Lelaki bernama Hubbydearie

*I sticky postkan entri ni sepanjang hari buat Hubbydearie tersayang ye*

Salam sayang kawan-kawan!

Mood bercerita tentang raya keluarga MD belum sampai lagi walaupun dah seminggu raya. Hari ni I nak bercerita tentang lelaki itu, yang sudah bertahun disamping MD. Siapa lagi kalau bukan Hubbydearie. Tak payah teka, buang air liur jek!

Hari ni 5hb Ogos, merupakan hari lahir Hubbydearie. Yang keberapa tak perlu ditanya. Sama je low profile macam isteri mithalinya. Tanyalah berpuluh kali, jawapannya tersengih memanjang je... 

Macam tahun-tahun sudah, memang takdalah nak menyambut ulangtahun bila dah beranak-pinak ni. Hubbydearie memang tak gemar ya menyambut hari-hari penting cam ni waima hari ulangtahun perkahwinan sekalipun. Namun dalam hati, of course lelaki itu memang sentiasa ingat tarikh istimewa, cuma tak mahu meluahkannya sahaja. Sebagai isteri, dari gerak-geri si suami pun kita dah boleh taukan *__*

Walaupun begitu, I tetap bagi surprise kat Hubbydearie. Kad tetap dilayang. Hadiah tetap juga diberi. Apa ke bendanya yang menjadi hadiah tu, tak perlulah diwarwarkan. Ada kisah boleh berkongsi cerita, ada juga kisahnya yang MD tak suka bercerita ^__^

Hubbydearie ni sangatlah kontra sikapnya dengan MD, ya. Kalau I ni suka berceloteh, suka menyakat dan bergurau-senda, Hubbydearie tak suka itu semua. Nak kata pemalu ya amat, tak juga tapi di depan khalayak, memang takdalah Hubbydearie ni jadi peramah mana.

Teringat zaman baru-baru kahwin dulu. Bila pulang ke kampung berhariraya mahupun kalau ada majlis tertentu, memang tempat Hubbydearie di bilik tidur. Duduklah Hubbydearie ni terperap di dalam bilik. Alasannya - tak tahu nak berborak macamana, dah Hubbydearie tak begitu fasih berbahasa Malaysia dan makpak saudara I pulak tak fasih berbahasa Inggeris. 

Paling tak sanggup bila Hubbydearie terasa bagai semua mata memandang ke arahnya. Lagilah lepaking di bilik tidur terasa macam dunia penuh freedom gitu ... I tak boleh nak kata apa. Yalah, baru kahwinkan. Katanya kena give and take. Sudi nak balik ke kampung I itu pun dah cukup bagus. Lain-lain boleh diusahakan lagi.

Sekarang ni, sejak dah fasih berbahasa Malaysia, suka juga mengendeng duduk bersama dengan my siblings, mendengar cerita sensasi keluarga aka mengumpat berjemaah. Walaupun tak pandai menyampuk, siap boleh bagi feedback mahupun susulan discussion dilakukan di bilik tidur dengan isteri mithali. Wah, boleh tahan kepohci juga tau!

Habit tak suka menziarah saudara-mara, masih ada lagi walaupun tak macam dulu. Memang kerap jugalah I ni ke rumah saudara-mara ditemani my kakak berbanding Hubbydearie. Nak buat macamana lagi, dah nasib badan *mengeluh tapi tak panjang*

Berbanding dengan Tashkent, Hubbydearie sangat-sangat selesa dengan suasana di Kuala Lumpur. Katanya pada si isteri mithali - tak tahulah macamana boleh survive kalau bukan tinggal di KL. 

Tengoklah tu, sampai lupa kampung halaman sendiri....

Kalau pulang ke kampung I di BP tu pun sama je kaedahnya. Tak betah bertahan lama. Setakat 2,3 hari dah cukup. Yang kita ni terpaksalah ikut aje kata suami walaupun balik kampung tu setahun sekali je ...

Sama seperti isteri mithali, my Hubbydearie memang tak suka tempat yang crowded. Rasa sesak nafas jadinya. Rasa macam semua mata memandang ke arahnya (ya, ya, ya, I tahu tahap perasan Hubbydearie memang tinggi) Jadi, memang jangan haraplah nampak kami suami isteri di tempat-tempat yang penuh sesak *__*

Hubbydearie jarang meninggi suara pada superheroes apatah lagi naik tangan. Jadi, kalau ditanya pada superheroes siapa yang paling digeruni di rumah, sudah tentu jawapannya Mommylah! Bak kata Bubbly Abang, walaupun Mommy akan pujuk selepas marah kaw-kaw tapi bila dah marah,  teruklah sangat rupa Mommy macam monster. Daddy setakat cakap je tapi tak serius marah!

Namun begitu, budak berdua ni sangat takut kalau Daddydearienya naik angin sebab jarang-jarang berlakukan ...

Walaupun Hubbydearie tak pernah baca my blog ni (maybelah ada juga Hubbydearie jeling-jeling tapi tak baca habis sebab Hubbydearie malas membaca okey!), I tetap nak buat dedikasi buat suami tersayang (owhh...ngengadanya  bunyi ...)

Dear, Happy Birthday! May God bless you. May we live happily ever after. May we will be together forever. Deep down my heart, I do love you more every single moment, every single day we are together *blushing-blushing ahkak*  








Comments

  1. Acik pun tumpang ucapkan happy birthday.semoga panjang umur bertambah murah rezeki dan bahagia selamanya bersama keluarga.
    Gigih isteri publish n3 jam 12.01 minit untuk suami tersayang ni kan MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam raya, setahun sekali je sambut ulangtahun, Acik... Gigihlah isteri ni mengarang tapi sbnrnya lepas raya ni mood kedaung jatuh terus dalam jurang dalam :)

      Terima kasih atas ucapan hari jadi tu ya, Acik!

      Delete
  2. Hepi besday jugaklah..biarlah tuan empunya tak tahu..
    ckp kat isteri mithali dia pun xpe dah kot..

    okeylah juga HD sudi blk kg kita..susah juga nk sesuaikn diri dgn saudara mara kita kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PB. Boleh, boleh sampai pesan kat I je. Nanti I sampaikanlah kat HD :)

      Bukan senang bila dua bangsa bersatu. Banyak pro dan kontra. Tolak ansur paling utama. Kalau tidak, gaduh je kerjanya!

      Delete
  3. Wah patutla buat entry tngah malam td.. tak penah3, rupanya hari ni bday HD ya. Selamat hari jadi ke.... buat HD. Semoga sihat, panjang umo dan murah rezeki seterusnya..

    Samalah Papa N, sekali setahun atau masa gaduh barulah dia akan baca blog saya..agaknya nak cari idea nk berbaik.. hihi..

    Jadi, bday PK, HD, Nazif dan MamaN ni dekat2 ya...orang leo semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, AN. Takpa HD tak tahu, nanti isteri mithali yang kepohci ni akan sampaikan :)

      HD tak suka 'buang masa' baca blog. Kalau ada pun, setakat belek-belek tajuk je. Nak intip ada tak isteri mithali tulis bukan-bukan :)

      Oh, ya ke? Ni dah nak dekat-dekat sambut besday lah ya? Besan pun sama? Kesiannya saya tak tahu pun :)

      Delete
    2. Dah lepas bday saya n PK.. Nazif je belum.. hihi

      Delete
    3. Baru habis baca, AN. Maklumlah sebelum dan selepas raya ni mood membaca kurang sikit :)

      Delete
  4. walaupun DD xbaca blog ni tapi akak nk wish jugak..Selamat ulg thn..moga terus bahagia hingga ke jannah.
    Xpelah MD, terima suami kita seadanya...setiap org ada kelebihan dan kekurangannya.
    Suami MD orang bangsa apa ye?....he3x....sibuk je akak ni nk tahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak. Nanti saya sampaikan ucapan tu kat HD :)

      Kita nampak suami orang je bagus tapi yang kita tak sedar, suami kita pun bagus juga sebenarnya. Itu biasalahkan, kak...

      Suami MD orang Uzbek, dari Uzbekistan :)

      Delete
  5. hepi besday buat HD...dapat asben oversea ye MD...baru tau nih..& dah baca komen atas tu..taulah dah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...asben oversea... nak gelak pulak...takdalah jauh mana. 8jam je naik kapal terbang kalau nak balik kampung HD. Kalau raya memang takdalah nak main ohsom-ohsom gitu. Raya kat kampung MD pun dah okeylah. Kami berdua memanglah puasa sebulan tapi rayanya 2-3 hari jek!

      Delete
  6. Udah ucap?.....nak klimak pun tak sempat.....hehe....
    Hepy Bezday HD orang..... moga hidup sentiasa diberkati Allah dan happy mappy bersama family.....
    Celebrate kat ne pulak hari ni?

    Pergh...duk bilik tidur mng best.....nyaman bah....tp lelaki sesuai le .....kalau pompuan sure mcm tak sesuai yek duk dlm bilik walaupun byk alsannya huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ucapan fizikal pukul 12.00 tengah malam 5hb dah terhambur keluar dari mulut :) Ni ucapan versi blog buat ingatan. Maklumlah masa wish hari tu takdalah nak rekod buat ingatan jangka panjangkan....

      Terima kasih, OKje. Ni isteri mithali jadi wakil buat suami tercinta ya... Jamuan kat rumah je sebab malas nak makan di luar waktu weekdays. Post celebration weekend jelah itu pun kalau nak makan-makan lagi. Tak birthday pun kita dok je kayakan kedai makan orangkan ...

      Kadang-kadang ikut gak lari masuk, takut kena tanya banyak soalan dek saudara mara tapi takdalah sampai lepak sama-sama dalam bilik :)

      Delete
  7. happy birthday buat si abam hubbydearie...
    moga terus dikurniakan kesihatan y baik utk mjaga family serta dimrurahkan rezeki hendaknya..

    biasa kt dgn pasangan kt mmg kontra sifatnya.. sifat y kontra tu mbuatkan kita n pasangan saling melengkapi.. hehe

    sama dgn lya.. sekadar wish n bagi hadiah..or belanja mkn or masak ..itu dh cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lya.

      Yalah, kalau perangai sama je suami isteri takdalah indah hidup berumahtanggakan :) Tak syok juga kalau tak bertikam lidah, bergaduh sakankan!

      Hubbydearie memang tak suka sambut-sambut birthday panggil tetamu bagai, tiup-tiup lilin potong kek tu. So kita buat simple je sebagai ingatan hari kelahiran HD.

      Delete
  8. Selamat Hari Lahir buat HD tu.. semoga usia dirahmati Ilahi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak atas ucapan. Saya dah sampaikan pada Hubbydearie.

      Delete
  9. Happy birthday to your HD dari kakak
    Sama date dgn anak dara kecik kakak hari ini juga tapi dia baru 11 tahunlah hihi.... Kalau ikut character anak kakak orgnya cekal dan tekun dlm buat kerja. Selagi tak siap homework makan pun kena suap. Tak mudah marah. Tapi kalau dia jeling pun org tahu dia sedang marah... Agak-agak sama tak dgn HD tu..

    Selamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak.

      Hubbydearie makin tua ni makin cepat sikit berangnya :) tapi marah pun tak berpanjangan. Kalau buat kerja memang tekun dan HD pun jenis yang independent orangnya.

      Delete
  10. Assalamualaikum...

    HB to HD~~~ may Allah bless you..

    Ohhhh selalu mmg cmtuh kan kak...kne yg contra dgn pasangan..mcm magnet...bila tak sama kutub barulah boleh menarik...dan mcm puzzle..saling melengkapi kannn...

    Apa pun cara HD akak tu...sofia tetap nampak akk bahagia dengan family akk..

    regards,
    Triplesmiley



    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Terima kasih, Sofia...

      Kalau perangai sama je suami isteri macam tak thrill pulak kehidupan berumahtanggakan. Berbeza sikap tu yang buat kita kekal bahagia walaupun kadangkala ada je bertikam lidah, berselisih pendapat :)

      Delete
  11. Happy birthday to ur hubby kak.. semoga pjg umur dan murah rezeki yer..
    walaupun tak pernah tgk pic, so anggap jer lah pernah kan.. hahaha
    biasanya mmg pasangan hubby wife ni mmg kontra kan. klu dua2 senyap, garang pun payah jugak. tak ceria rumah tangga. hehe..
    ambooiiii memandai je ko Lyn!!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lyn.

      Hahaha...anggap ajelah dah pernah nampak, dah kenal lama ya :) Nak tempek pic memang takdalah. Kalau HD tau ada pic, mahu akak kena tazkirah dari Subuh hari ni ke Subuh esok tak habis-habis. Hahaha.

      Amboi, amboi... memang dah boleh sangat ni bersuami :)

      Delete
  12. Owh! 5 hb yer....Selamat harijadi utk HD...semoga panjang umur dan berbahgia selalu disamping isteri dan anak2 tercinta...
    Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Bunda atas ucapan birthday untuk HD :)

      Delete
  13. Happy belated birthday to HD...
    Moga terus dimurahkan rezki dan dipanjangkan umur :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Nur. Semoga dimurahkan rezeki buat keluarga. Amiinn...

      Delete
  14. happy birthday utk hubbydearie..lahir sama bulan dengan besan ya!

    ohh rahsia umur ya..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Bila pulak birthday besan ni? Nak kena start blogwalkinglah.

      Btw, happy belated birthday buat besan juga ....

      Delete
  15. asalkan HB mau ikut blk kg pon dh bertuah kan.buatnya tak mau blk kg naya la mommy.. :)

    selamat hari lahir juga lah buat HD.
    smga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ciksu. Kenalah toleransi juga bila macam ni. Kalau dulu asal balik kampung raya je, mesti nak masuk panggung sekali dua tengok wayang. Kadang-kadang hattrick dibuatnya. Kata HD, bosan duduk di rumah bila ramai sangat tetamu. Penat dok baring sensorang dalam bilik. Hah, tau pun bosan dan penat. Tapi taklehlah nak kata apa, dah namanya suami. Mana tau esok lusa HD pulak terlebih peramah dari MD.

      Terima kasih atas ucapan harijadi tu ya, Ciksu!

      Delete
  16. ooooooooooo... gitu... suka nyuruk dlm bilik rupanya HD ni ye. hehe.. hepi bday to him too. dengan ucapan, rerajin le balik BP tu dan kalau balik, silalah duduk lelama skit. baru la boleh jadi jawa sejati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Lyd. HD tak mahu jadi Jaws, nak jadi penghuni tetap kota metropolitan gitu :)

      Katanya sekarang ni kalau balik kampung halaman sendiri (negara HDlah) pun rasa macam tak leh lama-lama, rasa macam rindu je kat KL. Ada ke gitu? Nasiblah Mami yang kena datang melawat anak dah anaknya sama je macam menantu mithali ni - si tanggang lupakan kampung halaman. Hehehe.

      Delete
  17. kawin dengan mat salleh apa ke?
    dia tak biasa gamaknyer, tu yang terperap dalam bilik aje tu

    yelah, namapun laki bini kan
    memang ada kontra
    kalau saya ni jenis cakap berlapik, kalau suami saya idak
    kalau dia kat ko busuk, memang tulah maksudnya

    kadang risau orang terasa hati
    tapi itulah en suami saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... HD memang bukan orang Malaysia itu yang perangainya lain macam sikit. Yalah asyik kena tolerate je dengan sikap isteri mithalinya ni. Dah duduk di sini, kenalah lebih ikut cara kitakan... Kalau saya yang duduk di negaranya, haruslah saya ikut cara mereka juga :)

      Delete

Post a Comment