Taman cantik di Cyberjaya

Salam Jumaat kawan-kawan!

Eh, eh, eh.... dah Jumaat rupanya! Cepatnya masa berlalu. Kenapa pulak I tak menghitung hari ya this week? Selalunya memang kena drag kaki ni ke pejabat dari Isnin sampai Khamis. Jumaat biasanya okey, dengan muka happy datang pejabat!

Okey, meh tengok cerita hari ni! Macam biasa  buatlah senamrobik sebelum membaca ya!

Masa menggoggle taman-taman kat Kuala Lumpur ni tetiba I terjumpa tentang taman di Cyberjaya ni. Apalagi, kita pun terus start enjin kereta dan pergi meninjau. Dah kebetulan ke Cyberjaya, haruslah masuk plan nak makan-makan luar di Restoran Saba.

So, cerita ni masa kami ke Restoran Sabalah ya...Tak ingat minggu bila dah...






Sebab gambar terlalu banyak silalah bertabah menatap gambar my superheroes di Taman Cyberjaya ni ya *__*








Masa kami ke sini, takda orang pun. So seluas taman tu kamilah yang punya. Tapi sayang, I tak tahu pun ada swimming pool di sini. Kalau tidak, boleh superheroes melenjan berenang ke tepian lepas penat terbakar dek terik mentari ....



















Dah, habis cerita aktiviti my family bersiar-siar petang di Taman Cyberjaya nih ^__^
 
Selamat berhujung minggu semua *__*

 

Comments

  1. seronok bawak anak main di taman..MD ni memang rajin berjalan yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu saya nak ngaku saya rajin berjalan. Alah, setakat gi taman je, Mar. Kalau bosan tak ke mana, memang ke tamanlah jawabnya :)

      Delete
  2. Dah lama tak jalan2 area putrajaya/cyberjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni takda kena mengena pun dengan area ni tapi memang spesies rajin nak meninjau kawasan. Nasib baik ada 'driver' yang baik, kalau tidak tak juga sampai, Eynda :)

      Delete
  3. Pernah lah juga bawa anak2 kesini.. lama dulu lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak bawa anak-anak mandi sungai. Percaya tak KA, mereka tak pernah lagi merasa mandi sungai tau....

      Delete
  4. seronok la hero2 MD dpt riadah kat sini..
    sporting dia org layan mummy dia suh posing..
    comel je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time mereka okey, no hal. Mereka minta kita snap photo. Time muncung sedepa, kita pulak merintih-rintih suruh posing, Lya ^__^

      Delete
  5. Next time bila pergi lagi, boleh lah sediakan swimming suits MD , mesti mrk gembira dpt bermandi manda ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada standby dalam kereta sebenarnya tapi masa pergi tu saya tak tahu ada swimming pool kat sini sampailah baca blog siapa ye, lupa pulak...

      Delete
  6. Ni mesti yg masa makan Nasi Arab tu hari kan....eleh taunya.....
    Tak teringat mami ke masa bersantai kat situ, kalau ada mami lagi bestkan hihi....

    Biasalah ..... kalau mak dah kategori kilauan, anak anak mak pulak dah kategori silver.....tak main dah slide bagai tu...hehe...mmg dah lamalah tak bertaman . Sebab tulah hati mak jer yg selalu bertaman hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah tu. Sebelum makan nasi arab kat Saba, kita melenjan di taman dulu. Dah berpeluh, dah legam barulah pergi makan. Barulah boleh licin pinggan :)

      Itulah Mak. Masa nilah nak ajak anak-anak ke taman. Nanti bila dah besar panjang, tak ingin mereka makpak yang dah tua ni ajak mereka ke taman. Dikatanya kita buang tabiat pulak kang...

      Mak biasalah siapa tak tahu memang dalam hati ada taman memanjang...

      Delete
  7. lengangnya MD..hanya adik dan abang saja ke...
    seronok la kalau main kejar2 dengan anak bila orang takde..
    or kejar2 dengan si dia..:-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takda orang pun. Adalah kot couple dua tiga pasang kat sini. Budak pun masa tu ada dua orang selain superheroes saya. Memang puas mereka melenjan. Macam taman tu mereka berdua je yang punya ...

      Aiihhh....malu pulak nak main kejar-kejar dengan si dia. Nak main hide and seek pun malu ^__^

      Sempat naik jongkang-jongkit je dengan Adik. Hahaha....

      Delete
  8. luasnya taman ni, klu lah dekat sure lah pergi kan..
    ermmm apa nak buat, mak pak low profile.. jadinya tatap pic anak2 nya jer lah...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...cam tulah ceritanya. Makpak very lah low profile. Malu-malu kucing so kita import gambar anak-anak jelah mewakili kami masuk blog yang tak seberapa ni.

      Best Lyn kalau bawa kekasih hati pergi taman ni. Luas. Main lari-lari anak pun enjoy je rasanya. Eh, akak tak buatlah, akak rasa je gitu :)

      Delete
  9. best nya tempat ni..tak de orang lak tu..tak de sapa kacau anak kita nak main.saya rimas kalau anak kita dok berebut2 buaian la,berebut kuda la..mula la saya anak ajak balik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau ramai budak kat taman, saya malas nak bawa anak-anak pergi bermain. Nak kena tunggu turn, nak kena tolerate lagi ngan makpak/budak-budak lain. Ish, letihlah...

      Cam ni memang seronok. Rasa macam taman ni kat belakang rumah kita aje (Hai, bilalah nak dapat rumah banglo berbelas tingkat dengan taman seluas ni dalam kawasan rumah....)

      Delete
  10. mesti abang dan adik seronok berkejaran di playground tu...teringat masa 4Farahs kecik dulu...tmpt mcm ni mmg rutin bila weekend......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang enjoyed mereka berdua ni bermain di sana. Takda siapa nak menghalang, mengacau...

      Masa anak-anak kecil cam nilah kan kak nak dibawa ke taman. Bila dah besar panjang, takda mahunya mereka ikut kita ke taman lagi dah...

      Delete
  11. Suami saya keje di cyberjaya, jadi setiap kali mengajak dia pergi ke taman cantik ni dia pasti tak nak. Last memang tak pernah lagi kami jejak kaki ke sini. Tengok gamba orang lain jelah nampaknya..

    Minggu ni pergi ke mana pulak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, suami AN kerja di Cyberjaya rupanya! Yalah, AN dah hari-hari ke Cyberjaya takkanlah hujung minggu nak ke sana juga. Tentulah jemu. Sama macam saya, kalau dah hari-hari nampak KLCC tak mahu saya hujung minggu pun ke KLCC area juga :)

      Minggu lepas tak ke manalah. Setakat cari barang dapur dan kisah panas kat Burgerbyte aje...

      Delete
  12. Replies
    1. Saya pun sibuk menggoogle baru tahun ada taman cantik di sini. Teruslah kita terjah dan simpan kenangan dalam blog *__*

      Delete
  13. Hihi x penah smpi. Namanya dekat dan laki kerja cyberjaya. Sian kan?

    Sebut restoran arab.. Biasanya santai lepak saba.. Mlm td hubby bawak saa'na ke apa ntah restoran tu. perghh kebab daging dia buat LM termimpi2. Sedap giler. Mcm mkn kat doha je rasa dia. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, suami LM pun kerja kat Cyberjaya juga ke? Sahlah memang tak pernah sampai dah suaminya hari-hari ke area sana, takkan hujung minggu pun nak ke sana juga. Sure jemu memandu ke sanakan...

      Saba ni saya first time cuba tapi tak berapa berkenanlah. Bab ayamnya tu. Bab nasi boleh tahanlah panjang-panjang dan enak.

      Delete
  14. besar tempat dia ye
    lagilah tak ada orang lain tapi mungkin juga orang lain tak tahu kot
    seronok ler bebudak dapat merasa semua jenis mainan tanpa gangguan
    kalau dekat taman tasik shah alam ni, penuh memanjang
    kadang anak kita dok main kat tepi aje sebab takut orang lain langgar dia
    tapi still nak main juga...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah kesian tau kalau gitu. Berebut-rebut nak main dengan anak orang lain. Kali ni nah, mainlah sepuas-puasnya. Tiada siapa yang mengganggu. Dah penat, kita naik kereta pergi Saba pulak pekena nasi arab. Barulah boleh licin pinggan belasah nasi arab.

      Taman ni kami tak explore habis sebab besar sangatlah. Penat nak berjalan di bawah terik mentari ^__^

      Delete
  15. Pelik gak ni????? Komen tak bereply.... bizi ke weyh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak, Kak Ton kena auditlah. Eh, bukan Kak Ton. Company Kak Ton yang kena audit. Pening kepala, Mak. Tak leh nak menulis panjang-panjang. Hari ni pun auditor tak ada nilah, saya ambil peluang reply komen berkoyan :)

      Mak jangan rindu sangat. Nanti sakit kang susah pulak...

      Delete
  16. last time ke cyberjaya thn 2001. itupun sbb ada dinner kat sana. lps tu tak pernah pergi lagi dah. dah lm jgk x jln2 ke shah alam dgn kl. dah lbh 5 thn kot. huhu... masih ingatkah akan jalan di shah alam itew? plan nak bwk bdk2 ni berjalan ke rmh ayah sedaranya di klang tu ada. cuma tak pst jln msh samakah? dah lama tgglkan mst ada perubahan kan? kalau dulu tmp mainan je kl dgn shah alam ni. hehe... tetiba plk kan?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, lama tu dah 5 tahun! Bila nak mai KL? Of courselah Sal, dah banyak yang berubah. Jalan-jalan pun makin sesak barat, bersimpang perenang gitu. Kalau tak sungguh, memang sesat. Tapi jangan bimbang, google street view kat ada ^__^

      Saya ni dah berpuluh tahun dok KL pun tak hafal jalan. Cakap je tempat main tapi sebenarnya satu jalan pun tak khatam juga. Hehehe...

      Delete
  17. salam dear...hehe kejap2 jer muncul kat sini..pekabo....kemain seronok tau abang adik ni pi taman...auntie nak ikut boleh...waa udah kaler purple i loike....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Lizz,

      Wah, lama betul Lizz menyepi! Sibuk ya. Saya baik-baik je. Macam biasalah happy go lucky dan makin melarat teruk bebelannya setiap hari :)

      Delete
  18. seronoklah klu dtg taman takde org cmni..taman ni jadi abang n adik yg punya la..yg paling best dpt snap gambar byk2..klu ramai org tu ala2 kontrol ayu gak la kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa taman belakang rumah banglo kita je, PK. Huahaha.... Best takda orang. Dahlah luas mata memandang. Sempatlah beromantika juga... Superheroes enjoyedlah sebab mereka dapat main apa mereka nak. Tak payah berebut-rebut.

      Delete
  19. Dekat sangat dengan my office ni MD ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, you kerja kat Cyberjaya juga ke? Kalau I lah, tak leh hidup. I kena ada shopping mall dekat-dekat office. Kalau dpt kerja dalam KLCC lagi best. Huakakah....

      Oppss.. .terbabas komen! Anyway, memang cantik taman ni tapi macam kurang berjagakan?

      Delete
  20. Cam menarik je. Tapi jauh sgt la nak pegi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari rumah saya pun jauh tapi sebab memang suka bawa anak-anak melenjan di taman, kita harungi ajelah jalan berliku-liku. Keh3x.

      Delete
  21. jauhnya nk menapak ke sana tapi skali skala bjlan jauh mlwat taman apa salahnya ye dok.. ni asyik pusing dlm kl je.. boring jugak.. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kebetulan ke sana bolehlah terjah, Ciksu. Nanti bila anak dah dapat kaki, hah masalah tu taman tempat paling indah nak tengok anak-anak bersukaria. Hahaha....

      Delete
  22. yang seronoknya pegi taman kat belah-belah 'jaya-jaya' ni ialah tak ramai org. So, mmg jadi aku yg punya la ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul, betul! Langsung takda orang. Nak bercengkerama cerekarama pun mudah betul! Eh, apakah....

      Bestlah sebab anak-anak boleh main apa mereka suka. Tak perlu berebut. Makpak pun tak perlu nak tunjuk muka masam bila anak si dia aje yang nak main kat tempat yang sama. Buatlah macam taman tu belakang rumah sendiri ^__^

      Delete

Post a Comment