Ku berkelana lagi ...

Salam Isnin kawan-kawan!

Hari ni lambat bersiaran atas alasan sibuk. Yalah, kerja makan gaji dengan orang memang beginilah gayanya. Kena jadi pak turut selalu. So, kena selesaikan kerja-kerja yang dibayar gaji dan kerja yang tak dibayar gaji macam menulis entri di blog ni kenalah dikemudiankan...

Okey, okey, I tak mahu mukadimah panjang-panjang. You all pun tak sukakan kalau belum ada intipati dah menceceh je kerjanya. I know, I know.... walaupun I tak nampak tau. I ada sixth sense gitu....

By the way, ini bukan cerita hujung minggu yang baru ni. Ini cerita dua hujung minggu yang lalu. Alah, yang cuti sederet 3 hari tu tapi ah kak jadikan 4 hari terus sempena hari kebesaran Bubbly Abang...

Cik Pah pergi mana?

Ohh.... Ah kak buat day trip dari pagi sampai hampir senja berkelana je Dik Non semua!

Kali ni tengok gambar jelah. Tak dan nak mengarut lelebih hari ni ^__^


Cuba teka kat mana ni?   

Adik yang kerjanya tidur aje dalam kereta. Baru bangun tidur, mamai sikitlah bila Mommy suruh posing *__* 
 
Ya, kawan-kawan. Kami ke Pantai Morib. Jauhnya rasa perjalanan dari KL ke Morib ni. Ini first time buat kami sefamili. Kesiankan...


 
'Adik, tegakkan kepalalah! Kalau tidak pengsan kita kena posing kat sini 18kali Mommy suruh!'


'Mommy! Mommy! Nak terjun tiruk boleh tak?'


Mata Adik ke lain sebab asyik tengok orang main layang-layang

Penatlah Mommy... Dah boleh berhenti posing ke tidak ni?
Tak lama pun kami menghabiskan masa di sini. Sebelum sampai, kami singgah di kawasan rehat Awan Besar untuk solat Zohor dan bila ternampak restoran ayam kampung yang famous tu, apalagi I pun tapaulah kononnya untuk makan-makan tepi pantai Morib nanti. Hajat di hati ala-ala pikniklah, dah lama tau tak buat gitu!

Hubbydearie suruh ambil gambar masjid nanti boleh hantar kat Mami di Tashkent. Sure Mami jealous. Kat sana orang perempuan tak boleh nak solat kat masjid.

Agak-agak lepas Asar, kami pun gerak keluar dari kawasan ni. Dek dah dekat dengan Gold Coast Morib, kami pun pergilah melawat kawasan sekejap. Manalah tahu kalau ada hati nak pergi ke Gold Coast Morib ni nanti. 

Dah terlanjur sampai ke kawasan ni, kami pun decided nak jalan-jalan tengok kampung orang. Kata Hubbydearie, sesekali dapat keluar KL rasa macam seronok. Segarnya bau-bauan yang datang dari pokok-pokok di sekitar. Malangnya I takda tercium bau segar apa pun ^__^ Yalah, kalau nampak pokok kelapa sekalipun, I tak hairan tapi Hubbydearie hairan sangat *__* 

Pemandangan alam semulajadi yang menyegarkan minda, kata Hubbydearie. Tapi minda isteri mithalinya tak pulak rasa sesegar si suami. Awat lagu tu?

So dalam perjalanan, Hubbydearie pun joke dengan Abang, kata nak pindah duduk kampung macam ni. Sebelum Abang sempat jawab, I dah tolong jawabkan...

I tak boleh imagine nak duduk kat kampung, Dear... Lagi I stress kalau tak jumpa shopping mall nanti! Kampung I kat BP pun jauh lagi membangun pun I tak leh duduk kat sana tau! Janganlah you berangan jauh sangat buat masa ni. Dah tua nanti tak tahulah pulak!

Hiks...dasar perempuan lupa daratan! Padahal awak tu asal orang kampung juga *silalah jangan kutuk I yang lupa daratan sekejap*

Dalam perjalanan, Hubbydearie sibuklah memuji akan kecantikan pemandangan di sekitar tapi anaknya si Adik Cute pula lain jawapannya...

Amboi..... cantiknya lo-li! (merujuk kepada lori-lori mainan yang disusunnya dalam kereta Daddy)

Kita suruh Adik tengok cows yang sedang meragut rumput, dia sibuk mencari mana cowsnya sampai hilang dari pandangan. Apalah si Adik ni....

Selepas jauh perjalanan, luas pemandangan, kita sampailah ke sini ....



Tahu dah kat mana ni?



Alahai, ah kak yang first time datang pun tahu bila tengok gambar ni. Hihihi .... *lepuk kang baru tau*

Ni di Bagan Lalang, ya... Gambar di atas tu ialah Avani Sepang Gold Coast. Kami tak menginap di sini. Just lalu-lalang buat menyemak je *__*



Takdalah best sangat pun tapi ingat nak tunggu lama sikit supaya boleh merasa makan ikan bakar tapi Hubbydearie enggak mahu katanya. No mood for bakar-bakar ni....

Lain kali punya ceritalah....

I ni kan memang tak tahu jalan tau. Tiba-tiba kita dah sampai Sg Peleklah dan entah mana-mana lagi. Tapi Sg. Pelek tu I tahulah kewujudannya sebab arwah abang ipar I masa bujang sebelum sempat dating dengan my sister, pernah mengajar di kawasan ini.  

Puas kita pusing sampailah bertemu litar F1 di Sepang sana. Ingatkan nak singgah KLIA2 lagi, dok posing sampai patah pinggang dan lebam kaki tapi malas pulak rasanya. 

Cuba tengok kesesakan jalanraya ni.... dari lampu isyarat kat Sg Pelek tadi sampailah bersambung-sambungan ke KLIA, okey. Nasib baik kami menentang arah, kalau tidak haru-biru juga dok dalam jem macam ni....


Sampai rumah masing-masing dah letih. Kita menonton movielah anak beranak sampai tertidur.







 












 


Comments

  1. Md, dah tak berapa muda ni tak pening ke dgn shopping complex.. i skrg xleh g shping mall lama2.. pening..
    i suka keindahan alam semeta.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, setuju dgn PB. Saya pon dah makin takleh nak register masuk dlm shopping mall. Rimas nak maut rasenya. Tapi still suka tgk pemandangan bangunan. Tapi suka jugak pemandangan pokok2 dan alam semulajadi. Dah tu, aku ni mana satu, 2-2 suka. huhu.

      Aku paling tak tahan tgk gmbr adik yg mcm dah penat sgt kena posing tu. heheh.. mesti mummy dia pakse posing nih. Baca entry ni, aku rase mcm idea yg bagus juga pergi ke kawasan luar bandar skit mcm ni, then boleh lalu banyak tempat. Pantai Morib pun aku belum pernah sampai. Nmpak cam cantik gak tempatnya.

      Delete
    2. Awat ni bersengkongkol tak geng dengan I? Sadis rasanya ...

      PB, cakap ajelah 'kalau dah tua memang pening keluar masuk shopping mall'. Amboi bukan main beralas - tak berapa muda katanya....

      I suka gak keindahan alam semesta tapi I tak terujalah nak berpiknik bawah pokok getah, pokok pisang. Nasib baik HD tak ajak piknik bawah pokok durian tau!

      I cuma tak leh duduk kat kampung sebab I dah lama melupai kampung halaman sendiri. I kan si Tanggang versi perempuan jelmaan gitu :D

      Delete
    3. Okey, okey kalau dah 2-2 pun suka senang je. Masa tak berapa tua, dok aje kat bandar. Masa tak berapa muda nanti dok aje kat kampung. 2-2 dapat merasakan, Lyd :)

      Tengok muka dua superheroes ni pun dah tahu betapa bosan dan terseksanya kerana terpaksa berposing. Tapi nak buat macamana, syurga di bawah tapak kaki ibu. Kenalah ikut kata. Hahaha...

      Delete
  2. Betullah beb....dahulukan mana yg wajib, yg harus ni nanti nanti pun tak per...

    Beb....gi Morib tu nak buat apa ? Jalan jalan jer ker?.....Setakat tengok lembu pagut rumput baik tengok mereka kat padang UPM tu hehe....

    Weyh mak pun lum sampai area sini lagi sebenarnya....teringin nak gi Gold Coast Morib mcm best jer kan.....Rugilah weyh tak pekena ikan bakar dah sampai Bagan Lalang tu org kata murah dah fresh....ye ke idak....entahlah.....

    Lama dah tak pekena ayam kampung kat Awan Besar tu....ada lagi yeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak bila pulak jatuh hukum harus tulis blog nih?

      Bukan ke wajib? Hahaha ....

      Saja je nak jalan-jalan menyedut udara segar di kampung orang. Lagipun kita orang tak pernah sampai Morib lagi, OKje. Tengok orang tulis dalam blog pasal Morib, kita pun cemburu buta jugak!

      Actually, Adik tak kenal lembulah, OKje. Kita suruh dia tengok lembu berpuluh kali, dia siap cakap - Mana cows, mana cows?

      Padahal sikit punya banyak lembu tengah meragut rumput kat celah-celah keheningan daun pokok kelapa tau!

      Gold Coast Morib tengok gambar macam best tapi tengok dari dekat macam tak best. Gitu jugalah dengan Avani Sepang Gold Coast tu. Dah lama saya aim nak ke sana tapi tak juga sampai. Rasa macam dah berkurun tak tidur hotel, berenang-renang di tepian swimming pool dan sebagainya.

      Ikan bakar kat Bagan Lalang tu saya dah pernah makan. Lama dululah.

      Ayam kampung tu pulak apalah susah sangat. Pergi ajelah kat Velodrom Cheras tu. Sebesar-besar alamlah OKje!

      Delete
    2. Kisahnya......adik tak kenal lembu sian awak dik oiii....
      Velodrom Cheras tu kat mana...mcm pernah dengar tp tak sure mana tempat...dekat Jalan Yaakob Latif yek

      Delete
    3. Alamak nama jalan tak tahulah... tapi Velodrom ni betul-betul kat tepi roundabout besar tu, alah satu jalan nak ke HUKM semua tu, kalau dari Cheras, Kajang. Kedai ni dekat tapak down town bazar tu, Okje.

      Delete
  3. Nasib la acik tak lupa daratan macam MD hi hi..teringin nak dok kampung tapi rumah mak dah nak runtuh..adik pulak bercadang nak bagi abang duduk bila buat rumah lain nanti..balik sesekali je la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... nasib baikkan Acik :) Saya setakat ni memang tak terfikir nak berhijrah ke bandar kecil. Selesa dok di KL walaupun penuh sesak nafas dengan pelbagai masalah persekitaran.

      Delete
  4. saya pun orang yang tak boleh dok kampung.lama2..balik kampung takat sehari dua boleh la..nak lebih dari tu memang tak boleh..bosan..heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah, ada geng!

      Sejak dah tua ni makin menjadi-jadi kesombongan nak jadi orang bandar :) Masa muda dulu bukan main lagi, sebulan paling sikit 2 kali balik kampung. Rasa meriah je. Mungkinlah sebab abah dah takda, mak saya pulak dah duduk dengan kakak di KL. Itu yang menjadi-jadi sikap si Tanggang menular dalam diri :D

      Delete
  5. Hahaha..I think your husband sukakan suasana kampung / pokok2 kelapa sawit/etc sebab dia membesar di suasana yg lain, bukan di Malaysia...kita yg dah get used dgn kampung/ pokok2 ni, naik boring nengok nya...camtu lah kalau org malaysia gi oversea tgk salji, teruja bukan main...tapi mat saleh pulak dah boring, nak dtg tropical countries masa winter utk panaskan badan :)

    masjid kat Tashkent mmg tak bagi langsung wanita solat kat masjid? even waktu hari raya/ terawih pun? abis tu kalau wanita ber musafir, nak solat kat mana? kat tepi jalan? bawah pokok? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu, DZ. Dulu-dulu HD terexcited nak piknik bawah pokok getah. Tengok pokok pisang pun boleh jadi jakun. Saya ni terpegun gitu, rasa pelik. Dan HD pun pelik apahallah kita ni jadi jakun bila nampak salji. Padahal sejuk gila tu, boleh pulak happy-happy nak main salji walaupun dah tua :)

      Bab ni susah nak cerita. Knowing me, nanti kena buat satu entri berpart-part pulak. Kat sana tu memanglah kata je muslim tapi teguk arak. Masjid pun untuk orang tua-tua. Orang muda jarang masuk. Boleh masuk tapi 'diperhatikan'. Perempuan memang takda nak solat kat masjid. Ala, Tashkent tu bukan ada apa sangat. Shopping mall pun tak best. Jangan terkejut kalau namanya kedai runcit tapi minta gula takda. Pergi kedai runcit lain, tepung pulak takda. Itu standard. So takdalah nak berjalan lama-lama kat luar. Dok rumah jelah senang sikit solat. Mostly memang tak solat pun.... tapi my in laws memang consider orang alimlah... solat tak tinggal. FIL tu orang kata jangan gi masjid, dia tetap tak peduli.

      Delete
    2. Ooohhh..ok..ok...
      Tq atas pencerahan nya :)

      Delete
  6. Cantik dah pantai Morib.. dah lama tak jalan2 ke sana.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru pertama kali sampai pantai Morib. Nampak cantik dan bersih. Sedap hirup udara segar :)

      Delete
  7. LM pernah g sekali je morib. Tu pun singgah jap je. Duduk kat tembok tu ngeri pulak sbb tinggi sgt. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagilah ngeri. Tak duduk pun kat tembok. Anak-anak datang dekat, saya lagi jauh dah jerit. Verylah kuat menjerit :)

      Delete
  8. cantik jgk pemandangan kat morib.

    Feel free to visit mine.

    http://vitalicious2u.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak cantik. Kalau pro ambil gambar, mestilah lagi cantik suasana.

      Delete
  9. ye la MD.. kerja mkn gaji mcm kita ni, apa2 pon kena la buat y big bos dulu.. tp lya x sempat nak buat entri kt ofis ni. biasa klo ada time cuti weekend ke..skali harung schedule untuk seminggu (kalo sempat laa).. sbb tu selalu entri backdated.. nk bw pon, btl2 cari masa.. kdg tu time rehat sempat la bw.. apakandaya..ku hanya kuli makan gaji.. hehe.. syukur... dh ini rezek kita kan..

    pantai morib ni satu2nya pntai y terdekat dgn KL kan.. klo kat sini lak sepanjang pjalanan ada pntai.. pilih je nak pntai apa.. hehe. dah nama pon pantai timur kan..

    ye la.. duk kampung biasa tua2 ok la kot.. maybe lebih suka ketenangan.. kalo lya pon suka duk KL sebab banyak bangunan batu leh terjah.. haha.. kat kemaman ni pom bandar kecik je.. nk advance sikit turun kuantan je la.. mujur jarak kemaman-kuantan dekat je.

    lya teringin jugak nk bercuti kat gol cost morib tu.. nak feeling mcm oversea sikit.. org kata kat sana cantik kan?? ye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja kat office ni takdalah teruk sangat. So bila tak banyak kerja memang saya buat entri on the spot. Ada juga yang auto publish tapi jarang sangat kejadiannya. Kecualilah memang dah tahu minggu tu akan sibuk. Silap haribulan bila sibuk, langsung tak update blog.

      Rasa macam quite jauh juga dari KL nak ke Morib tapi takpalah sebab sepanjang perjalanan tu suasana aman damai sajakan :)

      Bestkan kalau nampak pantai hari-hari. Saya nak kepinginlah nak ke Terengganu. Nak pujuk-pujuk HD tapi cuti pulak sudah habis ditelan kerasukan bercuti 24-7 jek :) Pepandailah nak hidup nanti kan ....

      Setakat ni rasanya belum boleh duduk kat bandar kecil. Rasa macam terpenjara. Saya release tension dengan window shopping sampai tenat. Lepas tu rileks rasa kepala nih :)

      Gold Coast Morib tu tengok gitu macam tak best tapi kalau tengok dalam gambar memang ohsem. Tak cuba tak tahu. Sesekali kena juga terjah Lya.

      Delete
  10. Singgah sat memalam ni.....Mak ai!!!cepatnya tutup lampu bilik!kehkehkeh

    ReplyDelete
  11. Dalam dok sibuk2 tu pun sempat lagi menceceh...faham sangat...apa2 pun dua hero tu tetap menjadi super medel superb blog MD...
    Thumbs up yeow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, mana ada? Semuanya fakta je, Bunda. Huahahaha ....

      Kalau tak menceceh, hidup saya tak ceria. So kalau nak ceria selalu dan awet muda macam jiran kiri-kanan, kenalah sengeh sokmo :)

      Delete
  12. Saya pun belum pernah sampai Pantai Morib.. Lagi lah kesian... huhuhu
    Saya pula jenis tak suka tempat sesak.... Masa hubby keje kat KL dulu, rasa tak boleh hidup jer tgk kesibukan bandar KL... orang kampung katakan, ahaks...
    Sbb tu suka jer keje kat teganu...
    Drive pegi keje pagi2 dah boleh tgk pantai... tenang jer rasa tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah balik Malaysia, jalan-jalan bercuti ajelah, Nur. Masa tu nak oh, wow, oh, wow pun takpa. Orang tak ngumpat sebab baru balik dari obersikan... Hahaha....

      Bab sesak tu saya pun tak suka tapi bab merewang dalam shopping mall tu my favorite. Hiks!

      Delete
  13. cantiknya kan .. jarang pegi atau tak pernah kot ..hehe

    btw, saya adalah agent shaklee. saya ada exp tentang slimming guna kawalan kalori, senaman dan ambik shaklee. boleh whatsapp saya jika ingin guna shaklee ye. thanks ..:) 012-985 1718

    saya follow blog ye.. cantik..keep it up. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru first time sampai!

      Insyallah, nanti saya terjah kembali.

      Delete
  14. Hehe tulah MD...blog ni mcm business sendiri, sendiri boss sendiri pekerja...terpaksalah buat kerja yg dibayar gaji dulu kannn walaupun klu boleh nak jadi penulis blog jek sepenuh masa haha berangann je lahh kann..amboii MD, sakan berjalan dr Morib ke Bagan Lalang ya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah takda kerja sesangat, Linda. Asyik terjah pusat membeli-belah aje hujung minggu. Macam bosan pulak :) Ni plannya hujung minggu nak keluar KL. Entah berjaya ke tidak, tengoklah camna :D

      Delete
  15. jauh tu berjalan sampai ke morib.. luas permandangan yer tak..
    morib dah cantik dah skrg.. Lyn pergi pun dah 3 thn lepas..
    mesti lagi cantik agaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu kalau nak ke Morib, ditanya pulak ada apa kat Pantai Morib. Bukan boleh main air pun. Maka hasrat tu sentiasa tertangguh jelah. Tapi kita jadi nyatakan hasrat tu dua minggu lepas :) Cantik juga tempat ni. Nampak bersih dan nyaman aje. Of courselah tak leh compare dengan KL bab-bab alam semulajadi ni tapi still, tak leh juga dok kat mana-mana kampung kat Morib tu. I rasa nak fitam you.... Hahahah!

      Delete
  16. morib saya x sampai lagi . teringat pasal najis babi disalurkan terus ke pantai morib . sekrg ada lagi ke idak , x tau lah . bagan lalang dah byk kali sampai . sesuai utk mandi sbb pantainya landai tapi tak luas . klu cuti umum mmg penuh dgn org ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arrghhhh...tolong jangan cerita! Tapikan okeylah kot sebab kita tak dapat main air pun. Air surut :)

      Eh, saya tak nampak pun part mana yang boleh mandi-manda kat Bagan Lalang tu. Maybe saya tak explore habislah ni.

      Delete
  17. Sudahnya. makan kat mana tapau ayam kampung tu MD.. tak ada gambar berpiknik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dalam kereta bila dah sampai kat Pantai Morib :) Terkial-kial memasing nak makan pakai tangan. Omak yang bersusah payah mengendalikan kerja-kerja pembersihan :D

      Si kecil on the way dah kata lapar dan-dan juga terus saya bagi makan. Nasib baik Mommy ni terlebih prihatin. Pinggan mangkuk semua pun ada dalam kereta :)

      Delete
  18. akak kalau kampung akak sendiri tak mungkinler kot.. ha.. ha.. sebabnyer kampung akak terlampau kampungnyer.. .hatta kita batukpun orang akan tegur.. masa balik kampungtu nampakler der orang beli air teh bungkus... dah kena kutuk "bini dia tu malas sangat"... ha. tak sanggup... mulut orang kampung akak laser sangat...
    tapi kalau nak balik Ipoh anytime memang dihajati. tapi tak merasalah sebab suami orang KL sejati.. Ipoh still macam kampung aman damai tak banyak shopping complex tapi orang dia tak sebusy body orang kampung akak...
    anyway kalau bercuti akak suka tempat yang alam semulajadi dan bersejarah.. sbbtu kalau dnegan adik akak memang diaorang tak suka sangat sebba diaoarng suka tempat shopping ... kalau der tempat shopping baru kata best.. cam Langkawi dengan Pangkor.. mesti diaorang pilih Langkawi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang tak bolehlah, Cho. Duduk bandar kecil pun tak boleh. Saya dah terbiasa lupa daratan :) Kalau tak menyinggah kat mana-mana tempat shopping saya rasa susah hati, stress sangat. Penyakit serius dah tu. Tapi kalau keluar dari KL, jalan-jalan makan angin memanglah saya suka natures. Terasa aman damai dalam jiwa. HD pun sama. Kalau nak keluar KL semata nak shopping, haruslah dia tak mahu. Saya nak ajak gi Langkawi (shopping) tapi dia tak mahu. Kalau nak jenjalan makan angin gitu, okey katanya...

      Lama dah saya merayu nak gi jalan ke Ipoh. Tak dapat lagilah, Cho. Tengok banyak benda boleh pergi lawat kat Perak dalam blog Cho, saya teruja je lebih. Entah bila dapat jenjalan kat Perak. Serius dah lama sangat tak ke area sana!

      Delete
  19. amboi, sementara saya nak komen kat sini pasti MD tengah terfikir nak karang entry baru pasal percutian hujung minggu ni kan? Seronoknya tu dapat jalan jalan tepi pantai.. tak kisahla kat Bagan Lalang tu pantainya tak seberapa, yang penting dapat keluar jalan-jalan ya...

    haha... setuju juga sikit pasal rasa tak sesuai kalau nak balik bermastautin di kampung. sekurang-kurangnya pada masa ini saya fikir macam ni, kalau dah tua nanti entahla macam mana fikiran. Dah biasa dengan kehidupan yang dinikmati sekarang ni, takut tak membiasakan diri kalau balik kampung nanti... tapi, Papa N pernah cakap nak balik kampung saya bila dah tua sikit... mengadalah tu saya jawab.. nak menumpang tanah mak kita beri, belilah sendiri.... hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....macam tahu je, AN ni :)

      Eh, memang betul! Setakat umur sekarang ni memang tak boleh nak duduk kat kampunglah. Lagi terpencil, lagilah tak boleh. Rasa macam nak sesak nafas je gayanya. Rasa macam dalam kegelapan, belum nampak ketenangannya. Hahaha ....

      Sampai hati AN. Biarlah menumpang, nama pun tanah bini dia jugak. Keh3x....

      Delete
  20. tengok gambar memula dah agak pantai morib
    gambar kedua bertambah meyakinkan, biasalah port lepak sekeluarga...hehe
    pelik MD ni tak suka dok kampung
    kan lagi tenang tengok pokok, dengar bunyi ayam lembu, barulah adventurous! =)
    kalau saya baru tenang tengok hijau
    katanya orang yang lembut...tapi apa kena mengena lembut dengan hijau
    hehe...bengong tul saya ni, affected dengan cite MD...hehe
    tapi siu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah saya rasa macam duk dalam penjara tau setakat mendengar bunyi angin sepoi-sepoi bahasa, ayam lembu kambing mengembek je. Saya ni setakat jalan-jalan makan angin bolehlah. Nak suruh duduk terus kat kampung, rasanya pendek nafas macam orang nak lemas. Hahaha....

      Dasar perempuan kampung lupa daratankan *__*

      Delete

Post a Comment