Menu berbuka puasa


Salam kawan-kawan !

Sejak bulan puasa ni memang malas sungguh rasanya nak keluar rumah. Di pejabat pun sama. Kalau tidak memang meroyan je hati ni asyik nak ke KLCC. Apa dicari pun tak tahulah. Tapi sejak berpuasa ni, mood nak jalan-jalan memang almost zero. Jimat duit  tak berbelanja *__*

Tapikan semalam I buat hal lagi. Positive attitude tu sekejap je rupanya. Dek kerana hujung minggu lepas tersasar dari jadual, maka tak sempat meng-up kan stock bahan mentah dalam peti sejuk. Ish, peti sejuk baru ah kak kan besar sekarang ni, sumbat-sumbat masih gak tak penuh. Don't know why tau!

Jadi, waktu lunch break yang seciput tu I telah gunakan untuk buat grocery shopping di favorite supermarket. Sanggup tu patah balik ke area rumah semata-mata nak buat grocery shopping. Lepas  balik kerja biasanya tak dan nak menyinggah kerana jem dan juga Abang kan balik sekolah awal bulan puasa ni. 

Memang my prinsiplah tak nak anak menunggu I, biar I yang terpacak depan pintu pagar sekolah menunggu anak keluar. Maklumlah sekarang ni macam-macam hal berlaku yang membimbangkan jiwa raga kita sebagai mak-mak ni.

I ni kalau nak buat grocery shopping memang sentiasa ada list tau. Cuba tengok senarai barang yang I nak beli ni....



Takdalah banyakkan ....

Segala tepung bagai tu sebab terliur tengok orang lain buat karamel ler, pengat ler, buah melaka ler, blah, blah, blah ler ....

Dah siap print out, ada tambahan lagi sikit hah .... 


Kena tanda selepas membeli...

Tapi.... ada tapinya ya... Bila dah sampai ke tempat yang dituju, memang banyak yang tiada dalam senarai tetiba ada tercampak dalam troli. Itu memang adat orang perempuan bila berbelanjalahkan ....  (Eh, ke I seorang je macam ni? Pandai-pandai je keluar statement ala-ala auta tau!)

Dan macam biasa, sampai pejabat lewat 15 minit. Lepas tu terus sumbat semua dalam freezer di pejabat tu. Sekali lagi my friend kena remind me bila nak balik nanti. Kali ni bukan ayam atau ikan je, semua pun ada ah kak borong *__*

Okey, sejak bulan puasa ni rajin juga  I menggoogle resepi tak pun masa tengah blogwalking tu, mesti banyak juadah berbuka kawan-kawan sharekan. Mana-mana yang ada tulis pasal menu berbuka, bukan main cepat lagi mengintai. Kalau rasa sedap, mulalah aktiviti kopipes. 

Jadi, hajat di hati semalam nak buat ikan tiga rasa macam CahayaHidupku tapi den takda stok siakap. So kita belasah je ikan jenahak (Eh, ke ikan merah? Semalam dua-dua pun I beli. I ni biasalah tetap juga konpius bila tengok dua jenis ikan ni walaupun dah kata ikan merah warna merahlah!)

Hari ni mehlah kita up gambar *__ * Semalam tak berlengas sangat dan entah kenapa macam cepat je memasak lauk-pauk tau sempatlah capai he-ho dalam handbag yang penuh sampah-sarap tu ^__~



Lepas  tu bila merenung gambar sambal goreng jawa dalam satu blog ni, tetiba nak juga. I ni memang biasa gi grocery shopping tapi bila nak masak, still tak tahu apa stok yang masih ada di rumah. Yang kecil-kecil ler, yang sembunyi dalam bekas, dalam almari,  tempat sayur-mayur dalam esbok dan sebagainya. Sebab tak nampak itu yang selalu je terbeli sampai berlebihan *sila jangan ikut sikap membazir ini kerana adalah sangat tidak baik untuk poket anda*

Tapi dek kerana banyak bahan takda, dan kalau nak dimasukkan ada juga yang orang ni tak makan, orang tu tak suka, maka my sambal goreng jawa sudah tersasar dari yang original recipe nya. I pun bukan Jaws 100% macam jiran sebelah, maka dimaafkan ajelah. Apa-apa pun sedap wey sambal goreng jawa kentang ni *__*



Maklumlah peminat kentang, asal nampak je kentang dalam menu dah kira sedap teramatlah tu.

Macam biasa, ayam goreng tetap ada untuk superheroes. Cuma resepi tu je bertukar-tukar cara menyediakannya. Ayam goreng sesaja, takkan nak snap gambar jugakan... Nantilah kalau I beli ayam goreng KFC I akan up gambar sebab itu macam menu luarbiasa je untuk buat berbuka *__*

Dan tidak lupa juga, my frozen begedil telah siap digoreng semalam. Yang itu pun tak sempat up gambar sebenarnya dah malas nak snap Okey lagilah rasanya, walaupun proses menyediakan begedil ni dah dapat masuk dalam Guiness Book of Record, ya *__*

Semalam takda lauk berkuah kerana dah terasa jemu pulak. Abang pun tak minta lagi masak lemak cili padi. So, Mommy pun buat-buat lupalahkan!

Hari ni dah bilang-bilang jari nak masak sup daging + rebus spaghetti + udang  5 spices + ayam goreng + nasi putih.

Tapikan, tapikan...bila bahan mentah dah penuh di rumah tetiba je semangat memasak macam merundum pulak ^_^ 

Nak order Papa John's lagi ke tidak nih ...






Comments

  1. Eh sama la ngan mak gak..kita lbh suka tunggu anak2 drpd tgk anak tu tunggu kita kat dpn pagar sklh. Kesiannnn je tgk kalu tgk ada parent yg lambat2 jemput anak. P/s: Tp anak pun x leh biarkan mak ni tgu lama2..mak xleh..x tahan sabar nk tgu lama2 sgt. Ahaha..

    Part wat list utk brg dapo tu,mak mmg x buat pon..brg2 yg xde dlm kepala je. Takpun, mmg dah slalu2 gi supermarket 'X" utk berbelanja, so dah jd mcm rutin. Lalu lorong ni, dah tau nak ambik apa..lalu lorong tu, nak capai barang apa. :)

    So..slalu2nya mmg penuh la troli kita. Yg bagusnya, biarlah terlebih beli pun..bknnya barang busyuk..sok2 klu nak guna, dah ada..klu ada bulan yg sesak duit, x ssh ati..sbb stok brg dapo ada..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sampai hatikan, Mak. Teringat dulu-dulu, kalau bapak lambat ambik, mencemik muka dok kat kantin sekolah. Bukan dia tahu pun bapaknya bersusah-payah dari tempat kerja berkejar nak ambil anak kesayangan. Tapi sekarang sebabnya berbeza - banyak sangat kisah 'seram' yang berlaku di luar sana. Kecut hati mak-mak mendengarnya. So, kira cam langkah berjaga-jagalah sebab kitakan sayang anak-anak :)

      Alah, Mak...list tu buat eksyen jek kenkadang. Dah sampai sana lain ceritanya. Saya pun gitu gak, dah tahu nak ambil apa dan di lorong mana dalam supermarket tu. Cuma...tak tahu samada stok tu ada lagi ke tidak kat rumah :)

      Betul tu Mak, memang setuju sangat. Kita campak baling, beli lebih sikit sebab manalah tahu akan datang ada darurat, kita dah tak risau... Stok melambak di rumah. Keh3x.

      Orang lelaki apa tahu...tahu komplen jek kita ni boros, kan Mak kan ....

      Delete
  2. camtula selalunye..y takde dalam senarai pon campak dalam troli..bukan apa..selalu pk..esok2 nak guna takyah beli..akekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang betul. Kalau dah beli hari ni semua, esok tak payahlah buat menyemak jek kat supermarket tu kan. Bagilah peluang orang lain pulak nak berbelanja :)

      Delete
  3. wahh sedapnya sambal goreng kentang tu... keluarga sy pun rajin buat sambal goreng ni...mmg naik selera makan tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni kalau ada kentang je, memang on punya. Berselera makan :) Tapi tak puas hati lagi ni tak leh nak buat sambal goreng jawa. Tempe takda, fucuk takda.... Ni nak kena buat list barang baru nampak gayanya :)

      Delete
  4. td kita dah tulis 150 patah perkattan.. nk publish server down.. nyampah.

    br ni kita dah buat ikan siakap 3 rasa. tp Md punya lgi meriah.
    mahal nya ikan siakap. sekilo 24 ringgit. separuh wat 3 rasa, separuh wat stim..yg dia komplen tawar tu. ikan stim memang tawar sikitkan?
    tak pelah sekali sekala..kalau beli kat bazar, 24 ringgit x tau beli gapo pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau masak sendiri ni memang lagi best, lagi jimat. Kalau beli kat bazar Ramadhan RM24 tu tak tahulah lauk apa yang dapat. Sedap ke tidak, memang kena tolak tepilah. Ish, ni nak puji masak sendiri lagi sedaplah tu :)

      Kita nak cari siakap semalam tapi takdalah pulak. Takkan kita nak buat salmon 3 rasa kan... macam tak melayu jek tekak :)

      Hehehe... ikan stim tawar? Kalau gitu kenapa tak suruh cik suami tabur je garam atas ikan tu sendiri, kasi masin :)

      Delete
  5. Dasyat tu...senarai beli belah ditaip..mmg jenis orang yang berprinsip dan berdisiplin ni.. kalah handbag cikgu ni, ada pen merah buat tanda belian. Baru nampak kan? Apa yg dah dibeli dan apa yg belum lagi dibeli.. hihi

    Sambal goreng jawa tu bukan ke sepatutnya ada tempe? Mana itu tempe menyorok?

    Ai..bahan banyak sangat oun boleh merundumkan mood nak memasak ya? Saja je nak shopping aja ... masakla, buat ayam lemak kegemaran abang tu... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, kelas tak kelas cik Tipah bertaip bagai. Sebenarnya memang saya ada saved satu senarai barang dapur untuk dibeli sebulan sekali siap harga pasaran dengan kuantiti lagik :) Tapi yang ini buat barulah lepas baca blog orang pasal resepi, agak-agak takda bahannya, kita taip masuk senarai. Senang nanti nak buat quick grocery shopping :)

      Tempenya enggak ada. Kalau diletak sekali pun, tuan besar tak makan tempe. Mulanya ikan bilis pun tak mahu letak nak ganti udang kering jek sebab semua superheroes termasuk Daddynya tak suka ikan bilis. Susah tau saya nak memasak kat rumah untuk memenuhi selera setiap satu ahli meja makan!

      Saya ni dah namanya ada darah jawa gak, memanglah minat tempe tapi kena ketepikan keinginan itu :)

      Bila dah banyak beli, konpius pulak apa yang nak dimasak dulu. Itu yang jadi mood terus merundum. Keh3x.

      Delete
  6. Perghhh sodap pulak akak tengok sambal jawa MD tu.. dari ke sehari nak membuat sambal jawa tapi tak terbuat juga.. Akak pun lebih kurang MD gak.. cheklist berderet tapi barang yg sepatut beli.. masuk gak dalam bakul tu.. sudahnya petiais tak boleh tutup.. masak tah bila nak buat hehhe...
    Berjaya juga dimasak begedil tu ye .. tamat sudah pengakhirannya di petiais tu ye MD.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal jawa tak complete bahan tu. Nak letak tempe orang ni tak makan, nak letaklah fucuk ke apa tu, orang tu pulak tak makan. Senang cerita kita letak mewah-mewahlah kentang dalam tu. Suun dah tertimbus dek timbunan kentang :) Yang paling penting, cili padi ada kasi pedas barulah berselera nak menyuap dua pinggan :)

      Selesai sudah aktiviti buat begedil di hari ke-4 kot :D

      Delete
  7. nasib baiklah saya jenis beli barang ikut yang ada dlm list je. hehehe..saya masak utk berbuka simple2 je kak. kalau mcm yg akak planning nak masak ni, mmg x termampu nak buat. mana taknya, perjalanan dari opis ke rumah pun dh amik masa sejam-sejam setgh..masak je la 1-2 lauk..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu je tersasar, rasa nak tampar diri sendiri je :) Yalah Sue, kalau dah balik pun nak dekat berbuka, manalah boleh bermewah-mewah juadah. Buat ala kadar jelah kan janji masak sendiri dan ada juadah atas meja. Akak ni yang sampai rumah pukul 6 petang pun masih lagi terkangkang kiap nak memasak!

      Delete
  8. wah...wah.. kemahen mommy menaip ye.. kite menulis aje.janji ada list khenn..

    betul tu, sebaiknya biar mak pak yg tunggu anak2.memang kna berhati2 skrg ni.bahaya ada di mana saja.

    alahai sedapnya ikan tu. cikabe bru beli ikan siakap.nk dibawa blk ke kg.buat 3 rasa katanya.saya nk cuti masak.biar mak cikabe yg masaknya.asyik mkn hasil air tgn sndiri je kan. hihi.

    ala, tak lengkap la sambal jawa tu sbb tak da tempe kan.tapi ok juga bila dpt pancing selera ahli yg lain.ye dok..

    mommy buat la buat bubur sumsum tu. nk tgk lgi terbaik klik je link yg sy bagi tu. lagi menarik gambarnya.. sy kurng rasa gitu je.cik abe yg mknnya. itu pon dia tegur kenapa hijau.sbb slalu mk dia buat putih.. hahaha.
    apa apa aje lah..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, part-part tu memang suka kemas-kemas, Ciksu :) Nak menulis malas katanya. Taip lagi senang ...

      Ikan siakap 3 rasa memang menawan rasa kalau kat rumah tu tapi semalam tak jumpa ikan siakap so kita hentam sajalah ikan lain pun leh juga janji makankan...

      Itulah pasal sambal jawa yang tak cukup ummphh kononnya. Bahan penting sekali tempe tu tapi tak letak. HD tak makan tempe. Nanti HD merungut-rungut sambil makan, naik pulak angin isteri mithali nanti :D

      Bubur sumsum yang saya selalu makan pun putih suci berseri juga, Ciksu. Saya rasa takmahu tukar kalerlah tapi memang nak cuba buat malam nanti. First time ni. Jadi ke tidak, tengoklah camana .... Teruja ni Ciksu...dah lama tak dapat makan bubur sumsum tau!

      Delete
  9. takpe beli byk2 bubuh dlm fridge. bila2 nak guna ada jer.
    sistematik sungguh siap type, pangkah segala tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak gunanya dah expired, Lyn. Keh3x... Membeli tak ingat dunia sebenar lepas tu dah lama baru nak on rancangan masakan tau. Manalah tak membazir. Dihantar berjuang kat Palestine barulah tahu nasib akak nanti :(

      Delete
  10. Dah jgn jadikan alasan pulak semangat merudum. Masak apa yg dah dibeli banyak-banyak tu:) Tengok ikan 3 rasa tu mesti HD senyum lebar. Walau bukan Jawa boleh tahan juga buat sambal jawa hahaha.... (nak lagi special kena tanya betul-betul dgn adinda kakak yg org Muo tu huhu...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kak ....tetiba je tak bersemangat nak main masak-masak sebab bahan semua dah ada :) Kalau takda bahan secukupnya tu yang bersemangat berapi-api tau!

      Sambal jawa ke apanya kak dah tempe pun tak letak. Lainkali saya ikut suka hati sayalah, asyik fikirkan HD jek. Keh3x. Jiran sebelah rumah tu memang patut-patutnya pejam mata pun dah terror masak sambal goreng jawa ni. Kalau speaking Jaws, terkedulah kita kat sebelah ni tak faham tau!

      Delete
  11. Kecur ailio tengok ikan tu. Sedapnya.

    Nak kena buat list macam ni jugak lah. Sebab selalu gi kedai selalu lupa nak beli apa....ppfftttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, tulah pasal tak mau letak gambar makanan bulan puasa ni takut orang terliur *sebenarnya malas nak snap gambar*

      Buat list kalau ikut takpa, kalau untuk peringatan, takpa gak tapi kalau dah ada sepanjang-panjang list tetap juga ada bahan tak beli/terlebih beli, memang parahlah nampaknya :)

      Delete
  12. Haha...tu ngengada namanya....bila tak de bahan masakan time tulah nak masak....tp bila dah penuh satu rumah time tu pulak mood merudum....mmg nak kena panggil mami beraya kat Melesiya ni nampaknya hehe... Suh mami tgk esbok baru....

    Weyh nampak sedaplah pota masak sambal jaws celup tu....bukan main berkilat.....terliur pulak mak ni......

    sungguh dahsyat yeh siap ada list ...berprint pulak tu....ni mmg bukan cincai cincai punya shopping ni hehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Mak, penyakit M tu bukan boleh ditolak-tolak keluar dari badan nih. Ngengada ya juga. Semalam baru buang keluar tong sampah serai yang dah kering dalam petisejuk, tomato dah benyek, karot dah boleh buat tanaman penyeri rumah; dah siap berakar okey... Beli jek tapi buatnya entah bila. Ikut mood rajin masaklah katakan...

      Patutnya WA Mak je tanya nak buat sambal goreng jawa yang original recipe tak main cincai-cincai nih... Mak tetiba teringat nasi ambeng pulak tadi baca dalam blog orang. Huaaaaaarghhh... Naya nak buat!

      Mak ni cam tak tahu je keperibadian jiran sebelah yang cerewet, teliti, tertib dan teratur gitu. Wakakakah!

      Delete
    2. hehe....bab membuang karot yg berakar dengan tomato benyek tu mcm sama jer haha....

      haha....beb wa tak pernah buat sambal jaws tu kalau tanya pun harus hasilnya jadi lebih kurang mcm dalam gambar jugaklah hehe...sebab my bunda pun buat warna hitam gitu...buh kicapkan....

      Delete
    3. Padanlah kita hidup berjiran yek! Ada persamaan rupanya :)

      Apa??? Tak pernah buat sambal jaws? Habis tu ni orang Jaws tulin ke tidak nih? Bercakap bukan main lagi mak ooi, ngalah omputih cakap Jaws tau!

      Kata (kak) Anim, sambal jaws goreng orang BP lain sikit ngan Muo tapi kita tak tahu pulak ada perbezaan. Eh, kita tak letak tempe sebagai bahan utama sebab takda di rumah tapi kalau ada tempe ni memang marbeles ler. Yalah, hitam tu sebab bubuh kicap bukan sebab rentung kuali yek *_*

      Delete
  13. Amboi, siap bertaip cantik. kalau sayakan MD, tulis dalam note di hp saja. Benda2 asas semua dah ada dlm fridge sekangkang kera tu tapi tak terbuat2 juga. almaklum, masak hujung minggu saja.

    sambal goreng jawa batu pahat dengan muar ada lain sikit kan. kalau batu pahat, ada kemerahan sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni old skool lah, Anim :) Suruh kawan remind lagi walaupun dah banyak kali dia suruh saya guna handphone je for reminder :)

      Eh, ada beza ek sambal goreng jawa BP dengan Muo? Saya tak tahu pun :)

      Delete
  14. tu dia siap bertaip grocery listnya..tabik spring la..haha pastu haram tak ikut.hehe..sbb tu jklu membeli sy tak suka ke supermarket,berhantu tau..ada je benda yg tak masuk list masuk dlm troli..

    sambal goreng jawa peberet tau..tp malas buat..biasanya buat smbal tempe+kacang+ikan bilis je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time menaip list bukan main lagi. Excited tapi lepas type jek tambah itu, ini. Masa at supermarket biasanya tak ikut pun senarai barang :) Standard procedurelahkan... orang perempuan katanya!

      Saya suka tempe tapi kat rumah tu tempe tak makan, ikan bilis tak makan...geram sesangat. Ek, ikut siapalah agaknyakan ....

      Delete
  15. Sedapnya tgk sambal jawa tu. terliur LM tgk. Kalau larat esok nk buatlah sket. Hrp blh suap nasik dgn smbl tu

    Hehe jenahak pun kdg tu LM kompius gak. Tgk x brp nk putih. Ingatkan ikan merah rupanya jenahak. Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang simple tu yang sebenarnya buat penyedap kita makan bertambahkan, LM :)

      Hahaha...ada geng! Saya pun selalu jek silap ikan merah dengan jenahak walaupun dah kata ikan merah tu merahlah warnanya. Kalau beli, memang beli dua-dua sekali lepas tu tak ingat mana satu. Masa masak, main bantai jelah. Lagipun budak-budak (termasuk Daddynya) suka ikan ni digoreng garing jek... tak pun masak tiga rasa :)

      Nak suruh I masak gulai asam pedas, tak terrer lagi ler :)

      Delete
  16. Bunda yang tua ni pun camtu lah juga...lain disenarai lain yang beli...ada penambahan pulak...manalah tak lari bajet...
    Cakap kat anak2 pandai...tapi sendiri pun masih buat benda yang sama...
    Tulah orang pompan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Orang perempuan ni Bunda, memang banyak korner baring troli tu bila dah sampai supermarket. Tak da kehairanan dah :)

      Ahah, bab nasihat tu memanglah tanggungjawab kita mak-makkan, Bunda. Tapi part mengamalkan tu, kadang-kadang kita pun terbabas sama :)

      Delete
  17. Perghhh.. sedap2.. selamat berpuasa.. :)

    Jemput join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" jika belum join.. ^_^ tQ

    ReplyDelete
  18. kat umah ni yg plg byk stok adalah santan kotak dan susu pekat manis . shopping mmg perlu ada list utk elak lupa beli ... wow , menayang juadah dia yer ... sudahnya dia tanya papa john juga ... hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bab santan kotak tu memang terus beli yang 6 terus. Tapi bulan puasa ni selalu je tak cukup santan kotak :) Entah masak apa pun tak tahu ler ....

      Ish, juadah belum tayang habis lagi tau :) Tak beli pun Papa John's hari tu. Saya masak dengan penuh jiwa raga. Keh3x.

      Delete
  19. singgah sabtu melawat dapur mommy.. masak ape tu! ke iftar kat luar sgn family lagi! ke mana tuuu!

    selamat berbuka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur saya tak berasap hujung minggu ni, Ciksu :) Lenkali kalau nak singgah dapur, beritahu dulu. Malulah asyik tak berasap je berbanding dapur Ciksu....

      Delete
  20. wah siap printe tu..bagus2x..
    Org pompuan mcm tulah, lain yg nk beli lain yg dicapai...he3x....
    akak ni nasib baik semua keperluan dapursuami yg beli, so skemalah sebab dia akn beli apa yg akak listkan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting kita ada senarai barang. Nak ikut ke tidak, tepuk dada tanya selera. Biasanya selera kata tak payah ikut :) Hahaha...

      Untunglah akak, suami boleh uruskan barang dapur. Sama macam arwah abah saya. Kalau saya suruh suami saya beli barang dapur tak payah sebulan, untuk seminggu je, nescaya akan failed dengan penuh gaya :)

      Delete
  21. Siap taip bagai ye. Rajinnye. Tu la namanya plan betul betul. Kalau x ada yg lupa nak beli kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan memang baik punya :) Cuma part ikut senarai je ada lembap sikit ...

      Delete
  22. rajin memasak anak2pun suka... walaupn biasajer masakan kita anak2 sukakan... choni memang rajin buka resipi tapi bila nak masuk ikut resipi sendiri gak so camner tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Cho. Kumpul resepi bukan main, bila nak masak mantain tak tahu nak masak apa. At last, masak jelah yang biasa anak-anak suka :)

      Delete

Post a Comment