Kisah hari ini....

Salam sayang kawan-kawan!

Rindu tak dengan ngomelan Kak Ton? Sehari Kak Ton takda menceceh, gelap duniakan? Eh, belum habis cakap lagi - Dunia Kak Tonlah bukan dunia you all. I know, I know, you all happy je, selamat tak payah datang menyinggah sampai berpeluh, right, right?

Hari ni nak cepat, so kenalah ambil topik paling dekat di hati - kisah superheroes I yang keletah sama je macam Mommynya ^_^



Well, si Adik Cute lagi 10 hari dah nak celebrate birthday yang ke-3. Bagi mak-mak budak yang ada anak sebaya mahupun lebih besar, boleh bayangkanlah keletah budak seusia Adik Cute ni. 

I sekarang memang kena 'pinjam' telinga kiri untuk Adik dan telinga kanan untuk Abang. Mereka kalau bercakap mesti serentak. Padahal ceritanya sama je. Si Adiklah suka sangat imitate kata-kata si Abang! Kalau nasib tak baik, tiga-tiga superheroes kecil besar bercakap serentak. Satu penjuru pun I tak dengar sebab dengan I, I sekali bercakap sama. Barulah puas hati ~_^ Asyik mereka bertiga je nak bercerita. I pun nak juga. Tapi takpa, kalau tak dapat potpet di alam nyata, I boleh je potpet di alam maya. Aha, itu satu kelebihan berblogging wokey!

Oh, ya... bercakap pasal blog kadang-kadang bila berborak dengan Hubbydearie, I ada jugalah tersebut 'MD', 'MD'. So si Abang jadi sangat pelik. Makanya ditanya pada I,

Mommy, MD tu adik beradik Mc Donald's ke???

Pernah juga Abang ternampak gambar mereka dua beradik dalam blog lepas tu teruslah terpacul soalan ....

Eh, Mommy! Macamana gambar kita orang ada dalam internet? My Little Amazing World???? Macamana dia ambil gambar kita ek, Mommy? Mommy kenal ke?

Huhuhu....biarlah rahsia, Abang! Nanti dah besar tahu ajelah jawapannya! (By the way, by now Abang dah tahu pun siapa pemilik nama Mummydearie tu... Hiks!)

Si Adik, as usual sudah banyak cakapnya. Banyak vocabnya sekarang. Dah boleh buat jalan cerita. Memang penat melayan borak dengan si Adik ni. My superheroes ni dua-dua 'pengarah' ya. Oh, bukan mengarah drama Senin-Khamis pukul 7 malam tu tapi dua-dua kuat mengarah. Sama je macam Daddy mereka! Keturunan pengarahlah katakan ^_^

Semua pun main 'arahkan' ajelah, itu yang I rasa hidup macam bibik je kat rumah (YY, bibik dalam kamus MD ni maksudnya orang suruhan tak sama dengan bibik dalam bahasa klasik Jawa yek!)

So, kalau Adik nak main tab, mulalah nanti conversation yang tak berapa nak faham antara si Melayu dengan si Mat Saleh ^_^

Contohnya bila Adik sibuk search dalam youtube....


Mommy, badabeh!


Apa Dik?

It is 'All About the Bass', Mommy .... (jawab si Abang)


Mommy, ka-toi!


Apa yang kantoi ni, Dik?

Mommy..... go and find car toys for him!  (jawab Abang lagi)

Daddy, Bubbly Abang dan Adik Cute tengah tengok gambar lama dalam bilik sambil gelak-gelak tiga beranak tetiba Adik Cute meluru keluar panggil I yang tengah khusyuk tengok cerita Korea...

Mommy, Mommy.... nak tengok mattaleh? Jom Mommy, tengok mattaleh..... 

Aduh, pening kepala apa agaknya Adik ni nak suruh Mommynya tengok...

Erk, rupa-rupanya dia suruh tengok gambar mereka tiga beranak yang dah macam 'Mat Saleh' kononnya....

Di rumah my superheroes memang tak dibenarkan bercakap aku, kau sesama sendiri. Tapi, si Daddy punya BM adakalanya lemah sikit. Lalu untuk menunjukkan ke'power'an sebagai seorang Daddy berkaliber, kerap juga I dengar my Hubbydearie bahasakan dirinya 'aku' dengan superheroes.  I pernah tegur tapi alasan Hubbydearie beri,


I dengar your mother selalu je bahasakan dirinya 'aku' dengan kita!

Oh, well.... okeylah! Alasanmu kuterima kerana kalau boleh memang tak mahu bertikam-lidah dengan orang yang  tak pandai langsung menyerah kalah macam Hubbydearie ni. HD kalau berhujah memang sampai menang baru berhenti terutama dengan isteri mithali. Dah namanya isteri mithali, tak akan diberinya menang walaupun sekali! Lebih baik jangan join perdebatan dengan beliau, mahu berakhir dengan acara balapan pulak kang!

So satu hari I tengah tengok drama lepas tu nak imitate cakap pelakon tu terkeluarlah perkataan 'aku'. Makanya si Adik sudah dengar lalu bersuara comel,

Ehhhh....Mommy tak boleh takap 'aku'! Ayokk, tak tahu! Mommy takap aku......

Aduhhh....

Pernah juga Abang tanya soalan cepu-diamond-is-forever pada I dalam larangan ber'aku-aku' ni,

Mommy kata tak boleh cakap aku dengan orang lebih tua, dengan kawan-kawan pun. Tapi kenapa bila kita berdoa lepas solat, kita cakap 'aku, kau' dengan Allah?

Aha....  ayok, tak tahu.....~_*

Maka, anak-beranak duduk sambil minum Milo cicah biskut oreo dengan penjelasan sikit punya panjang lebar lagi gitu....

Oh, ya... my superheroes tak suka tengok Frozen tu tapi lagu tu mereka tahulah. Kalau keluar lagu, mereka dua beradik sepakat membawa berkat menjerit nyanyi sama-sama terutama part 'Let it go' tu... 

Tapi, versi Adik Cutelah yang the cutest sekali.... 

Sampai part 'Let it go', Adik akan tukar alihbahasa jadi 'Tak nak go'. Maka, terjerit-jeritlah Adik menyanyi 'tak nak go, tak nak go' menggantikan 'let it go' itu ^_^

Sekarang mereka dua beradik baru mengenali Maleficent, maklumlah sejak bukan kaki panggung wayang ni, semua cerita tengok kat Astro je. So, Adik tengok gitu-gitu je tapi Abang sudah 'jatuh hati' dengan Aurora. Itu yang sampai digooglenya Aurora Borealis pulak ^_^

Tapikan, dalam pada gembira melayan keletah superheroes tu adakalanya boleh juga mendatangkan bah air mata di kelopak mata...

Suatu malam, Abang melasak tak boleh tidur lalu I pun bertanya mengapa...

Mommy, Abang tengah terfikir something! Selalu sangat kalau nak tidur, Abang terfikir perkara ni. Abang tak suka....

Apa dia?

Macamana ya 10,20 tahun akan datang? Kalau sekarang pergi taman dengan MommyDaddy, nanti-nanti bila Abang dah besar, kena ke taman sendiri je. Kalau sekarang Daddy je yang drive ke mana kita nak pergi, nanti-nanti Abang kenalah pandu kereta sendiri! Abang sedih....

Kenapa sedih? Baguslah bila dah jadi orang dewasa. Boleh berdikari...

Yalah, boleh dapat apa kita nak tapi masa tu MommyDaddy mungkin dah takda.... Abang tak boleh think how to live in this life without MommyDaddy!!!

Oh, alahai anakku..... 

P.S. AN, so so sorry! Punyalah excited kecikbesarkecikbesar mata rabun MD ni nak  approve komen guna he-ho sampai nak tekan butang publish tak nampak tertekan butang delete kotnya. Maka, hilang sudah komen AN yang berharga untuk entri sebelum ni.... Oh, sedih! Nak suruh komen balik macam tak patut jekan.... Hehehe!











 


Comments

  1. aham... ini baru betul MD namanya.. dia kata sikit, nak cepat tapi tulis boleh tahan panjangnya. kalau pendek2 mmg rasa lain macam tau..

    situasi yang saya cukup faham, bila 3 insan atau 2 insan kecil bercakap serentak. lagi-lagi bila Nazif panjat duduk kat atas riba saya, jadi kalau dia macam syak saya lebih dengar cakap Naim, maka sebiji ditampar muka mama supaya mama dengar apa yang dia nak cakap juga,, adoi dik...

    haha, kenapa MD tak mengaku je yang blog tu MD sendri yang tulis? kalau naim, doa seronok sangat ada kisah dia di blog saya...

    dah la, tak nak komen banyak2, kan kena delete lagi.....merajuk ni......huhuhuju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayok, tak tahu cikgu majuks!

      Alahai, AN...serius tak sengaja. Tak pakai spek, pastu baca pun dekatjauhdekatjauh je. Nak tekan publish tapi maklumlah tangan superbig, he-ho supercilik pulak...tertekan deletelah kot. Tengok-tengok dah takda komen :(

      Biasakan AN mereka ni cakap serentak. Nak pitam pun ada kadang-kadang. Saya siap tunjuk tangan suruh dua-dua stop, biarlah Mommy jek berbicara. Lagi afdal ^_^

      Abang dah tahu blog ni saya punya. Bila buka history kat mana-mana komputer di rumah, semuanya ada blog ni. Hihihi.

      Delete
    2. ha..merajuk la tau... ingatkan hari ni tak nak datang komen dah, mujur yang ni cepat2 publish, kurang nak merajuk tadi...

      tak rakam ke gelagat depa tu> nanti tunjukkan rakaman pula ya? mesti comel tu.. diorang layan Malefiecient juga? wah, bestnya gitu.. tidakla asyik katun je..

      Delete
    3. Amboi, cikgu kalau merajuk mengalahkan anak murid! Rotan kang... Hahaha.... Alah, cian dia... serius tak sengaja. Takkanlah suka-suka nak delete komen orang pulak. Nasib baik sempat baca tau. Sempatlah orang tu rasa pelik kita nak study-study menjahit. Alah, berangan dah lama tapi buat tak juga. Bila tengok orang pandai jahit, tercabar pulak rasanya tapi tetap kat takut lama.

      Hah, tengok, siap jawab komen yang terdelete lagi kat sini. Tak ke sayu hati awak tengok keprihatinan kita ni? Hahaha....

      Video saya jarang rakam. Baru dua hari lepas tengok video Abang masa sebaya Adik, dirakam oleh my niece. Rasa rindu pulak zaman Abang comel-comel dulu. Sekarang dah besar panjang anak Mommy :(

      Delete
  2. bila first time ema dengar kawan cakap dengan ibunya sendiri bahasakan 'AKU'..macam kurang ajarnya dia bercakap dengan ibu..tapi bila diterangkan baru faham..kebanyakkan orang jawa memang bercakap aku dengan famlili.... dan AKU juga rasa lebih dekat dengan yang tersayang..begitulah juga dalam doa kan..teletah anak tidak akan ada hentinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Jawa memang gitu rasanya, Mar. Suami anak saudara saya bercakap dengan my kakak (mak mentuanya) main aku, aku je. Mula tu rasa pelik tapi bila dah tahu, tak kisah lagilah. Cuma kita yang tak biasa ni memang kekok kalau ber-aku aku dengan orang sekeliling.

      Delete
  3. Kejap lagi sambung komen...komen sikit nak tunjuk dah datang baca entri.... semlamnya pun datang jugak tau cuma malas nak komen jer,...sebab tau org tu cuti hehe....

    Jap nak masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ada gitu gaya rupanya! Hahaha...dah tau apa sebabnya, Mak. Lenkali urusan di dapur kena buat dulu. Ini bukan macam jemur baju, boleh perap dalam bakul tak berjemur. Kan dah habis begedil comel-comel tu. Tapi takpa, Mak boleh je makan semua. Eh, ni komen pasal entri kat blog saya ke atau blog OKje ek? Rasa konpius tetiba!

      Delete
  4. owhhhh.... berebut nak bercerita... saya paham. tapi bukan dua beradik berebut nak bercerita, saya yang berebut dengan Adam nak bercerita kepada papa. hihihi. asal kita buka mulut, time tu la dia nak bercerita.

    owhhh... abang dah tau pemilik blog tu.... adam pula pemantau blog saya. dulu tengok gambar je, skrg, pantau tajuk. isi entry tu... jarang2 dia nak baca.

    hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...gitulah agaknya gaya bila ada anak lebih daripada satu. Memang kena pinjam telinga kiri-kanan. Kalau dah emak pun sama naik, haruslah lebih meriah, Ida ^_^

      Abang dah tau dah pemilik blog ni makanya dia dah tak hairan kalau nampak gambar. Kalau saya snap foto mesti dia tanya - ' Ni nak masuk blog lagilah ya, Mommy?' ~_^

      Delete
  5. ok datang sudahhhh.... baru lepas makan soto tapi bergedil tak jadi huhu....Berpoloh poloh dahi mak ni tau sambil komen.... Kalau dah berpoloh cenggitu, imagine ajelah betapa sedapnya soto jiran masak hikhik....

    Eloknya tambahlah telinga sepasang lagi letak kat atas kepala haha.... so fair and square dapat sorang satu telinga haha....
    Dah abg tu banyaknya sama dengan adik surelah dia paling faham apa cakap adik, cer tanya kakak awak MD sure dia lebih tahu bahasa adik dpd mommy....

    Untunglah dapat anak mcm abang tu weyh...... penyayang sungguh ngan mommy n daddy. Tak yah kawen ajelah abang tu, barulah kak ton boleh konker sesorang hihi.....Amacam? Ada berani? Tak berani....... nak jugak bercucu ye dak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camna begedil tak jadi ni, Mak? Saya bukan nak bangga diri tapi selama ni buat begedil tak pernah pulak tak jadi tau. Huahahaha....Kasi jeles sikit itu jiran sebelah yang claim dia lagi rajin masak ^_^

      Kalau cantik tambah telinga kat atas kepala tu, okey juga Mak. Ini tak cun langsung. Pastu kalau dah 3 telinga, yang mana dulu utusan sampai ke otak? Mahu pening otak nak tafsir 3 mesej serentak!

      I is tak kisah Abang nak kahwin ke tidak nanti. Cuma yang kisah takut kasih-sayang yang bertimbun tu makin besar makin berkurangan pulak. Itulah yang feeling-feeling insecure. Hiks!

      Delete
    2. Mengekek tau mak ketawa baca komen jiran....sambil bayangkan telinga kat atas kepala haha...

      Entahlah Kak Ton cam ne agaknya boleh tak menjadi, mak pun sangat hairan tau...

      Delete
    3. Itulah, Mak. Kalau buatnya setahun sekali memanglah jadi lagu tu (Eh, macam kenal pulak orang yang keluarkan statement nih!) Kalau nak begedil comel lote memolek je bentuknya, kenalah buat selang sehari, Mak. Kenyang begedil lah jadinya....

      Errr... Mak, ni blog Kak Tonkan bukan blog Mak? Kak Ton konpius kenapa kita berbicara pasal begedil kat rumah Kak Ton. Seharusnya kat rumah Mak kan.....

      Delete
  6. eh kalau saya, saya cite saya ada blog
    kadang saya tunjuk pun kat diorang
    afif sampai dah pandai kata, "mama ambil gambar ni letak dekat blog!"
    oooo ni kira nak kata bibik versi MD berbeza sama sekali
    dengan bahasa JAWA la eh? okay paham =)

    tapi kalau saya, saya jawab balik, apa ko ingat mama korang ni orang gaji?
    so kebiasaannya diorang buat sendiri, kalau tak boleh baru kata, pleaseee =)

    kalau kat rumah diroang biasanya membiasakan diri
    dengan nama masing-masing, "ko" memang biasa digunakan
    oleh saya dan suami apabila merujuk kepada sesuatu pertanyaan
    yang khusus untuk salah sorang anak kami
    contohnya, "afif, ko dah buat keja rumah?" atau
    "aisyah, ko letak mana botol susu?"
    setengah orang kata kasar, tapi tu cara kami bermesra...hehe

    by the bass tu, bukan takat anak saya je
    saya pun suka! hehe

    yang akhir tu, rasa touching pula
    lebih kurang sama cam anak bujang saya, anak sulung kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malulah, YY. Even dengan superheroes pun terasa malu pulak nak ngaku ada blog ^_^

      Setahu saya orang Jawa memang biasa membahasakan diri mereka 'aku' even dengan ahli keluarga jugakan. Mula tu saya pelik juga sebab suami anak saudara saya begitulah dibahasakan dirinya (dengan mak mentua lagi aka my sister)

      Kalau kat rumah memang saya panggil nama mereka. Jadi mereka rasa janggal bila ada kawan-kawan bahasakan diri 'aku'. Si Adik pulak jenis die hard fan punya follower. Maklumlah budak kecil kan. Bila dengar orang cakap je (even dalam TV) mulalah dia ber'aku-aku' juga.

      Saya pun suka juga lagu tu, bukan budak-budak je. Si Adik bila tiba lelaki berisi tu menari terus sengeh-sengeh dipanggilnya 'Abang'. Kesian kat Bubbly Abang....

      Abang memang gitu, selalu buat kita feeling-feeling touching tau. Kata-katanya tu rasa cam tak sesuai je dengan budak 8 tahun, itu yang buat sedih alahai mendengarnya!

      Delete
  7. hahahah,,..terhibur betul baca cerita budak 2 orang nih..yang bestnya si abang boleh paham je apa adiknya cakap..bagus nya abang..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya si Abang yang paling banyak membantu. Dah biasa main dua beradik so mungkin sebab itu dia lebih memahami Adik ni. Adik pulak cakap memang laju. Mula-mula tu kita fahamlah, dah lama-lama, entah apa-apa dia bebelkan pun tak tahu ^_^

      Delete
  8. Abang punya imginasi sangat tinggi :)
    Sampaikan dia fikir bila dah besar, nanti gi taman takde mommy & daddy nak teman...

    Nasib baik dia tak imagine " FBI yg ambik gambar mereka 2 beradik secara sembunyi2, dan letak kat internet!!"...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...dia selalu cakap gitu. Kadang tu dia tanya tahun 2054 nanti umur saya berapa, Daddy berapa. Lepas tu dok congak-congak, lepas tu dia sedih sebab takut katanya kalau MommyDaddy dah takda lagi! Saya kata mungkinlah kot sebab dah tua sangat. So disedapkan hati saya dengan berkata ada je orang yang boleh hidup lebih daripada 100 tahun!

      Hahaha...dia lebih kenal FSB daripada FBI, DZ .... pengaruh Daddynya ^_^

      Delete
  9. kata pendek?? pjg gak ni.. MD mane boleh tulis entry pendek2.. bkn MD lah namanya.. hehehe
    kelakar lah dgn keletah anak2 akak ni... klu dgn org luar dorang byk ckp tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kira antara yang terpendeklah ni, Lyn....

      Kalau tulis pendek-pendek ni rasa macam tak sampai maksud tau tak. Hahaha...

      Kalau dengan strangers tengoklah. Mula tu diam lepas tu dah tak peduli. Cuma ikut mood juga. Kalau tidak memang iritatinglah jadinya ^_^

      Delete
  10. bestnya anak2 boleh di ajak berbual. teringat anak buah yang selalu jadi translator adik dia yang pelat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah jadi geng borak kat rumah tu. Macam-macam cerita selalunya yang ada kaitan dengan kehidupan mereka sehari-harilah. Makpak pun tak ada peluang nak berborak. Asal borak je, ada yang menganga mulut. Tetiba je ada yang menyampuk. Camna?

      Delete
  11. Pejam-celik-pejam-celik dan anak 3 tahun dah si adik gebus ye:) Yg pasti si abang lebih banyak dpt tangkap vocab adik walau pelat-pelat sikit. Seronok melihat perkembangan mereka. Itulah bagusnya MD (bukan McDonald ye abang hihi...) buat N3 masuk blog. Kelak abang boleh tengok perkembangan abang dan adik di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap betul masa berlalu, Kak. Rasa macam nak stopkan aje masa tu pada satu-satu momen indah. Tapi apakan daya... hidup mestilah diteruskan tak kira indah tak indah, ya tak kak?

      Hahaha...dalam banyak-banyak initial, McDonald juga yang dia ingat...yalah dah samakan ^_^

      Betul tu kak. Sejak ada blog kalau boleh semua nak masukkan buat ingatan dan bacaan kelak ketika usia meningkat tua, anak-anak pun dah besar. Oh, hiba pulak hati nih!

      Delete
  12. mmg seronoklah kalau anak beranak rajin bercerita, kalau Adik cerita bermusim, along cerita sama sepjang tahun, angah asyik dgn kisah tension, ummi & abah siap sedia telinga je, yg bestnyer leh jadikan n3 dlm blog kita juga kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru dua, KA. Macam KA ni dahlah tiga, kalau semuanya fasih berbicara memang mahu terkedu kita. Satu macam Suffiya tu pun dah cukuplahkan, kalau semua macam dia, aduhai..... memang kena pasang antena satu atas kepala untuk detect suara yang suka sangat bercakap serentak tu.

      Betul tu, boleh buat satu entri kat blog. Jimat otak nak dok fikir cerita apa ^_^

      Delete
  13. Kalau saya marah..mesti bahasakan diri 'aku' tapi kalau balik Johor..dah biasa guna aku kau...camno tu? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut masing-masing punya kebiasaan, Kniedaz. Macam saya ni memang tak pernah ber'aku', 'kau' dengan orang so saya rasa janggallah nak membahasakan diri begitu. Jadi, saya ajar anak-anak perkara yang sama. Tapi mereka confused bila ada rakan sekolah yang ber'aku', 'kau' dengan mereka. Dah dikatakannya 'rude' ^_^

      Delete
  14. Sama la. Kat rmh ni pn x dibenarkan beraku engkau kecuali time mak bapak naik hangin. Hehe... Adik cute same age dgn Azfar. Bezanya Azfar dh 3 thn. Dia mmg suka bercakap smp jiran pun suka dgr sbb xde pelat berbanding anaknya yg tua setahun dr dia. Pelat2 lg bercakapnya. As long as blh bercakap, ok je. Lm2 nnt hilang la pelatnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Azfar dengan Adik Cute masuk sekolah nanti sama tahunlah. Dia lahir akhir tahun sebab itu mudalah ya ^_^ Si Adik ni kadang pelat, kadang tidak. Ikut suka hati dia jelah bila bercakap. Sekarang ni memang tengah petes alahai membebel. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ya tak? *_*

      Delete
  15. masa bebudak ni mula pandai berborak aka belum masuk sekolah , kami pun elak guna kau aku . tapi bila dah masuk sekolah , kenal ramai kawan , kat rumah dah jadi bahasa rojak . kerap juga mengadu dan bertanya kenapa x blh dan kenapa kwn2 mrk suka cakap bla bla bla ... nak menjawap kena fikir dulu skripnya ... cabaran mmg berhadapan dgn budak baru belajar mengenal kehidupan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan Vee, memang orang Jawa suka ber'aku' kan. Pada mereka menunjukkan kemesraan sekeluarga, right, right? Saya ni Jawa tapi dah lama keluar dari batas. Satu benda pun tak tahu ^_^ Kat rumah tu memang tak dibiasakan bercakap 'aku', 'kau' disebabkan saya sendiri tak biasa dengan panggilan gitu. Rasa janggal sangat.

      Delete

Post a Comment