Ke Jalan TAR kita ...

Salam kawan-kawan!

Seronoknya dapat cuti satu hari semalam. Ini kali pertama KL bercuti sempena Nuzul Al-Quran, kan...

Semalam sesudah Subuh I dah bersiap. Nak ke Semua House katanya. Tapi gerak dari rumah tetap gak pukul 9 pagi. Superheroes liat nak bangun tidur. Bila kata nak naik LRT, bukan main ligat dua-dua masuk bilik air nak mandi. 

Maklumlah, Mommy dan anak-anak dah lama bangat tak naik train tau! Bila dapat naik, mak hai... cam rusa masuk kampung je rupanya tiga beranak ni. Oh, ya... Hubbydearie tak ingin nak turut serta ekspedisi menerjah area Sogo dan Jalan TAR ni. Tak kuasa nak memeningkan kepala. Minta hantar pun Hubbydearielah yang bagi suggestion suruh tinggalkan kereta kat stesen LRT berdekatan dan bawa anak-anak naik train. Dah lama mereka tak excited naik train katanya. Pandainya bapak!

Well, dah beberapa hari I tak cukup tidur memikirkan plan nak bawa superheroes ke sini ya! Siap ada Plan A (naik kereta terus ke Sogo), Plan B (naik kereta dengan superheroes, hantar mereka balik dan pergi semula dengan train) dan Plan C (naik train, hantar superheroes balik dan naik train semula) tau! Akhirnya kita terpaksa menggunakan Plan C. Maklumlah, bukan senang nak berjalan tiga beranak tapi, tapikan...  I bawa my sister sekali sebagai peneman *__*

Adik bila naik LRT bukan main budiman lagi. Siap pakai spek hitam sebab lelaki pemalulah katakan. Tak sanggup tengok orang dok pandang-pandang. Malu aiiii ... Sepanjang  di dalam train sibuklah melekap kat Mommy, sepatah pun tak cakap. 

Si Abang pula bukan main banyak soalan suruh jawab. Tanya itulah, inilah. The good thing about Abang, dia akan ingat jalan. Abang beritahu MakNgahnya yang stesen kat Pudu tu belakang klinik gigi yang mereka pergi untuk buat gigi palsu Atok Maknya *__*

Sampai di area Sogo, masih lengang lagilah. Kami terus je pergi ke Semua House. Itu tujuan utama - nak beli baju Melayu superheroes. Kedai baju Melayu yang dihajati buka pukul 10 pagi. Kenalah tunggu sekejap. Si Adik bukan main takutkan mannequin sama je macam Abang kecil-kecil dulu.

Tapi Abang lagi teruk dulu. Pernah sekali masa Abang kecil, dia boleh duduk tepi jalan kat Sogo melalak-lalak tak mahu cross the road sampaikan polis yang berkawal siap datang tanya I ada masalah ke tidak. Sampai rasa nak tahan teksi je balik rumah sedangkan kereta ada jek park kat Sogo. Tak larat dah nak cuba mengangkat Abang yang chubby tu menyeberang jalan.

Tahun lepas masa ke sini nak membeli baju Melayu, si Adik bukan main lagi duduk bersila di luar kedai, merangkak celah-celah rak pakaian lagi. This year maybe sebab Adik rasa dia dah besar sikit, tak mainlah nak merangkak celah-celah rak lagi.

Baju Melayu Adik senang nak settlekan tapi Abang ni yang susah. Kejap part tangan tak muat, kejap seluar labuh gedoboh, kejap baju tak padan dengan usia. Bila banyak kali kena cuba baju mulalah muka mencemik penat. Ditanyanya pada Mommy kenapa susah sangat nak raya ni sampai nak kena pilih baju warna tertentu. Beli jelah apa warna sekalipun. Lagi satu, Abang komplen katanya lain kali tak payah bawa dia ke sini. Mommy beli sendiri jek.

Eh, Abang ni! Dia fikir senang nak beli baju Melayu tanpa membawanya. Mahu tak leh pakai nanti. Sana sempit, sini mengecik. Itupun bila dah cuba pelbagai warna baju Melayu, warna yang dihajati untuk dua beradik ni pun tak dapat dek kerana baju Abang kehabisan stok. 

Akhirnya, ambil ajelah warna yang ada saiz untuk kedua-dua adik abang ni. On the spot buat alteration tapi I malas nak tunggu. Hujung minggu nanti suruh my sister tolong ambilkan sebab my sis tak cukup puas nak meronda kat Jalan TAR ni dek penat dengan kerenah dua anak sedara yang banyak songeh ni.

Selesai sesi mencuba baju, tetiba Abang menjerit dari dalam fitting room. Rupanya butang seluar jeans yang dipakai tercabut dek asyik pakai, tanggal seluar jek! Aduhai... jenuh I pergi mencari safety pin. 

Keluar dari Semua House, Abang ajak balik terus ke rumah sambil komplen lagi katanya tak mahu pergi area ni lagi. Langsung tak seronok! I ajak ke Sogo sekejap pun dia tak mahu, bukan main mencuka muka. I dah agak dah... sebab itulah tak tidur malam memikirkan Plan A, B dan C.

So, nak tak nak, I pun hantarlah mereka dua beradik balik. Minta tolong my niece tengok-tengokkan. My sis and I, sekali lagi ke Sogo naik train semula ^_^ Semangat berkobar-kobar ni nak cari tudung pulak ...

Sampai di Sogo, umat manusia dah mula ramai. Pening lalat tengok orang di Sogo. Nak muntah pun ada gak walaupun katanya tak seramai seperti Sabtu yang lalu. Dekat bahagian kanak-kanaklah yang paling havoc. Salesgirl pun I tengok muka masing-masing mencuka habis, hilang dah senyuman. Tanya lebih-lebih, dijawab dengan muka masam jek. Ish, tak baik tahu layan potential customer cam tu. Manalah den nak datang lagi cam ni...

Ini idea my sisterlah. Katanya segalanya murah kat Sogo ni tapi bila sampai, uish tak sanggup I nak join sekaki menyopping. Semput nafas tengok ibubapa dengan anak kecil, dengan stroller bagai dan ada yang duduk kat tepi-tepi lagi bagi 4,5 orang anak makan siap-siap. Oh, adegan yang tak sanggup den lihat!

Makanya, nak tahu apa kami beli kat bahagian kanak-kanak ni?

.......................... Sehelai seluar jeans untuk Adik *__*

Masa membayar pun sampai ditanya oleh cashier - Ini jek?

Yalah, itu jek! Nak muntah den nak memilih masa orang tengah berciak biak macam ni! Nasib baik queue tak panjang.

Lepas tu kita naik ke tingkat pinggan mangkuk (best ni...) dan peralatan rumah. Semua pun takda yang berkenan setakat beli beberapa barang bilik tidur yang quite cheaplah. Apa ke taknya, nak heret dua belah kaki pun dah tak larat *__*

Sempat lagi singgah di Medan Mara meninjau. Ini semua agenda my sister. I takda selera dah. Ingat nak balik rumah je. Tudung pun dah malas nak dok mencari. Rasa dah macam kanak-kanak ribena yang sedang berpuasa tau. Lembik dan letih betul. Dah tau keadaan di Sogo/Jalan TAR cam ni tapi nak pergi juga, siapa suruhkan ....

At least dapat settled baju Melayu superheroes dan pakaian kasual Adik for raya pun dah settled. Lebih baik gi KLCC, aman sikit dunia. Abang tinggal nak beli seluar jeans je lagi. Nanti nak pergi Metrojayalah mencari. Minggu ni kasi settle habis. Minggu depan boleh goyang kaki.










Comments

  1. thn lepas pn suami ajak kami shopping raya kt masjid india n sogo..bygkan sanggup dtg dr muar n menginap kt hotel...thn ni dia senyap je...agaknya dh serik nk ke sana musim2 perayaan mcm nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tanya pendapat saya, tak payahlah susah-payah kak datang dari Johor nak ke area Sogo/Masjid India/Jalan TAR ni. Hujung minggu lepas lagi havoc katanya tapi semalam pun tak kurang juga havocnya. Buat tension jek. Macamana nak membeli dalam keadaan bersesak-sesak dengan umat manusia. Saya ni dah lama tau tapi tetap gak nak menjengah ke sana. Lain kali kalau nak ke Sogo, saya pergi masa takda sale lah. Tapikan, Sogo tu hari-hari pun sale :)

      Delete
  2. aiyooo saya ahad ritu pegi jalan TAR..pergghh ramai giler kak..dah la pose..letihnya ya amat...pastu husna rasa mcm nak pitam je..masa tupun dah pening..nasib sempat sampai kat kereta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah cakap orang ya, Husna. Akak dengar hujung minggu lepas memang padat sendat area Sogo/Jalan TAR. Nasib baik akak tak bawa superheroes masa tu. Dah tentu-tentu Mommy kena sound kaw-kaw. Buatnya mereka decided dua beradik takmo dah pakai baju Melayu kalau kena beli kat kedai yang sama, mahu akak pulak yang nangis-nangis.

      Bulan puasa kalau pergi area ni memang rasa nak pitam, nak muntah dan seangkatan dengannya...

      Akak kalau ikutkan memang bercinta nak ke sana bawa anak-anak tapi tulah kedainya cuma di Semua House tu jek!

      Delete
  3. uihhh tu le kak...bace perenggan pertama pun lieya dah tekejut...akak pi area situ ngan superhero akak?....uihhhh situ keadaan dasat ramai org sikit kan kak....lieya mmg surender....lieya tak gamak nak pi sogo tu....soping mcm kene main ragbi sebab org ramai...kene rebut2 lagi2 tang baju budak2....

    serius bace keadaan akak mase test baju melayu tu lieya dpt bygkan kecohnye suasana tu heheheheeh...lepas ni wat awal2 le kak..tempah jek....selesa sikit boleh buat seluar getah ....

    yg pasti superhero akak tetap seronok dpt naik train tu kan heheehhhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar tak? Padahal memang dah tahu dah kawasan Sogo/Jalan TAR ni kira kawasan laranganlah waktu perayaan especially dekat nak raya.

      Betullah, Lieya. Macam nak main ragbi jek kekdahnya padahal nak tabur duit 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit' jek kat sini kan... Tak terpilih dah bila tengok orang ramai sangat. Nak muntah, nak pitam ada ler...

      Pelik akak macamana ada makpak yang boleh bawa anak kecil, anak-anaks ramai ke sini. Akak memang surrenderlah nak bawa superheroes ke Sogo ni.

      Akak selalu beli kat kedai yang sama ni. Baju Melayu dah siap tapi boleh alter on the spot. Ingatkan salenya start bulan Ramadhan rupa-rupanya sejak bulan Mei pun dah ada potongan diskaun. Kalaulah akak tahu, hari pertama potongan diskaun mereka bagi akak dah sampai. Hahaha.

      Ahaks...naik train seronok jelah mereka. Lebih tinggi daripada semua kenderaan yang ada atas jalanraya :)

      Delete
  4. kakak saya nyopping kat soga gak semalam dia kata kaut je mana dapat..pastu sakit kaki..penat..dia pon naik LRT..kih2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best option tu memanglah naik LRT jek :) Kalau drive, mahu boleh pitam dalam kereta, dok sapu minyak kapak je. Nak melayan kerenah superheroes berdua lagi, mahu pengsan terus!

      Orang memang letak selonggok atas meja kat cashier tu, saya je yang letak sehelai seluar. Dah tak larat nak memilih. Nampak kepala orang jek. Pakaian langsung tak nampak dah!

      Delete
  5. klu bercerita pasal sogo & jalan TAR mmg bercintalah nak pergi. tak raya pun penuh, apa lagi time nak raya ni. sure double triple org.
    lyn mmg tak lalu nak pegi ramai2 tuh. last year pg jalan TAR pun jenguk2 jer sogo tuh. org melaut. time tak raya tuh. rasa nak muntah tgk.. thn ni mmg tak jejak langsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah tahu pun area ni kawasan larangan menyopping masa begini tapi gatal juga nak pergi. Nasiblah...tahan jelah puasa dah lembik longlai dah rasa badan kepenatan. Penat tengok orang ramai sebenarnya. Terus hilang mood nak bershopping. Takpa, janji baju Melayu superheroes dah settled. Persiapan lain lama dah siap tinggal seluar jeans Abang jek. Susah betul nak cari size. Itu kena pi tinjau Metrojayalah nanti.

      Delete
  6. Hihi.. last2 jeans selai j dpt
    Gitula cabaran nk shopping dgn anak2 ni.. lya y ada ank sorang ni pom kdg2 smput nafas.. asya ni nmpk j lemah lembut.. to blh tahan peel dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal! Tak laratlah Lya tengok ramai sangat umat manusia. Tak tahu nak pilih apa, nak beli apa. Terus buntu. Ke hulu ke hilir bawa jeans selai sampai nampak kaunter tak panjang queue terus bayar. Cha alip but lepas tu. Sesak nafas. Nasib baik superheroes dua-dua dah hantar balik rumah. Kalau tidak, mahu panjang juga komplennya!

      Delete
  7. acik dah tak larat nak shopping bulan2 puasa ni MD..bulan puasa cari kuih je..lepas tu dok dendiam dalam rumah..memang tak sanggup bersesak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat sebenarnya Acik. Letih semacam kalau bershopping bulan puasa ni, mengalahkan budak kecik berpuasa. Bila tengok orang ramai, lagilah jadi penat. Shopping ke mana, penat jek yang dapat.

      Delete
  8. Akak dah berkurun lamanya tak shoppping kat SOGO ni MD.. tak sanggup nak layan orang banyak tu..
    Mujur shah alam ada Jakel.. akak beli baju en suami dan Nabil disitu jer.. itu ramai jugak orang.. mujur akak cuti isnin tu kurang sikit orang, pastu tahun lepas en suami pakai saiz M.. so macam ye jer terus sambar saiz M.. bila cuba kat rumah dah tak muat.. hohoho dah membesar macam johan.. esok pergi tukar ambil saiz L pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah beli pakaian anak-anak dan suami kalau mereka takda. Memanglah kita tahu saiz tapi kadang-kadang tu ada juga terkecil sana, terbesar sinikan. Sebab itulah saya kena juga fikirkan cara nak bawa mereka. Saya tak tahu yang kedai tu dah start diskaun sejak bulan Mei lagi. Kalau saya tahu dah lama pergi. Tapi susahnya dengan si Abang ni, badannya turun naik. Buatnya beli awal-awal dah tu pagi raya tak muat nak pakai, naya juga :)

      Delete
  9. Boleh patah balik lagi tu MD..hebat..hebat..
    Saya ni kalau bulan puasa, nak p tempat yg tak sesak..
    ada ke...
    samalah...saya fobia tempat ramai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited punya pasal sanggup buat plan pergi patah balik tu :) Padahal saya memanglah tak suka area Sogo/Jln TAR tu. Sesak sepanjang masa. Dulu masa muda-muda rajin gak gi pasar malam kat situ. La ni sejak kahwin memang tak pernah jejak dah pasar malam tu. Nak apa pun main kirim kat kakak je.

      Delete
  10. Pergh kalau sanggup pergi mari ulang alik Jalan TAR mmg mak respect habis....kaki logam ke apa tu? Haha ......
    okje dpt bayangkan abg dgn adik macamana keadaannya.....hehe....sama jer ngan TLBD....di boleh duduk kat lantai.....sudahnya buka puasa hehe....

    Ohhh ....kira dah dapatlah yek baju melayu utk bebudak ni, senang dah kan...yg penting pagi Raya tu! Nak merakamkan kenangan dengan orang yg pakai baju kelawo.... Tu yg pentingnya....mana nak jumpa? Keh...keh..keh...

    Mesti bestkan ada adik beradik yg boleh temankan....so tak delah hairan sgt kalau HD tak mo ikut.... Tak mo ikut sudah! Duk dendiam kat rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mananya kaki logam? Dah letih dan lembik dah. Terus hilang mood nak bershopping. Balik sempat tidur lagi tu, tau :)

      Bawa budak-budak ni bukan senang. Tak boleh berfikir akal ni, nak memilih pun siksa. Ada-ada je hal mereka.

      Yang penting baju Melayu mereka dah dapat, okeylah. Hajat nak warna merah, si Abang nak warna biru pulak. Dua-dua warna dah takda stok. Akhirnya setuju ajelah dengan dark purple. Nak wat camna....

      Omak nanti pakailah baju kelawar cap mahal sikit....bukan kelawar selalu-selalu buat basuh pinggan kat dapur tu :)

      Kalau nak bershopping, saya lebih rela bawa kakak dari HD. Kalau dengan HD, dapat je apa dihajati terus penat, terus ajak balik. Sayalah yang malang, selalunya saya punya barang yang last sekali dicari.

      Delete
    2. Dark pepel pun cantik jugaklah MD. .. nampak elegent gitu....Sure baju kelawo warna merahkan...(jangan terbang sangat tau pagi raya tu) ....nak kontras katanya....tema kaler bloglah sangat tahun ni yek hehe...

      Lelaki manalah suka shopping.....biasalah tu

      Delete
    3. Alah, tapi saya taknak dark purple pun. Mula-mula tu nak light purple, soft je kan macam Mommy mereka. Huahahaha....

      Sayanya kelawar of courselah kena beli. Dah semua baju tempah baju kurung OKje... Tapikan hari tu kita borong gak baju kelawar buat masak/tidur malam/dok rumah/cuci pinggan/tengok TV sorang-sorang. Kalau balik raya seminggu, cukuplah tu utk 7 malam nyer pakai :)

      Delete
  11. Oooo jalan TAR..dah 3 tahun saya tak ke sana. Kali akhir saya pergi masa Naim baby.. hihi.. mmg bersemangat betul MD cari baju melayu untuk anakanda berdua tu. Meredah lautan orang di jalan tar dan di sogo tu.

    Kes sama saya masa beli baju melayu Nazif.. saya terbeli yabg saiz kecil. Balik bgi dia try, tak muat kepala. Kenalah pergi lagi beli utk kali kedua. Kali kedua pergi sdiri pulak tu, sesat entah ke mana saya masa tu..memang kena bawa anak masa nak beli baju kan? Lagi mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana baju Melayu superheroes, tak mahu saya ke sini. Penatlah tengok umat manusia yang ramai tu. Legalah hati ni baju Melayu dah settled. Bapaknya pakai jubah, senang omak :)

      Susah AN, kalau tak bawa mereka. Dah tentu-tentu kena pergi at least dua kali sebab baju tak sepadan dengan badan. Abang yang paling susah. Maklumlah sizenya antara kanak-kanak 12 tahun dengan remaja. Ada je yang tak kena!

      Delete
  12. Assalamualaikum,

    Perghhh Jln TAR ke Sogo waktu2 mcm nih sofia mmg elakkan...sofia ada peristiwa 2 thn lps tp jd pengajaran buat sofia n adik2...adik sofia pengsan kt tgh sesak2 org ramai n kitorg xperasan lgsg..smpi org tegur baru tau adik sofia pengsan...mmg x akan dtg ke situ waktu2 cmni

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      La macamana adik pengsan tak sedar, Sofia? Ni mesti orang bersesak sangat, sampai berlanggar bahu ya. Akak kalau tak kerana baju Melayu budak berdua tu, memang tak mahu ke Jln TAR. Buat pening kepala jek. Kalau tak kuat iman, mahu buka puasa :)

      Delete
  13. saya dah berthn x pergi jln TAR . dah tahu dah mcm mana sendatnya orang . boleh lemas jadinya . Sebenarnya hargatu lbh kurang jer klu campur rm minyak n tiket lrt . jadi saya prefer gi yg dekat jer ... meriah pun sama jer ... tu lahklu bawa anak . my kakak lagi lah , 5 org . si kakak yg dah besor pun nak pengsan jaga 2 adik yg aktif tu ... hohohoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergoda dengan kakak sayalah katanya tudung macam-macam ada, murah-murah belaka. Baju budak-budak kat Sogo diskaun lagi... kuatkan semangat, berfikir siang malam ni camna nak ke sana dan bila :) Tapi yang penting baju Melayu budak berdua ni dah settled. Bolehlah melaram di pagi raya :)

      Delete
  14. mmg pitam le ke sana.
    serius kak, sjak saya blik ddk kl thun 2012 sekalipon saya x pernah pergi time perayaaan. tak lalu nak bersesak dgn umat manusia.

    setakat bju kami berdua capai je yg siap. pakainya kejap aje..

    tapikan dlm hti ni mcm nk pi je meronda sabtu ni. hihihi. tapi bila bca entry ni mcm x sanggup pulak.. sbb dh tahu kan lagi nak gigih cari penyakit..kang lembik kat situ jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu baru ni pun sesak bangat katanya, ya :) Pakaian Melayu anak-anak belum berambil lagi lepas alter hari tu. Malas sungguh nak menyinggah, nak minta tolong kakak saya je. Kalau tak ambil nanti, kesian budak-budak takda baju Melayu raya !

      Delete
  15. oh tidak.. kalau bukan puasa pun cho tak singgah sini.. inikan bulan puasa... memang dasatler MD... akakni kalau boleh nak shopping tempat yang mudah2jer tapi merunggutler takder pilihanler ... dasar pemalaskan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau ikutkan hati memang tak mahu singgah area ni. Dah boleh bayangkan dah macamana. Tapi semangat lagi tu merendah jalan sampai semput nak tunggu waktu berbuka :) Dah macam budak-budak jek kekdahnya ...

      Delete
  16. Jan Tar Sogo tu tempat tumpuan warga kota,memang jadi sardin la kan..sy pun jenis tak suka bersesak2 dengan org ramai..lagi2 pergi tempat yg terlalu byk pilihan,sudahnya satu pun tak beli..sbb tak tau nak pilih yg mana satu,semua pun lawa.hakhak..

    ada anak badan chubby cam abg ni biasalaah bajunya kena alter..aiman pun sama je..biasaya sy jait sembat tangan n kaki baju melayu supaya bila dh makin meninggi boleh buka lipatan..boleh la pakai lama bajunya.budak kan cepat besar...klu alter hantar tailor mmg terus depa potong kan.syg betul baju mahal2 pakai sekali dua..MIL yang ajar cara cmni, dulu2 hantar tailor gak.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memanglah tak suka tempat crowded tapi keinginan tu still ada juga. Nasib badanlahkan. Dah tau sesak nak juga pergi. Nasib baik tak terbuka puasa. Hahaha.

      Susahlah PK nak cari baju si Abang ni. Warna yang saya nak semua pun tak dapat. Ada saiz Adik, saiz Abang takda. Tension. Pakai saiz paling besar untuk kanak-kanak 12 tahun, lengan baju pulak sempit. Pakai small size versi orang dewasa, dah gedoboh pulak seluarnya. Kedai yang kami pergi ni memang sejak dua tahun sudah kami bertandang. Bajunya sedap dipakai.

      Saya ni kalau pandai menjahit, memang tak kuasa nak hantar ke tailor, PK. Ni nak jahit butang seluar pun terkial-kial ya amat, camna lagi nak buat :(

      Delete

Post a Comment