Port baru ...

Salam Jumaat semua!
 

Minggu ni terasa macam lambat pulak masa berlalu. Nak sampai ke hari Jumaat terasa aduhai panjangnya perjalanan...

I ni asal hari Jumaat je memang happy semacam. Maklumlah, esok dan lusa boleh buat plan ikut suka hati. Dapat melayan superheroes sampai hilang suara menjerit. Si Abang dah habis exam akhir tahun makanya memang panjang langkahlah kami empat beranak. Minggu depan lagilah Abang suka. Cuma sekolah hari Isnin dan Selasa je. Diajaknya I 'cuti sekolah' sama. Katanya best kalau Mommy pun dapat cuti dekat 2 bulan hujung tahun. Nantilah Abang...bila Mommy jadi mem mega besar nanti, barulah Mommy dok rumah ye!

I ni dengan grocery shopping memang sungguh akrab bak air dicincang takkan putus (Aduh, dah berperibahasa pulak dia nih!) Walaupun jarang memasak, grocery shopping tetap berlaku sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Biasanya memang berkali-kali. Entah apa yang I cari, I pun tak pasti sebenarnya. 

Bila teringin nak prepare menu ohsem, bukan main excited alahai membeli bahan. Asal nak buat menu delicious je, semua bahan takda dalam dapur. Asal I beli je bahan tetiba semua benda tu muncul di tempat yang sepatutnya. Magik sungguh tau....

Dan yang lagi pelik dan penuh misteri, lepas beli bahan, buatnya tak juga. Yalah penat ke hulu ke hilir dalam supermarket mencari bahan dalam senarai. Bila nak buat je, bahan dibeli habis dah kena baham dek entiti misteri dalam rumah sebab I tak boleh detect siapa punya kerja - Daddynya atau anak-anaknya. Nak menuduh mahupun serkap jarang tak baik, kan.... ^_^ 

Eh, dah macam kisah seram pulak! Patutnya kena publish hari Khamis malam Jumaat entri nih ~_^

Alahai, I sebenarnya nak cerita port baru tempat I melepak membeli barang dapur. I suka tempat ni walaupun kebarangkalian untuk kita bertemu hamster(s) adalah jauh lebih tinggi berbanding pasaraya WXYZ ^_^






My niece punya kerjalah ni. Disuruhnya I ke NSK beli barang dapur. Murah katanya. Dulu-dulu masa lepas kahwin rajin juga tau kami dari Damansara Damai ke NSK Selayang nun. Aha, kelas tak kaki Kak Ton berjalan semata-mata nak beli barang murah? Harga minyak tolak tepi ya....

Bila I calculate-calculate balik kos barang memang murah jugalah kat sini. Of course, kat mana-mana pun sama. Ada barang A murah di sini, barang B murah di sana. Tengok pada promosilah. 

Apa yang penting, sekarang ni kalau hujung minggu je memang kami sampai jejak ke NSK ^_^

P.S. Gambar semua dari http://www.nsktrade.com/















Comments

  1. dengarnyer murahkan.. tapi tak tauler jaerang ke sini.. jauh dari rumahkan...
    aduhai rindunyer nak dengar bebelan MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, statement last tu yang saya suka nak dengar. Ulanglah Cho barang 18kali kat kotak komen. Hahaha....

      Dulu pernah juga pergi lepas pindah rumah takda yang dekat area rumah saya. Baru-baru ni terjah lagi. Eh, memang murahlah, Cho. Banyak jugalah barang dalam troli boleh dapat.

      Delete
  2. Replies
    1. Nampak macam murah. Itu yang rajin sesungguhnya ke sini, Mar. Nak kata dekat taklah dekat juga :)

      Delete
  3. murah ke??nak kirim beli barang sikit boleh?/heheh..kalau kat sini tak de NSK ni..tapi pasaraya lain yang nama pelik2 tu banyak la..harga semualebih kurang sama je..kadang2 terpikir jugak,depa ni adik beraadik ka??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kirim? Boleh, boleh, boleh... Hantar duit online dulu, kalau tidak kena tolak dengan buat kuih suji untuk saya sekeluarga. Hahaha...

      Saya punya teknik membeli barang murah, kalau saya habaq kat sini dah tentu kena gelak. Lebih baik simpan jelah ^_^

      Delete
  4. dulu2 murah kak. skrg ni my mum & sis kata dah agak mahal jugak..
    so tapi still boleh lah klu nak beli borong kat sini.. berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Baru-baru ni pergi sana tengok troli tu penuh dengan lebih banyak barang berbanding kalau buat grocery shopping kat tempat lain. Harga pun boleh tahan rendah sikitlah daripada port akak yang biasa-biasa :)

      Delete
  5. NSK ni tgk tempatlah, kdg2 cam nan hado je brng2 dier.. tpi bab beli belah ni KA ok je kat mana2 pun hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa kalau namanyan trade city tu nampak banyak sikitlah. Kalau setakat macam kedai runcit tu memang hampagas kita dibuatnya, KA. Saya suka ke Selayang tu. Lepas penat boleh singgah rumah kakak pastu makan tanpa diundang. Hihihi....

      Delete
  6. Pernah gi NSK tapi tak selalu. Mmg orang kata murah NSK ni....tgk gambar buah tu mcm geram pulak mak ....
    Tp tulah kat mana ek NSK yg besar? Barulah puas sikit nak berjalan hihi....
    Gi NSK mana selalu? Manalah tau boleh terserempak....jangan pulak nyorok bawah rak buah hihi....
    Okje pun sama tau kalau gi supermarket ada aje benda nak beli.....kadang tu rasa malu lak ngan Pak Jilap...kesian dia ngabihkan duit dia jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat depan Aeon Balakong tu ada satu lagi pasarayakan, OKje. Apa ke namanya... yang itu saya tak pernah lagi sampai. Tapi kelmarin saya ke NSK dan Aeon Big. Harga barang sama dalam RM100++ tapi kat NSK troli penuh barang dan kat Aeon Big, separuh pun tak sampai. Adatlah ada barang murah kat sini, mahal kat sanakan...

      Kalau nak nyorok tak susah kat NSK ni. Orang ramai. Cuma itulah takut sibuk menyorok terjumpa pulak hamster... Aduhai.... heboh pulak satu NSK kang!

      Delete
  7. Kalau banyak memborong, berbaloi pegi NSK ni... Adik ipar saya pun suka shopping kat NSK Selayang... Katanya kalau nak beli bahan mentah macam ikan tu segar2 dan murah2.... tak pernah pula terfikir nak ikut dia ke sana (lambat lagi lah bulih ikut adik ipar pegi NSK ni... ekekke)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa setakat ni memang murah cuma yang 'merisaukan' saya, saya lagi suka collect point kat Aeon. Lepas tu boleh tukar rebate voucher. Itu part yang paling ohsem dalam grocery shopping saya ^__^

      Delete
  8. jauh tu nak ke selayang . kena tgk tpt lain ada ke idak . klu kat sini mmg giant jer la yg jadi feveret wpun ada aeon kat sebelah tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Giant pun kat area saya ada juga tapi kalau dibanding-bandingkan memang kat Giant mahal sikitkan, Vee...

      Delete
  9. Ramai org suka mbeli belah di sini.. Sekali je pnh g NSK..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayur murah-murah kat sini. Saya beli daun kari, daun limau satu beg besar baru RM2. Memang pengsanlah dok masak kari 7kali seminggu macam nih...

      Delete
  10. waaa...mmg puas hati la nmpk..lawas,,mcm semua y segar2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni memang akak rasa NSK ni quite cheap berbanding dengan tempat lain. Tapi ada juga barang yang dijualnya mahal sikit berbanding hypermarket lain.

      Delete
  11. mg dah kenal sangat la MD punya perangai.duta grocery shopping.haha..

    betul la mana2 tempat pun lebih kurang je la harganya.klu calculate duit minyak dengan terbeli benda2 yg tak sepatutnya better sy grocery shopping kt kedai runcit je..besan kan ke kemut.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...duta grocery shopping pun jadilah...

      Sebenar memang gitu. Ada barang kat sini murah, kat sana mahal. Ada barang kat sana murah, kat sini mahal. Ikut promosilahkan... Tapi beli kat kedai runcit bukan ke lagi mahal harganya?

      Delete
  12. Mmg murah kt sini tp ada jugak brg yg x de. Rumh akk jauh gk dgn ni. Makanya ke giant la yg plg dekat. Dah la mahal nk mampus brg kt giant. Klw beli sikit pun beratus ratus hbs tau. X suke x suke x suke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau trade city tu besarlah kan. Kalau NSK biasa-biasa tu sesak juga nafas rasanya.

      Ada barang macam sayur-mayur tu memang saya nampak murah sangat. Hari tu saya beli daun kari, daun limau dan daun sup seikat dalam RM2-RM2.50 gitu. Semputlah nak menghabiskan..dah macam buka gerai pulak!

      Delete
  13. Ha..entry kali ni pendek pulak. Isi kurang ya, sila tambah isi penting..Tapi disebabkan ayat gramatis dan bervariasi serta pemerengganan sesuai..ok.. lupalak nak komen pasal penggunaan dua peribahasa di sini sangat sesuai. Haha.. di fasa menanda paper ginilah kaedahnya menilai hasil kerja murid dan komen cikgu bagi..

    Ramai yang cerita NSK ni banyak pilihan dan segar. Saya tak sempat lagi nak terjah. Rasanya tak ada cawangan yang berdekatan dengan saya. Kalau sekala sekala terjumpa kedai ni saya nak masukla nanti.. idokla jakun tengok gambar dalam entry orang lain saja kan? Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... bila cikgu sekolah membaca blog oghang lain, memang ginilah jadinya, AN!

      Mentang-mentanglah baru habis exam, sibuk menanda kertas ya, baca entri kat blog saya pun nak disemak macam kertas exam. Aduh cikgu, dah saya kata kalau 'karangan' saya bagi jelah A+. Tak payah susah-susah baca, nanti cikgu juga semput nak menghabiskan. Maklumlah students bukan satu, dua orang... ramai tu ^_^

      Eh, masa buka website NSK ni rasa macam ada satu kat Shah Alam tapi tak besarlah kot... Kepada penyayur (Hah, ni perkataan baru cikgu BM pun tak pernah jumpa dalam kamus. Maknanya peminat sayur ^_^) harga sayur-sayuran memang murah yang amat. Seikat daun sup, daun kucai RM2. Bukan kecik-kecik punya ikat, besar tau! Silalah merasai keseronokan grocery shopping di NSK ni, AN. Tapi kalau dapat free hamster tu minta maaflah ya. Kebersihan kawasan memang dapat markah C-

      Delete
  14. saya tak pernah jejak ke NSK ni
    paling dekat ada dekat meru, malas pula nak berjalan ke situ
    selalu port beli barang dapur ni econsavelah paling jauh
    selalunya mymydin aje...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru tahu tau yang kat Mydin ada jual barang basah. Saya ingat macam supermarket biasa je... Yang Econsave tu saya pun pernah dengar tapi takdalah pulak yang nampak dekat di mata. Kalau ada, dah lama saya terjah. Lepas tu excited masuk dalam blog buat entri. Macam dia jelah yang dah pernah sampai. Keh3x.

      Delete
  15. mudah mudahan akan ketemu dgn md satu hari nti hihi.
    saya slalu gak ke sana
    kena sntiasa butang kan mata le.sy ni rabun jauh.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanyakan kalau kita nak terserempak, port yang paling mudah sekali dah tentulah Aeonbig Wangsa Majukan, Ciksu ^_^

      Delete

Post a Comment