Salam Syawal kawan-kawan!
Hari ni marilah kita bersambung cerita perihal raya kedua dan ketiga di kampung. I berada di kampung setakat 2 hari raya je, ya. Hari raya ketiga seawal pukul 8 pagi kita dah bergerak balik ke Kuala Lumpur. Hubbydearie dah panas punggung lama sangat di kampung ...
Separuh hari raya kedua pun kami masih lagi di rumah menyambut tetamu. Masalahnya dengan my family ni, kalau nak start bergerak mesti nak berkonvoi. Kalau tidak, semua pun tak mahu berjalan ke mana-mana. Padahal orang-orang yang 'wajib' berada di rumah menyambut tetamu tu bukan semua termasuklah cik ah kak yang mengomel ni *__*
Lepas Zohor macam tu barulah dapat keluar dari rumah. Itu pun dua, tiga kali juga terpaksa bertangguh. Baru nak keluar, ada tetamu sampai. Kita tangguh dulu. Baru aje masuk dalam kereta, tengok-tengok ada pulak kereta tetamu masuk. Kita masuk balik dalam rumah.
Dahlah kali ni Hubbydearie turut serta nak beraya tetapi dek kerana 2,3 kali asyik keluar masuk rumah, nak give up dah Hubbydearie ni. Lebih baik berehat dalam bilik tidur katanya ...
Tuan rumah pulak aka my sister, kena bawa anak menantu dan cucu ke Muar untuk melawat sanak-saudara sebelah arwah suaminya. Maka, terpaksalah konvoi berpecah dua.
Kami ke rumah my one and only mak saudara sebelah my mak (kakak kepada my mother). My mak saudara ni walaupun lebih tua daripada my mak, beliau masih kuat lagi. Kadang-kala aje jatuh sakit, maklumlah usia dah meningkat. Tapi kalau dibandingkan dengan my mak, nampak beliau jauh lebih muda daripada adiknya sendiri. My own mother disebabkan tak berapa sihat nampak jauh lebih tua daripada usianya yang dah masuk 77 tahun....
Kalau dah namanya beraya ni, tak bolehlah lama-lamakan. Walaupun sesekali bertemu, kena gerak cepat sikit. Kalau nak bergosip bagai, buka cerita segala memang tak dan lah nak ke rumah sanak-saudara yang lain.
Lepas tu kita gerak ke rumah my sepupu aka salah-seorang anak kepada mak saudara yang satu ni. My sepupu ni baru pindah rumah dekat dengan Taman Soga. Yang nak beraya pulak semuanya orang KL. Masing-masing tak tahu jalan. Main rogerlah my sister yang ke Muar tu kerana beliau je yang expect bab-bab rumah sanak-saudara ni. Dua, tiga kali juga sesat barat barulah berjumpa rumah my sepupu ni.
Kebetulan pulak bertemu dengan saudara belah my father yang dah bertahun-tahun tak bertemu walaupun sama je semuanya tinggal di Kuala Lumpur. Gitulah ya kehidupan di kota metropolitan ni. Kalau setakat adik beradik tu mungkin jugalah bertemu sekali sekala. Kalau dah nama saudara jauh tu, memang tak payah ceritalah. Kalau tak raya, memang tak jumpa jawabnya....
Walaupun beraya di dua buah rumah je, Hubbydearie dah mula nak ajak balik. So, nak tak nak, kami pun baliklah ke rumah. Nak ke semua rumah my sepupu anak kepada mak saudara yang satu tu (kebetulan semua pun tinggal di Batu Pahat), mereka tiada di rumah. Masing-masing beraya di luar kawasan....
Sampai rumah, tengok ada tetamu yang sedang menunggu. Ada juga sanak saudara yang dah sampai tetapi tak masuk rumah kerana my mother takda. Yalah, memang saudara mara semua nak bertemu dengan my mak berbanding dengan anak-anak mak ni...
Lepas Maghrib, dapat panggilan daripada anak perempuan bongsu my aunty tadi. Suruh datang beraya di rumahnya kerana dia baru je sampai dari rumah mak mentua. So, kita pakai baju raya sekali lagi dan pergi beraya. Kali ni Hubbydearie tak ikut. HD nak berileks-rileks dalam bilik.... I okey ajelah. Bukan tak pernah jadi begini, malah selalu pun!
Wah, my cousin's house ni memang cantik sangat dekorasinya. Walaupun rumah murah, lepas diubah-suai, memang cantik. Memang boleh masuk majalah deko-deko rasanya. Melangkah pintu masuk je, dah bau wangi-wangian. Bilik air pun macam bilik air hotel jadinya. Biasalahkan bila bertandang rumah sepupu sepapat memang habis semua penjuru kita redah. Dah tuan rumah pun dengan penuh glad nak ajak kita meninjau rumahnya. Kita ikutkan ajelah ...
Al malang sekali, seluk-seluk handbag, rupanya I tertinggal he-ho di rumah. So, takdalah ambil gambar rumah orang ya *__*
Di sini je kami berborak sakan sampai 1 jam. Nasib baik Hubbydearie tak ikut. Kalau tidak memang dah kena jeling dengan ekor mata dah I ni. Sedar-sedar dah pukul 9 malam. Itu pun kami terus meluru ke rumah sepupu yang seorang lagi sebab mereka dua beradik tinggal berdekatan. Malangnya sepupu ni takda di rumah pulak. Kita baliklah dengan perasaan hampa...
Sampai rumah, ada tetamu lagi! Entah pukul berapa tamat terima tetamu pun I tak pasti. Biasalahkan, bila balik beraya tentu terus menuju dalam bilik nak tengok suami tercinta, manalah tau kot terpengsan ke dok sorang-sorang lama sangat dalam bilik.
Malam tu I kenalah mengemas segala 'harta-benda' untuk dibawa balik ke Kuala Lumpur. Bila balik KL ni memang lebih banyak pakaian kotor berbanding yang bersih. Main sumbat je dalam beg Ikea. Senang kerja den ....
Esok seawal pukul 8 pagi kami dah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sebenarnya ada marhaban di rumah my sister ni tapi kami tak tunggu. Hubbydearie dah tak boleh tahan nak balik ke 'kampung halamannya nan tercinta'.
Salah seorang anak my eldest sis ikut sekali kerana nak tumpang sampai ke Linggi. Sampai KL, memang flat tapi being supermak, I terus ajelah mengemas segala harta-benda. Habis semua pakaian pun I basuh, jemur dan lipat siap-siap pada hari yang sama. Tak sanggup mata I dok jeling-jeling segala beg dan pakaian kotor tu semua. Malam tu bila lapar, kita geraklah pergi Jom Bali *__*
Balik rumah menonton TV sambil buka kuih raya yang dibeli. Sambil masuk dalam bekas kuih, sambil mengunyah. Rasanya lebih banyak yang kunyah masuk mulut berbanding yang masuk dalam bekas kuih *__* Eh, takpalah bukan ke I yang beli!
Oh, dah tamat cerita raya I di kampung untuk tahun ini ^__~
As salam sis....
ReplyDeleteI'm muncul-ingggg tapppiii tak tahu ler brapa lama bertahan ni hahahahaha...
neway Selamat Menyambut Aidilfitri
Maaf Zahir Batin....
raya raya ni memang biasalah singgah rumah sedara mara kan...
i pun buat style touch n go je sbb kalo dak tak setakat sehari sebuah rumah lerr...
oh yes...balik kampung time raya...
balik rumah mulalah kita buka kedai dobi kat rumah kan huhuhuhu...
missssss you and your boys and your citer2....
slow slow i pi khatam citer2 you tau...
Wa'alaikum salam, sis Rasp!
DeleteLamanya tak muncul-ing dalam blog, windu-windu semua cerita 'terkandas' di tengah jalan tau! Apa yang busy sangat tu? Main game ke? Hahaha...
La sis, ni nak touch n go pun susah. Sedih betul. Ada je halangan. Selalu sangat gini gayanya jadi macam malas pulak nak beraya. Penat gak terkejar sana, terkejar sini dek kerana suami simpan dalam peti sejuk kat rumah. Yalah kalau lambat balik, takut dah frozen. Kalau balik beraya cepat sangat macam tak best sungguhlah!
Kedai dobi I buka sehari je - 24-7 mesin tu bekerja overtime sampai naik lembik nak merajuk rosak tau! I don't care... janji pakaian kotor tak nampak dalam bakul baju :)
Alahai.. besar mata saya baca pasal rumah lawa tum tapi kecik lagi lepas keciwa tak ada gambarnya... bestnya pergi ke rumah orag yg kemas dan lawa kan? Seronok dapat perhatikan saja pun..
ReplyDeleteHD ni, sama macam masa saya balik kg la, dr kampung arwah nenek lama nak boleh balik, asyik ada org datang je, akhirnya Papa N balik dulu, saya tinggal sebab nak beraya dengan tetamu yang sedang datang..
Meriah nampaknya raya kat kg MD ni. Bila ramai macam tu, pasti ada macam2 hal kan.. biskut dah abis ke tu?
Bukan disengajakan, AN. Betul he-go tertinggal. Superheroes lah punya pasal. Suka sangat godek ambil he-ho Mommy dalam beg sarat barat tu!
DeleteRumahnya memang kemas. Dekorasi simple tapi nampak cantik dan kena je pada pandangan mata. Budak-budak yang dijaganya seramai 7 orang tu semua ikut kata. Masing-masing tak masuk 'kawasan larangan' dan diajar supaya jadi seorang yang kemas. Sampai makpak sendiri terkejut tengok anak-anak balik rumah pandai menyusun kasut, menyusun barang sendiri dan tak tahan bila rumah sendiri kotor. Aduh, kita ni bukan main lagi kata susah nak keep rumah teratur sebab ada dua anak lelaki yang melasak. Ke memang malas? Hahaha ....
Kuih raya macam sendiri je yang lebih banyak menghabiskannya :)
Kalai dekat saya pun nal hantar Nazif pd saudara MD ni.. hihi.. batu kemas sikit rumah saya jadinya kot.. itulah, sebab ada dua hero boleh jadikan alasan mak yang malas macam saya ni. Mak saya kata anak hntar pagi la boleh saya kemas rumah pagi 2 jam sblm ke sekolah, tapi agaknya apa saya buat? Haha
DeleteSah-sah tengok drama Korea nih :)
DeleteEh..... yg tertinggal heho kat entri ni rupanya hehe.... terkomen kat entri lepas ....belasah ajelah...
ReplyDeleteMemang ah...penatkan balik kg ni...kena packing baju bajan pas tu balik KL kena basuh baju banyak letih tau.....nak melipat lagi kusss semangat mak....
Sekali dapat keluar rumah bukan main lagi beraya sampai lebam nampaknya hehe
Takpalah, kita faham. MakJilap tengah asyik makan kuih siput sambil mengomen...itu yang tersilap masuk kandang....
DeleteNasib baiklah balik kampung setahun sekali. Kalau sebulan 2x, mahu nangis-nangis sambil membasuh, melipat/menggosok baju. Sekali balik walaupun takat 2 hari je tapi pakaian mak datuk,macam nak terus pindah ke kampung je gayanya!
Nasib mak paham ek.....maklumlah dah jadi jiran sebelah berzaman...
DeleteTulah yg mak hadapi tiap tiap bulan tau beb......Tak pelah demi bonda tercinta!
Nasib baik bonda tercinta kita dah jadi orang Kay El juga maka tak perlulah tetiap bulan meredah hi-way :)
DeleteStyle org kita memang macam itulah. Baru nak keluar rumah tapi asyik tak jadi. Keluar-masuk-keluar-masuk itu yg buat HD boring tu. Tradisi apalah agaknya dlm hati dia kan... Kita yg dah biasa tak rasa apa. Lagi bila dah berbual lupa masa berjalan. Itulah sebab HD suka duduk dlm bilik aje.. relaks:)
ReplyDeleteTapi kita ni dah macam tradisi tak puas jenjalan beraya walau balik sebenarnya penat bukan main..
Kalau tak gitu pun memang HD ni malas nak ziarah menziarah, kak. Entahlah ikut perangai siapa. Tapi masa di kampung halamannya asal Mami kata jom gi ziarah rumah mak/pak saudara, bukan main turut lagi. Katanya itu lain - kena tunjuk kita respek pada ibu kita. Yalah tu.... Masa mula-mula kahwin dulu kalau ada saudara mara datang rumah, HD keluar bersalam lepas tu duduk dalam bilik mengulit komputernya. Nanti tetamu nak balik, barulah HD keluar bersalam. Gitu ajelah....
Deletehihi..standard la kan hari raya..klo blh semua rmh nk serbu..lg2 y jrg2 leh jumpa.. mmg skali lepak skejap2 je..sbb byk lg rmh y menanti..x diakui..letih..memang letih..tp seronok leh jumpa ramai org.. hubby tu letih sgt kot.. hehe
ReplyDeleteKalau ikutkan hati yang setahun sekali balik kampung ni, raya ajelah yang kita boleh berjumpa berborak sakan dengan saudara dekat dan jauh. Tapi dah HD macam tu gayanya, kenalah akur. Walaupun tak perlu pilih mana nak balik, dapat balik kampung sendiri pun setakat 2-3 hari je. Oh, syahdu gitu !
Deletebetul tu kak....hubby lieya pun jenis suke konvoi2...lagi2 kalo jalan raya...meriah org kate...lagi byk kereta lagi laa meriah...terase2 mcm berjalan raye heheehehe...
ReplyDeletekak tang balik kg beraye mmg syok...jalan sampai pagi bersambugn ke malam...makan pun sedap2....tapi tang baju kotor yg tekumpul tu mau tepuk kepala kan kak...nak cuci dah ramai2 kat umah tu jenuh gak nak tgu turn mesin basuh....hihihih ...redhoo je laa bawak 'bekal' baju byk2 yg perlu dilaundry kan kak hihihihihi
kak, tingin plak nak tgk umah kazen akak tu...rugi tul akak tak snap....
HD lain macam sikit, Lieya. Kalau boleh nak gerak satu famili je. Tak mahu konvoi-konvoi. Ni cerita kalau gi jenjalan makan anginlah. Kalau balik beraya tu, memang jangan haraplah HD nak ikut beraya. Sebab tu akak beritahu sanak saudara 'suami dah kena simpan frozen je dalam peti sejuk'!
DeleteLupa bawa handphonelah, Lieya. Tapi kalau ada handphone pun belum tentu akak tak segan silu nak ambil gambar rumahnya. Yalah, rumah orangkan ...
Seronok kalau keluar beraya beramai2...tuan rumah nak berjamu pun senang ...sekali harung jer satu keluarga...
ReplyDeleteBetul tu, Bunda. Takdalah kena fikir nak masak apa, nak jamu apa setiap kali tetamu datang. Tapi kalau dah pertengahan, hujung-hujung tu dapat merasa kuih raya jelahkan...
DeleteFrust jugak lah kan.. pergi raya rumah orang tak ada dirumah.. nak menunggu malas, jadi kena pergi tempat lain dulu.. tahun ni akak pun tak banyak sangat berjalan MD.. kalau tak satu hari sampai 5 buah rumah diterjah..
ReplyDeleteSayang betul HD dengan kampung dia yg tercinta ni ye :D
Yang itu memang tension. Dahlah rumah yang dapat diziarahi memang limited dek kengkangan masa yang ada tetiba takda orang pulak. Memanglah hampa...
DeleteAduh, kalau sehari 5 rumah memang saya surrenderlah. Dah tentu-tentu superheroes ni buat hal. Sorang monyok muka, sorang lagi dah tak terkawal kelasakannya :)
Oh, memang sayang...maklumlah KL my second home gitu :)
jeles tengok umah yg pandai deco2 nih..
ReplyDeleteadik nampak encemlah!!
Saya pun sama je feeling, Mar. Kalau tengok deko rumah orang cantik, mulalah balik rumah tak keruan. Habis semua kena punggah. Hahaha...
Deleteseronoknya bertandang dari satu rumah ke rumah, kira okey juga mummy boleh bergerak tanpa suami... ala, baru nak tengok cara deko ruamh tu.
ReplyDeleteBiasa dah jalan tiga beranak sekarang. Kalau masa Adik masih baby lagi, memang siksa sikit. Kenalah bawa kakak sulung yang tolong menjaganya. Dah imun dengan perangai HD dalam bab ziarah menziarahi ni. Dah tak guna nak bertikam lidah lagi :)
Deletemcm rumah my mum jugak lah. baru nak keluar dah sampai tetamu. terpaksa lah masuk balik. sbb tu tiap kali raya, ade jer yg standby kat rumah. tapi normally dorang nak jumpa my mum jugak. klu takde, dorang sanggup tunggu or else, ada jer yg call suruh balik hehehe
ReplyDeleteSiksa betul nak keluar rumah. Baru pakai baju raya nak berjalan, orang datang. Baru pakai kasut nak masuk kereta, tetamu sampai. Baru nak start enjin nak keluar dari perkarangan rumah, kereta lain pulak masuk. Itu yang rasa macam malas je nak keluar rumah raya pertama dan kedua. Raya ketiga biasanya dah marhaban. Memang nasib akaklah tiap-tiap tahun raya tak dapat kunjung mengunjung sepuas-puasnya.
DeleteRumah cousin awak tu, fit the description " Luar Setinggan, Dalam Condo"..hahaha
ReplyDeleteIsh, DZ ni... jatuh kelas kita sebagai orang BP tau! Kat BP mana ada Seting Garden? Tak kelas tau.... Hahaha... tapi kalau kat KL memanglah sesuai tagline tu - Luar Seting Garden, dalam Condo Maniam! ^__^
DeleteRumah my cousin ni kat rumah murah kat Taman Bukit Pasir. Hah, taman lagi tau :) Tapi serius memang kemas, cantik dan teratur je rumah cousin saya ni. Tak sangka saya ada cousin ala-ala Eric Leong tau! Napalah tak menurun sikit ilmu deko-deko tu kat saya.....
Last-last baju raya buat baju basahan untuk cuci pinggan mangkuk, gelas cawan di dapur. Nikmatlah tu sebab dapat pakai baju raya duduk buat kerja kat dapur. Bukan selalu pun berbaju baru bila di dapur ni :)
ReplyDeletesamalah kita mummy, adik beradik memang tak akan berjalan ke rumah
ReplyDeletesaudara mara kalau kitorang tak ada
sanggup tu menunggu kitorang
sama aje belah saya or belah suami
baru happening kalau ada kitorang katanya
awat ler boelh tertinggal handphone...idak boleh tengok gamba umah cousin tu
cam dah boleh bayangkan based pada cerita...hehe
Saya memang kalau kakak yang sulung tu tak gerak, kami pun tak gerak. Dan kalau banyak sangat rumah nak pergi, memang saya kena balik dululah kalau suami ikut sekali.
DeleteAnak-anak dok main handphone sampai tak perasan pun tertinggal di dalam bilik. Yang sadisnya, rumah sepupu ni memang saya tak pernah sampai. Selalu jumpa dia di rumah maknya (aunty saya) dan saya raya ketiga biasanya dah balik KL. Sepupu tu pulak raya kedua dan ketiga dah berangkut beg balik rumah mak mentuanya pulak. Memang tak berjodoh nak jumpa masa raya. Kira inilah first time dapat sampai rumahnya. Selalu dengar cerita je kata rumahnya memang cantik. Rugilah tak dapat snap satu gambar pun....