Jom tengok ...

Salam sayang kawan-kawan!

Hari ni I cuma ada mood nak up gambar makanan. Boleh tak?

Alah, bolehlah.... sekali-sekala je I buat bukannya selalu. Nanti-nanti kita meroyanlah macam biasa. Penat gak tau kepala I ni bila dok menaip entri kerana biasanya apa yang ditaip tak selaju idea yang keluar dalam kepala. Itu yang jadi entri terus never ending story.... Hah, itulah rahsianya *__*

Meh tengok ni...




Dah lama tak makan goreng pisang. Nak suruh goreng sendiri, memang kirim salam sayanglah. I ni bukan rajin sangat orangnya tapi tetap nak mencuba jadi isteri dan ibu mithali kat rumah tu.... 

So kalau ditakdirkan I terbeli setandan pisang dan menggorengnya di rumah, for sure akan tertulis ceritanya di dalam my lovely blog ni yek *__* Kalau takda tu, maknanya memang dia tak pernah goreng pisanglah di rumah ^__^

Puas I melenjan ke sekeliling kawasan mencari goreng pisang. Tapi biasalah, masa kita nak, memang kita tak jumpa satu pun gerai jual goreng pisang. Rasa macam nak belasah jek kalau jumpa satu tau!

Ini pulak I punya lunch bila waktu terdesak. Of courselah waktu bekerjakan. I ni kalau pi melawat kawasan Parlimen, P007 KLCC, memang tak menyempat nak makan lunch. Sanggup tak makan demi keinginan yang membuak-buak nak meronda kawasan dan beramah mesra dengan merchants di sana ...


Kalau macam ni punya harga, bukankah lebih baik makan nasi Arab jek? Lagi kenyang bawa ke malam terus ke esok pagi.... 

Semenjak dua menjak ni, I kan suka menggril memanggang dan mengPAkan segala benda yang ada. Asal boleh panggang je, I fully utilised my PA tu. Daripada terletak memolek je kat dapur selepas dibeli, lebih afdal lagi kalau kita gunakan sampai lebam!

Hasil tuaian, ternakan dan panggangan si MD ...


Ada satu hari tu kononnya I nak masak secara sihat buat the whole family tetiba bila tengok segala menu, tukang masak rasa tak terkecur pulak nak makan. Makanya kita upkan lagi satu menu favorite seisi keluarga (of course kecuali si Bubbly Abang...) 


I ni kan walaupun tak makan sayur tapi bab masak, memang mewah dengan bawang dan seangkatan dengannya. Walaupun takda siapa yang sudi mengunyah cili, I tetap akan cilikan segala masakan I di mana boleh.... (nampak tak cili padi yang I dah cover up sebelum snap photo ni?)

Macam biasalah, seafood tak jalan di rumah. Maka udang tu semua hak mutlak I seorang aje. Nikmat weyh tak kena share dengan sesiapa. Tapi mahu nangis-nangis juga melantak udang cam tu... 

Cerita pasal udang, I ni ada tabiat buruk tau. I suka makan udang dengan kulit-kulitnya sekali. Of course udang galah I tak buat gitulah. Nak aniaya anak tekak ke apa?

Eh, mana lagi gambar makanan I dalam folder ni? 

Alamak, I dah terdelete! Nasib baik...kalau tidak, kesian pulak kat kawan-kawan dok menjamu selera mata je!

 





 

Comments

  1. aduh kak ...dugaan ape kah ini kak oiiiii..... aku puase ni kak ...uwaaaaaa.....menangis tgk pisang goreng tuuu...tgk dari tepung die tau dah mesti garing2...sedapnye cicah sambal kicap....johor kaaaakkkk harus le cecah sambal kicap kakaakakakakak

    menu sihat tu kak ayam grill...senang punsenang....jimat minyak gituuu...makaroni mmg menduga iman kak...lagi2 tgk udang gomok2 ...slurppppp!!
    ye la kak tecekik tgk harga tu...12ringgit hah...gulp!..bak kata akak baik makan nasik arab hahahha takpun pi mkn ciken rice shop ajek tambah lagi 3 ringgit dpt satu set siap starter ngan dessert lagi heheheeheh



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini namanya dugaan berpuasa, Lieya *keh3x* Alahai, sikit punya sedap memasak pepagi sebelum subuh takkanlah tergugat iman setakat tengok pisang goreng jerk? Sungguh tak menunjukkan ciri-ciri kewanitaan tau... Hahaha...

      Betul Lieya, kalau dapat cicah dengan sambal kicap memang terkangkang terkiap tak tentu hala. Aduh, sedapnya.... Akak ni sebenarnya tengah ikut petua Lieyalah.. Akak makan cereal jerk tengahari ni tau....Rasa dah nak menggelupur kelaparan pulak!

      Delete
  2. Waduh..waduh..waduh..keco ailio tgk ayam grill u MD!! tp mak ni mmg kamps style tau nok. tak reti betul nak mkn macaroni or spagetti2 ni. Mmg jd tukang tgk ajelah kowt.

    Org2 dlm family u x makan seafood?? ha ha ha..1 kerugian yg hamat beso tuh! Berbeza lak ngan my family. Mmg hantu seafood semua..ketam udang tu kalo takat2 1-2 kilo,mmg sekali adap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambillah tisu, lap mulut tu, Mak. Terus tak berselera nak cerita pasal makanan. Kita orang pompuan ni kena jaga tatatertib. Kalau terliur pun jangan sampai meleleh. Nah, ambil tisu free ni dapat kat Caltex!

      Betul, semua superheroes tak makan seafood. Kalau meka nampak ketam ke, kerang ke, udang ke, meka belek-belek, cium-cium bau. Saya dah rasa macam nak terkam je tapi kontrol ayu sebab memang akhirnya saya sorang jek makan!

      Eh, lenkali kalau nak gi makan seafood hantarlah jemputan. Tak tolak punya. Asalkan tak kena keluar duit membayo yek :)

      Delete
  3. gambo ayam tu grill tu memang geram sngat2..kami sekeluarga lebih suka yg grill dari goreng..
    diorang semua tak makan udang ke MD?ohh nikmatnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu olang betiga kat lumah memang tak makan cfood. Tak tahu kenapa!

      Tapi saya okey je. Lagi nikmat. Semua seafood sayalah yang punya. Lepas makan memang sendawalah gamaknya!

      Delete
  4. amboi tajuk entry, bikin excited nak klik =)
    haaa...ni yang cikgu nak marah, salah! bukan goreng pisang, pisang goreng!
    rotan kang tau la...eh tak boleh marah-marah sangat dengan bakal besan ni
    hehe...

    ayam dengan pisang goreng tu memang buat besan to be you ni tergoda
    tapi hak yang lain, tak lalu nak telan
    maklumlah, tekak melayu katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Wa punya suka la nak tulis goreng pisang ka pisang goreng! Lu apa silibuk???' (Hah, kan dah tukar jadi Along, bocor rahsia kewanitaanku selama nih!)

      Oppsss...sabar, sabar MD. Awak tu kan perempuan Melayu terakhir. Tak elok bercakap sesama perempuan cam tu. Jatuh waterface keluarga nanti :) Lagipun dia tengah nak usha si Adik tu, sopanlah sikit *__*

      Errkkk...mana saya nak sembunyi ni kalau PK nampak statement usha Adik tu. Tak dapat berbesan dengan orang utagha nanti!

      Delete
  5. Yezza..... mak mengaku ......mmg mak jiran sebelah adalah mak yg rajin walaupun sendiri cakap macam tak rajin.... Tengok ajelah tu aneka menu tuuuuu...
    Tetiba pulak nak cari goreng pisang kat BTHO tu ...oh sedapnya Goreng pisang nangka kat situ.....

    Awak ni suka carbonara yeh rupanya .....
    Hehe....mak dulu pun pernah buat jugak makan udang tak kopek kulit.....sekarang ni si TLBD dah menurun hehe... masuk mulut sekor keluar mulut ekor jer.... hehe ofkos le muncung depan tu udah dibuang kalau tak sure tersangkut kat anak tekak hehe...

    Lama dah tak berpanggang ni ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi cikgu kat atas dah tegur kesalahan tatabahasa - pisang goreng bukan goreng pisang :) Tapi cam takda beza je ek.... Ish3x.

      Kat area sini susahlah OKje nak cari pisang goreng pisang (hihihi..puas hati dpt tulis camni) .Kalau ada yang termengidam, memang lepas habis pantanglah baru dapat. Hahaha.

      Mak, nikmat tau makan udang tak buang kulit tapi katanya tak baguskan. Kepala udang tu of course tak makan, mahu kena tahan kat spital pulak kang...

      Jomlah kita berpanggang bersama-sama, part yang senang saya buat part yang susah OKje take over yek. Awak ada dua anak perempuan haruslah merajinkan diri semua :)

      Delete
  6. masa mula2 pindah tu, laki i belum kerja. dia buka gerai depan rumah. jual goreng pisang.
    kami laki bini ni mnalah tau goreng pisang.. atas usaha kami laki bini kami berjaya menghasilkan rahsia goreng pisang paling sedap seantero malaysia.
    sungguh ada kruk,krak..
    1st time percubaan mengoreng pisang, pisang jatuh ke mangkuk.. keleking, sikit lagi nak pecah pinggang..menunjukkan betapa kerasnya pisang goreng tu..
    haha..
    ada yg minta rahsia.. gtaulah lebih kurang.. kot nanti nak jual pisan goreng lagi..dah ada secret resipi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know, I know. I ada baca dalam blog you sejarah jatuh bangun suami kesayangan you tu... *alah-alah mak datin sedang berborak je rasanya*

      I memang jarang goreng pisang sendiri. Selalunya I beli tapikan nak cari yang sedap memang susah betul. Setakat guna tepung Adabi tu apalah syoknya. Buat panas hati pembeli je, sure tak singgah lagi.

      Ni nak bagi tau rahsia ke tidak ni? Manalah tahu kalau I terniat hati nak beli setandan pisang nak menggoreng kat rumah. Nak masuk blog haruslah ohsem pisang goreng yang I buat tu nanti ^__^

      Delete
  7. Eh... adik goreng pisang ke pisang goreng aha... cuba jawab. Kena tanya bubbly abang dia mesti boleh jawab. Sekarang trend letak cheese lagi MD tapi kakak suka cecah sambal kicap cili padi.

    Macaroni menggoda tu siapa yg habiskan? Kalau kakak sepiring tu kakak boleh habis makan sendiri tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah akak ni.... Ni yang merajuk. Sikit je salah. Kalau sit for UPSR ni, masih dapat A lagi tau. Malulah nak kena tanya kat si Abang....Argghhhh...nak terjun tangga setingkat je rasanya :)

      Dah kena tegur pun kak kat atas tu. Yelah, pisang goreng *__*

      Saya tak pulak tersuka pisang goreng dengan cheese tu. Kalau bab sambal kicap, itu lagilah marbeles. Kalau goreng sendiri kat rumah memang puas makan dengan sambal kicapkan, kak...

      Kak, macaroni tu bekasnya boleh masuk 5 pot nasi. Akak boleh habiskan ke? Wah, respek nih!

      Tapi kat rumah tu saya dengan HD je beria-ia makan. Adik okeylah tapi banyak mana pun. Si Abang tak payah cerita. Habis disedut bau macaroni, sos, sosej dan udang juga. Akhirnya buat decision, akal tak leh terima bau, maka mulut tak lalu nak makan!

      Delete
  8. Dalam banyak pictures makanan tu.. pic pisang goreng tu yg menggoda tekak akak, MD ooiiii.. sodap makan panas2, lepas tu kulitnya garing.. krak kruk mkn.. rasanya macam nak melenjan jugak mencari pisang goreng ptg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam lama sangat kan tak makan pisang goreng :) Tetiba tuan empunya entri pun terliur sama tapi saya ni tengah berazam nak kurangkan gula, carb dan juga minyak. Camna ni ek....

      Delete
  9. Hmm..nampak sedap laa plak macaroni tuh.. ngan udang plak..tuh..heheh nyummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat udang besar semestinya ohsem sangat. Saya dan HD aje yang makan beria-ia :)

      Delete
  10. sebagai anak jati Johor, saya suka makan pisang goreng cecah sambal kicap...hahahhaa...how about u? Tapi kat Shah Alam ni susah nak carik kedai yg jual p. goreng siap sambal kicap...

    Jgn selalu bolot sorang2 tau seafood kat rumah tu...especially udang2 tu..
    Nanti kena goutttttt...
    Ekekekekekkee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, saya pun anak jati Johor gak! Haruslah feeling ohsem bila makan pisang goreng cicah sambal kicap. Pendekata segala gorengan pun nak cicah sambal kicap, DZ....

      Ada ke kat KL/Selangor yang jual goreng pisang dengan sambal kicap? Tak pernah pun saya jumpa!

      Mana ada saya bolot sorang-sorang. Bila semua taknak barulah saya habiskan. Nanti membazir. Hehehe.

      Delete
    2. Ada....nak cari ke? Depan Faber Tower, ofis lama mak....Kat situ walaupun oghe Kelate yg dok goreng pisang tp dia ada sediakan sambal kicap....tp sambal kicap dia idaklah semabeles buat sendiri....tp sap sap soi le....bolehlah ubat kempunan org yg nak mencicah tp malas nak buat....hoho

      Delete
    3. Mak, jap, jap, jap.... Mak dah berhenti kerja lama dulu Mak confirm ke ada lagi penjual pisang goreng tu? Kang kalau orang terjah tak jumpa, orang melalak kang!

      Mak ni kita bukan malas cuma kita takda masa nak buat sambal kicap. Yalah, kita kalau kat dapur selalunya buat menu yang susah-susah jek ^__^

      Delete
  11. Saya baca ni semalam masa tgh penat balik dr sekolah. Agaknya pisang tu masuk dlm mimpi saya, bila saya bangun tidur pada pukul 4 tu saya keluar pergi cari pisang goreng.. hihi.. memang rezeki, dapat la seringgit.. sebab malas nak tunggu yang nak masuk kuali.asalkan dapat..

    Ni kata PK naik seh.. masak banyak2 ni.. hihi.. bagus juga ni kalau merajinkan diri macam ni. Saya pun berkobar2 ni, mulai minggu depan nak buat bento dan bawa ke sekolah..rajin kr tidak untuk konsisten tu entahla. Tapi dah ada beberapa resepi yang saya kenal pasti untuk dicuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik cikgu tak betulkan ayat kalau tidak rasa cam nak meroyan dua kali jek kena tegur. Hahaha...

      Sampai masuk dalam mimpi pisang goreng ni. Tapi kalau pisang tanduk yang digoreng lagi sedap. Terus terbayang sambal kicap dalam kepala saya nih.

      Saya bab masak memang ada musimnya terlebih merajinkan diri. Kalau tidak, memang tak berasaplah dapur, tak terbakarlah makanan untuk dihidangkan :)

      Ya ke nak berbento? Moga kerajinan itu berterusan. Nanti boleh tunjuk dalam blog macam si Lieya buat. Saya pun rajin juga - rajin berangan jek!

      Delete
    2. Weyh.....mak nak cari goreng pisang sat lagi ni.....teringin weyhhhh....

      Delete
    3. Kalau Mak jumpa kat kawasan sekitar Mak duduk tu, bagi taulah yek. Nanti hari cuti boleh kita gi situ setakat nak beli pisang goreng je!

      Delete
  12. MD, saye ni dah seminggu mengidam nak makan pisang goreng tapi tak berkesempatan nak beli. Tapi cita2 MD nak goreng setandan pisang tu haruslah dipuji. semoga berjaya ye buat kenduri pisang goreng. Hehehe.

    Kulit udang tak elok makan la you. Nnti appendix. Mcm mkn biji jambu dan biji cili. Agaknya la. hehe.. Tahniah sebab rajin memanfaatkan PA ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, nak beli? Awat tak goreng sendiri je? Nampak sangat kemalasannya di situ tau tak. Hahaha....mengata orang dia yang lebih, biasalah tu siapa tak kenal I yang suka menyakat :)

      Eh, setandan tu banyak ke? Kalau I makan sorang tak habis ek? Huhuhu.... I nak setandan pisang tanduk. Barulah ohsem dok mencecah dengan sambal kicap sampai blurpppppp....

      Itulah pasalnya, nak buang habit buruk ni tapi bila nampak udang je terus nak terkam tak ingat dunia. Kalau boleh nak makan banyak-banyak itu yang tak sempat kopek kulit. Keh3x...

      Jangan sampai kena gout sudahlah....

      Delete
  13. bagai terasa keranggupan goreng pisang tu...bersama teh o panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu dah kira lama tu, kak. Ni dah memanggil-manggil semula pisang goreng nih. Manalah nak cari.... takpa esok cuti kita beli setandan pisang dan goreng!

      Yalah tu.... ^__^

      Delete
  14. Erk! Tabiat buruk eh mkn udang ngan kulit? LM pun buat gitu. Klu goreng lg la.. Mak aii rangupnya. Tp klu org tgk mesti dorang pelik tgk kita mkn mcm gelojoh x kupas kulit. Sedap wehh..

    Pisang goreng sgt mhl skrg ni dan ramai yg jual pki tepung adabi tu. x sedap kat tekak LM. Ank ramai.. Utk kami lg jimat beli sbb LM sorang je mkn dah sepinggan. Sila percaya tu.. Sebijik pisang tanduk tu LM punya je. Ekeke( jgn tiru aksi org tamak mkn ni)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bagus untuk kesihatan tubuh badan :) Tapi memang sedapkan kalau makan dengan kulit-kulit sekali....

      Saya kalau pergi membeli nampak je mereka goreng guna tepung adabi, memang cancel terus plan nak membeli. Tak best arghhh...

      Okey, percaya sebab saya pun kalau sebiji pisang tanduk memang habis makan sorang sambil cicah sambal kicap!

      Delete
  15. untungnya dia. makan seafood tak payah rebut dengan anak. saya ni selalu kalah dengan si abdul kecil. kalau 8 udang dalam mee, dia makan 6, saya cuma dapat 2. itupun sound awal2.."jangan makan semua, tinggal kat ummi sikit"..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari segi itu memang untunglah, Anim. Kalau makan di luar dalam semua pinggan ada udang, memang sayalah yang jadi DBKL nampaknya :)

      Sebab tiga superhero cerewet seafoodlah makanya saya tak dapat merasa mi udang yang famous amos tu :(

      Delete
  16. kecur tgk ayam tu ... cecah sos pun dah ngam . x yah mkn nasi pun tak pe ... klu kat umah saya , anak buah lasak . letak jer lah kat depan mrk apa saja , mmg licin ! ... saya lak sakit hati klu mkn udang kat luar sebab kena buang kulit sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam panggang boleh makan banyak sikit :) Sesekali dok kerjakan si PA tu memang best. Sampai semualah nak diPAkan oleh saya...

      Rumah saya pulak nafsu nak makan boleh tahan tapi bila dah ada, ada je yang tak sehaluan. Sebab itulah banyak pilihan makanan kalau sekali buat, untuk memuaskan anak tekak masing-masing.

      Delete
  17. omg omg..kecur liur kak tengok makanan2 ni semua..seriously!!! saya pun masak kt rumah skang ala2 je. rajin ngan tidak je. kdg bahan x cukup pun penyakit M tu datang..hehehe. sudahnya makan je la pe yg ada, paling tak pun wat nasi goreng cina je abis cite..simple dimple..utk anak2 paling mudah sekali bila masakkan bubur nasi+kentang..suka betul diorg makan panas2..si kakak pulak lately asyik mintak spageti bolognaise je..adeh..tekak minah salleh la pulak anak dara sorg tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, akak ni kalau nak masak 'ohsem' memang semua bahan yang diperlukan, tak diperlukan mesti ada. Kalau satu je takda, hah mulalah, mulalah penyakit makan luar tu hinggap :)

      Akak tanya kat anak-anak semalam, buat nasi lemak jelah. Kata si Abang 'Okeylah, Mommy! Asal bukan nasi goreng!' Gitu....

      Delete
  18. semua sedap..
    tp salad tu..mak aihh..mahalnya..\tp standard la harga kat isetan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Isetan semua pun mahal. Kalau nak ikat perut lebih baik jangan beli kat situ. Ni dah tersangat lapar dan tak tahu apa nak makan. Fikir balik, nasi Arab dah dapat sepinggan kat Saba :)

      Delete

Post a Comment