, memang takdalah saya percaya :)
Betul ke faktor penuaan ni Md? Sesungguhnya saya mengalami juga kelupaan dan mix memories.. paling parah minggu lepas..nak menangis rasanya. Nak bercerita di blog pun malu rasanya. Tak tahu kenapa sampai macam tu seriusnya ingatan saya ni. Semoga dijauhkan la daripada sifat lupa atau ingatan yanh salah ni.
Deletebila nk update cerita baru ni? Hihi..teman idok sabar nk baca
Agak sayalah... kajian saintifik saya tak sempat kaji lagi :)
DeleteMinggu ni ingat nak update macam biasa. Nak kena tengok dulu draft yang ada boleh update ke tidak ...hehehe.... mengalahkan blogger famous amos lagi gitu!
akakpun jenis baca habis baru komen... sebab tak pandailer nak komen kalau tak baca habis.. tuler kena ada masa kot idak malas nak bukak blog kawan takut tak sempat nak komen.. dah ada keje...
ReplyDeletetakperler dah banyak keje kitapun pahamkan.. akak tetap menunggu komen ikhlas dari MD...
Kalau berkunjung ke blog saya ni memang kena ada banyak masa. Kalau tidak, memang semput dek dia excited menulis entri tak nak berhenti-henti kekdahnya :)
DeleteSaya mmg cam ni. Kalau dah baca kena komen. Kalau tak komen maknanya tak baca. Kalau dah baca tak sempat komen, eh nanti saya datang balik komen :) Tragis sungguhkan !
lieya pun minggu lepas busy kak...tu yg rompong2 update blog tu hahaahahah....ishhh mesti laa tertunggu komen akak...lieya suke kalo akak komen kat entry lieya..sbb akak jujur dan ikhlas...maksudnye akak bace baru komen...ade sesetengah tu komen ala2 sekentut jek hah....semate2 nak org buat kunjungan balas...owhh nampak sungguh ketidakikhlasannye....
ReplyDeletemcm2 teori kak pasal mh370 ni...lieya ni rajin gugel2 gak bace pengkaji2 buat ramalan teori dieorg...seram gak bace...hope semua kembali normal lah.....pulangla mh370 dlm keadaan selamat dan sihat semuanyer....
Hahaha... akak suka gi blog Lieya. Mesti ada gambar bento ke, gambar jenjalan ke, aktiviti sekeluarga ke. Ishhh...cemburu gitu! Itu yang datang nafsu mengomen. Hahaha....
DeleteAkak dah 'retired' daripada mengikuti perkembangan berita MH370 ni. Nak tahu jumpa ke tidak. Itu aje. Lain-lain dah penat membaca.
Moga mereka selamat kembali ke pangkuan keluarga.
tulah KA ni semenjak dua menjak, keja2 dah bertambah2 bos tau nak siap aje, bukan nak tambah pekerja bukan nak tambah imbuhan ke ape, mana x dtg sakit kepala. huhuhu redha ajelah MD
ReplyDeleteBiasalah macam tu, KA. Selagi boleh dikerah tenaga, memang kitalah kena buat semua. Nak tambah pekerja ke, naikkkan gaji ke itu last sekali mereka akan fikirkan !
DeleteTapi kalau dah suka kerjanya kenalah redha jugak kan :)
kan dh terkena tempias.tak pasei pasei kan
ReplyDeletesama la dgn saya MD.
cma yg pnting kita teruskan berdoa
Memang kelakar. Memang memalukan bangsa dan agama. Doa tak putus ajelah untuk mereka ditemui semula.
DeleteAihh... main kasar nampak kawan jepun u tu. Ni marah ni. Nak kena tampar mcm buaya ke tanya dia? Heheheh...
ReplyDeleteKita gelak, dia pun gelakkan sama. Gelihatilah konon pakai cara kuno nak cari kapalterbang hilang. Kita dok kata bomoh, bomoh. Dia gelak gak sama. Pastu ditanyanya kita 'bomoh' tu apa? Rasa nak campak masuk dalam kandang kokodail aje tau !
Delete