Laporan tergendala - my catuan air yang pertama

Katanya 2 hari aje, kan....

Cuba tolong kirakan. I ni Maths tetiba aje lembap bila air kena catu ni. Kalau dah pukul 9 malam hari Ahad air ditutup sehingga early Thursday morning, adakah itu bermakna 2 HARI sahaja?

Apalah Abang Syabas nih... calculation pun tak betul camna nak jaga buka/tutup air kat rumah perempuan Melayu terakhir yang terbabit sama nih ~_^ Lagipunkan, my otot-otot since early last year punya angkat berat baldi/tong air still ada tau. I bukan nak masuk acara angkat berat kat Sukan Olimpik pun. Kenapalah Abang Syabas ni sibuk nak suruh I training angkat baldi nih? Ni nak buat acara tahunan ke apa ni? Kalau ya pun nak tackle bini/mak orang, nak datang rumah selalu hantar air, buatlah proper way sikit ....

Kat rumah tu dah ada beberapa 'tong sampah hitam' untuk diisi air paip yang suci bersih. Punyalah excitednya I beli kat Aeon. Tetiba sampai pagi ni baru nampak titisan-titisan air, mahunya I tak sedih.

Semalam bila balik kerja dan nampak tangki air kat kawasan rumah, I dah nak menangis hiba dalam kereta. Dah bergenang dah air mata ni membayangkan nasib diri jadi pembantu rumah dah tu kena jadi tukang angkat air lagi. Kehadiran tangki air itu pun bermakna akan berpanjanganlah pili rumah I kekeringan. Itu berdasarkan pengalaman lalulah, ya.

Dengan rasa dukacita, I angkut satu beg baju nak lari dari rumah, dua beg Ikea berisi botol plastik si Abang dan baju kotor, dua tong air kecil aje (itupun nak nangis buat training bila air penuh dalam tu) dan terus memandu ke rumah my niece. Kita mandi, tadah air dan basuh baju siap-siap. 2 kali cuci pakaian. Second trip terpaksa tinggalkan kerana hari sudah malam, anak-anak dah letih. Pukul 9 lebih baru sampai rumah. 

Adik pulak dalam terang lampu jalan, turun aje kereta bila depan rumah terus merengek 'Akut! Akut!' I tanya Adik takut apa.... ' Akut tu!' sambil tunding jari kat kawasan gelap. Haippp, budak comel ini, bikin hati Mommy gusar pulak. Cepat-cepat peluk dan dukung masuk dalam rumah sambil baca apa yang patut.

Masuk dalam rumah terus aje ke dapur. Bila tengok pinggan mangkuk masih meninggi di sinki, HD pun rileks aje tak buat apa-apa memang sahlah air takda lagi. Kusut terus fikiran I ni tau. Dahlah malam sebelum tu I tak tidur langsung. Sakit kepala berdenyut-denyut jadinya bila tengok keadaan rumah yang tak terurus. Nasib baik Hubbydearie tolong angkat semua bekalan air yang I bawa dari rumah my niece. Lega otot-otot I nih...

Ada juga telefon Abang Syabas yang satu ni, tapi tak fahamlah apa katanya. Ni mesti main cakap ajelah sebab dah tension juga dok kena soal perkara yang sama. So, kena redha,  bersabar dan berdoa ajelah. Apalagi nak buat....

Tapi takpalah, meh tengok diari seorang MD selepas tengah malam hari Rabu/pagi Khamis ... (tak nak? kalau tak nak skip teruslah ke last para tak pun leh tekan 'X' warna merah kat atas browser yek @_@ I tak kira, I nak share juga pengalaman manis dan bertuah menjadi insan terpilih ni...

1.55 pagi Khamis - Dengar bunyi titisan air dalam bilik air. Acara lompat kijang dari atas katil pun bermula.  Secepat kilat I tadah air. Basuh pinggan mangkuk yang bertingkek-tingkek kat sinki tu. Clear dah. Kumpul semua baju kotor dan masukkan dalam mesin basuh. Eh, ada lagi baju kotor dalam mesin tu since malam Ahad kerana baru bubuh sabun dan softener tetiba air tutup! Baju lain dah siap basuh selepas Maghrib kat rumah my niece. Senang hati. Tetiba...eh, kecil sayu pilu tengok diameter air paip. 

2.25 pagi - Sah air telah pergi meninggalkan batang paip di rumahku.... Gi layan Candy Crush kejap. Dapatlah 2 level. Macam nak bagi cuti umum kat warga KL pulak bila naik 2 level nih @_@

2.45 pagi - Eh, air ni! Ngengada tau. Bunyi titisan lagi. Tunggu jap. Lagi laju bunyi. Apalagi, acara balapan pun bermula. Tadah air lagi dan lagi. Alhamdulillah, penuh semua. Takda satu pun yang tinggal. 

Basuh bilik air. Basuh kasut sekolah Abang yang tiga pasang tu. Basuh tudung-tudung dan baju sekolah Abang guna tangan. Tekan punat mesin basuh. Mop lantai. Ah, leganya!

4.00 pagi - Keluarkan ayam, daging dan segala apa yang ada dalam fridge. Nak memasak tapi tak pasti apa menu lagi. Potong bawang, bawang putih dan lada kering untuk prepare rencah. Blend lada kering dan kesemuanya, simpan dalam bekas untuk senang cerita kegunaan seminggu ^_^ Rebus kentang dan telur. Cari periuk. Eh, takda periuk yang tinggal? Semua dah isi air! Alamak ...

Kentang bagi dua. Satu untuk olivye. Satu lagi untuk begedil (tak sudah-sudah dia ni...) Prepare ingredient untuk buat kuay teow goreng for sarapan. Siap. Sayur kobis yang berbaki masak lemak putih. Siap. Eh, lupa! Ada brown sotong. Buat sambal sotong (suka, suka, suka.. sukanya hati kita....)

5.30 pagi - Ok, pergi jemur baju yang dibasuh kat rumah niece malam tadi. Jemur segala apa yang bolehlah senang cerita. Mandi (lega dapat mandi sebelum fajar far away from menyingsing ...) Tunggu solat Subuh. Kejut Hubby (Mami takda, memang tetiap pagi I kena kejutkan, kalau tak boleh aje bangun sendiri...)

6.25 pagi - Sambung masak. Goreng ayam. Bagi dua. Satu nak buat kari ayam balik kerja nanti. Tanak nasi (alah, pakai rice cooker ler...) Sempat lagi perap ayam simpan dalam fridge. Goreng nugget untuk Abang bawa bekal dan breakfast si Adik. 

Sambung jemur baju yang baru dibasuh pagi tadi @_@ Peluh balik... rasa macam nak mandi lagilah ~_^ Fajar belum menyingsing lagi rasanya kot ....

Bila Hubbydearie bangun pagi tadi, memang terkejut proboscis monkeylah. Tetiba tengok isteri mithali sibuk memasak kat dapur. Terus dapat pujian teragung dan anugerah isteri mithali buat kali ke-1001.

Lagi terkejut bila I beritahu, 

Dear, you can eat kuay teow goreng for breakfast or olivye I simpan dalam fridge ye. Ada your favorite begedil also... I cooked rice too. Can eat with ayam goreng and sambal sotong. Ayam kari ke apa ke, nanti malam baru boleh serve. Kobis masak lemak putih pun ada... And nuggets.. don't touch.. itu Adik punya. Abang punya portion dah masuk dalam beg sekolah!

Terkedu Hubbydearie sebentar (Ni mesti dalam hati katanya berkali-kali, 'Mithalinya isteri aku ni. Tak silap pilih dia jadi suri dan duri dalam hati cam ni!' )

Errr... gambar makanan I tak snaplah yek. Mana dan nak snap tengah berhempas-pulas di dapur. Tapi percayalah, ini semua fakta bukan auta. Hanya terjadi sekali sekala sahaja @_@

Oh, yes... I memang tak tidur pun. 

Terus pergi pejabat pukul 7.45 pagi dengan hati yang girang dan badan yang berbau wangi semulajadi, bukan campuran chemical stuff ya ^_^













Comments

  1. clap! clap! clap! cemerlang akak....mcm2 di masaknye haaaa...mau tak cik abe akak tekejut heheheeh....mesti die ckp ade rahmat jugak kejadian catu air ni heheheeheh...

    payahkan kak takde air nie....jenuh nak tgu turn umah kite plak...adik lieya yg dok banting tu lagi la kak...dah 3 minggu takde air sbb kes ammonia ngna kemarau nie....aritu 2 minggu die dok umah lieya....ni die kate lame sgt tgl umah so nak balik dulu...tgu gak bile die nak dtg balik....jenuh tgk die berangkut anak kecik bagai...

    kak, seram lieya tang adik nampak bende takut2 tu...budak2 ni mate die mmg nampak semua kak....huhuhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak sama cam Lieya, kul 5 pagi dah kelentang-kelentung kat dapur masak. Tapi betullah Lieya, masak pukul 3-4 pagi tu mmg takut sungguh. Tengah-tengah masak akak terfikir apa kata tetiba ada satu baju putih terbang melayang-layang kat tingkap dapur ni sambil empunya baju tersengih-sengih memandang wajahku? Aku nak buat apa yek!

      Cis, akak ni kalau suruh verangan masa tengah buat apa pun boleh aje :) Tapi takpa, selamatlah perut kenyang untuk hari ni sebab lauk dah siap kesemuanya!

      Tang Adik tu... alahai... akak pun takut gak sebenarnya. Dia ni kenkadang auta lebih tapi tak tahu juga mana tau dia betul2 nampak sebab cara dia menjerit suruh ketuk pintu rumah tu mendayu sungguh bagai dikejar sesuatu... Akak is seriau sikit ler...

      Delete
  2. dia x ikut sgt schedle.. tp kita x marah..pasal dia bukak air awal rumah kita..belum kul 4 dah ada air.
    hr ni x taulah tutup pukul brpa,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arrghh... kita sangat takut, sangat takut! Kalau tetiba Abang Syabas nak ikut schedule sepatutnya rumah kita by 9 pagi tadi dah takda air....

      Minta-minta lepas balik ambil anak kat sekolah nanti, ada lagilah air kat pili tu.. tapi takpalah tadahan air kali ni rasanya cukup untuk 2-3 hari tu.

      Delete
  3. membacanya pun dah rasa semput inikan pulak kalau mengalaminyer.. tapi syabasler jugak semuanya masih dalam kawalankan... memang cayalah kerajinan terlampautu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part semput membaca tu Cho mmg tak leh nak tolong lagi. Bersabar dan redha ajelah kalau teringin nak baca entri saya nih... Memang mood excited tetiba pagi ni sampai tak mengantuk langsung, sampai semua kerja nak dibalun habis. Kalau petisejuk saya tu besar mcm hypermarket, mmg saya masak untuk seminggu terus :)

      Delete
  4. sangat2 susah if xde air kan....ya allah sampai bila la nak dicatu..SA pun asyik balik Seremban jer ni...cost lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kawasan SA pun dah kena catu juga ke? Kalau travel KL-Seremban pun banyak gak kos tu...

      Delete
  5. perghhhh ligat akak buat kerja di pagi hari sedangkan kitorang sume tidur berdengkur krroh2... sampai tak tidur dibuatnya... tapi apa boleh buat, dari tgk rumah mcm tongkang pecah, baik lah di kemas. kang klu tade air lagi lah payah. mane yg boleh buat dulu, buat jer dulu.. syabas betty!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mood sudah sampai. Terhappy sangat tengok ada air. Terus balun buat kerja mana dapat dengan rasa gumbiranya. Selalunya kena merangkak pepagi kalau nak ke dapur :)

      Delete
  6. Hebat MD whole night sampai pagi tak tidur. Siap boleh masak-masak lagi macamlah tak boleh tunggu pagi. Boleh pulak terus pergi kerja. Kalau kakak ting-tonglah tak tidur terus peri kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih hormon ni, kak. Excited tengok air paip keluar :) Maybe kalau tak lena tidur malam ni esok memang cam zombie ler saya. Saya mmg gini, kalau dua hari tak tidur, hari ke-3 tu kira maksimum ler, mmg layu sesaja!

      Delete
  7. Tabik spring kat MD ni...gagah sungguhlah ! Kalau KA x tidur spjg mlm, sah2 cari hotel tuk tidurlah esok paginyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak gagah, apalah nasib anak-anak. Terpaksalah korbankan apa yang patut, KA. Saya setakat 1 malam tak tidur tu kira ok aje. Tapi kalau 2,3 malam tak tidur mmg jadi zombielah lepas tu. Mood pun nanti mulalah yang 'hot-hot' semuanya!

      Delete
  8. Jangan tertidur kat ofis pulak yek. Tu kalau dapat terlelap kat atas meja harus bangun 5.30 petang tu MD hehe..... apa taknya kerja keras sepanjang malam......serba serbinya dah siap sebelum fajar hehe....
    Memang sadis sungguh cerita awak ni MD....
    Tumpang simpati weyh.... Tak mengantuk ke? Tulah bila kemahuan dah menguasai diri kadang tu perkara diluar tabi'e pun boleh berlakukan....
    Hari ni boleh tidur lena yeh.....ke balas dendam sehari lagi? Maklum le malam Jumaat malam ni haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam hormon terlebih excited so tak ngantuklah. Berkejar ke sana, ke mari, buat multiple tasks. Tapi bila balik kerja semalam., mula dah nampak jalan double :) Nasib baik boleh control. Tapi semalam dah qada' tidur yang tertinggal itu :) So hari ni fresh baliklah.

      Terima kasih atas rasa simpati tu, OKje... Kena banyakkan bersabarlah nampaknya saya nih.

      Delete
  9. makkkk aiiihhh... i yg sekadar baca rasa cam lari 100m ooooo... semput.... hebat u... superwoman gitu....

    tapi memang parah takde air ni kan sis.... byk lah benda 'tergendala' ... kkdg leh menyebabkan migrain bila tengok keadaan rumah cam tak terurus gitu...mau tak jadi lipas kudung bila ada air...

    syukur lah rumah i ada *blink blink mata muka innocent* ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itu baru baca, yek! Eh, membaca entri jadi semput ke atau aktiviti I sepanjang pagi tu yg buat you semput, sis?

      I menahan segala aktiviti yang boleh ditahan...hahaha.... kesian kat budak-budak. Kita ni orang tua takpalah...boleh control lagi apa yang patut :)

      Delete
  10. sabar ajalah...kalau saya kan MD..kena ambil MC lepas tu. lenguh kaki tangan dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah sampai pejabat baru terasa sakit seluruh badan ni, ANIM. Masa berkejaran tu terlupa segalanya. Kenalah multitasking sementara air ada. Harapnya tak lama lah sebabnya saya pun tak tahan kalau selalu buat camni :)

      Delete
  11. Memang susah kalau takder air ni...nak mandi, membasuh dan memasak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Bunda. Siksa rasanya. Apalagi kalau ada anak-anak kecil kat rumah.

      Delete
  12. Wah, sampai cenggitu sekali penangannya bila dicatu air... Semangat masak2 walau di pagi buta... Mmg tabik spring la MD :)
    Org yg x mengalaminya x tahu... Tapi boleh imgine rasa happy bila dpt air tu... Tu yg tidur pun tolak ke tepi dulu asalkan dpt bermanja dgn air yg ada.... Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Nur. Saya mmg fobialah kalau takda air ni. Bukan apa, dok fikirkan pasal anak-anak. Kesian kat mereka...

      Kalau selalu buat cam ni pun parah gak saya.... for sure berbunyi segala otot-sendi ni nanti :)

      Delete
  13. Alahai.. pengorbanan seorang isteri mithali ni. Bila baca semalam saya rasa adoi, gigihnya MD ni. Baca lagi pagi ni, alahai, malunya marah Papa N semalam sebab tak pujuk Naim supaya tidur...bg alsan semua pun nak saya yg buat. MD ni macam2 lagi buatnya utk seluruh keluarga semalaman tanpa tidur. Alahai, mana nak cari ni?

    Kelegaan yang ketara bila dah siap semuanya , walaupun dalam kesusahan kan? Moga krisis air ni cepat berlalu..mengantuk tak semalam nasa di ofis? Hari ni lak apa cerita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat ofis takdalah mengantuk, AN. Tapi bila balik petang semalam duh tak tertahan mata ni... Hari Selasa pagi pun tak cukup tidur tapi taklah buat kerja multi tasking ni.

      Nak buat camna AN. Kita ni kan Home Minister. Kawasan jajahan kita rumahku syurgaku tu :) Kalau tak kita yang buat, mmg habis satu rumah merana ...

      Saya pun bila penat sangat, mulut boleh tahan celuparnya. Kena gak sound tapi tulah, nak jadi isteri mithali bukan senang. Banyak kriterianya...betul tak?

      Delete
  14. fuhhhh cemerlang gile u mummydearie. tak tidur terus sepanjang malam, abg abas tu punye angkara. hehe. daripada cerita u ni, apa yg i nampak, betapa urusan rumahtangga mmg wanita la pengurus yg terbaik. [bukan menidakkan peranan suami, tapi mmg takleh sangkal yg kita sebagai ibu dan isteri mmg akan selesaikan urusan sebaik mungkin sanggup tak tidur tu paling kagum.]. syabas bettei. bukan syabas yg air tu tau. syabas yg ucapan syabas. kehkeh. mcm la u tak tau kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah tu penangan Abang Syabas sampai tak cukup tidur saya jadinya... Nasib baik sempat qada' semalam :)

      Saya part anak-anak tu yang saya tak boleh tahan. Kesian sangat. Part suami tu kadang-kadang ada gak marahnya...hahaha... Yalahkan awak tu lelaki dewasa, takkan semua pun kita nak beri suap bertunjuk ajar bagai. Nak disuruhnya tawakal, usahanya mana? Senang cerita, lebih baik saya buat semua. Orang lelaki ni nama samaran pun King, kan...memang jadi King ajelah kat rumah sendiri :)

      Delete
  15. wow cayalah MD kerna air sanggup bersengkang mata kan.cer air ada nak ke bangn kerah tenaga berkelintang kelintung di dapur. myb ikut mood kan. itu sbb terkezut HD. hihi.

    air oh air cepatla pulih kembali kesian sdh dgn jiran kami jauh ini.. smga dipermudahkan hendakNya aamiin

    adik nampak apa MD? mcm misteri je.anak ank kecil kn mmg blh lihat ssuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau air ada, takda maknanya nak bertukang kat dapur awal pagi :) Sebenarnya akak takut gak sensorang kat dapur waktu cam tu, Ciksu tapi nak buat camna. Dah 4 hari kontang. Serik rasanya air yang ditadah tak cukup.

      Tak tahulah Adik tu... tapi dulupun rajin gak dia nampak sebab bila nampak aje dia senyap. Saya pernah cerita dalam satu entri blog ni.

      Delete
  16. Alahai adik,awk n macam selalu je nampak benda yg menyeramkan.jgn biarkan diri anda di selebungi misteri..tetiba keluar trademark rancangan tv....:)

    misali betullah MD,siap masak macam2 menu..dh tu smp tak tido 1 malam...nmpk sgt excitednya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya kalau excited tang sesuatu memang sanggup mengorbankan tidur :) Apalagi kalau ada kaitan dengan 'kebajikan' keluarga kecil saya ni ya, mmg saya korbankan apa-apa yang patut. Janji anak-anak dan suami senang hati ...

      Delete

Post a Comment