Bila HD & MD bersantai ^__^

Salam Selasa kawan-kawan!

Hubbydearie and I jarang ada masa senggang bersama. Maklumlah makpak yang ada anak-anak sedang membesar ni, memang takda peluang nak rasa feeling-feeling romantik berbual berdua-duaan. Pantang duduk je ada yang menyelit kiri-kanan, tumpang tadah telinga juga mendengar perbualan.

Biasanya mulai dari jejak kaki ke rumah lepas balik kerja sampailah anak-anak lena, HD and I memang takda masa terluang bersama. Selain  daripada riuh-rendah dengan superheroes yang ligat tu, memang takdalah kami nak berbual. Biasanya HD dengan gadgetsnya dan I dengan never ending housechores dan anak-anak.

Kadang tu bila I memasak di dapur, HD ada juga nak ajak berborak tapi I main ah, oh, eh, ya ke ...itu ajelah sambil tangan ligat dan sebenarnya tak dengar betul-betul pun apa yang dikisahnya oleh Hubbydearie *__* 

I ni pulak kalau dah di dapur ada kepantangan. Anak-anak nak buka petisejuk pun I dah 'mengaum'. Semua orang dilarang masuk ke area Masterchef. Prohibited area, okey. Kalau ada yang masuk, memang kena sound system jek memanjang *__*

Kadang tu dapat juga spend masa bersama bila kami berdua memasak di dapur. Itupun asyiklah bertikam lidah dek kerana HD asyik usik perkakas memasak di dapur atau menggunakan my favorite pisau. Lagi bertikam lidah bila masing-masing nak buat task yang sama pada waktu yang sama. Apalagi, saling salah-menyalahkanlah jawabnya. Akhirnya salah seorang kena halau keluar dari dapur. Selalunya HDlah....

Tapi kalau HD nak buat masakan Uzbek, memang I menghalau diri sendiri sebelum kena halau ^__^ Sebab itulah sampai sekarang I tak pasti apa ingredient yang HD selalu bubuh dalam masakan. Dengar cakap mulutnya aje tapi tak pernah nampak. Kalau tanya lebih, disuruhnya I google aje. Senang!

Masa untuk bersama biasanya bila anak-anak dah tidur which is lebih kurang dah dekat tengah malam. Masa tulah nak berdiskus pasal hal ehwal dunia dan semasa (tipu), gosip lite-lite, kongsi cerita dan apa sahaja yang nak dibualkan especially hal anak-anak dan kehidupan seharian. 

Bila ada waktu senggang bersama tulah selalunya kami jadi budak-budak, dok berkongsi lawak jenaka dua benua kalau tak pun berborak hal-hal yang ala-ala sengal sambil tak kering gusi dok gelak. Precious time to me, walaupun entah apa-apa yang kami borakkan. Bukan senang ya nak dapat peluang begini termasuklah semalam bila anak-anak dipinjam oleh my niece sekejap. Kiranya masa beginilah kami nak exercise mulut kasi otot-otot semua tegang kembali dek kerana asyik dok gelak berdua-duaan jek...

So, semalam kami pergi tengok si giant pandas -Fu Wan dan Feng Yi. Oh, no.... bukan di Zoo Negara tapi dalam TV je. Majalah Tiga semalam *__*

Sambil sibuk makan mi kari udang galah Hj Shahrudin yang famous amos tu (ya, kami makan lewat semalam sebab lepas Maghrib keluar rumah mencari something tapi tak dapat pergi makan kat luar macam selalu....lah itu pun nak kena habaq kat semua!), kami pun berborak kosong....

Dear, look, look, look! Famous gila si panda dua ekor ni. Naik kapal terbang kalah VVIP. Dia dua ORANG jek dalam airplane tu kot (sambil sedap menghirup kuah kari marbeles...)

Memanglah, dah namanya MASKargo. Mana ada ORANG lain selain dia dua EKOR! (selamba jek HD jawab tak tengok pun I...)

La tengok Dear! Kita pun takda gambar kahwin lekat kat badan kereta. Dia berdua siap ada gambar terpampang kat body airplane! Serious gila glamer tau panda dua ekor nih!

Oh, my! They eat 40kg of food daily. Kalau kita makan macam tu, sure tak leh bangun (gelak HD sambil hirup kuah kari tak sudah-sudah...)

Tapi it's okey. Mereka dietlah. See, their favorite food cuma bamboos je. Surelah tak gemuk. Walaupun selera makan mereka much better since sampai Malaysia, tak gemuk pun. Jom kita diet bamboo, nak tak?

Eh, berat mereka more than 100kg okey. I lagi ringan...

Of course ler... you nak lagi berat daripada mereka ke apa? Makan ler 50kg of food daily kalau tak terkangkang kiap nak pakai seluar nanti!

See, 'bapak angkat' mereka (aka penjaga zoo) lagi ringan. Kecil molek je orangnya. Anak buah bukan main alahai berat. Camna nak gomol...

Bukan dia kena angkat sekor-sekor pun nak gomol... apalah you ni! (Eh, faham gak HD ni perkataan gomol tu apa ya...)

Dear, I heard you have to pay RM20 kalau nak tengok si panda nih!

Alah, apahal you jakun sangat. Kat Tashkent I tak heran pun nak masuk zoo tengok panda. Eh, ada panda ke kat zoo sana? I dah lupa!

You pernah masuk zoo ke? Bila?

Pernah! Long time ago when I was just a small boy!!! (Ek, eleh... )

Nah, you see, you see, you see... Sekarang HD dah mahir berbahasa ibunda. Jangan main-main nak dok ngumpat beliau. Boleh borak sambil gurau-gurau kasar lagi. Tapi takdalah sampai letak tangan kat tengkuk macam jiran sebelah I tu .... Hiks!

Moral of the entry?

Takda moral pun *__* 

Just nak bagi tahu, kita ni makpak orang memang sentiasa sibuk. So selalu aje mengabaikan pasangan masing-masing. Jadinya kalau ada sedikit masa yang dapat dihabiskan bersama berdua-duaan tu, eloklah jangan bergaduh. Lebih baik berkongsi cerita walaupun cerita yang dikongsi tu tak tahu logik ke tidak *Ngeh*

 



 




Comments

  1. Untunglaa jadi panda tu..dilayan mcm raja..raja pun xde gambar tpampang kat airplane tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan panda dua ekor ni, Berescort bagai. Kalaulah dapat layanan yang sama, fuh....

      Delete
  2. dah tua tua ni dah malas nak layan borak dah MD ..tengok tv pun lain2..acik nak tengok cerita korea..en.suami nak tengok cerita tamil..jadi dia mengalah le..dok luar sorang2..bila acik dah habis tengok cerita korea..acik masuk bilik..dia pulak ambil peluang tengok cerita tamil sorang2..macam tu la..hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Acik... pecah rahsia! Suka tengok cerita Korea juga ya. Aha, tengah tengok cerita apa? The woman that married thrice? Good daughter Hana? Temptation atau Angel's Eyes? Hiks...saya pun tengok juga tapi lepas kena tazkirah dengan HD, saya serahkan remote control pada yang lebih berhak. Sekarang saya layan online je bila HD tak perasan. Hahaha...

      Wah, suami Acik minat cerita Tamil? Very rare tu. Cerita Hindustan tu saya taulah ramai yang minat sebelum kena tsunami K-pop ni!

      Delete
  3. ala-ala, tomey dialog laki bini ni ye
    pasal panda pun boleh jadi cerita...baguih ler tu
    kalau kita pula, memang jenis dua-dua suka celoteh
    tasa meja makan bercakap, atas moto bercakap,
    pendek kata, bercakap aje keja kami suami isteri ni
    ada aje benda nak cite termasuk MB selangor...wahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel tak, comel tak Kak Ton????

      Aha, bukan senang nak berborak dan dua-dua dalam mode yang sama. Kalau sorang nak senyap, sorang nak berceloteh pun tak jalan juga. Kat meja makan pun kami boraklah tapi tak lebih-lebih. Anak-anak dok perhati dan dengar je. Borak takda yang kena label PG13, SX18 ke tau... Kalau anak-anak dah tidur tu hah lain cerita, dari hal ehwal semasa sampailah ke jalan cerita yang tak tahu betul ke palsu.

      Oh, kita pun cerita gak pasal politik ni tapi kita kutuk semua parti. Hahaha!

      Delete
  4. ololo borak dalam bahasa mesia rupa-rupanya korang ni. maknanya, i perlu berhati2 komen kat blog ni, terutamanya part puji2 u mahupon HD, nanti kot2 dia terbaca, kang dia faham, bangga plak dia.

    MD tapi betul, bila dah ada anak ni, masa utk kita berkomunikasi dgn pasangan jadi terhad. Kena cari waktu yg sesuai utk berbincang dan gurau senda, lawak bodoh yang selalu kita buat dgn dia waktu takde anak dulu. Tapi waktu yg terhad tu, sekali dia muncul, sangat la akan jadi berkualiti. Betul tak. Saya kadang2, berborak je macam biasa walaupun ada si kenit. Mungkin sbb dia kenit lagi, jadi takde efek sgt nak buat tak nampak kehadiran dia. Walaupun selalunya mulut dia yg lagi riuh menyampuk tak tentu hala, sepatah haram tak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tengah polish bahasa kebangsaan, bahasa kita. Hahahaha... Eh, HD dah mahir cakap melayu, kalau nampak lelaki muka macam pak arab (alah macam mat azghul lah senang) atau tak tahu apa nationalitynya silalah berhati-hati. Terror beb HD berbahasa kebangsaan. Cuma kalau ambil UPSR, memang kena tunggu soalan bocorlah kalau nak dapat A. Hiks!

      Seriuskan, memang takda masa nak duduk santai lakibini. Betul, masa tu cukup 24-7 tapi nak serasikan mood memasing tu alahai sukar. Adakala kita nak borak, dia nak tidur. Kita nak masak, dia nak borak. Kita sibuk siapkan anak, dia nak bercerita. So susah sekarang ni....

      Si Luth di sana tak faham lagi okeylah. Kalau dah faham kenalah rate ikut level perbualan lakibini tu nanti...

      Delete
  5. Rugi weyh kalau dapat peluang masa berdua duaan tp tak pegang tengkuk haha...... Eh! Tapi kita kurang percayalah kalau duk berdua tu tapi cuma berexercise mulut jer takkan anggota lain tak berexercise kot kihkihkih.....

    La ni sejak anak dah besau besau pasangan jilap ni mmg banyak masa bersama sampai tak berbuallah. Mak, kalau time dia pegang hp barulah mak berani capai hp jugak tengok blog hihi....

    Malam tadi mak pun tengok Pandas jugak ......yang tak sangkanya siap ada kek tu....Pergh..... nasib mak tak jadi pengasuh panda kalau tidak harus kurus panda tu memanjang bagi makan bamboo jer....

    Respect kat HD, baru tau yg dia rajin ke dapur rupanya. Tak pernah cerita pun?
    Tetiba teringin nak makan mee kari buh kerang sedap yek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah OKje ni. Ni cerita kat ruang tamu. Cerita dalam bilik tidur takkan nak masuk blog. I is perempuan melayu terakhir yang penuh kesopanankan, remember, remember or not? Hahaha...

      Kadang kita tak melawak, tak bergurau tapi kita bersiku-siku berketuk-ketuk gitu. Especially kalau anak-anak ada sama. Lepas tu teruklah makpak ni disikukan sekali, dah kita yang mengajar. So, kalau nak lawak-lawak romantik kenalah tengok masa, OKje. Anak-anak tengah membesar, bukan main lagi ligat dok kiri-kanan nak menyampuk makpak bercerita....

      Ahah, kalau saya yang jaga panda tu saya akan belikan mereka kek kat SR je. Dahlah mahal, sedap pulak. Mesti menggebu-gebu panda tu membesar sebagai johan. Lepas 10 tahun nanti, negara China pun tak kenal panda tu mereka yang pinjamkan!

      Alah, bab-bab cerita suami kan kena tapis....lagipun kalau tak cerita saya masak, takkan nak cerita HD pulak masak. Jatuh lagi sekali waterface Kak Ton tau!

      Delete
    2. Tadi baru terbaca komen kat blog Yana Yani pasal photobook tu.....Amboi bukan main lagi ngumpat mak yeh.....
      Clever betul jiran mak ni tau......rasanya, photobook tu nanti tiga suku page tu jer mmg penuh gambo mak ngan Pak Jilap huahaha.... anak anak sorang selai page jer....cukupppo

      Delete
    3. Huhuhu...Mak baru tahu. Lambat betul Mak pick up tau. Hahaha....

      Ni kena minta maaf ke Mak sebab mengumpat tanpa izin? Nantilah kalau jumpa kita bersalam-salaman hari raya ek :D

      Alah, kalau Mak tak cakap pun memang kita semua tahu. Dia nak buat photobook khas kenangan lakibini jek. Anak-anak bukan setakat sorang selai page, silap haribulan satu je gambar setiap anak dalam photobook tu. Maklumlah, banyakkan gambar kenangan pegang sana sini nak simpan.

      Opppsss....

      Eh, Mak! Ni entri pasal kita suami isteri apasal pulak ada kisah photobook Mak lakibini? Salah entri ni.... jom kita gi balik kat entri YY sambung ngumpat !

      Delete
  6. Sebenarnya masa itu ada aje cuma masing-masing kena ada persefahaman. Kalau dah kat dapur dua-dua nak guna pisau yg sama hmmm... memang kena mengalahlah salah satu. Tak kan nak bertikam pulak hihi... Adik tu alert tau mahu-mahu dia sound direct. HD boleh tahan kan pandai masak. Kalau kakaklah memang sanggup makan aje apa yg dimasak hubby kalau dia macam HD. Relaks sikit:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah, kak rimas kalau dua-dua kat dapur! Bukan mengeratkan 'silaturrahim'. Silaturrahim yang ada pun habis berkecai. Bersiku-siku, berebut-rebut sapa nak potong bawang, sapa tak nak buat ni. Kecoh ^__^

      Pernah juga saya puasa HD tolong masakkan makanan tradisional negaranya yang menjadi kegemaran saya. So romantic, ya tak kak? Hahaha...dah feeling-feeling romantik pulak kat blog. Habislah bocor rahsia semua!

      Delete
  7. Bila baca perbualan MD dgn HD tu memang nampak sangat HD tu dah fasih berbahasa melayu.. senang sebenarnya belajar bahasa melayu ni kan.. takut juga ye MD termengumpat HD tu ye ngeh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeylah sekarang ni memang HD fasih berbahasa. Bolehlah buat ajak bergelak, bertepuk bertampar dalam bahasa ibunda. Tapi kalau ikutkan level HD sama je dengan Abang. Hahaha....

      Saya nak belajar bahasa Rusia, HD suruh postpone je sebab susah katanya. Sedangkan kerja dengan Jepun bertahun pun tak belajar bahasa Jepun inikan pulak nak belajar bahasa Rusia. Ada je alasan HD bagi tau....

      Delete
  8. Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan baca di sini :D

      Delete
  9. takat ni tak eksaited pon nak tengok panda..cam takde pape yang menariks perhatian..
    borak gelak2 tu dah kira lomantik la MD..jarang2 berlaku kot..hehehee
    cam kawasan larangan tuh, ahahhaa zee pon gitu..pantang anak masok dapor mesti ngauman kena halau..takleh arrr rasa serabut..dah la ruang dapur sempit..nak bukak peti ais amik air pon marah kemain..kesian dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun takdalah excited mana....kalau nak bawa pun sebab anak-anak. Tapikan HD tak mahu masuk zoo tengok Panda sbb dia kena bayar total RM70 sebab bukan warganegara. So katanya lebih baik makan kat AlRawsha kenyang sepanjang hari :D

      Saya memang tak suka kalau tengah memasak kat dapur, orang lalu-lalang keluar masuk. Memang saya mengaum macam rimau betina. Kalah rimau yang ada kat zoo. Hahaha...

      Delete
  10. Emak ayah yang busy memang kena cari masa ajelah bila nak spend masa berdua. Hehe.. walaupun tak ada pengalaman lagi, tapi macam faham jugalah situasinya, lebih-lebih lagi bila ada anak-anak kecil yang ramai. =)

    First time singgah di sini.. \[^__^]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah, Faarihin!

      Makpak bekerja memang macam nilah jadinya. Masa terluang untuk berdua-duaan tu makin jauh. Nak setarakan mode bercerita tu bukan mudah. Hehehe....

      Delete
  11. hahaha..si suami pun rajin melayan nye....

    saya pun sama la...walaupun saya tak kerja tapi memang tak banyak masa nak berbual2 dengan suami sebab dia kerja...masa dengan anak2 lebih banyak dari masa dengan dia..Bila dapat berbual bersama berdua je kena la manfaat kan masa yang ada dengan bermanja-manja..eh!!dengan berkualiti...ekekkeek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time HD nak melayan, Diana. Kalau mood HD tak berapa nak baik, memang dengan gadgets jelah dan saya memang status bibik jelah kat rumah tu.

      Kalau dua-dua mood baik barulah mode berborak tu boleh on. Baru boleh gelak-gelak, gurau-gurau manja. Kalau tidak, sama je...nak dok menegangkan benang basah je....

      Delete
  12. Mmg wajib luang kan masa beramaa walaupun sekejap... Kami ni lagilah berkerja dua2.. Sgt2 terhad.. Tpi ttp kna cari masa dating dan berbual setiap hari... Kalau x rasa mcm x best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kita yang bekerja ni memang susah nak luangkan masa berkualiti dengan pasangan. Kalau balik tu memang perhatian lebih pada anak-anak. Suami pulak dengan urusan sendiri, maklumlah bos besar dalam rumah. So, kalau ada masa luang dan dua-dua okey nak bergurau senda, haruslah dimanfaatkan :)

      Delete
  13. Ekekeke...tersenyum2 baca dialog HD ngan MD.

    Sama mcm saya jugak. Memang anak2 tak boleh masuk dapur. Tapi kat dapur tu jugaklah yg dorang suka main..ppffttt...Nak2 si kecik suka main pintu freezer. Stress mak nak memasak. Sejak anak banyak ni memang agak susah nak spend time. Kena curi masa utk pasangan jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, memang betul. Kalau kita kat dapur, time tulah mereka nak minum, nak buat air, nak basuh tangan, nak itu, nak ini. Aduh, tension! Saya memang pantang kalau kat dapur orang keluar masuk, jenguk itu ini. Terus takda selera nak masak. Alah, cakap jelah malas masak lagi senang. Huhuhu.

      Delete
  14. alahaiiiiii so sweet both of you. mcm baru kahwin plak..
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu lagi sweet sekarang dah 'kurang gula' juga. Maklumlah umur dah meningkat, anak-anak pun dah susup-sasap kiri kanan. Langsung tak bagi peluang. Kalau berborak depan mereka, merekalah yang lebih-lebih daripada kita. Hahaha...

      Delete
  15. Wah.. kagumla korang berdua ni. Banyak benda yang nak disembangkan bila berdua. Seronok macam ni kan.. ambil kesempatan sesekali bersama macam ni.

    Kalau kami pulak, banyak berbual pasal anak
    Macam dalam cuti hari;tu, ada satu hari yang saya keluar dengan Papa N sebab urusan rumah ada yang nak diselesaikan. Papa N ni asyik cerita adik macam ni, abang macam ni, makan pisang teringat adik, bila berjalan nampak robot teringat abang. Lepas saya usik dia barulah nak mula sembang hal lain. Tapi rasanya 2 jam terawal sembang pasal anak je.

    HD ni mesti tak nak tunjuk bakat memasak sangat sebab isterinya memang pandai dan rajin tu.. nasi lemak sedap bila nak buat lagi? Nak gi mintak sikit nanti..

    Nak setuju dgn kata MD, kalau ada masa bersama sepatutnya elakkan bergaduh..
    Eh, ke sebab kalau masa kami tak cakap hal anak, kami lebih banyak bergaduh? Haha.. tak pela, bahagia cara ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borak-borak biasa di samping anak-anak tu memang adalah selalu tapi borak sambil bergurau senda suami isteri ni memang jarang sekarang. Maklumlah masing-masing bawa haluan sendiri bila dah sampai rumah. Yang kita ni memang 24-7 dengan kerjarumah dan anak-anak bila dah sampai rumah. Bila dah selesai kerja, dah naik penat. Saya pulak kalau dah penat sampai tertidur bila menonton. Berbulu je HD kalau kerap sangat berlaku. So, bila ada time gurau macam ni haruslah dimanfaatkan supaya rasa berbulu tu tak berterusan, Hahaha....

      HD masak gitu-gitu aje. Pernah juga tau HD buat nasi lemak siap dengan sambal tumis. HD tak tahu pun resepi tapi main bantai je buat melalui gambaran yang selalu dilihatnya bila saya masak. Jadi jugalah cuma sambal tumisnya lain sikit rasa... Hahaha....

      Nasi lemak tu terlaris di pasaran rumah saya, so tak boleh buat selalu. Kalau nak, kena amik order dulu. Kah3x.

      Delete
    2. Ha.. nak order ni.. nasi lemak special 3 bungkus ya. Letak timun banyak2 sikit.

      Delete
    3. Order ditutup hujung minggu. Businesswoman nak berehat bersama keluarga. Hahaha.

      Delete
  16. amboi sekarangni kan orang yang komen kat blog MDpun kemain panjang lagi yerk.. nanti kalau akak komen dua baris tak best pulak.. jadi kita buat cerita lain dulu bagi nampak panjangkan...
    memang tak menang tangan dan kaki kalau dah namanya kerja rumah.. balik rumahjer dah mulalah buat apa patut.. dah kita masak kita layan diaorang makan.. kita makan paling akhir maka kita lah juga yang nak membasuh seanekanyer.. dan nak kemaskan dapur.. ooooh pompuan... kalau suami akak lak memang tak suka bersembang memangler kadang kita bercakap ngan dia cam takder respon buatkan kita hangin satu badanjer.. jadi dalam rumah tangga memang kena ada persefahaman gitu .. kalau dah suami tak nak sembang2 kita buat sembang2 ngan anak2jerle...

    ooo kitapun tengok si pandatu kat majalah 3.. inilah namanya persahabatan antara dua negara.. mungkin kita kena tengok dalam skop yang lebih luas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka dah kena penyakit gila meroyan saya agaknya. Sayalah pembawanya. Salahkan saya. Hehehe.

      Alah, Cho.. pendek ke panjang komen asal ikhlas sudahlah. Saya bukan berkira. Ish, statement mengalahkan artis terlaris di pasaran gamaknya :)

      Betul tu. Biasanya kat rumah saya pun begitu. Yang masak kita, yang basuh kita. Yang kemas kita. Bila bab makan, mereka bertiga makan dulu. Lepas tu tinggal je. Kitalah yang tolong kemas. Baru kita nak makan, budak-budak dah start buat hal. Ish, rasa nak tercekik sentiasa bila makan tau!

      Delete
  17. Masa bersantai borak pasal panda.cute dan sweet betullah MD ni tau.haha..bila dah ada anak mmg difikir2 balik mmg takde masa sgt nak borak dengan pasangan sendiri pun kan..lagi2 klu dua2 pun busy..

    sy dengan en suami so far masih lagi banyak masa terluang bersama..cuma nak spent time dating outing berdua2an tu yg payah..tak sanggup nak tinggal anak2 dekat org..sy ni jenis yg klu boleh nak anak depan mata 24jam..laki takde depan mata 24jam takpe lagi.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak-anak dah besar, mungkinlah masa berdua tu datang semula. Tapi dah dok jemu pulak tak tahu nak cerita apa. Lebih baik beristigfar daripada bergurau senda dengan pasangankan... La ni memang sentiasa tak boleh beri perhatian lebih daripada perhatian yang diberikan kat anak-anak. Bertabah ajelah....

      Saya pernah juga ajak suami tidur kat hotel hujung minggu. Tapi baru lepas beri suggestion lepas tu saya jugalah yang nak angkut anak-anak bersama. Tak bolehlah keluar berdua tinggalkan mereka di rumah. Tak sampai hati rasanya. Tercekik nak makan, nak enjoy bersama kalau anak-anak takda ni.

      Delete
  18. MD..saya menantikan saat begitu. malangnya kebanyakan rumah yg kami sewa, dapurnya cenonet sangat. asyik berlanggar punggung. pernah merasai suasana masak bersama waktu dok klang berbelas tahun lalu sebab dapur besar...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni jenis tak suka ada orang di dapur kalau tengah masak. Kalau ada orang, saya tetiba tak reti masak. Hehehe....

      Insya Allah, ada peluangnya nanti ANIM. Untungkan kalau suami isteri pandai masak. Boleh juga spend time bersama cara gitu...

      Delete

Post a Comment