Entri Rawak 1

Salam kawan-kawan!

Hehehe ... tengoklah tu tajuknya. Sekarang ni memang malas nak fikir banyak. Kalau rasa-rasa cam sesuai aje dengan tajuk (Eh, pernah ke isi entri sesuai dengan tajuk?) terus ajelah guna. Ingat nak guna bahasa omputih, 'random' tapi dah biasa sangat dengar. Kalau guna 'rawak' ni dah macam bahasa saintifik pulak tak pun subjek glamor yang I pernah suka dulu - Maths *_^

Entri hari ni memang tiada penghujungnya hujung pangkalnya. Makanya, teruskanlah bertabah membaca. Kalau rasa penat, you know what to do, kan.... Itu pun I nak ajar gak. Ngengada tau *____*

Haippp...tangan sapalah tu! Tangan Adik Cute ler siapa lagikan!
Cantik tak lo-li ni? Masa I jenjalan cari biskut Marie nak buat kek batik, tetiba ternampak tin biskut ni.  Comelnya alahai... I pun membayangkan kalau Adik yang nampak lo-li tin ni memang excited punya. So I pun rembatlah satu masuk dalam troli demi Adik ... Harganya RM19.90 dan dalam tu cuma ada 4 peket kecil aje biskut oreo. Sajalah nak tabur duit sedekah kat owner kilang biskut tu ...

Hah, hari tu tak jumpa lada teluk benggalakan, so bila ternampak kat Aeon, mulalah excited nak simpan stok kat rumah walaupun tak tahu lagi nak buat apa sebenarnya...


Nasib baik tipah tak tertipu. Kat price tag, tulis RM1. I yang lurus bendul ni pun fikir RM1 sebiji lada ni. Murah ler... Mahu nak rembat dalam 15 biji warna-warni hijau, merah dan kuning. Tapi rasa cam nampak ada lagi tulisan zaman batu kat bawah harga tu. I ni rabun tak nampak so cepat-cepat gagau spek mata. 

Alahai....RM1 untuk 100g ya. Makanya I ambil dua ajelah sebab tak tahu nak buat apa. Itupun dah dekat RM4. Sedekahlah lagi al-solehah!

Suatu hari masa jenjalan buang masa kat Aeon, I ternampak yang ini. Comel juga rasa dalam hati ni. Kalau buat bekal untuk anak Mommy masukkan dalam ni sure marbeles. Kalori pun boleh dikurangkan since cinonit aje bekasnya ... 


Snap foto dalam keadaan malu, memang ginilah jadinya ...
Cepat-cepat bawa lari dari raknya sebab nak snap foto orang ramai pulak. Malu I jadinya. Padahal ada aje satu couple Cina ni bukan main syiok berposing tempat orang jual ayam gitu. Entah apalah yang excited sangat nak posing kat situ ...

Lepas snap, I pun dengan melampaunya tinggalkan aje botol mayo ni kat tempat roti, bersebelahan dengan kengkawan jem dan kaya *___*

Since I ni kan berspek mata (maybe this is the reason Abang kata Mommy dah tua...) dan takut seriau gila nak pakai contact lens apatah lagi nak buat LASIK yang mahal melampau tu mengalahkan handbag berjenama import, setiap kali nak mencuba resepi terpaksalah I kopipes pastu print out.

Nak guna tab, kuasa tak cukup kuat di rumah tu. Selalu aje kena beralah dengan Adik. Lagipun Mommy yang buat sekatan tab tak boleh masuk dapur, so kenalah patuh pada arahan sendiri. Nak guna he-ho canggih, gigil-gigil tangan ni nak membaca sambil mengikut step by step resipinya. So paling mudah, kita balik ajelah zaman batu. Kita copy and print cam ni...tak payah nak pakai kanta pembesar dalam kotak alatan sains Mommy masa tingkatan lima dulu.

Resipi siapakah ini? Huhuhu...kan ada 'tanda air' kat situ!

 Siap berhighlight bagai ye...Oleh itu kengkawan semua...kalau ingin berkongsi resepi dan mahu resepinya dicuba oleh kengkawan juga, silalah benarkan kopipes berlaku. Jangan tinggal-tinggal mesej ngengada gitu... Kesian orang macam I ni tau *___*

Aha, last sekali, kita tempeklah minuman 'ruji' di rumah MD... Ini bukan hak milik MD ya....

Ini untuk Pak HD (katanya rindu-rinduan lemonade buatan Mami ketika kecil dulu)


Dan ini sebahagian minuman 'ruji' anak-anak kesayangan MD,


Di rumah ni, tak boleh beli sekarton terus, mahu MD kena kerja sampai umur 62 tahun demi mencukupkan uang buat ongkos minuman kamu berdua, ya anak-anak Mommy!

MD pulak favoritenya dah tentu teh tarik. Walaupun minum juga air putih tapi kesedapan teh tarik ni memang tak boleh dilupakan langsung dalam sehari. Hai, macamanalah nak ikut petua simple awet muda Acik Erna ni kalau dah seisi rumah favoritenya bukan air putih ... Nampak gaya memang MD cepat tualah macam ni...Jangan-jangan sebaik sampai usia macam Acik Erna, MD dah kena bertongkat kot, jalan pun mengengkang dah (macam nyonya tua)... hahaha.... 



Hah, yang itu pulak malu nak beritahu. Rasanya dah hattrick sekarang ni. Hadiah daripada siapa lagi kalau bukan Suria Amanda. Baru dapat three days ago. Boss kecik datang minta maaf sebab terbuka sampul peribadi milik I. I kata, it's ok, no problem but next time please don't! 

Mengapa dapat hadiah lagi? Sebab ngetops sangat di tangga tiga teratas  bulan Mac lalu di blognya. Aduhai, memang tak tahu malu dah ni mengomen tak ingat dunia *____*

Apa-apa pun terima kasih sekali lagi pada Suria Amanda. Memang sesuai sangat bookmark dengan I ni sebabnya dah tak mampu sangat sampai penanda buku cerita I  semuanya I potong kertas putih aje ~_^










Comments

  1. Assakam MD acik pun pesen lama juga..kakau jumpa resepi yang teringin nak cuba buat..memang acik printa la.lepas tu buat 3..4 helai..sekali cuba dah tentu resepi tu lunyai..kena telur la..minyak la.kena air bagai..
    MD pun akan tetap muda selalu..betul..walau tak pernah tengok rupa MD..tengok muka adik ngan abang pun dah tau dah kecomelan mommy dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Acik! Saya lagi klasik. Lepas print out simpan dalam fail plastik. Siap masak, terus masuk dalam fail resepi yang memang khas dok kat dapur aje :) Senang nak rujuk...

      Susah betul sejak bercermin mata ni. Saya rabun orang tua -rabun dekat. Kalau takda spek, memang menyasau menggagaulah nak membaca.

      Harapnya tak terlewatlah nak amalkan petua Acik di umur begini. Kalau sejak remaja lagi, mungkin cantik dah macam Rossa ...hehehe...

      Delete
  2. sunyi sepi terus datang meletop2 dgn n3 rawak ni yer MD... menarik2 cerita yng dikongsi tapi mesti selit2 kisah anak2 juga kan.. marah kat abang dh hilang ker hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah bersedih, KA. Itulah bila dah terbiasa menulis, sehari dua tak menulis mulalah tangan gatal nak menulis macam-macam. Marah tu dah takda tapi menyesal tu lama gak menghilangnya. Nampak aje muka dia, dah rasa sebak. Teruk dia kena, KA. Betul-betul mulut celupar dan tangan pun naik sama. Kalau kat Sweden, memang kena penjara 10 tahun ler :)

      Delete
  3. Tengok tu AE...mentang mentanglah nama dia masuk entri cepat je dia komen hehe.....

    Cer cite AEON mana? Kalau gi AEON BMC cakap yeh nak skodeng hehe......Tau malu jugak yek sampai bawak lari itu Mayo....maklum namanya pun Potamayo hik...hik...
    OKje pun pernah tertipu masa nak beli lada banggala tu...ingat singgit rupanya lepas timbang jadi 6 henggit terus letak balik hehe....tak yah buh ...budak budak bukan makan pun!
    Dutch lady Stroberi tu faveret my hubby bebie...anak anak lebih suka yg plain ....maknya belasah air apa pun hehe....
    Tahniah beb dapat ruler....lepas ni dapat apa agaknya yek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya penghargaan, OKje.... Orang menyebut, kita pun tersebut-sebut samalah :) Ada kejealousan di situ, ya ...hahahaha...

      Buat apa nak skodeng? Bukan retis pun. Nak kata hot macam Hanez Suraya sampai laki orang pun disambar, takdalah kot. Nak kat macam model pun, tak cukup ketinggian. Janganlah membayangkan yang bukan-bukan OKje. Saya ni biasa aje, takdalah comel cam OKje tu....

      Hah, tulah kalau tak baca tulisan batu tu memang saya nak rembat banyak sikit. Nasib baik perasan. Terus letak balik. Kang kalau beli banyak lepas tu tak tahu nak buat apa, sayang gakkan... lebih baik beli kasut ke, beg tangan baru...yang itu takdalah rasa ralat sangat :D

      Alahai...hubby bebie....gelinya alahai.... takpa, takpa...suami sendiri sukahatilah nak bagi nickname apa....

      Lepas ni ada dua lagi insya Allah akan sampai. Nanti kita uplah gambar macam biasa :)

      Delete
  4. saya pun kalau beli barang kadang2 kerana gift yang terselit. teruk bebenor perangai walhal suami kata harga gift tu included sekali..sabo ajalah. koleksi terbaru saya pagi tadi ialah casing yg saya seuai utk letak alat tulis saya dengan membeli KitKat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, eh, ramai juga umat manusia macam saya! Kalau dulu saya ni Queen of Freebies, Anim. Sekarang ni dah slow down. Tapi kalau keterujaan mendatang, saya rembat gak walaupun bukan berkepentingan pun :)

      Delete
  5. sama lah kat rumah tuh, klu beli byk2 dairy milk tu mmg kat fridge je lah budak2 tuju.. tak sempat nak sejuk dah habis.. jadinya beli skit2.. dah lah mahal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah akak macam tulah, Lyn. Ingat nak jimat, tak mahu beli sikit-sikit. Beli karton senang. Tapi mereka berdua (termasuk Daddynya) mengerjakan macam kita ni ada kilang Dutch Lady, Nestle dan Vitagen gamaknya. Ish, seriau cam ni...

      Delete
  6. MD berawak pulak ye..sempat lagi tu snap gambar mayo segala.huhu..

    fulamak siap print screen..syabas MD mmg bersemangat betul cuba resepinya..haha

    mmg semua budak sama je,air kotak klu beli byk mana pun kejap je depa habiskan..bapak budak pun mana reti simpan2 minum sikit2 macam mak budak.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar-gambar memang dah ada tersimpan. Bila tak tahu nak buat apa dengan gambar-gambar tersebut, kita jadikanlah satu entri rawak :)

      Nak baca mata rabun terpaksalah print screen sebesar-besarnya pastu telek, buat, telek, buat :D

      Delete
  7. Bdk2 ni byk minum plain water sbb mak buat air manis sehari tu 2 or 3 kali je. The rest mmg plain water.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di rumah saya pulak memang tak dapat dikawal lagi. Kalau kita sediakan air plain water, mulalah masing-masing 'merangkak' kalau tidak pun sanggup puasa air tak mahu minum...nak aje dibiarkan tapi dah Daddynya pun sama aje perangai, susah nak mengajar yang kecik-kecik ...

      Delete
  8. Haha.. mula style penulisan yang baru nampaknya. Tapi saya lagi puas kalau baca entry meraban bagi satu topik je.. hihi.. rasa lebih terserlah kekreatifan MD kalau lagi panjang diskripsi untuk sesuatu tu... bagus juga tu..

    gambo mayo tak tinggal ye. Namanya minah poto mayo.. mestilah ada ya..

    banyak2 gambo tu, air lemonade tu wujud di Malaysia kita ni? Serius saya tak pernah nampak. MD, dasyatnya saya ni.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kadang-kadang risau gak orang mulai bosan. Yalah panjang bebenor...macam takda ending pulak!

      Air tu kami jumpa di Aeon Big. Bila dah sekali beli, teruslah big boss pesan setiap kali kalau terjumpa. Isteri mithali ni pulak, tak pesan pun tetap beli untuk suami dan anak-anak. Diri sendiri aje yang asyik terlupa apa kegemarannya :(

      Delete
  9. Assalamualaikum...

    Kak...yg oreo tuh flavour baru kan...best tak? sofia teringin nak try tp tkt dlm lorry tuh byk sgt..kalo tak best nnt sure sofia xmakan...cari yang kecik xde..best tak flavour tuh?

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikum salam Sofia,

      Akak tak sempat merasa. Budak berdua ni kerjakan. Tapi selalu beli flavor ni Sofia, budak berdua tu pun suka aje. Kalau duduk dekat, boleh gak akak lantingkan kasi rasa :)

      Yang lori tu kalau tak teringin nak main tak payah beli. Ada 4 peket kecil aje cinonit aje dalam tu ...

      Delete
  10. tahniah MD rajin mengomen .hihi rezeki lettew :)

    yg lo li tu pon pernah gak nk terbeli tp dh kena jeliN dgn cik abe.hahahha.x payah nak buat koleksi katanya.. mcm tahu2 aje kan ^_*

    sedap ye air tu, sbb x pernah beli lagi..
    snng kan bila trrus print pastu just highlight brg yg nk dibeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aih, Ciksu pun terpikat gak kat lo-li tu? Hahaha....

      Semalam nak pergi mencari lemonade tu lagi nak buat stok, tengok dah takda pulak. Sedih rasanya :(

      Delete
  11. lasik boleh buat installment hokey. bayar rm200 sebulan. saya pun rabun. tapi i berani cucuk contact lens dlm mata. hehe...

    banyaknya benda menarik yg u beli. hehehe.. nampak resepi tu, sangat pemes seketika.

    alamakkk.. hari ni hari terakhir bulan april... kena gi komen banyak2 kat blog SA. Nak jadi top commentator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, malas nak buat hutang. Sampai buta pun nanti hutang LASIK tak settle lagi. Lebih baik beli handbag import kalau ada installment. Huhuhu....

      Kita takutlah nak bercontact lens bagai. Baru nak check mata buat spek pun takut.

      I ni kan gi window shopping 5x seminggu masa hari bekerja. Memang banyaklah juga..keh3x...

      Resepi tu memang femes kan sekarang. Kalau tidak takkan ada orang siap kopipes, adjust font pastu print out kat ofis lagi :) Senang tau bila nak cari bahan. Highlightkan aje bahansesnya (eh betul ke plural kita versi awak ni?) Itupun cik rabun ni ada aje barang yang tertinggal tak beli. Can you believe me???

      Saya dah mengundur diri. Harapnya bulan April ni tak masuk senarailah...takpa saya beri laluan kat Lyd pulak to take over. Nanti dah sampai hadiah, sila roger dan bagi dua. Tak kiralah apa SA nak bagi!

      Delete

Post a Comment