Salam Selasa kawan-kawan!
Apa khabar semua? Dah habis mood rileks cuti sempena raya ni? Mesti masing-masing enjoy dapat balik kampung dan pulun aneka juadah raya ya!
I sekeluarga menyambut hari raya di Kuala Lumpur, bandarayaku tercinta aje. Alkisahnya, plan awal (sama seperti 2,3 tahun yang lalu) kami akan beraya di KL sebab my mak tinggal bersama kakak sulung.
Selalunya bila raya kat KL ni rumah my eldest sisterlah yang kena serbu. My sis masak seorang diri lepas tu kita ramai-ramai serbu tukang perabihkan juadah raya hasil air tangannya yang enak-enak tu.
Kali ni, tetiba I terasa malu pulak nak bertandang di pagi raya dan makan-makan tak ingat dunia di rumahnya. Jadi, I pun pasang azam tahun ni nak masak di rumah sendiri (Yeah, first time lagi!)
I kan bila datang mood nak memasak, bab membeli tu yang melebih-lebih. Nak masak dua, tiga jenis je tapi membeli barang keperluan tu macam nak buat kenduri. My sister memang lama sebelum raya dah kata tak balik kampung lagi kali ni sempena Hari Raya Aidil Adha. So, I dengan penuh confident pergilah beli barang dapur.
Tup-tup, hari Jumaat malam masa sibuk mengupdatekan diri dengan cerita-cerita sensasi di rumahnya, my sis kata nak balik kampung pagi Sabtu dengan anak bujang sulungnya. Ah, sudah!
Maka, berayalah I sekeluarga di KL sahaja ....
Oh, I tak sedih! I ni kan si Tanggang. Setakat tak balik kampung 2,3 bulan, tak apa punya. I tak nangis-nangis pun kesedihan sebab tak dapat balik raya. Lagipun raya haji je. Kalau raya puasa tu, mungkin jugalah bercucuran air mata setitik dua...
Maka, malam Sabtu tu berkelentunglah I di dapur memasak sendirian. Alah, bukan banyak mana pun lauk-pauk nak raya ni. Setakat kami empat beranak je yang nak makan....
Mulanya nak buat daging masak kurma dan sambal kacang. Tetiba rasa malas pulak, kita tukar daging black pepper je (Aha, kelas tak masak black pepper di pagi raya...) Sambal kacang pun malas nak buat sebab takda siapa pun makan di rumah tu...
Selepas Hubbydearie dan Abang balik sembahyang raya, kami bersalam-salaman lepas tu apalagi, menjamu selera di perantauan (Eh, perantaulah sangat, sendiri yang tak nak balik kampung!)
Lepas tu, kita tidur berjemaah pulak....
Itulah kisah raya simple kami sekeluarga. Tak buat apa-apa pun. Duduk di rumah je melayan penat sebab kena masak sendirian malam semalamnya. Hahaha ...
Nah, gambar Adik Cute je yang ada. Gambar Bubbly Abang semuanya dengan makpaknya ^__^
Apa khabar semua? Dah habis mood rileks cuti sempena raya ni? Mesti masing-masing enjoy dapat balik kampung dan pulun aneka juadah raya ya!
I sekeluarga menyambut hari raya di Kuala Lumpur, bandarayaku tercinta aje. Alkisahnya, plan awal (sama seperti 2,3 tahun yang lalu) kami akan beraya di KL sebab my mak tinggal bersama kakak sulung.
Selalunya bila raya kat KL ni rumah my eldest sisterlah yang kena serbu. My sis masak seorang diri lepas tu kita ramai-ramai serbu tukang perabihkan juadah raya hasil air tangannya yang enak-enak tu.
Kali ni, tetiba I terasa malu pulak nak bertandang di pagi raya dan makan-makan tak ingat dunia di rumahnya. Jadi, I pun pasang azam tahun ni nak masak di rumah sendiri (Yeah, first time lagi!)
I kan bila datang mood nak memasak, bab membeli tu yang melebih-lebih. Nak masak dua, tiga jenis je tapi membeli barang keperluan tu macam nak buat kenduri. My sister memang lama sebelum raya dah kata tak balik kampung lagi kali ni sempena Hari Raya Aidil Adha. So, I dengan penuh confident pergilah beli barang dapur.
Tup-tup, hari Jumaat malam masa sibuk mengupdatekan diri dengan cerita-cerita sensasi di rumahnya, my sis kata nak balik kampung pagi Sabtu dengan anak bujang sulungnya. Ah, sudah!
Maka, berayalah I sekeluarga di KL sahaja ....
Oh, I tak sedih! I ni kan si Tanggang. Setakat tak balik kampung 2,3 bulan, tak apa punya. I tak nangis-nangis pun kesedihan sebab tak dapat balik raya. Lagipun raya haji je. Kalau raya puasa tu, mungkin jugalah bercucuran air mata setitik dua...
Maka, malam Sabtu tu berkelentunglah I di dapur memasak sendirian. Alah, bukan banyak mana pun lauk-pauk nak raya ni. Setakat kami empat beranak je yang nak makan....
Mulanya nak buat daging masak kurma dan sambal kacang. Tetiba rasa malas pulak, kita tukar daging black pepper je (Aha, kelas tak masak black pepper di pagi raya...) Sambal kacang pun malas nak buat sebab takda siapa pun makan di rumah tu...
Selepas Hubbydearie dan Abang balik sembahyang raya, kami bersalam-salaman lepas tu apalagi, menjamu selera di perantauan (Eh, perantaulah sangat, sendiri yang tak nak balik kampung!)
Lepas tu, kita tidur berjemaah pulak....
Itulah kisah raya simple kami sekeluarga. Tak buat apa-apa pun. Duduk di rumah je melayan penat sebab kena masak sendirian malam semalamnya. Hahaha ...
Nah, gambar Adik Cute je yang ada. Gambar Bubbly Abang semuanya dengan makpaknya ^__^
Akk x masak kat rumah. Pi masak kat rumah in law je. Pastu tapau sikit.
ReplyDeleteSaya pun biasa gitu juga. Bawa perut pergi rumah kakak sulung. Lepas makan, terus cari bekas nak tapau untuk makan malam sekeluarga di rumah. Buat tak malu je, dah kakak kata 'buatlah macam rumah sendiri'! *__*
Deleteohh adik kiut manis senyumnya..hehhee..
ReplyDeletenasib jadik perantau cam gini la..
biler MD sebut salam baru teringat we'olls takde pon adegan salam dipagi raya..wahhahahaa..terlupa ni caner??
Ish, setahun 2 kali haruslah tak lupa *__* Tapi kali ni ayat takdalah panjang mana. Just mohon maaf blah,blah,blah (sampai 5 perenggan) je...
DeleteNak ambil gambar pun malas. Superheroes beria-ia pakai baju raya sampai petang. Daddynya kejap je dah tukar uniform kat rumah. Gitu jugalah Mommynya. Nanti tak selesa nak tidur siang dengan baju kurung! Hehehe ....
saya kalo raya haji ni tak jatuh pada ujung minggu, memang tak balik beraya..masak kelentang kelentung sensorang kat dapur pastu baru gi umah mertua yang 20-30 minit dah sampai..
ReplyDeleteOrang dah biasa masak untuk raya takpa. Ini first time tu.... Siap up gambar dalam group WA terus kena kata-kata 'sindiran' dek anak-anak saudara. Ada yang macam nak terjun tangga sebab tak percaya! Hahaha!
Deletememang betul cute adik cute berbaju melayu..
ReplyDeleteacik masak2 jugak..tapi tak kemana pun..makan tidur makan tidur je raya tu..bagi peluang hero bongsu acik makan puas2 sebab dia dah nak balik BP semula
Samalah kita, Acik. Saya pun tidur makan, tidur makan je. Hubbydearie siap gi jumpa kawan lagi. Balik malam siap tanya apa ada makanan... Eh, makanan rayalah apalagi. Habiskan ajelah lodeh seperiuk tu....
Deletesesekali seronok apa kalau beraya dengan anak beranak saja.
ReplyDeleteMD..saya mimpi datang beraya rumah kamu malam raya. Serius tau, jumpa adik dan jumpa abang. tapi you HB tak delah pulak. cuma sikit cuak bila "MD" dalam mimpi saya tu betulkan seiras dengan kamu...hee
almaklum...tak pernah nampak lah katakan. ishh...macamanalah MD boleh terselit dlm mimpi saya malam tu..
Serius ni! Ni mesti Anim suka sangat dengar saya berceloteh sampai masuk dalam mimpi tu. Kah3x. Rasa terharu pulak dah ..... Jap, jap, nak kesat air mata!
DeleteMacamanalah rupa saya dalam mimpi tu ya? Biasanya kalau suruh imagine, yang cun-cun aje yang keluar. Hihihi ....
hebat tu masak sendiri, cam YY
ReplyDeletemau menangis kalau disuruh buat hidangan tuk raya
tak pandai! pandai makan aje! =)
dapat daging korban aritu pun, bercinta nak potong
masak blackpepper pun pakai instant punya
nampak tak ke tak pandaian di situ =)
alo, tomey nyer my besan to be
opps...hehe
Alah, YY kalau tak pandai, abang google kan ada - sedia membantu! Saya kalau ada kakak, memang manja memanjang. Bawa famili je terus ke rumah kakak. Lepas makan, kita rehat kejap pastu tapau bawa balik. Ni kakak balik kampung mengejut, terpaksalah azam tu ditunaikan. Maka, memasaklah sendirian di dapur di malam raya...
DeleteHiks....anak perempuan awak pun apa kurangnya... Comel gak pada pandangan mata bakal mak mentua... Opocots!
Ni nak tanya, nama Aisy tak panjangkan? Bukan 18 patah perkataan tidak termasuk nama bapa? Kalau ya, nak suruh Adik undur diri jek ..... ^__^
alahai kesian ye raya berempat saja.klu kami mesti sedih gila..sbb tak dpt makan ketupat..sy ni tak reti tanak ketupat.setakat ketupat nasik tu apa kelass..haha.
ReplyDeletelgpun tak biasa raya sendiri.masa dok johor dulu tak dpt balik kmpg pun ada atuk,ada nenek ada pak sedara mak sedara boleh tumpang raya rumah depa...ala takdak hal setakat raya haji je kan..budak2 AF pun tak balik raya.haha dah ke rancangan realiti plak tetiba..:)
apa pun selamat hari raya diucapkan pada MD sekeluarga..bila lagi nak asah skill masak ye..
Sob, sob, sob....Hahaha...tak sedih pun, PK! Pura-pura je. Best apa raya empat beranak lepas tu tidur berjemaah. Eh, I dengan si Adik je. Daddynya keluar jumpa kawan senegara dan Abang macam biasalah dah melekat punggung tu kat depan pc kalau cuti panjang macam ni!
DeleteSalam Aidil Adha, PK.... Skill memasak ni kalau dah start mengasah, tak nak berhenti. Sebab itulah saya jarang asah pakai batu asah. Hahaha!
Kiranya kalau tak tu cadangnya nak agihlah juadah ke rumah Kak Long ye MD. Tapi apakan daya kena tinggal sendiri di perantauan. Nasib baik ada HD dan anak-anak. Kita ni dah jadi mummy-mummy yg penting memang janji ada en hubby dan anak-anak dah rasa lengkap rasanya masa makan kan...
ReplyDeleteKalau tak resepi kita hampir serupa tapi dah kurma MD jadi black pepper jadi tak samalah...
Kira saya berjaya masak tanpa menelefon kakak saya di kampung berkali-kali. Alhamdulillah, lega...dapat juga masak juadah raya sendiri, di rumah sendiri, untuk keluarga sendiri. Selalunya kalau raya je, saya lepas tangan. Masa nilah tetiba Adik perlukan perhatian Mommynya. Alasan paling mudah untuk 3 tahun pertama. Hahaha...
DeleteSaya azamnya nak buat kuah kacang dan kurma daging. Dah siap beli rempah bagai lepas tu tak leh jadilah takkan nak masak sampai 12 tghmalam, so saya batalkan niat. Masak blackpepper lagi senang!
perghhhh siap boleh tidur lagi tuh.. syok gila..
ReplyDeletedpt daging korban tak kak??
Of courselah tak dapat dah katanya tidur berjemaah.... Mereka tak pergi pun ke masjid tengok orang buat korban. HD lepas kenyang makan terus gi jumpa kawan-kawan senegara!
DeleteKalau my sis ada tentulah merasa daging korban. Lagipun kat tempat akak ni takda best sangat pun hidup masyarakat harmoni gitu *__^
Kami pun raya kt kl je...
ReplyDeleteSamalah kita. Yang tak sama, saya tak rasa sedih pun. Hehehe ....
Deletekerlasss black pepper di pagi raya haji hahaha. takper la, join kita2 yang tak balik beraya jugak ni :D
ReplyDeleteEh, nasib baik pagi raya haji tau! Kalau raya puasa buat daging black pepper, fish and chip dengan sirloin steak gitu, lagi menangis seisi rumah! Hahaha....
DeleteI pun perantau juga. Laki I lagilah perantaukan... So okeylah I join group perantau! Keh3x.
Haha.. ini dah kira meriah tau MD berempat sambut raya kat KL makan makanan yg layak utk raya juga. Kami tahun lepas sambut raya haji di rumah sini, tapi seingat saya langsung tak ada apa2 juadah yang saya masak.. hihi..
ReplyDeleteLepas solat kami meronda shopping mall n balik lewat petang.. tahun ni je meriah sikit sebab balik kg kelate. Eh sebelum ni ada juga balik kg tapah.. hihi..
eh, MD sebut bersalam2, tahun ni tak sempat salam2 raya lah.. baru perasan sebab masa suami nak ke masjid saya blm mandi, lepas balik dia pulak uruskan anak2 n bawa ke tempat korban..tghari saya tdo.. haha.
Feel tu tetap ada walaupun jadi anak perantau. Auwww.... ngengada je bunyinya!
DeleteSaya memang azam nak masak juadah raya tahun ni. Saya tahu raya haji memang selalu tak balik kampung sebab mak duduk dengan kakak sayakan. Manalah tahu dia buat plan mengejut. Tapi okeylah, kalau balik kampung pun tetap juga tidur berjemaah. Tak meriah mana raya haji ni di kampung saya ....
Hahaha...ini orang kedua yang terlupa bersalam raya! Takpalah, hari tukan baru je minta maaf. Tahun depan raya puasalah bersalam-salaman lagi ^__^
Setiap hari pun salam tau.. hantar suami ke kereta pagi2 ada salam2 tau..raya je kenapa lupa pulak. Pelik
DeleteItu salam 'biasa-biasa' je takda ucapan. Hahaha.... Salam raya ni kan special, ada ucapan minta maaf sambil berjujuran air mata. Tapi salam raya haji ni quick and easy jek .....
DeleteOh, ya ke kat Kedah raya haji macam raya puasa? Siap gi beraya lagi yek! Ingatkan kat Kelantan je yang meriah raya haji ni. Hubbydearie kata kat Tashkent pun raya haji lagi meriah dari raya puasa. Mereka sambut raya haji hari Sabtu.
ReplyDeleteJalan raya, apa raya yang tak meriah? Cuba 'shakap' ....
ooo lebih kurang laa citer raya kite kan kak....tak balik kg pastu lepak sini heheeheh...lieya pun mcm akak masak2 gak bawak gi umah abg ipar...ala2 potluck laa gitu...bile dah hidang atas meja kemain byk mknn hah....sengkak perut tgk..belum mkn lagi hahahaahaha.....
ReplyDeletewow dlm tak masak2 akak tu, bile masak haaa kemain menu2 ...sedap2 semua...mcm2 ade hah...lepas laa anak tekak nak makan menu raya tu kak heheheeh...walaupun daging blackpepper hahaahah...lodeh akak serius nampak menggiurkan...tang tido lepas makan tu syok kak...perut dah kenyang layan mate plak kan kak...mmg heaven laaa org kate....
haaaa satu jek pertanyaan lieya...mesti akak tak berbaju raya bagai kan haahahahaha.....same laa mcm leiya kak..sarung jubah jek...tu pun sebab nak beraya kat umah abg ipar...kalo dok umah mcm akak mmg pakai baju biase je daku heheehehehe
Lieya jaga seluruh Putrajaya tu daripada dicerobohi masa rayakan, kan, kan... Hahaha....
DeleteAt least Lieya ada juga tempat nak dituju. Akak dok kat rumah jelah lepas mereka balik solat raya. Lepas kenyang makan, kita tidur. Nak buat apa lagi. Sendiri masak, sendiri makan banyak. Hahaha....
Hah, itulah yang specialnya raya haji akak tahun ni. Siap ada daging black pepper gitu. Mana leh jumpa kat Malaysia ni menu raya ada blackpepper kalau tak akak juga yang perkenalkan? Hahaha....
Yang sebenarnya, akak dah malas nak masak kurma daging dan sambal kacang. Tengok-tengok takda apa yang pedas. Mana boleh lidah melayu tak rasa kena cilikan... So akak upkan menu blackpepper tu ....
Hah, menjawab pertanyaan... akak pakai baju kurung baru lagi Lieya. Anak beranak pakai baju raya tau... Masa tidur je akak tukar baju uniform bibik...budak-budak sampai petang pakai baju raya ^__^
saya pun raya keseorangan . my kakak tetiba pi bagan datok selepas solat raya dan balik petang tu juga . maka sya dok umah melayan astro sambil mengunyah kuih sensorang . nasib baik my kakak dah siap masak . tinggal pulun jer ...
ReplyDeleteBaguslah tak payah gaduh nak pegang remote control. Saya lepas kenyang makan je agak-agak lepas Zohor, teruslah ajak anak tidur. Best dapat tidur siang sesekali cam ni tau, Vee ^__^
DeleteYelah kan setakat keluarga sendiri punya anak tekak banyak manalah sangat nak masak ye dak? Sambil kejam mata pun boleh siap hehe....Nasiblah mereka balik kg, kalau tidak tercabar jugaklah Kak Ton nak masak untuk depa depa tu rasa hihi....tp apa ada hal ye dak....Kak Ton kan terer masak western, berblackpapper je le...... Berblackpapper raya raya pun sedap jugak apa!
ReplyDeleteKak Ton senang le keluarga sebelah sana tak de kat Melesia, jadi hadap keluarga sendiri jer, alah setakat hadap keluarga sendiri, sempoi jer....... Tak payah balik pun ok lagi. Tu yg boleh sampai terbongkang pagi Rayatu, best betul! hihi
Keluarga sendiri pun OKje, seperiuk kuah lodeh jenuh nak menghabiskan. Buat menu breakfastbrunchlunchteatimedinnersupper pun tak habis-habis lagi. Huakakakah....
DeleteNi first time jiran masak juadah raya tau. Berpeluh jugalah. Dah kata kat Hubbydearie, kalau tak sedap pun kena habiskan juga. Yalah, penat Kak Ton shopping barang basah kat tiga tempat tau -pasar tani, Aeon dengan NSK lagi. Padahal masaknya tiga jenis jek. Yang sibuk-sibuk nak buat kurma daging ler, sambal kacang berdaging ler...semuanya tak termakbul hajat di hati. Kalau tidak, mahu dah pening sehari selepas raya, banyak membantai daging. Hahaha....
Pssstttt....semalam HD masak pilov dengan daging korban. Sedap weyh...Kak Ton tambah 2,3 pinggan. Terlupa pulak Kak Ton niat diet semalam ^__^
Haha. .....sama le kat kg hari tu kuah lodeh pun tak habis....eloknya buat tak yah makan lodeh kot haha ....
DeleteBuat pilov tu ambik gambo ke idok? Nak jugak camne ghupenya
Ni lah pasal pilov tu tak keluar TV oppss...blog lagi. Lupa nak amik gambar. Nampak sedap, terus duduk makan. Bukan senang oi suami nak masakkan untuk kita. Maklumlah semalam kan gerhana bulan, itu yang dapat merasa. Kalau takda gerhana, mahu kita yang kena masak sendiri kalau nak makan.
DeleteMinta maaflah Mak, lupa nak snap gambo lagi ^__^
Alolo adik senyum kemain manis lagi!
ReplyDeleteMmg kelas daging lada hitam dihari raya. Sedap klu dpt ratah dpn tv!
Masa ni tinggal saya dengan Adik je di rumah. Abang dan Daddy pergi solat raya. So, mulalah snap foto dah selesai semua kerja rumah. Tinggal tunggu nak makan berempat je...
DeleteItu yang habis dulu. Bukan sebab sedap sangat tapi buat pun tak banyak mana. Hahaha!
hehehe KA idaklah masak beria2 utk makan pagi raya tu, tapi masuk tghari buat barbeque segala jenis ade sampai ke ptg tak habis2
ReplyDeleteNi lagi omputihlah KA.... ^__^ Siap barbeque bagai. Sama je macam kawan pejabat saya tu.... Hehehe....
DeleteSalam aidiladha MD. Hrp msh blm tlewat. Bru smpat nk bw ni..
ReplyDeleteLya raya ni xde lgsung sarung baju raya.
Salam Aidil Adha, Lya. Yalah, akak pun sibuk je sebab ada auditors. Baru this week boleh start BW semula. Penat nak khatam *__*
Deleteadik..adik..geramnya ciksu dgn senyuman yg Mahal tu. manis
ReplyDeleteAdik ni posing je lebih. Kalau datang dekat tetiba jadi pemalu pada wanita, Ciksu....
Delete