Frozen begedil

Salam buat kawan-kawan semua !

Sekejapnya dah hari Khamis. Rasa macam laju betul masa berjalan di bulan Ramadhan ni. Bulan-bulan lain pun sama juga tapi tak terkejar kelajuannya di bulan Ramadhan ni. Tahu-tahu dah nak sampai pertengahan Ramadhan. I pun jarang sungguh menghitung hari dari Isnin ke Jumaat di bulan Ramadhan ni. Selalunya rasa nak merangkak je buat kerja bila dah sampai hari Rabu ...

Semalam I masak dengan sepenuh jiwa raga tapi macam biasalah takdanya lauk-pauk di luar kemampuan chef berkelentung kat dapur selama 1 jam. Gambar memang jangan haraplah, tak kuasa nak ambil he-ho dalam beg tangan. Nak capai he-ho, keluar purse. Nak capai he-ho, keluar resit dan bil-bil entah apa-apa. So, membuang masa je nak sibuk snap gambar makanan yang ala kadar.

Lagipun kalau I tempek, manalah tahu buat terliur orang, terbuka pulak puasa. Hehehe ...

By the highway, semalam I masak kari ayam, kubis masak lemak putih, telur goreng dengan red beans dan ayam goreng tak pernah tinggallah ya. So simple alahai, malu pulak nak tempek gambar. Katanya Iron Chef tapi masak ala kadar jek. Lainlah kalau masak briyani kambing ke, nasi tomato perfect dengan lauk pauknya, hah itu pasti I tergedik-gedik godek handphone dalam beg nak snap picture walaupun tengah berlengas badan. Maklumlah setahun beberapa kali jek buat *__*

Alkisah ni nak cerita juga. Beberapa hari lepas sebaik selesai memasak, teringat pulak nak buat begedil. Tengok kentang 5kg tersadai di rumah, haruslah menu kentang dipelbagaikan. Tengok jam lagi 15 minit nak berbuka. Takpalah, rebus je kentang dulu...

Kalau tak jadi begedil, kita boleh buat olivye jugak. Goreng juga ayam kisar siap-siap.  Lepas tu masuk bekas. Nanti kononnya lepas berbuka tak pun lewat malam sikit, bolehlah sambung buat begedil. Mana tau leh makan masa sahur nanti. Selalunya sahur memang tak makan berat pun, setakat minum Milo dan makan kurma. Kali ni gempak sikitlah, kita telan begedil gitu-gitu jek lakibini sampai kenyang *__*

Lepas settled urusan segala, mata dah mengantuk pulak. Oh, tidaklah nak menyambung buat begedil tu rasanya. Simpan semua masuk fridge. Tamat dah first day ...

Masuk hari kedua, dalam kelam-kabut gitu nak memasak, lupakan sebentar kentang dan ayam kisar bergoreng dalam fridge. Nampak sebenarnya bekas elok je dalam fridge tu tapi MALAS nak keluarkan. Akhirnya tak jadilah juga sebab beberapa jam lepas berbuka, mata dah macam kena glue je kekdahnya .... 

Hari ketiga, masa memasak tak juga dibuat. Tapi  tak boleh jadilahkan...dah beberapa hari dok dalam fridge kematu dah kentang rebus dan ayam kisar tu. Maka I pun keluarkanlah letak tepi, nanti lepas berbuka kita sambung. (Yalah, yalah, asyik lepas berbuka nak sambung kerja lepas tu terbongkang tengok cerita Korea tak tahu hujung pangkal. I punya 'nanti' tu biasanya selepas pukul 10 malam biasanya!)

Wah, bila I sentuh kentang dah jadi iced potatoes okey! Nasib baik ayam kisar tu okey lagi rasanya dan tak sejuk membeku. Bukan I letak dalam freezer pun. Maka dengan semangat berkobar-kobar, I buat jugalah begedil ni tadi... 

I  tumbuk kentang dan daging kisar pakai lesung batu lagi *__* Si Abang dan Adik pun sibuk duk sebelah menyebelah nak tolong tumbuk sama ikut turn. Sejuk kaku tangan ni kena iced potatoes sampaikan lesung batu pun kena tempias kesejukannya. Dah rasa macam duk kat negara empat musim pulak. Nasib baik tak ambil sweater nak pakai sambil buat aktiviti menumbuk lumat iced kentang tu tadi.

Akhirnya settled juga selepas beberapa hari. Siap letak segala bahan perlu, bulat-bulatkan begedil masuk dalam bekas. Tengok jam dah pukul 10 malam ya. Oh, takdalah nak menggoreng pulak begedil ni. Okey takpa, sebab semua dah rebus/goreng, kita makan gitu pun boleh *__* Tapi, tidaklah I nak makan begedil dah tengah malam yek.

Sehingga saat ini, begedil tu elok je tersimpan rapi dalam fridge. Jangan-jangan hari ni bila nak digoreng dah jadi frozen begedil pulak. Aduh, nak buat camna ni yek! Buatnya mengalahkan sepuluh orang yang nak makan. Sendawa begedillah kami laki-bini malam ni *__*








Comments

  1. ini orang kedua ema baca pasal masak begedil tapi tak pernah pun try makan...nantilah nak try buat juga..rupanya senanag saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sebenarnya, Ema tapi kalau diikutkan sangat sikap malas tu, inilah jadinya ....

      Delete
  2. Berhari-hari jugak nak buat begedil ye MD hahahha gelak dulu...
    Penuh bersemangat ye...

    Lebih kurang akak jugak ko ni MD.. buat separuh simpan dulu dalam petiais.. pastu tak juga sambung buat.. pastu kena marah dengan en suami , bila nak buat ni.. buat penuh petiais jer...huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada kawan rupanya! Ingatkan saya je sorang yang buat 'hangat-hangat taik ayam' Hehehe... Kalau boleh dipostpone, memang kita postpone ajelah :)

      Delete
  3. suami saya suka bergedil..aritu abiskan baki kentang je buatlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan suami pun suka juga :) Kalau tak tahu apa nak masak, memang begedil lah jadi mangsa masuk perut. Senangkan nak buat. Tapi dalam senang tu bila dah malas, makan hari baru siap:)

      Delete
  4. hehe...macam 10 orang nak makan ek..
    kalau sayalah MD, buat begedil masuk dalam food processor saja.
    masuk semua sekali, siap tinggal bulat2kan saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang makannya kami berdua jek. Si Abang dengan Adik takda nak berpaling pun melihat begedil dalam pinggan. Jakun superheroes berdua nih. Huahaha....

      Saya takda food processor. Kalau ada, dah lama saya timbun semua masuk. Kalau ada, memang lagi rajinlah saya memasak. Eh, cam ya jek! Sebab takda tu yang bersemangat, kalau ada pun food processor, rasanya tak juga datang mood rajinnya :)

      Delete
  5. Itulah kakak pun tak boleh buat kerja tangguh nanti jawabnya terus tertangguhlah.. so kalau nak buat hari itu hari itu juga kena siapkan. Blend-blend terus kepal -celup telur terus goreng...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugikan kak kalau suka bertangguh ni. Inilah salah satu akibatnya. Pembaziran pun satu hal juga. Masa nak buat semangat memang teruja, sikit jelah... Kalau teruja banyak dah siap dah begedil ni hari pertama lagi :)

      Delete
  6. bercinta mommy nak siapkan begedil ye..
    pelan pelan la mommy pasti siap juga nti kan..
    rajinnya abg n adik nolong mommy di dapur.brulah x bosan kan.ditemani ank2..

    ppsstt:mommy alhamdulillah, air ada koi 245 ptg semalam, hari ni pon still ada lagi ni..
    mudah2an berterusan ada la nnti.. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... gelak besar saya! Malu pulak dengan Ciksu. Orang yang takda air pun siap menu bukan main. Ini nak buat begedil pun berhari masa diambil. Insya Allah, petang ni siaplah digoreng :) Jangan tak boleh makan lagi sudah, pembaziran je nanti. Insaf sekejap lepas tu buat lagi ...

      Mudah-mudahan air tak putus lagi ya, Ciksu. Nak juga tengok aneka resepi Ciksu sediakan sempena Ramadhan ni ...

      Delete
  7. begedil regukan ngan soto memang terangkat MD..hehehe..baru dok cadang nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uh, memang best tu kalau dapat buat soto! Tapikan camna nak prepare soto kalau begedil yang senang tu pun makan hari nak menyiapkannya ? Dasar pemalas tau saya ni. Hehehe.

      Delete
  8. panjang kisah begedil tu jer.. sampai sekarang pun tak sampai destinasi lagi. kekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keh3x. MD kalau bercerita memang panjang tapi sampai ke habis tak juga sampai destinasinya. Tengoklah kalau rajin sambung lagi cerita. Hahaha ...

      Delete
  9. Kubis masak lemak + sambal belacan + ikan masin + nasi panas + sedap...

    Tapi, suami kakcik lebih suka kubis masak air je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kubis masak lemak putih ni memang saya suka. Kadang-kadang gi letak suun lagi :) Sruppp, sruppp bila makan ...

      Dah lama tak beli ikan masin. Ikan kurau masin masak lemak dengan nenas pun best jugakan, kak!

      Delete
  10. byk jugak lauk berbuka akak tuh.. kitorang lagi sangat simple je berbuka dgn kuih..
    my mum mcm tuh kak. pantang free, dia tgk kentang byk, habis dia buat begedil.. klu kita kata tak payah, dia ckp boring tak buat apa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak eh Lyn? Nape kita orang rasa macam tak cukup penuh je atas meja? Hahaha...Dasar ikut nafsu makan, memang gitulah. Setakat ni akak masih tak berjaya nak menyediakan kuih muih. Tengoklah hujung minggu kalau tak berbuka di luar. Nak juga try buat pencuci mulut :)

      Delete
  11. Bercerita tentang makanan, tanpa gambar, adalah tidak lengkap, tauuuu!!

    hahahaha..

    Bagusnya buat bergedil frozen, senang..anytime boleh dilayankan dgn soto, dgn nasi lauk, makan begitu saja lepas terawih pun sodapppp..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa, DZ... takut pulak ada yang terliur :) Maklumlah saya ni Iron Chef tau... MamaZZZ pun boleh kalah jadinya. Kah3x.

      Tak sengaja terpaksa difrozenkan akibat sikap bertangguh menguasai diri :D

      Delete
  12. haha.. mcm2..
    hari ni kena la goreng jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah selamat digoreng semalam, Lya. Kalau ditangguhkan lagi, mahu kena buang pulak. Pembaziran tu. Dahlah proses nak buatnya 'makan masa'. Hahaha.

      Delete
  13. Sila goreng skrg antar sepiringnkat LM . Lapar giler nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila beri alamat. Nanti akan diposkan. Oppss... dekat-dekat nak raya ni orang pos sibuk, takut tak sampai pulak *dasar kedekut haji bakhil*

      Delete
  14. Mmg mood kelaut paling dlm la MD. Pegang je hp konon nk buat entri. Last2 x buat pun. Hoho... Acane? Mlm2 tdo pn lena je.

    Frozen begedil? Haha... Kasi la kat jiran2 skr. Srh goreng snd ke apa ke. Xde la sendawa pun bau begedil jgk kan MD. Kat sini pun msk simple2 je. Lbhkan pd kuih sbb anak2 ni mkn kuih lg byk drpd nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak pancing balik mood tu, Sal. Katanya dah jauh ke laut dalam. Dah sampai Lautan Hindi ke belum tu, kalau belum, leh diselamatkan lagi :)

      Ter'frozen' sebab malas dan suka bertangguh punya pasal.

      Delete
  15. Bergedil sedap jugak makan begitu jer cicah sos atau dengan soto...rajin MD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam tak menyempat nak buat sup ke apa. So kita telan gitu-gitu jelah begedil macam makan snek, Bunda. keh3x.

      Delete
  16. Haha..saya lak dah berhari2 nak bawa sambal kacang dlm peti sejuk ke sekolah tapi hari2 pulak lupa aja kisahnya.. adeh. Entah apa nak jadi. Keluar hway je mulalah ingat sambal kacang kat rumah..

    HD tau tak ada begedil dlm oeti sejuk tu? Dia tak ingatkan suruh goreng ke?

    Samalah kita, rasa bulan puasa ni cepat je berlalu masanya.. nati sedih pula dah nak habis bulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD part dapur tu memang milik saya 100%. Kalau saya tengah sibuk memasak, jadi kawasan larangan Daddy dan anak-anak :) HD tau saya buat begedil tapi malas dah nak sound. Tak reti bahasanya bini :)

      Cepatkan AN bulan Ramadhan ni. Takdalah terkial-kial menguis kaki sambil menunggu dari Isnin ke Jumaat. Sedih pulak rasanya walaupun raya dah nak dekat :(

      Delete
  17. Sedapnya bergedil. Dah lama tak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah saya pun dah lama tak buat. Bila buat...aduh, 4 hari baru siap :)

      Delete
  18. Dab dapat bayangkan macamana kekdah keadaan dlm handbag tu....lebih kurang handbag mak jer tu...hehe... resit bulan sudah, kadang tu blak papper Mc D pun ada celeh bag tu hehe...

    Akhirnya berjayalah yeh buat bergedil tu....setelah 3 hari 3 malam kena peram hehe...Alah sebenarnya simpan pota sampai beku tu sebab rindu mamikan....feel feel bersahur dgn mami kat Uzbek sambil makan bergedil kan...kan.....

    Mak udah teringin nak buat bergedil pulak dah ....hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, Mak ni...takdalah sampai black pepper McD pun ada dalam tu :) Handbag saya kira okey lagilah. Bukan setakat resit-resit je, ada segala pendrive, cucuk drive, buku nota, pen aje ada kaler merah, biru, hitam, ada hmm, hmmm, pendekata macam-macam adalah, Mak. Itu yang kalau nak mencari apa dalam handbag tu semput napas sekejap tau. Asyik kalut je tak jumpa!

      Betul, OKje...tak dengar ke kita menumbuk kentang yang dah jadi air batu malam tu? Sepakat tiga beranak take turn menumbuk tau!

      Alah, kalau nak begedil buat jelah. Bukan susah pun. Sekejap jek dah siap *masih eksyen lagi walaupun begedil dia 4 hari baru siap*

      Mak nak minta kita hantar kentang ke rumah ke?

      ...... minta maaflah malas nak jalan. Drive thru boleh ler :)

      Delete
  19. menarik juga idea frozen begedil tu..buat banyak n froze..beli mahal singgit sebijik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya buat tu rasanya kalau dijual mahu nak pow RM2 sebiji :) Besar-besar saya gentel !

      Delete
  20. haha sakan menumbuk kentang yg dah jadi air batu..sy klu buat bergedil tak suka rebus..goreng je kentangnya..buat byk2 takpe..goreng separuh masak dulu pastu baru frozenkan..nti nk mkn tinggal keluarkan dr freezer,goreng sekejap je dh boleh ngap..tp kadang2 jadi jugak macam MD..bahan2 dlm freezer tak jugak siap2..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya rebus lepas tu goreng sekejap tapi kali ni lama no nak sampai step nak makan tu kan, makanya sampai part rebus je lah :) Pernah juga saya dah siap-siap lenyek semua tetiba mood malas nak bulat-bulat, leperkan dan goreng. Maka saya gaul semua dan lepas tu makan gitu jek... Dasar, kan ^__^

      Delete
  21. begedil tu mengenyangkan ... buat hidangan berbuka puasa pun ok .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak Vee begedil yang saya buat hari tu. Dua, tiga kali juga saya menggorengnya. Lepas tu memang takda kreatif metif apa lagi, sebiji-biji besar saya buat :)

      Delete

Post a Comment