Salam hari Jumaat semua!
Semalam air dibuka pukul 1.55 pagi tapi pukul 6.55 petang hari yang sama dah tutup semula. Apalah buat water rationing macam ni! Tutup berhari-hari, bukanya tak sampai sehari pun.
Tapi takpa. I tak susah hati lagi. I dah tadah cukup air di rumah sampai tak tidur malam kelmarin. Walaupun masih susah hati kerana ketiadaan air, I rasa lega sikit sekarang kerana dah buat apa yang patut untuk my small family. Rasa macam tak cukup aje tong yang ada. Macam nak tambah lagi aje... tapi manalah nak letak bila bekalan air kembali normal? Takkan nak buang lagi dengan penuh confident?
Semasa ke Aeon nak membeli tong air, beberapa staff Aeon sedang sibuk memunggah dan menyusun tong-tong tersebut. I apalagi, teruslah ambil troli lepas tu pi mengendeng, nak standby ler konon. Siap susun aje, I pun ambil le. Tak sangka pulak murah harga tong hitam ni, RM10 aje. I baru aje gi redeemed my voucher makanya memang I gunakan sepenuhnya beli tong @_@
Kata staff tersebut, tong ni 'hot item' tu. Baru letak pagi dah habis. Ni belum sempat susun habis, dah ada pembeli yang tunggu ( I ler tu...) Bila membayar pun, cashier dok pelik tengok banyaknya tong akak ni borong... I pun kata le (terlebih friendly pulak I nih...) air takda dah 4 hari, tak cukup makan, tak cukup tidur I nih... Dijawabnya budak cashier yang manis tu, padan ler ramai betul orang beli tong hitam tu.... Iyalah, Dik! Ni mesti rumah adik ni tak kena kalau tidak takkan dia tak tahu air takda!
Hari Rabu I tak tidur langsungkan, tapi takdalah mengantuk bila di pejabat. Ok, aje. Tetiba pulak kerja banyak daripada biasa. Tak sempat nak rasa mengantuk. Bila memandu balik kerja, sampai separuh jalan I dah nampak jalan macam double dah ni... Mata dah layu sangat. I bertabah memandu supaya tak melayan ngantuk yang luar biasa tu.
Sampai sekolah Abang ingatkan bolehlah rehat kejap dalam kereta. Satu jam ya kena menunggu. Macam biasalah baca buku cerita. Tak sampai satu perenggan, dah terlena. Nasib baik tak meleleh air liur ^_^ Terpaksalah tutup buku cerita, tak leh tahan.... Tapi takkan nak tidur dalam kereta dengan air-cond terpasang. I memang tak biasa. Terlajak nanti hah lagi bahaya.
Bertabah lagilah menunggu Abang. Bila balik rumah, memang dah terasa sakit satu badan ni dek aktivitivi dinihari. Sempat juga menghabiskan aktiviti memasak yang tak selesai pagi tu. Tak tahu pulak pukul berapa I tertidur tapi memang awal rasanya. I tersedar pukul 11.00 malam.
Nasib baik si Abang dan Adik tak banyak kerenah. Itu pun entah mengapa Adik buat hal dalam pukul 11 malam. Merengek tak tahu kenapa. Itu yang I tersedar. Ditunjuknya punggung kata sakit. Lepas tu kaki gatal ler. Lepas tu merengek lagi peluk Mommy. Terpaksalah beriba suruh tidur semula. Abang memang dah asyik dibuai mimpi. Selalunya pukul 11 malam, Abang tak tidur lagi nak mengkhatamkan kartun yang ada.
Lepas tu mulalah I ligat buat kerja rumah mana yang patut. Air memang dah tutup sejak pukul 6 petang tadi. Dah selesai semua, I sambung tidur semula. I ni kalau setakat 1,2 hari tak tidur boleh tahanlah. Masuk hari ke-3, memang macam zombie jadinya. Nak tak nak, kena jugalah cari masa untuk tidur.
Walaupun still susah hati dengan catuan air yang berlaku, I rasa bolehlah bertahan buat masa ni. Dah tak risau sangat macam kali pertama hari tu. Tengok pulak berapa lama bekalan air yang ditadah akan habis. Harapnya bila air dibuka semula, masih berbaki bergelen-gelen lagi air tadahan I. Bolehlah budget berapa gelen nak kena menyimpan air for the next catuan ~_^

Yeke tidur tak meleleh air liur tu? Siapa tahu? Hihi.. penat badan tu..dah beberapa hari tak cukup rehat...
ReplyDeleteamboi, beli lagi tong? Berapa banyak dah ada tu? Kalau saya jual tong air musim macam ni boleh cepat kaya nampaknya..
kena kuatkan semangat ya.. masaah kecil bagi MD ni bakal menambahkan pahala dan menguji ketahanan mental, pasti ada rahmatnya..
Confirmed. Saya tak lap mulut pun masa terjaga :)
DeleteDah malam biasanya baru terasa penat. Masa sibuk buat kerja, tak hirau apa pun. Letih memanglah letih tapi bila fikir balik, ada orang lain lagi letih daripada kita. Kalau saya tak buat, siapa nak buat kat rumah tu? HD memang sentiasa aje tak cukup tidur walaupun tak pernah jaga anak lepas pukul 12 tgh malam. Tapi taklah saya nak kata HD tu langsung tak co operate dalam hal rumahtangga, kadangkala ada juga ditolongnya saya nih...
hari tu hujan lebat sehari jek kan Mummy, doa2 lah hujan lagi nanti kan. Dahlah sekarang musim denggi, kena pastikan tong air tu bertutup, nanti masalah lain pulak... Semoga dipermudahkan buat kita semua kan Mummy, insyaallah..
ReplyDeleteMasa hujan tu memang happy rasanya. Berdoa minta empangan penuh melimpah ruah terus :) Kawasan rumah Linda pun terbabit sama ke?
DeleteMoga cepatlah berakhir dugaan ni, kan!
ape kejadah bukak air dekat 2pgi.. agaknya dia bukak petng lagi..sampai rumah mummy last kot ..he..
ReplyDeleterumah so far ikut lg jadual air dia..2 hr ad, 2 hr xde.
cukuplah 3,4org rumah ni.
Entahlah tapi saya fikirkan kalaulah orang tak sedar air buka kul 2 pagi pastu bangun berebut nak gi kerja tetiba balik kerja air dah takda, tentu parah. Saya korbankan tidur takpalah daripada biarkan air lalu aje tak bertadah.
DeleteKawasan saya langsung tak ikut schedule lah, nyampah sungguh. Buat-buat happy ajelah, malas nak fikir banyak.
selalu mcm tu kan.dua tiga pagi bru buka.
ReplyDeleteagaknya time tu bru dirng stop buat kja.
smga dipermudahkan bertabah la wahai hati
Sebenarnya kalau buka siang masa kita kerja pun kita nak marah. Buka selepas tengah malam bila kita nak tidur pun kita marah juga. Jadi manusia memang beginilah lumrahnya kan Ciksu :)
Deletemakin panas je hari ni. makin kering la air nampaknye. mohon sgt kepada Allah supaya diturunkan hujan. awk mmg hebat md. tak tidur 2 hari masih boleh bertahan. kalo saya, mmg dah el huhu...
ReplyDeleteTakda pilihan Lyd. Terpaksa buat. Kalau saya tak buat, apa jadi dengan anak-anak pulak. So, korbankan ajelah masa tidur yang best tu. Bukan selalu pun :) Biasanya sedap gak tidurnya sampai terlajak kekadang!
Deleteterharu u dengan masalah percatuan air kat kawasan yg terbabit..memang kena korban kan masa dan wang ringgit kan mommy..if terjadi kat tempat cheq uiss tak tau nak habaq lagu mana..setakat ni alhamdulilah belum pernah mengalami pencatuan air lagi..
ReplyDeletesemoga mommy tabah noh menhadapi ujian ini..
Cuba bertabahlah ni... itu yang borong tong sebanyak mungkin :) Letak tepi muka malu mengangkat air ke apa, demi keluarga kubuat jugalah. Kalau air kering kontang dalam rumah, siapa yang susah? Dah tentu Mommy yang satu ni... Daddy tak kisah sebab Mommy dah susah hatikan :)
DeleteTang tidur dlm kereta beraircon tu hati2. Geng bas sekolah saya cam tu gk. penat tunggu anak, tertidur. Tau2 org gegar kereta dia sebab berasap. Anak kecil dlm kereta..seram sy dengr.
ReplyDeleteTk pe MD, lengan dan otot boleh jadi strong angkat air. Bertabahlah hagi..
Itu yang saya takut, manalah tahu lena tidurnya. Hah, bahaya macam tu, kan. Kalau ada anak-anak dengan saya, lagilah tak mungkin saya nak tidur dalam kereta.
DeletePart muscle berotot tu yang paling takut. Part menggeleber tak pulak takut-takut :)
lepas ni mau muscle tangan2 u sis...
ReplyDeletekalau catuan ikut jadual takpe lah kan...
isk isk isk....
Catuan pun sendu aje jadualnya. Tak tenteram jiwa raga. Tapi takpalah sis, saya dah penuhkan rumah dengan bergelen-gelen air. Jangan tenggelam rumah udah ler...
DeleteTak sangka rupanya boleh tahan tak tidur sampai 2 hari rupanya. Memang luar biasa ni..... pernah bertapa ke apa ? hehe....
ReplyDeleteKira murahlah tu kalau tong Rm10 henggit seketul, nape tak beli 10? Baru Rm100 henggit...... janji dah tak yah risau kalau kena catu seminggu lagi pun...
Pernah, OKje. Bertapa kat Gunung Ledang. Takkanlah tak tahu. Katanya sekampung sekapal sebas sekolah kan.... OKje tak pernah buat kerja pertapaan cam ni ke? Saya ni pernah tak tidur malam semata-mata nak tengok drama Korea berpuluh episod. Satu malam satu pusing VCD tu sambil landing penuh syiok atas katil. Itu zaman anak dara, bujang takda boipren ler... Sekarang takdalah buat gitu. Tapi kadang-kala ada juga malam-malam yg saya tak leh tidur, saya berjaga ajelah... Asal jangan lebih 3 hari. Mahu menzombie kang. Orang ckp lain kita dengar lain.
DeleteI finishedkan my vouchers tuk beli tong air. Tak ke syahdu. Rasa cam nak nangis berpisah ngan vouchers tu. Kalau beli kasut ke, handbag ke takdalah kesal mana, kan...
Tulah penangan org yg tukang baca tak cukup tido.....hehe...karangan dlm bahasa ibunda pun lambat nak pick up kalau dlm bahasa Uzbek lagilah ....
DeleteTak pernah pulak bertapa....hehe tp kalau kenyang tido siang mmg confirmed mlm susah nk tido....gigih stepler mata ...lelama hanyut....
Saya ni pulak kalau terlebih tidur, mulalah mengantuk tahap atok-atok. Tak leh dah nak main lekat2 selofan tape kat mata. Tapi kalau tak cukup tidur, happy gumbira aje hati ni tak mengantuk pulak... Spesies apa ntah pun sampai la ni scientist tak leh detect...
DeleteHaha....luar tabi'i gamaknya tu...
Deletemmg hebat giler lah MD ni, KA paling lama pun sampai kul 3 -4 pagi lepas tu mmg nak automatik lelap lah. dulu2 .. dulu2 punya ceritalah, waktu muda byk hehehe waktu kena buat tender2 tu mmg ada sampai x tidur 48 jam.. skang ni pantang nampak bantal. nak tertutup je mata ni !
ReplyDeleteTak tahulah KA. Sejak azali cam ni. Tapi kan masa belajar dulu selalu aje kena hempap buku. Mana taknya, membaca sambil landing atas katil. Baru satu para, dah terbabas mimpi ke mana. Nasib baik lulus periksa, habis gak belajar. Sekarang ni saya jarang berjaga tapi bila mood berjaga malam tiba, hati ni excited tang something...mulalah buat perangai lagi nak jadi zombie alaf baru tau!
Deleterasa dah komen tadi,. tpi naper x kuar apa2 ha... tunggu tgk dulu, xde apa2 nnti KA komen semula hehehe.. penat taip tu !
ReplyDeleteSaya belum approve lagilah tu.... Tu atas tu... komen KAlah tu... hehehe....
DeleteAik...kejap bebenor tempoh air dibuka tu...kat area rumah saya, alhamdullilah SYABAS patuhi janji...2 hari takde...dan dua hari, sharp on time ada air...
ReplyDeleteMurahnya tong air...
Saya beli sampai RM75..yg tinggi paras dada...hihihih
Tong sampah hitam itu aje DZ. Saya ingat harganya mestilah dah mahal sebab kawasan sekitar dah takda airkan.... Baru ni beli tong yang canggih sikit (lupa lak berapa liter) kena RM49.90 gitu...
DeleteLa ni rumah saya air dah ok tapi saya tetap gak menyimpan bergelen2 air kat rumah. Manalah tahu kan...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteHaaa memang kak...kalau terlampau busy..mmg mengantuk tuh tak sempat nak rasa..haha mmg mind set betul mengantuk nih kan..hehe
regards,
Triplesmiley
Salam Sofia,
DeleteBetul tu. Kalau sibuk memanglah tak mengantuk. Cuba duk aje depan pc terkebil-kebil, memang rebah atas meja gak time tu gak. Takda main signal2 nyer nak lentuk :)
dulu sy boleh tak tido sehari dua,skang ni klu tak tido pening arr..lately mmg sentiasa rasa tak cukup tido..tido yg cukup adalah 6 jam keatas ye MD.haha..MD MMG HEBAT..:)
ReplyDeleteamboi bertong2 beli..kesian ye air kena catu..segala yg berlaku ada hikmah..jadi bertabahlah MD..:)
6 jam aje ek bukan 8 jam? Saya kalau cukup tidur, mengantuk gila. Tak tahu mengapa. Kalau tak cukup tidur, ok pulak. Sekarang ni pun saya jarang tak tidur malam, kecuali ngengada kenkadang nak berjaga. Kalau nampak bantal memang nak tidur aje tapi tulah nanti letih dan ngantuk esoknya bila terlebih tidur. Pelik kan...
Delete4 hari xde? Seksanya..kami di bangsar baru mula..smlm tong air dijual smpi rm128..dashyat..mcm pisang goreng panas..
ReplyDeleteItulah aje siksanya, Dee. Lepas tu air kembali seperti biasa, mencurah-curah dengan penuh bangganya. Tapi saya tetap gak simpan air. Yalah katanya catuan sampai 31 March, mana tau tetiba pili kontang semula :)
DeleteMemang supermom nih..sampai tak tdo malam menunggu air..melayan anak lagi terbaik tau md..semangat menadah air sampai tak tdo..kalo saya mau huyung hayang gi kerja...
ReplyDeleteMurahnyer rega tong tu..kalo saya pun mau beli bebanyak jugak.
Didiakan moga ceoat la bekalan kembali ok..sian kat Md
Nasib baik dah back to normal ni, Lizz. Tapi tak tahulah kena catu lagi ke tidak. Bila air ada, takda pulak sibuk memasak pagi hari :)
Deletemasih ada lagi masalah air ker kak... kesiannya supermummy ni..
ReplyDeleteada hikmah disebalik semua ni...
lepas ni sure tangan ada muscle yer.. jgn marah kak :)
Muscle yang dulu pun tak hilang lagi, Lyn. Alhamdulillah, takda masalah setakat ni. Harapnya takdalah kena catu lagi, penat dan semput gak kalau asyik kena buat marathon dalam rumah.
DeleteMana pergi ni? Lama tak.update?
ReplyDeleteAda AN. Takda mood nak mengupdate semalam. Sedih mendengar kisah tentang MH370 tu. Nak menulis merapu meraban dalam blog pun rasa cam eh, alahai...
Deletesinggah melawat MD
ReplyDeleteThanks, Ciksu sudi singgah lagi :)
Delete