Abang dan Cik Auni kita ...



Salam kawan-kawan !

Beberapa hari lepas, Abang balik dari sekolah dan ketika berjalan nak ke kereta, Mommy pun diberitahu,

I'm afraid to tell you but I have to tell you this, Mommy!

So, Mommy pun tanyalah lebih lanjut sambil berkerut-kerut muka ni dan berombak bimbang dada ni tau ...

'Gelang tangan raya' buat Mommy

Inilah ceritanya ....

Di sekolah, Abang tengah sibuk mengasah pensel dan kawan-kawan pulak sibuk buat riuh dalam kelas sebab cikgu belum masuk. Biasalah budak-budakkan. Yang tak biasanya, tengah dia bawa pensel ke hulu ke hilir, seorang kawan ni dengan tak sengaja terlanggar Abang lalu Abang hampir nak jatuh kena meja dan tergarit bawah pipi dengan pensel tu.

Abang macam biasa being polite konon, takdalah nak cakap dengan cikgu tapi gegirl yang duduk sebelah Abang ni (cik Auni kita) telah informed pada guru kelas tapi cikgu buat selumber derk je (Oh, Mommy dah menyirap darah tapi bila fikir balik, nak salahkan siapa yek dah dia tergarit pensel sendiri walaupun budak tu yang terlanggarnya...)

Abang dengan Cik Auni ni memang rajin membebel dalam kelas bila cikgu takda. Cik Auni pun lately suka sangat bergurau dengan Abang sambil dicontengnya lengan baju sekolah Abang. Abang dengan rela biarkan ajelah Cik Auni nih 'melakar garisan di lengan bajunya sebab 'pompuankan, Mommy takkan nak marah!' (Untung ya siapa jadi menantu sulung MD, my anak si Bubbly Abang ni memang baik pada 'pompuan' ) 

Oh, ya...ingat lagi siapa Cik Auni kita ni? Oh, dialah yang arwah bapak ada hubungan dengan jiran sebelah (yang jadi arwah juga) dan semua dalam kisah sedihnya dah arwah. Boleh baca di sinilah kalau nak ...

Bila cikgu tak peduli pun kata-kata Cik Auni, dia pun tenangkan Abang yang sedang menahan 'kesakitan' pedih tergarit pensel sendiri. 

Pesanan Cik Auni  kita ni buat rakan semejanya aka Bubbly Abang :

1. Malam ni kena tidur awal. Seeloknya pukul 9 malam dah tidur. Tak boleh tengok The Women's Room ya. (Oh, Cik Auni pun tengok gak kat rumah drama Korea ni. Cik Auni pun tak suka tau kat Hee Soo yang jahat. Boleh tahanlah budak berdua ni borak pasal cerita Korea kat dalam kelas, padanlah keputusan exam merosot!)

2. Lepas mandi kena letak minyak gamat sikit kat tempat yang tergarit pensel tu.

3. Jangan makan makanan yang bergoreng, nanti berparut pulak muka  tu.

4. Jangan makan kicap.

5. Kalau esok kesan luka masih sakit, kenalah pergi jumpa doktor. Tapi kalau ikut kata Cik Auni, nescaya parut tiada di mukalah!

Mommy yang mendengar pesanan Cik Auni untuk anak bujang Mommy ni tak tahulah nak kata camna lagi. Nak rasa marah ke, nak gelak ke, nak sayu hati ke, entahlah.. memang tak boleh detect my feeling masa tu.

Maka, Abang yang lurus ni bila sampai je kat rumah teruslah ikut sebiji-biji pesanan Cik Auni nih...

Malam tu I ajak Abang tengok The Women's Room, ini jawapannya ...

Auni kata malam ni tak boleh tengoklah, Mommy. Tak boleh tidur lewat. Nanti luka lagi sakit!

Masa nak berbuka, Abang dah pesan supaya Mommy jangan marah kalau Abang tak nak makan makanan bergoreng sebab...

Auni pesan jangan makan makanan bergoreng nanti parut tak hilang!


Aduhai, aduhai, aduhai... baru 8 tahun dah dengar kata perempuan lain selain Mommy! Katanya sayang Mommy amat-amat forever and ever gitu. Nak kena juga Cik Auni ni tau, berani dia nak beri sepatah dua kata nasihat kat anak Aunty nih!

Dah diikutnya bulat-bulat pesanan Cik Auni ni boleh pulak tu beritahu kat Mommy,

Abang sebenarnya tak percaya dengan Auni ni. Dia selalu je nak tipu Abang! Kenapalah Mommy tak cakap dengan Lao shi pindahkan aje Abang duduk dengan orang lain?

Lao-shi kata Auni  tu baik. Pelajaran pun not bad. Abang dan Auni tu yang banyak bebel dalam kelas masa cikgu takda. Langsung tak praktis cakap Mandarin napanya?

Habis Auni dah cakap Melayu, Abang cakap Melayu jugalah. Auni tak pandai sangat English!

Aduh, aduh, aduh....nak pecah kepala Mommy fikirkan si Auni dengan Abang nih! 

Kesan kat garitan pensel kat muka Abang tu - takda besar mana pun, dari jauh tak nampak pun. Takdalah serius sangat!

Hari-hari pun memang ada je kisah Cik Auni ni nak disampaikan pada Mommy tau. 

Dan suatu  hari tu, Adik Cute nak 'po-pok' (keropok/snack okey). Po-poknya tinggal dua peket kecil aje. So, nak jadi Mommy yang adil dan saksama, I pun bagilah satu peket untuk Adik dan satu peket bagi Abang. 

Abang ada tanya kenapa bagi dia, I pun antara dengar dengan tidak suruh Abang ambil dan makanlah sebab itu jek yang tinggal. Jangan nanti bergaduh dengan Adik pulak. Sedaplah Abang ni mengunyah ya.

Lepas tu bukan main sedap I tengok Abang minum yoghurt. Uh, baru I perasan!


Abang tak puasa lagi ke hari ni???


Kan Mommy yang suruh Abang buka!


Bila Mommy suruh?


Tadi, Mommy bagi Abang keropok suruh makan.


Kenapa tak cakap je Abang puasa? Kalau dah puasa, janganlah dimakan!


Abang cakap dua kali kan tapi Mommy suruh makan jangan bising!

Aduh, aduh, aduh! Cam na ni !

Pagi-pagi budak berdua ni memang kalau bangun rajin betul buka peti sejuk meninjau apa ada. Dan selalunya lepas breakfast, mereka makan vitamin dan Scott's Emulsion. 

Boleh pulak tu satu hari ditanyanya Mommy ....


Mommy, tadi dah tanya Daddy. Daddy kata kalau tak sengaja puasa tak batal. Allah tak marah kita. 


Kenapa pulak ni?


Abang termakan Scott's Emulsion sebab so tempting pulak lepas tu baru Abang ingat Abang puasa! Ingatkan macam hari-hari biasa je!

Memang betul termakan ke atau Abang tahu Abang puasa tapi saja makan?

Abang terlupa Abang puasalah....

Hmmm .... hmmm... hmmmm ....

Okeylah takda idea lagi nak kata apa dah!







Comments

  1. anak mami ni dah dengar kata cik aina ye..sabo je mami..tu baru permulaan..belum meningkat remaja dan dewasa lagi tu hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu belum ada girlfriend lagi, baru kawan sekelas. Aduh, nak nangis pulak rasanya ada bunga lain dalam keluarga :(

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Hahaha comel lah abang n auni nih...baru sek rendah..dh ikut kata hihi...kalo sofia, time budak tuh citer sofia dh sengih2...

    Budak gen Z..haha mmg sangat peka..kadg2 kita xsedar apa kita buat tp yg tu lah die perasan perbuatan kita

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Geram betul, takut sungguh dengan Cik Auni ni. Apa je Cik Auni kata, Abang dengar je walaupun tak suka!

      Mommy belum pernah bertemu empat mata dengan Cik Auni ni tapi dengan mak Cik Auni pernah juga berborak beberapa kali!

      Delete
  3. ayat paling win tuk entry akak kali ni ialah 'Aduhai, aduhai, aduhai... baru 8 tahun dah dengar kata perempuan lain selain Mommy!'.... hahaahahah adoiiii ...lawak kak...betapa besar betul pengaruh auni tu pada abang...ye2 lieya ingat lagi citer auni tu.... gelak2 berair bijik mate bace hahahaahahah.... nampaknye mcm dah tau je kak name bakal menantu akak....tapi pelik ni, dulu abg kate takmo kawin nak jaga n bagi mummy duit byk2...agak2 relevan lagi tak janji2 abg dulu tu kak hahaahahahah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....ish, kawan sekelas je! Abang bukan suka sangat pun dengan Cik Auni ni tapi tak berani nak bangkang. Ikut je telunjuk dan segala cerita Cik Auni. Mommy pulak yang beria-ia suruh Abang melawan kata-kata Cik Auni tapi power gak budak nih!

      Oh, bukan nak buat girlfriend. Abang tetap pendirian tak mahu kahwin, nak duduk serumah dan jaga makpaknya. Kalau nak kahwin tu, memang itulah agaknya syarat utama Abang - kena jaga makpak kesayangannya. Hehehe.

      Delete
  4. next time klu nak bagi makanan fikir dulu , bulan posa ke bukan ... heheheee ... baru belajar berkawan tu . normal lah . tapi hati abang tu lembut lah . baik hati lagi ... anak sape lar tu ... heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lupalah, Vee. Beria-ia bagi dia keropok suruh makan, takut nanti bergaduh dengan si Adik. Yang Abang pun lurus alahai. Mommy suruh makan, dia buka puasa je... Aduh!

      Ish, takkan tak tahu lagi anak sapa! *senyum melirik*

      Delete
  5. amboi..abang ada kawan perempuan ye..
    macam2 ceritanya ank2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan sekelas jekkkkk .....

      Biasalah budak-budak ni, riuh nak bercerita itu ini. Dapat pulak Mommy yang memang suka melayan. On jelah bercerita :)

      Delete
  6. Oh Auni..
    macam mak cik kecil yg comel sungguh pesan2 dia.. kicap pun tak boleh ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kicap tak leh makan nanti tinggal parut kat muka! Padahal luka tergarit pensel tu sikit je, pesanan Cik Auni lebih-lebih pulak. Tak mahu tengok cerita Korea tu yang paling takleh tahan hati Mommy nih tau!

      Delete
  7. Baiknya abg ngan cik auni.. Tapi sgt bahaya bab pensil tu. walau x kena mata tapi muka pun pedih gak. Kdg tu sbb muka kan kawasan kulit lembut nnt dia susah hilang scar tu. ngeri LM dgr bab pensil2 ni.

    Apa pun tabik ngan abg, baik x sentap pun cik auni dah tersakitkan abg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Abang kata tergarit pensel, saya dah bayangkan yang bukan-bukan. Kecut perut ni. Sebelum Abang bercerita, saya dah bertazkirah siap-siap tentang bahayanya pensel. Potpetpotpet, belek muka anak atas bawah, kiri kanan, lepas tu baru suruh dia cerita apa yang berlaku kat sekolah.

      Delete
  8. kelakar lah si auni ni. byk betul pesanan penaja dia pada abg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak berdua ni memang rajin dok berbual kat sekolah. Dah namanya duduk sebelah menyebelah :) Auni tak puasa, Abang pun rasa cam tak nak puasa juga. Tension!

      Delete
  9. Hebat juga penangan Cik Auni kat abang ye:)
    Tapi bab berpuasa tu MD anak kakak dulu pun macam tu. Tapi biasa kakak ikutkan aje. Kakak tak paksa anak berpuasa sebab kesian (solat memang kakak paksa - sebab senang). Kalau dah makan sambung balik puasa pun kakak biarkan juga. Nanti masuk umur 8-9 tahun tahu sendiri nak berpuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak paksa juga tapi bila Abang tengok Mommy tak paksa, mulalah asyik tak tahan. Lately lepas sembuh dari demam, nafsu makan boleh tahan. La ni berat pun dah bertambah balik. Bab solat tu alhamdulillah, rajin dah buat 5 waktu.

      Delete
  10. bukan main lagi abang dengar cakap auni tu..hihi..

    puasa yang yok MD, biarlah.. kecil lagi tu. anak saya umur 9-10 tahun baru puasa penuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya jadi risau bila dengar anak orang lain dah mula berpuasa penuh. Abang nikan manja dengan Mommy. Siap tanya je kalau tak tahan boleh tak berbuka. Kita ni pulak asyik je tak sampai hati bila tengok dia menahan lapar. Sama naik ler. Memang takdanya nak cukup puasa penuh kalau gitu :)

      Delete
  11. Haha..abang ni dah memang ada nampak ciri-ciri gentlemen tu.. bagus2.. barulah tak terjadi kes yabg pelik-pelik bila lebih ramai orang yang bersabar dan tak emo macam abang ni..

    Ini risiko keje cikgu sebenarnya. Jangan marah ya, dgr dulu dari segi pengalaman saya. Dlm hal sebenar kes abang ni saya tak pasti keadaannya. Macam kelmarin, elok2 saya duk mengajar, boleh seorang budak india pukul kawannya. Bukan cikgu duduk atau tak tengok tu. Budak ni memang cepat je tindakannnya. Mujur xda apa2.. jadi macam tu, saya risau betul..mujur kes hempuk je.

    Moga tak meninggalkan kesan pada muka hensem abang ya.. cik auni tu agaknya anak sulung ya? Macam matang je budaknya.

    Kes kapal terbang berlaku lagi kan? Dh gini bukan HD je yang fobia nak naik flight, orang lain pun mesti ada juga perasaan yg sama. Tumpang simpati kepada keluarga mangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila dengar cerita, saya pun takdalah terus nak hantar surat cinta pada cikgu. Tak tahu nak kata apa. Seriau kalau bab-bab benda tajam ni tapi bila tengok pipinya, garit sikit je. Tak tinggal kesanlah nanti. Cik Auni je lelebih nasihat :) Sebelum Abang bercerita saya dah potpetpotpet tentang bahayanya benda tajam sekeliling kita nih. Saya suruh janji sungguh-sungguh bila pegang pensel ke benda tajam ke, mesti duduk elok-elok, tengok kawan sekeliling jangan sampai terlanggar. Tengok garit sikit cam tu pun hati Mommy dah tak keruan sebenarnya....

      Entahlah cik Auni kita ni anak sulung ke bukan. Kalau ikut cerita silam, dah habis mati semua kakaknya. Eh, tak silap tinggal satu jek....

      Saya pernah je berbual dengan mak si Auni tu tapi masa tu tak tahu pulak anaknya yang bernama si Auni :)

      Sekali lagi nasib malang menimpakan..kesian pada keluarga mereka ditimpa dugaan pada bulan Ramadhan ni ...

      Delete
    2. Ada kerja sikit semalam, sempat reply komen jek :)

      Delete
  12. habislah abg dh dipengaruhi cik auni.hihi
    rasanya, xda apa tu mommy. kirany abg ni mudah mndgr kata la. nak nak yg berkait rapat dgn nasihat.. dia.dgr ckp auni myb auni plg rapat dgn bg sms di skolah..

    ada je idea ye abng.h ihi
    smntara abg nk biasakan diri utk berpuasa..
    lama2 oke lettew mommy..
    tak payah kata apa apa oke.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ini jelah rakan sekelas yang rajin berborak kosong dengan Abang. Asyik-asyik nama Auni je naik bila balik rumah. Bila tanya Auni tu nak jadi girlfriend ke, bukan main pantas menafikan. Mana ada girlfriend....Abang kan tak nak kahwin :)

      Delete
  13. MD dah penahker tunjuk gambar Auni... teringin pulak Cho nak tengoknyer.. mesti banyak mulut jugakan... tapi rasanya elok juga cikgu dia tukarkan dengan orang lain sebab nanti dia tak pandai mandarin pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri tak pernah/tak perasan mana satu si Auni nih :) Ada-ada je cerita dok borak dengan Auni di sekolah. Kalau tak cerita hantu, cerita korea, tak pun cerita main ugut-ugut bapak sapa ada rotan besar! Aduh...

      Saya ada beritahu cikgu suruh biar Abang duduk dengan budak cina tapi cikgunya kata Auni tu not bad budaknya. Rajin juga. Mandarin pun okey.

      Tapi si Abang ni bila dok berborak dengan budak Melayu, of course mereka tak nak cakap cina pun!

      Delete
  14. Eh apasal tak komen lagi? oh baru teringat tangan kita lenguh dan bisa mlm tadi nak menaip pun tak larat.....
    Hebatnya penangan cik Auni ni yek. Tetiba teringin nak tengok muka dia barulah dapat fefeeling...hehe
    Perasan tak org lelaki ni mmg sedikit sebanyak akan ikut cakap pompuan especially bini dia.... so mommy ingat tu kalau anak kita dah bergirlfren esok jangan berangan ye dia nak dengo cakap kita lagi haha....sian kita yek....

    Haha...pandai abang cari trick nak buka puasa....well bukan salah dia....salah mommy...l

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lenguh tangan bukan sebab menongkat dagu membaca 'ceritera' sayakan.... Hehehe!

      Itulah pasalnya. Naik geram Mommy ni cik Auni lebih power beri kata nasihat. Kang Mommy main ugut-ugut, hah tang tu Cik Auni mesti kalahlah :)

      Takdalah gambar si Auni ni. Tak perasan sebenarnya budak ni mana satu walaupun pernah juga nampak si Abang tunjuk dari jauh. Yang bestnya, mak-mak pernah juga berbual beberapa kali tanpa tahu pun Auni tu anaknya...

      Kena train dari sekarang supaya melebihkan ibu daripada girlfriend/bini. Hahaha...pandai rasa tercabar sekarangkan... Kalau HD lebihkan Mami, bukan main meroyan lagi saya mengomel jealous. Rasakan!

      Delete
  15. olooo..
    sweetnyer cik auni ni.. ambik berat betul dia.. blh dh buat menantu ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, menantu MD memang banyak simpang perenang kena lepas :) Kalau berjaya, barulah boleh jadi anak perempuan MD. Kah3x.

      Delete
  16. Kalau cik Auni jadi menantu memang sesuai lah sangat dengan mak mertuanya pun banyak mulut (ramah) ...mesti serasikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Sampai hati Bunda kata saya banyak mulut :(

      Anak-anak saya ikut saya kot, terover peramah. Itu belum bab si Adik, lagilah 'peramah' sampai tak faham kita ni apa katanya ...

      Delete
  17. Ada ciri2 suami mithali abang tu MD .. elok jer ikut kata cik Auni tu ye.. semua tips diikutnya, smpi kan teman mummy tengok cerita Korea pun tak nak hahaha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Cik Auni ni lebih-lebih bagi nasihat kat anak lelaki orang, nanti saya pergi pinangkan jek. Tak payah belajar tinggi-tinggi. Dok kat rumah je belajar petua menjaga rumahtangga dan makpak mentua. Hahaha...

      Delete
  18. he3x...mummy dah ada calon menantu tu....agak2 abg tahan tak lelama kwn dgn suni tu.......comel jekn budak2 nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang tak nak sebenarnya Cik Auni ni tapi terpaksa dengar kata sebab Auni je yang rajin berbual, dah namanya duduk sebelahkan :)

      Entah apa-apa diceritakan mereka kat sekolah ni. Hari tu balik beritahu saya, Auni ada simpan duit RM1300 dalam bank. So saya cakap kat Abang, jangan nak ngengada cerita pasal simpanan duit kat sekolah pulak!

      Delete
  19. amboi abang kemain lagi dengar cakap auni..belum jadi awek dah ikut satu persatu arahan auni.huhu..

    betul la mummy apa daddy kata..kalau lupa tak batal puasa, kan abang!haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal Mommy geram betul! Macam-macam cerita cik auni ni tau, mengalahkan Mommy pulak.

      Tak dapat dipastikan pulak samada memang betul dia lupa dia puasa atau sesaja je nak menyuap Scott's Emulsion tu :)

      Delete

Post a Comment