Masa bersama anak-anak

Salam Jumaat kawan-kawan semua!

Alahai, baru hari ni dapat 'bersiaran' macam selalu. Semalam I cuti kerana menguruskan anak-anak yang ketiadaan babysitter. Tahu ajelahkan bila dah bertiga-tigaan di rumah. Memang kelam-kabut jadinya. 

Kesian kat my superheroes berdua kerana cuti sekolah ni tak ke mana-mana. So, I pun bawalah mereka jalan-jalan pergi makan, main-main dan jerit-jerit kat shopping mall. Maklumlah mereka berdua ingatkan kat semua shopping malls di KL ni Mommynya ada shares. So mereka buat macam kat rumah aje. Nak terlentang atas lantai, nak menjerit sebab tak cukup masa diberikan untuk main game dan tak dapat apa yang dimahukan... By the way, ini bukan cerita semalam. Ini cerita tiga hari lepas masa I cuti setengah hari, pun kerana kena jaga anak-anak di rumah @_@

Abang ni suka betul kumam mulut cam ni ...

Adik yang tak peduli sesiapa pun bila dapat main
 

Abang, nak cars, Abang! Help! Help!
Adik, Abang belum masukkan coin dalam coin slotlah, camna nak baling!




Rosaklah Adik. Tak boleh main!
Nak naik bukan main  tak sabar bila nak turun pandai pulak takut


Selesai makan dan main-main, kami pun geraklah pergi ke kedai buku Popular di Tesco. Puas I berfikir macamana nak mengelakkan si Adik Cute daripada nampak mainan semua tu lagi. Si Bubbly Abang dah tak heran lagi. Dia dah jemu sebab dari kecil macam Adik sampai la ni, memang ke sini aje kita tiap-tiap bulan tak pernah miss.

Itupun dekat entrance Adik dah nampak mainan. Nak singgah juga naik walaupun dah puas melenjan main di Aeon sebelum tu. Ok, takpalah 50 sen aje. Eh, tak cukup ya satu round! Adik minta lagi duit syiling nak main 2,3 round. Ada 4 kereta mainan di situ, nasib baik lagi 3 dah penuh budak lain naik. Kalau tidak mahu Mommy kena bertabah masukkan duit dalam setiap kereta tu untuk 3,4 round satu kereta. Adik, Mommy bukan cop duit kat Bank Negara ok! 


Apa tengok-tengok? Mommy kita dah masukkan banyak coin 50 sen tau!
Kalau macam ni caranya asyik kena cuti jaga anak, memang gaji Mommy pun kena potong juga selepas 6 bulan pertama tahun ni.... 

Cuba tengok yang ni, comel tak?




Adik puas meronda sana-sini kat dalam Tesco. Harga pun murah, cuma RM29.90 (of course made in China ler...) I ingat nak rembat satu tapi warna tak menarik cuma ada dua warna aje, yang Adik naik ni dan satu lagi warna hijau. Tapi bila I tanya kat Adik,

Adik, you want this or not?

No, no, no....!

Turun tak juga tapi tak nak ....

Si Abang duk perhati aje sebab dia tak minat mainan lagi. Katanya dah puas main. Beri peluang pada Adik untuk beli mainan pulak. Abang lebih suka pergi bahagian alat tulis ...


 
Dan yang ini paling I suka *_* Sepanjang jalan orang dok perhatikan mereka dua beradik. Bukan I buat kerahan tenaga kat anak-anak, ya. Dah mereka berebut nak bawa benda ni dan akhirnya Adik yang dapat. Excited sungguh dia ke hulu ke hilir bawa bakul beroda ni, sambil si Abang tolong Mommy lanting-lanting barang. Bukan banyak mana pun nak membeli, tak payahlah nak bawa troli.

Sejuknya hati Mommy tengok Abang dan Adik berpegangan tangan *_*

Sebenarnya kita kena beli apa ni, Abang?

Budak berdua ni kalau ada troli lagilah berebut. Yang Abang nak tolak troli. Yang Adik pun sama. Tak padan kecil  tapi berangan nak tolak troli besar. Lepas tu habis semua orang pun dia 'sapu bersih'. I pulak dok kerja minta maaf kat orang, dok tolong betulkan arah haluan troli yang ditolaknya. Sama aje dua beradik.

Selesai di sini, kami pergi ke kedai buku Popular, nak cari buku kerja untuk Abang buat masa cuti sekolah ni.  I dan Abang sibuk membelek buku (Mommy memang terror cari buku dalam bahasa Cina walaupun tak faham sepatah...) si Adik pulak sibuk menguruskan kedai buku tersebut. Kecoh betul my small family ni kalau ke mana-mana!

Belum sempat membayar, Hubbydearie dah called tanya di mana kami tiga beranak. Mesti dia suspect I bawa anak-anak berjalan-jalanlah ni. So, sesegera mungkinlah balik rumah sebab nak memasak awal hari tu. Belum sampai rumah, si Adik dah terlena kat dalam kereta dek keletihan. Abang pun dah senyap sebab penat dan haus tak dapat minum 'air sedap'.

Semalam bila I minta cuti kat boss (by sms aje yea...) boss I siap replied dalam BM lagi,

OK... Selamat menjaga anak-anak yang comel hari ni :)

Hah, kelas tak ada boss yang cam ni? 










Comments

  1. kalaulah cikgu sekolah boleh main sms minta cuti macam tu..bahagianya, heee..

    p/s selamat menjaga dua2 hero comel tu, MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah ya.... Kat ofis saya ni memang tang ini senang sikit. Tak payah nak berdebar menunggu approval bagai :)

      Delete
  2. anak sedara kita tengok tesco tepi jalan pun tak leh..
    menagis nak pergi..nak main game..aduh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya kalau nampak aje dia tak berganjak. Janganlah lalu direct ke tempat mainan. Memang kena berhenti lama :)

      Delete
  3. Ini antara perkara yg saya belum berani nak buat. Bawa dua ahmad sama2 tanpa papa? Oh no.. takut hilang anak pula. Hihi..

    anak2 MD dah besar sikit, lebih mudah dikawal ya.. seronokla diorang boleh jelajah tempat dan main sungguh2 di hari mummy terpaksa cuti ya. mujur bos sangat sporting ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata Abangkan... kalau Mommy cuti memang best. Nak makan apa, nak beli apa, nak buat apa semuanya BEST :)

      Saya ni pun baru belajar bawa anak-anak bersendirian. Dulu tak berani juga. Lagipun si Adik ni tak sukat duduk kat car seat. Susah nak memandu sambil memerhatikannya. Sekarang dah ok, bila Abang ada, Abang boleh tolong Mommy tengokkan Adik ketika saya memandu.

      Delete
  4. tu kira bawak jalan2 lah cuti sekolah ni kan..
    tak dpt pg jauh.. spent time together with them pun dah ok dah tuh..

    comel bos akak.. my bos pun kekadang gitu... reply in BM instead english.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira lebih kuranglah tu... nak jenjalan jauh-jauh malas rasanya. Lagipun cuti sekolah ni sure crowded. Betul tu Lyn, dapat spend time with them pun dah seronok sangat.

      Boss akak memang sengih aje. Tak tahulah apa dalam hatinya ...

      Delete
  5. port paling peberet bila bawak anak2 sebaya adik.comel betul menantu ibu ni.

    klu abg mmg dh tak muat dok kt dalam tu..api abg bagus..minat alat tulis n buku.ye la bagus juga kecik2 mommynya beli mainan bg main puas2..

    yg peliknya aiman ni dr kecik dh beli n bg main segala mak nenek masih nak mainan.tak habis2 dengan senapang n pistol. kereta2 macam adik naik semua klu jumpa dijeling2nya..padan je badan besar tak muat dh nak naik..klu tak mesti dia mau.huhu

    sporting gila boss..kelassss!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang dah sedar diri... lagipun dia tahu tak muat nak masuk situ... Kalau toys pun dia dah kurang banyak. Tak macam dulu masa kecil-kecil sebaya Adik. Sekarang ni turn Adik pulak yang buat hal bila nampak toys bagai....

      Delete
  6. Bagus adik tak nak pun ride tu.. kalau tak melayang duit mommy…
    Alololo, bagus si abang pimpin tangan adik…. look so brotherly… k
    wah, mmg sporting bos MD… dia guna google translate ke tu? hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik yang dekat Tesco tu murah aje 50 sen. Ada tempat yang sampai RM2 sekali ride. Menanah poket Mommy kalau dia nak naik 2,3 kali untuk satu mainan.

      My boss... hahaha....dia boleh cakap Melayu 'sikit-sikit' Bolehlah buat balas sms. Nak WA boss takut dia terkezut elektrik pulak!

      Delete
  7. Assalamualaikum...

    Memang cute ea tgk diorang pegang tangan...lelaki pulak tuh..aihh adik2 sofia yg lelaki tak le nk pegang tgn camni..diorang geli..melainkan bila nk lintas jalan..pandai pulak si adik cr tgn abg nk lintas..lepastu lepas terus.. -.-

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk hati Mommy ni tengok anak-anak yang selalu hiruk pikuk di rumah, tak boleh bertemu roma tetiba berpimpin tangan dua beradik :)

      Delete
  8. sukanya tengok abang dan adik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka tahu kot tak boleh naughty sangat bila keluar dengan Mommy aje. Kalau Daddy ada, boleh juga bantu mana patut. Ah, tetiba teringat bantuan Daddy yang selalu diabaikan bila keluar bersama :(

      Delete
  9. syoknya bos reply msg ceng gitu ye.sempoi habis la.

    mmg njoy la abg dgn adik ye.
    seolah tesco mereka yg punya hihi
    mummy nak tanya, boleh.. kalau tak salah la kan skli pandang saya rasa macm kat tesco extra ampang je ni.betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos akak memang baik. Tak ambil pot sangat hal remeh-temeh ni..hehehe....

      Betul tu, CikSu. Memang kat Tesco Ampang sebab nak ke kedai buku Popular asalnya ...

      Delete
  10. Cuti yeh..
    Dulu masa okje keje...kalau dpt cuti...mmg best sangat....boleh merayau tak tentu halakan hehe...
    Kadang tu budak budak suka main masa kat situ jer MD....nanti bila beli....tak main punn....lainlah kalau mama yg naik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti tahunan kita memang dihabiskan untuk babysit anak-anak aje. Manalah dapat nak berholiday berlama-lama cam orang lain. Asyik ajelah mengejut, terkejutkan boss. Betul tu OKje. Lepas beli, pandang pun tidak. Itu yang dok fikir patut turutkan nafsu membeli ke tidak ...hahaha...

      Delete
  11. salah satu sebab KA x suka bawak anak2 g bershopping ni sebab nak layan dier duk nak main atas kapal terbang ke dan segala benda yang berbunyi meriah di sudut pasaraya tu, sampai kadg x hingat nak balik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. At this age memang mereka berdua terarah ke tempat mainan aje. Nasib baik Abang dah kurang banyak, tak minat toys sangat. Sesekali aje merengek nakkan lego ke apa...Bila dah dapat naik memang taknak turun si kecil ni. Kena buat kerahan tenaga makpak menurunkan dia dari situ :)

      Delete
  12. ololo comey dedua nih tau...pipi tembab tau adik tu geram nak cubit2 pipi gebu tu...hehe
    anak2 lizz kalo ke sini memang kusyuk jek dia main..segala menda dia nak main...
    baik sungguh dua orang ni tau siap berpinpin tangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time tengok Abang pimpin tangan Adik :) Rasa sejuknya hati ni. Kalau tidak memang bercakaran memanjang...

      Adik ni sejak dua menjak kuat makan betul. Itu yang bulat. Lepas potong rambut lagi nampak kebulatannya :D

      Delete
  13. daripada ayat yg kata nak pegi kedai buku popular tu dia melencing tak hingat siap cerita pasal makhluk kiut yang warna purple yg adik tunggang tu dgn anak berebut tarik bakul last skali baru jumpa cerita pasal beli buku kerja bahasa cina. lawak la u ni md. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...lencongannya banyak so kenalah cerita dulu hal-hal yang menyebabkan lencongan berlaku :) Alah you ni kan Lyd, macam tak tahu aje gaya penulisan selebriti terkenal macam I nih....huahahah....
      *Sila jangan muntah di belakang saya *

      Delete

Post a Comment