Si budak kacamata

Hello, hello...

Ada lagi bersidai kat sini? Ahah, ni barulah I boleh mengomel. Pagi ni ada sedikit sibuk, maklumlah boss I kan famous - The Three Stooges. Macam-macam kerenah, macam rasa nak kena sebat dengan rotan je masing-masing tau!

Dahlah minggu ni air-cond di pejabat ni mogok, tak berfungsi dengan baik langsung. Rasa macam duduk atas bara. Panas membahang, sampai merah padam muka rasanya. Cair make up, basah ketiak dibuatnya. Betul-betul aniaya pekerja ni namanya!

Ahah, baru terasa panas macam tu dah nak mengamuk-ngamuk berleter tak tentu pasal. Apalah agaknya nasib  di sana kalau tak sungguh-sungguh berada di jalan yang benar ya.... Bayangkan ajelah. Ish, ngeri pulak nak bayangkan! Lebih baiklah kita beramal dari sekarang...

Eh, ni nak cerita apa sebenarnya? Memang sah-sah tersasar jauh benar dari tajuk. Apa kena mengena mukadimah di atas dengan budak si kacamata pulak? Confused tak? Of courselah confusedkan kalau Kak Ton sendiri tak faham apa yang Kak Ton taip. Nanti sat no, Kak Ton nak gi minum Beauty Umaira. Peluh Kak Ton dah meruap dah ni. Hilang keremajaan Kak Ton sampai berfikir pun ala-ala kilauan emas jek!

Ni dia si budak kaca mata tu....

Shhhh....Adik tengah hafal lagu Girls Generation, jangan disturb!


Siapa lagi kalau bukan budak comel-cute-mute-dan-dia-sahajalah-yang-paling-cun-di-spekmata-MD....

'Mommy! Mommy! Adik cun tak?'

Abang dah merajuk spekmata barunya dikebas dek Adik
Oppss, minta maaf ya kalau terlebih puji anak. Tapi sebagai makbapak memang semua pun sama sifatnya -anak kita ajelah yang paling comel, paling bijak dan paling bagus dalam dunia ni. Kalah anak orang lain. 

Nak buat macamana, dah itu sifat mak-mak penyayang katanya .... 

Alkisah nak gelak kalau teringat apa yang berlaku dalam gambar yang pertama tu. My sister ada di rumah. Lepas tu minta tolonglah adiknya yang tak berapa mesra media sosial ni ajarkan kakak macamana nak cari resepi dalam internet, nak main balas-balas komen, like-like dalam FB, tinggal-tinggal mesej gitu (Hiks! Ya ampun, kakak kesayanganku sudah 59 tahun umurnya baru kenal ini semua) 

Bila Adik Cute nampak my kakak and I sibuk guna tab, dia pun apa lagi. Teruslah berlari ambil tabnya. I ni kan rabun, so masuklah dalam bilik nak ambil spekmata.. Kalau tidak, haram tak nampak apa. Maklumlah rabun orang tua (sebelum kena ngumpat dengan jiran-jiran lebih baik ngaku dulu)

My sister pun memang pakai spekmata. Maka si Adik ni tak puas hati. Dia pun masuk bilik selongkar handbag I nak cari spekmata jugak! Itulah hasilnya.... konon rabun jugalah tu.... 

Geram betul, rasa nak cubit pipi kiri-kanan si Adik ni lepas tu gomol sampai terkekeh-kekeh atas karpet!

 

 

Comments

  1. comelnya dia pakai spek mata..encem dan bergaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua spek mata orang. Spek mata kaler pink sendiri tak mahu pulak pakai. Macamlah dia nampak clear pakai spek mata tengok youtube :)

      Delete
  2. hejhehe..abang memang kuat merajuk ke??jangan la suka merajuk nanti adik suka usik..ahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abangkan Mommy's boy. Memang kuat merajuk. Tengok cerita sedih, hiba hati. Tapi kalau dengan Adik ni tak kena gaya, kena lepuk gak si Adik. Masalahnya, Adik dah pandai lawan balik. Itu yang Abang tak tahan ....

      Delete
  3. Serious tepu kalau aircond ofis rosak tau!!! Patutlah pendik jer entri pagi tadi haha.....
    Kira sebijiklah dia meniru gaya mama dengan mak sedara dia yeh......dari spek hingga ke tab dia tiru.....
    Ohhhh tok sah risau Mak Jilap mmg dah biasa dengan perangai mak mak dara.... tak kira perangai apa pun.... Alah setakat puji anak sendiri, apalah sangat.... biasalahkah sapa lagi nak puji kalau bukan mak sendiri hehe.....
    Tapi adik cute ni mmg cute pun... geram jer Mak Jilap tengok rasa nak geget campur gomol jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pepagi baju dah basah. Kepala dah nak pitam ni. Tak sabar nak tunggu pukul 4.30 petang. Padan muka company kalau nak apa-apa semua nak import dari Japang. Hah, rasakan...Eh, siapa yang kena ni. Dah tentulah kita orang yang kena padan muka sebab bekerja dalam penuh kehangatan!

      Alah, Mak ... tak mahulah main gigit-gigit cam tu. Kalau berani nak gigit, ni hah omaknya....mehlah datang gigit :)

      Delete
  4. Cun...adik cun melecun ..memang dabommm..geram tengok dagu dia tu...jarang tau nak jumpa orang dagu camtu...

    Kalau dapat kau siap!...gigit-gigit nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda.... tak leh gigit! Kalau nak gigit, hah ni report polis sudah mai...sexual harassment. Hahaha!

      Delete
  5. memang betul2 encem tu MD..tak salah dipuji..acik pun puji adik encem memang encem..hari ni mana gambar abang encem pakai cermin gelap.
    ajar la kaak MD tu..lebih kurang acik la masa mula2 dulu..anak2 je yang ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar Abang takda sebab sekarang ni sudah jual mahal kalau suruh bergambar. Muncung 18 depa gitu...

      Delete
  6. ooo.. sbb dia jeles tgk makcik dan mummy nya pakai spek. sbb tu pakai jgk. agak lawak jugak bila imagine. yelah, budak2 kan , setiap gelagat dia tu akan jadi bertambah lucu sbb dia tu kiut sgt.

    nak tanya, kat mana nak beli spek mata itam untuk budak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cari spek mata sendiri bingkai pink tu tapi dalam kereta Daddynya. So rembat ajelah mana jumpa. Spek mata budak-budak kalau yang RM10 tu melambak Lyd jual kat luar Tesco/Aeonbig kat shopping mall pun ada gak kat bahagian kanak-kanak.

      Delete
  7. teringat lagu lama2 dulu "budak kacamata" tajuknya..
    kecik2 lagi dh pandai bergaya.. tunggu besar nnti... kalah HD hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, itu bukan ke nama kumpulan?

      Yang kecik ni memang terlebih over-over gitu. Kalau dia rajin, pakai apapun nanti dikatanya - Mommy, amik kamera!

      Delete
  8. Patutlah dalam rumah pun pakai spek itam.. nak lawan dgn mommy rupanya... Tapi adik cute mmg comel.. geram jer tgk dia..
    Saya pun mak penyayang jugak... suka puji anak sendiri.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kita dalam golongan yang samalah tu. Makanya janga khuatir, memang kita ni mak yang baik, penyayang gitu :)

      Dia geram semua orang guna tab pakai spekmata so dia pun nak juga!

      Delete
  9. amboi..kemain semua nak pakai spec ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Excited lebih...entah nampak clear ke tidak bila pakai spek tu ^__^

      Delete
  10. mmg x selesa nak buat kerja bila panas nih . sabor walau ketiak sudah hangit gitu . wah! encem si adik ... pewwit .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik hari ni dah back to normal. Kalau tidak, bekerja dalam kehangatanlah lagi ...

      Delete
  11. Hehehe..kiut miut si adik pakai spek mata itam gituuu!!

    ReplyDelete
  12. comel walaupun main rembat ja org punya hehe

    ReplyDelete
  13. aduhai menantu ibu pakai apa pun hensem..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm... tengoklah besannya siapa... Eh, kita bukan awak! Hahaha....

      Delete
  14. Mujur saya duduk tepi pintu besar, kurang rasa kesan kalau air cond rosak..tapi kalau budak2 di kelas pula merungut panas, ayat yang di neraka panas berjuta kali tu selalu juga saya jadikan modal pujuk diorang. Hihi..

    Adik ni anak Mommyla nampaknya.. suka ikut apa mommy dia buat ya..kat rumah ni pun yang selalu kecoh sebab jenis suka rembat barang orang juga.. adoi hati mama ni berbelah bagi, last2 dua2 kena marah.. baru adil..nak je buat macam masa saya kecil, mak akan buang terus makanan kalau kami bergaduh berebut masa makan. Tapi saya tak sampai hati nak buat gitu. Tambah dgn malas nak masak ...sekali.. hhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panas membahang AN...rasa nak pitam dah. Habis lencun baju. Guna kipas tangan je. Nak tergeliat rasanya. Cakap kat boss kalau air-cond tak repair cepat, kerja pun lambat sebab sebelah tangan je boleh buat kerja, sebelah lagi pegang kipas - PANAS!

      Kat rumah tu Adik yang garang sikit. Abang ni lembut sikit tapi bila dah naik angin, habislah Adik kena sekeh. Last-last dua-dua kena debik. Degil sangat asyik sorang menjerit sorang merengek. Sakit telinga Mommy tak khusyuk nak buat kerjarumah !

      Delete
  15. kalo bkn kita, sape lg nk puji ank sendri kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...betullah tu. Nak harap orang puji anak kita berbakul-bakul, kena bagi hint sikit-sikit. Lebih baik kita ambil inisiatif untuk puji anak kita beribu kali sehari. Hehehe ...

      Delete
  16. saya pula terbalik tau kat opis ni
    saya orang tak tahan panas, mudah sangat berpeluh obviously memang sebab
    benda yang saya hidapi tu
    ada orang yang baik budi perkertinya dekat opis ni pergi perlahan kan aircond
    sebab dia kata dia sejuk
    sengaja penaya saya ler tu, kalau saya sejuk camne pun tak akan perlahan
    aircond sebab kesian orang lain panas

    si adik memang comellah, moh kita berbesan nak MD...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pejabat saya ni pun sama je. Letak temp at 25 darjah celcius. Kalau bawah lagi mulalah masing-masing pakai sweater, baju sejuk bagai. Pelik gak padahal mereka dari negara 4 musim, ada musim salji lagi tu. Takkanlah sejuk macam ni dah tak tahan. Selalu sebab kita sensorang je yang berlainan kesejukan, biarkan ajelah. Lepas tu saya on kipas kasi berterbangan semua kertas!

      Nak berbesan? Makmak ni memang melebih. Dah tanya anak ke belum tu? Hahaha....

      Delete

Post a Comment