Bila auditors menjenguk ....



Salam sayang semua!

Bersiaran semula macam biasa! 

Amboi, mentang-mentanglah I takda langsung tak singgah rumah I tau! Eh, tak rindu ek dengan I? Sampai hati...

Sebenarnya I bukan bersembunyi, bukan juga sebab sibuk nak menyambut Hari Raya, dan bukan juga sebab dah sampai kat Tanah Suci mengerjakan ibadah haji (Amin! Amin! Doakanlah dipercepatkan peluang itu sampai) tapi sebab I sedang berkecamuk berdepan dengan para auditors yang diterbangkan khas dari Jepun nun.

Aduh, tension, pening, nak pitam rasanya ya! Dah namanya auditor, haruslah teliti dan bijak mengorek. Puas kita kambus, habis segala parit, longkang kecil, longkang besar digalinya. Nak menangis-nangis I dengan my boss.

Sampaikan my bos and I siap main jeling mata, kenyit sana-sini dan speaking BM lagi demi menegakkan benang yang tak basah!

Kata my bos - Simpan ini!

Kata I - Ini pun?

Kata my boss - Yang itu?

Kata I - Okey, boleh! Boleh!

Hah, tetiba my boss mahir berbahasa Melayu sepatah dua. Faham pulak kami bila berbual tanpa batasan begini. Yalah, auditors ada kena cepatlah pick up apa kedua belah pihak cakap. Kang menyesal tak sudah kena soal jawab.

Tapi dalam pada cekap pun, ada juga rahsia yang kena korek sampai ternganga. I okey je tapi kesian kat my bos. Nak tercabut uban kat kepala menjawab kepada auditors.

Demi taknak stress, I panggil auditors tu Si Comel dengan Si Tua. Habis pulak satu section dok gelakkan I sebab kata mereka yang I panggil 'comel' tu langsung tak comel. Erk, melampau tau tak mahu bersekongkol dengan I! 

Kami diberitahu para auditors akan sampai ke Malaysia dan memulakan tugasan mereka pada hari Isnin lepas. Turn my department pulak pada hari Rabu dan Khamis. Tetiba sejak hari Selasa, dah terpacak Si Comel ni bertanya soalan itu, ini. 

Yang bestnya, walaupun kita orang ni cekap (nak juga bangga diri, penat weyh mengadap kerenah auditors) bila masa auditors ada, tetiba je ada kerja yang jadi tak cekap. Boleh gitu? 

Nasib baik I dah fikirkan jawapan siap sebelum my boss kena bombard dengan soalan cepu mas. Bila I explained, bos duk sengih sebab itulah yang auditors beritahu padanya. Eh, tetiba I rasa I ni memang layak jadi auditors juga! Tetiba I rasa bestnya jadi auditors ni. Bila kita nak datang, bukan main gerun lagi memasing, lintang-pukang nak make sure everything is alright ^__^

Itulah puncanya I hilang dari radar alam maya minggu ni. Bos dah pesan, pc cuma akan menunjukkan website company aje. Tiada dokumen penting berserakan, tiada lain-lain 'hiburan' terpampang di pc. Gambar desktop pun silalah jangan dok letak sembarangan kalau tidak mahu kena soal-jawab lebih lanjut.

So masa nampak je auditors masuk department, I dengan tekun merenung tajam pada website. Entah apa yang I baca pun tak tahu. I dah hafal dah rasanya isi kandungan website yang ada. 

Dalam pada tu sempat juga shopping online masa lunch break. Ni semua salah kawan pejabat I lah. Dia yang suruh I tolong order, so I terorder sekali untuk diri sendiri!

Okeylah, nanti kita sambung celoteh I yang banyak dah ni idea dalam kepala. Penat mengarang sambil drive kereta tau!

P.S. Oppsss... harga minyak naik lagi 20 sen (20 sen aje napa tak naik RM2 terus, barulah I melalak!) Bersungut lagi ke? I happy je walaupun I belum jadi billionaire lagi. Rasanya takda benda dalam dunia ni yang tak naik, semuanya pun naik aje memanjang. Redha ajelah, kalau tidak buat tension jiwa raga memikirkan. Kena fikir cara macamana nak memperbaiki diri dan sumber pendapatan. Nantilah kalau I dah jadi billionaire, I akan buka petrol station merata-rata dan you, you and you can pump your petrol for free....... untuk tahun pertama I buka petrol station tersebut. Kih3x.



Comments

  1. patut la semalam sunyi je ..sibuk rupanya..

    saya pun cari peluang buat duit lebih ni..nak jual apa entah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak hari Isnin dah sibuk sebenarnya sebab auditors dah sampai nak buat audit.

      Takda cara lain, kenalah adjust gaya hidup demi harga minyak yang naik 20 sen nih....

      Delete
  2. memang gitu la gayanye kalo auditor datang kan..memang best jadi auditor ni kan..semua dok ralit nak jawab apa..
    tak sabar nak tunggu MD bukak stesen minyak..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...doa-doalah selalu saya dapat jadi billionaire. Tapi tahun pertama je tahu. Seminggu sekali je kereta yang sama boleh masuk petrol station saya. Tapau-tapau tak main. Isi pun RM50 jek. Hahahaha.....

      Delete
  3. haha.... bagus juga cadangan nak buka stesyen minyak ni kan? tak payah kita berkira dengan kenaikan harga minyak.. tak adalah nak mengumpat kerajaan buat tambah dosa kita dn depa tak juga perturun harganya..

    minggu yang makin hari main sibuk ya.. moga semuanya baik2 je.. tuntutan kerja kan, gitulah,, apapun sempat mencatat di sini, bagusla MD, dapat mengubat ramai yang rindu celoteh mD ni.. jangan nak merendah diri sangat, ramai peminat blog ni ...saya tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah, satu dapat buat amal jariah (lepas tu terus lingkup, itu yang bagi masa setahun minyak percuma) dan satu lagi, kalau nak pump kereta, kita pump ajelah kat station minyak milik kita. Kalau minyak naik ke tidak, kita peduli apa. Kita taukeh station minyak ^__^

      Dah selesai dah kesibukan dek auditors ni semua. Lega dah tak kena soal jawab. Bos saya sendiri terus cuti mengejut hari ni. Stress ler tu ^__^ Apalah bos nih!

      Mana ada merendah diri. Memang tak ramai peminat pun...Hahaha....

      Delete
    2. Kalau kat sskolah kami takut nazir.. benci tul ayat nazir nak datang. Kalau dtg mmg cari salah kami je..

      Delete
    3. Kalau nazir datang sekolah, bukan aje cikgu seriau, budak-budak pun ken suruh 'siuman' sikit. Tenang je mengajar dalam kelaskan.... Teringat pulak zaman dulu-dulu masa nazir datang sekolah, kita pun dapat rasa cikgu susah hati....

      Delete
    4. Haha.. yeke? Budak tahu je tapi kalau budak usj ni tak makan saman. Ada kelas tertntu yang macam biasa je kalau ada nazir pun. Sakit hati betul..

      Delete
  4. biasa cam tulah. cepat je depa nampak salah kan. camnapun, mesti boss sayang kat MD sebab boleh cover.

    minyak naik...saya pun kena tempias sama. tiap minggu berulang Ipoh wei...ya Allah, bagilah MD kaya. boleh buka petrol kiosk dan bagi saya extra minyak untuk jimat kos ulangalik saya..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenalah cover up kalau tidak, mahu dengan saya-saya sendiri kena masuk mengadap. Bab mengadap ni biar kita serahkan pada bos. Dia lebih arif, Yang tercabut uban di kepala pun dia jugak ^__^

      Hah, siksalahkan Anim dahlah nak kena berulang ke Ipoh. Takpa, mana tau ada hikmah dengan minyak naik ni tetiba dapat berita permohonan berpindah berjaya tahun depan. Hah, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Hehehe....

      Terima kasih, terima kasih. Semoga doa dimakbulkan nanti saya tolonglah kawan-kawan, bagi minyak free RM50 seminggu *__*

      Delete
  5. I hate auditors. Boleh gittew...hahaha...Baru lepas di audit gak nih. Next week sambung lagi. Stress mak hencik.

    Harap side income dari blog jer lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....I dah watamat kesengsaraan. Malam ni dema blah balik Jepun. Lega. But my boss dah cuti mengejut hari ni. Terkejut kot kena soal bertubi-tubi dek auditor. Hah, tulah dah suruh naikkan gaji saya 200% taknak, salah sendiri ler....

      Delete
  6. Jentik proton ngan sime darby ☺

    ReplyDelete
  7. Thanks, KA. Dah jenguk tadi belum komen. Nanti saya komen berkoyan. Terima kasih, KA.

    ReplyDelete
  8. hmmmm...tentang isu petrol tu malas nak kecoh2 sgt kan kak. beruntunglah sebab negara kita punya harga antara yg terendah. cer g thailand tengok, mahal wooo..cuma tak wajarlah dinaikkan time nak beraya ni. aniaya rakyat je. huhu..mujurlah sue ada buat side income, kalau nak harapkan gaji yg ada ni, abis bayar hutang je..nangis kak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang harga kita masih rendah lagi. Kita ni dah terbiasa di spoonfed. Sebab itulah bila naik harga barang, kita pun bukan main alahai.... Nak buat camna. Harga barang memang tak akan balik ala-ala zaman makpak kita dulu-dulu.

      Sekarang ni Sue memang kena pandai cari lubang duit. Kalau yang tak pandai macam akak ni, harapkan gaji ajelah....

      Delete
  9. Yelah.....mmg benda semua pun naik .....orang lagikan naik inikan minyak....yer dak....so happy happykan diri aje le... kihkihkih....
    Tau dah ada auditornya sebab kertas soalankan dah bocor....
    Tu yg tak mau kacau tu....kang tambah serabut kepala jiran mau mak dihempuknya......hehe....

    So hari ni sudah merdekalah yer...Berapa byk dapat NCR? Minor ? Major?.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Okje. nak buat macamana. Nak melalak pun tak guna. Tukar pentadbiran pun belum tentu harga minyak boleh turun. Belum tentu nasi lemak 50 sen kembali di pasaran, ya tak? Kita terima ajelah. Perbaiki diri mana perlu. Nak meraung pun bukan guna. Kita insan kerdil, takda siapa pun mendengar....

      Kertas soalan yang ini memang sengaja dibocorkan. Yalah takut pulak cikgu rindu kat anak murid....

      Delete
  10. I hbis ct ni. Ada internl audit dulu. Sebelum audit next month.
    Tahun2 lepas, i kat kilng lama i releks je.
    Ni kilng br i x tau lg mcm mna environment dia,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, dah start kat kilang barukan? Apa cerita ya? Tak sempat nak berkunjung ke rumahlah last week. I was very busy hiding stuff here and there. Hahaha ....

      Delete
  11. patut la agak menyepi rupanya diserang dynasor....he3x.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak! Dinosaurnya kecil-kecil je tapi walah weyh, hebat. Dah namanya dinosaurkan, haruslah pandai menghidu mana yang tak sedap dihidu ^__^
      Nasib baik tak kena makan hidup-hidup, kak!

      Delete
  12. patut lah senyap tak update blog.. ingat balik kg jauh nun di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau balik kampung nun, lagilah kecoh Lyn. Mahu kejap-kejap update blog. Yalah perasan glamor gitu. Hahaha....

      Delete
  13. gaimana daku boleh tertinggal entry ni ya
    tak apa-apa, tetap komen juga
    ooo...auditor menyinggah rupanya
    kena berlakon rajin sikit ler ye =)

    naik memang 20 sen aje, tapi affect pada orang cam kita ni
    bukan setakat 20 sen aje
    mahal harga jadi rakyat malaysia ni rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know, I know... you memang tak perasan entri ni. Sebab hari tu first day saya dapat menaip, amik... terus nak keluar dua entri sekaligus ^__^ Ghairah menulis gitu....

      Lepas ni memang semua pun naik, dah semua pun guna RON95kan...haruslah mahal sikit!

      Delete
  14. mmg biasalah bila auditors dtg semua jadi baik,kelam kabut serba serbi..mmg haru jugak jadinya kan..

    sy doakan MD jadi billionaire.HAHAHA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pening juga. Auditors ni cam tau-tau je kita main sorok-sorok dengan dia. Tapi nak sorok camna, dia jumpa juga. Bijakkan, dah namanya auditors....

      Aminnnnn! Alhamdulillah! Moga tercapai impian!

      Delete
  15. Waaaa.. lg dasyat.. dr jepom trus tu.. lya pom arini bru settle mgadap auditor.. tp dr KL j. Lega

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah company Jepun, Lya haruslah auditors pun kena import dari sana. Hehehe...

      Delete
  16. saya ni po jap dijumpai radar.kejap tersasar.hahaha.sejak ada si kecik ni rasa nk ngarang boleh boleh aje.hihi

    aamiin smga impian md bukan petrol pump tercapai..blh isi mnyk free.keh..keh..keh..

    dh blh jd pelakon tambahan ni sbb blh blakon aje kan bila berdepan dgn auditor.hikhik.bila dorng dtg kelam kelibut kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu Ciksu bila beranak kecil. Komitmen sikit punya tinggi tu. Nanti ingat anak dah besar, kita boleh senang hati tapi tak juga. Hati tetap maintain susah bila fikir pasal anak-anak. Selamat join the club, ya Ciksu!

      Aminnnnn! Mana tahu betul-betul saya buka petrol station. Siapa yang untung? Saya dan kawan-kawan juga ^__^

      Delete

Post a Comment