Bubbly Abang & Adik Cute

Salam Syawal kawan-kawan!

Eh, eh, jangan refresh banyak kali! Memang cerita raya tak keluar lagi *__* Kali ni raya pertama superheroes buat hal. Si Abang mithali sibuk duduk dalam bilik dengan sepupu-sepupunya main game. Si Adik lasak pulak tak semena-mena nak menembeng je dengan Mommy bila diajak bergambar. 

Bila takda sesi berposing, pandai pulak Adik bawa diri main dengan sepupu-sepupu hampir sebaya yang kesemuanya perempuan! Macam kumbang dikelilingi bunga matahari besar-besar belaka tau. Berebut-rebut bunga nak suruh kumbang hinggap!

Pada yang merindui superheroes MD, beleklah gambar-gambar di bawah ni. Ni pun gambar masa kami sekeluarga sibuk melahap di restoran kegemaran selepas pulang ke kampung halaman baruku nan tercinta di Kuala Lumpur ...






Sebenarnya gambar-gambar raya tahun ni semua pakej lengkap seisi keluarga yang diambil oleh anak-anak saudara I. Dalam telefon cap roket terjunam yang I guna pakai sekarang ni, memang takdalah gambar semegah mana. I sibuk you see kalau first day raya di kampung, sampai tak kuasa nak berpeluk tubuh dengan he-ho sepanjang masa. 

Lagipun, bila my Hubbydearie masuk bilik bila sanak saudara datang beraya, jiwa I pun kacau bilau nak menjawab pertanyaan saudara mara yang datang. Makanya adakala I pun turut sama meluru masuk bilik gak ~__^

Kalau kena tanya, jawapan standard yang akan I beri...

Oh, kita simpan suami kita dalam petisejuk supaya awet muda. Itulah pasal tak bagi orang tengok, takut terpegun!

Hehehe ... dengan sepupu sepapat bolehlah bergurau senda begitu. Dengan saudara-mara yang jauh lebih tua, sengih jelah. Nak gurau lebih-lebih, macam tak sopan je!

Nantilah kita pomen crop mana dapat gambar superheroes pakai baju melayu. Kesian pulak kat bakal besan tertelan-telan air liur nak tengok gambar bakal menantu, ya besan ....

 


Comments

  1. alah x dpt tgok anak mix pkai bju melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak mix apa? Mix Jawa ngan Melayu eh? Hihihi....

      Alah...hari-hari pun ada gambar. Kalau nak tengok gambar mereka pakai baju melayu, ada kot dalam blog ni, baju melayu tahun lepas :)

      Delete
  2. acik pun tunggu juga ni..nak tengok encemnya dua beradik tu berbaju melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ya Acik. Tengah menyasau cari gambar. Tahun ni boleh terlupa terus nak suruh budak-budak ni posing sakan sebab Mommynya 'sibuk'. Gambar family semua dalam kamera anak-anak saudara pulak.

      Delete
  3. Riang ria bila perut kenyang ye Abang n Adik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab pergi makan kat luar, mereka memang happy memanjang :)

      Delete
  4. amboiiii.... sorok dlm peti air yer..
    i olsss pun sorok gak.. tapi dlm almari.. hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lyn ni memang.. lagi teruk dari akak. Belum apa-apa dah kena sorok. Keh3x.

      Delete
  5. hahaha perenggan last tu adakan ditujukan buat sy?kehkeh..

    ada jugak spesis sorok suami dlm peti ais ya..:P

    dpt tgok picca menantu sengih2 kt restoren ni pun dah berbunga hati tau..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak-banyak bersabarlah ya besan. Omaknya ni sibuk di pagi raya pertama. Entah apa sibuknya pun tak tahu. Yang pasti asyik berulang ke dapur ulang makan juadah raya :) Lupa sungguh nak suruh budak-budak berposing dah yang sorang terperuk main game dalam bilik. yang sorang lagi terperuk belakang pintu, belakang gril pintu main je kerja....

      Delete
  6. Haha.. sorok suami ya.. bila lain ni pasti ramai yg nk tanya macam2 kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang Melayu ni kan berbudi bahasa. So banyaklah soalan nak ditanya bila tengok lain sikit. Tapi Hubbydearie ni memang tak mesra alam. Sungguh. Kalaulah terserempak dengan saya ketika HD ada, mohon maaflah memang tak leh berborak. Mahu dijelingnya. Kalau boleh nak cepat-cepat lari masuk kereta, tak mahu borak panjang dengan orang. Saya susah gak rasa hati tapi dah suami nak kata camna lagi....

      Delete
  7. Tanjaknya lupa nak cari. Samping tu adalah tapi entah apa-apa style pun tak tahu :)

    ReplyDelete
  8. Soroklah weyh selagi boleh hehe...... yelah dah tak mo nak menjelmakan diri nak buek camno ye dak .....
    Yelah kesian besan terliur nak nengok bakal menenantu berbaju Melayu mcm Hang Jebat .....baguslah kalau ada kesedaran nak crop bagai kasi tak kempunan bakal besan tu......
    Hendak hendaknya satu hari nanti terserempaklah OKje dengan jiran sebelah....

    Bukan main lebar lagi senyum abang ngan adik cute bila mommy ajak ronda shopping mall sambil makan makan yek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....jiran yang satu ni al pemalu al teramat. Takkanlah tak kenal lagi. Sejak muda belia remaja, kulit bergetah sampailah sekarang dah kerepot. Pemalu tetap maintain tapi mulut al becok tak ingat dunia. Hahaha....

      Tulah kiranya hadiah harijadi alam maya buat besan yang dahlah tak dapat cuti raya dan menyambut birthday 3-0 tanpa diketahui besan belah sini... Harapnya besan dan anaknya tersenyum lebar tengok gambar bakal menantu/boyfriend terpilih.

      Mereka dok gelak sebab Adik sekarang ni dah pandai buat joke bengang. Makpak gelak besar memanglah OKje tak nampak sebab tak masuk blog kan....

      Delete
  9. alahai adik abg snyum meleret leret..
    sabaq je la. mommy x stress ke kalau HD dok
    dlm bilik je time sedara mara dtg? kalau sy jnuh gak nak mnjawab.panas telinga kot rasanya.hahaha
    nasib anak2 tak join skali kan..

    pppsstt: mommy maap le buat mommy tertanya tanya ttg kandungan saya tu. hihihi
    dh jupe jwpn kn.. doakan utk saya ye.. kalau ikutkan due date esok la tarikhnya :)



    ReplyDelete
    Replies
    1. First raya bersama memanglah stress. Datang je tetamu terus tanya - 'Laki awak mana?' Sejak itulah MD keluar jawapan standard - Kita simpan dalam peti sejuk!

      Lama-lama dah lali dah, Ciksu. Sanak saudara pun dah faham. Takdalah bertubi-tubi pertanyaan masuk ke telinga sampai nak pitam rasa. Anak-anak saya bagus. Kali ni raya, bila tetamu datang je merekalah jadi penyambut tetamu. Sibuk nak salam tetamu terutama si Adik tu.

      Ciksu ni.... puaslah alahai kami ni dok menunggu. Ingatkan baru hamil rupanya dah nak due dah ni. Pandai simpan rahsia ya! Tapi takpa, kami faham. Tak kecil hati pun ...

      Delete
  10. nnt u crop gmbr HD dgn tutup warna hitam je kat bahagian mata tau. i nak skodeng gak jejaka uzbek tu. budak2 comel 2 org tu takkpe, i can wait to see their pic. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi-amboi... bukan main excited lagi nak skodeng suami orang. Ni kalau habaq kat Mat Azghul, mahu dia buka silat gayung nanti. Eh, Mat Azghul pandai bersilat ke? Hehehe...

      I dah belanja gambar superheroes , cukup-cukup sudahlah. Gambar I laki bini buat simpanan hari tua kami jelah. Huahahaha....

      Jangan ngengada nak ngidam tengok gambar kita lakibini, memang menjejeslah air liur tu sampai bila-bila tau!

      Delete
  11. Sorok dlm petiais.... hahahaha kelakar pulak baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubbydearie tak friendly bila kat kampung ni especially dengan sanak-saudara saya so terpaksalah buat jawapan standard yang rasa-rasa orang tak kecil hati bila mendengarnya :)

      Delete
  12. soalan standard untuk saya ' bila lagi ni , nak tunggu apa lagi " ... jwpn standard saya " jodoh saya urusan Allah " . klu ada yg tanya lagi , mmg x paham konsep Islam ler jawabnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kalau saya dulu orang tanya ' Bila kau nak kahwin ni?' Saya jawab balik, "Semua dah siap. Kad dah siap. Pelamin tinggal nak suruh pasang je. Hantaran dah prepared. Cuma terlupa pulak nak letak nama siapa untuk pengantin lelaki dalam kad kahwin. Sebab itulah takleh nak hantar kad lagi!'

      Biar tension orang yang bertanya tu. Dengan harapan tak sanggup dah tanya lagi soalan sama dengan cik akak mulut cili padi nih :)

      Delete
  13. hehe..gitulah isteri ye
    kena membela si suami dalam apa jua situasi pun
    mujur suami saya tak gitu, mau meraban dibuat nyer =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tahu suami kita macamana perangainyakan, ikut ajelah rentaknya. Kalau tidak nanti, kacau bilau rumahtangga. Hahaha....

      Delete

Post a Comment