Versatile Award untuk Cik Linda kita ...

Salam Selasa kawan-kawan!

Hari ni nak menjawab cabaran dari rakan blogger, Linda yang telah tag I untuk Versatile Award. Okey, I dah pernah kena tag sekali di sini so I akan bentangkan fakta ke-8 hingga fakta ke-14 tentang diri I. Rules lain I hapuskan ajelah ye...

Apalagi ye yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan? Takkan semua perkara tentang diri I nak dikongsi bersama, ya tak? Simpan sikitlah untuk harga diri. Hahaha ...

Okey, tak mahu panjang membebel kerana hari ni kerja I agak banyak!

1. I ni south paw. I kidal ya. Menulis dengan tangan kiri sejak I pandai menulis lagi. Oleh kerana itu tidak dinafikan tulisan I (kalau tak tergesa-gesa) memanglah cantik, comel je macam tuannya. Hahaha... silalah percaya tanpa perlu berfikir panjang sambil berimaginasi lagi, ya jiran-jiran ^__^ (Janganlah tengok kat sampul pos yang I hantar dulu. Itu namanya tulisan tengah malas dan gigil-gigil sebab nak cepat!)

Masa I bersekolah dan bekerja, memang tulisan I je kat carta notice board sebab setiap kali nak kena tulis, nama I aje yang naik memanjang. Maklumlah boboi suka tengok I dari belakang masa tengah menulis. Dari depan deme takut. I ni garang dalam lembut. Err....ada ke gitu? Takpalah yeskan ajelah sebab ni cerita zaman tok kaduk ^__^

2. I mula bertudung selepas berkahwin. Masa zaman sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di universiti, selalunya I lah yang terkontang-kanting sendirian tak bertutup aurat. Bukan tak mahu. Bukan juga tak tahu hukum-hakam tapi dah namanya degilkan. Namun jauh di sudut hati (ni cerita sejak bangku sekolah lagi almaklumlah masa tu pun dah pandai berboyfriend, ingat dapat kahwin lepas habis SPM. Hehehe....) I memang berniat once I kahwin je, I terus nak tutup aurat. 

Demi menjaga maruah diri sendiri, maruah bakal suami dan yang paling penting tuntutan agama. Dah terang tanpa cahaya bulan purnama lagi menutup aurat tu wajib, nak pertikaikan apa lagi, ya tak? Solely memang tanggungjawab tu terletak di bahu I dan I abaikannya sebab nak menikmati rambut panjang mengurai ditiup angin ala-ala model iklan *__* 

And one more thing, masa tu I belum bersedia meninggalkan baju-baju ketat mahupun terbuka sana-sini. I tak mahulah nanti dah bertudung tapi pakai seluar sendat seksi, takpun pakai t-shirt melekap kat badan sampai 'can see thru' gitu... Bak kata my ex kawan-kawan lelaki (ex ya sebab sekarang Hubbydearie tak bagi I bercakap dengan mana-mana lelaki) lagi tutup, lagi seksi, lagi berdebar jantung!


My arwah abah dulu banyak juga beri nasihat bab ni tapi dah namanya anak perempuan yang satu ini degil, suka ikut kepala sendiri. And now, I feel a bit sad because my abah tak berpeluang tengok anaknya menutup aurat. My fault, my fault! *sigh*

I bukan tak pernah kena sound dengan cikgu sekolah dan kawan-kawan yang rasa diri terlebih alim tapi I ni memang spesies degil. Orang pakai baju kurung dengan tudung masa kelas agama, I pakai skirt pengawas dan baju lengan panjang. Rileks je buka aurat sebabnya ini cara I protes dalam senyap -Ustaz potong markah ujian Agama Islam atas alasan I tak pakai tudung dan selalu je masuk bilik guru dengan buku rujukan sambil tanya balik kat ustaz kenapa jawapan I salah sedangkan buku  kata betul. 

Dan lagi, setiap kali ustaz sound I balik sebab tak tutup aurat, memanglah I tak jawab tapi dalam hati dok geram marah kerana ustaz beria-ia suruh I pakai tudung kenapa isteri ustaz pakai uniform nurse tak tutup aurat pun! Hahaha....nampak tak kedegilan budak kaca mata ni masa muda-muda dulu? (Dulu no spekmata, line clear....)

Ya, Allah! Betapa kerdil dan ceteknya ilmu si MD ni masa muda-muda dulu .... Moga Allah ampunkan dosa-dosa yang lalu!

3. Kalau sesiapa tahu my email address, pasti sedar ada nombor 2906 di email address I kan. Nombor tu mewakili hari lahir I sebenarnya, 29 Jun dotdotdot tahunnya. I created that email long ago, masa tu belum kahwin, belum kenal Hubbydearie pun ya. 

But sekarang apa maksud nombor '2906' tu selain dari tarikh lahir MD? Kalau you all perasan... itu tarikh lahir my beloved eldest son, Bubbly Abang pada 2hb.Sept.2006! Bila I belek semula, I rasa super amazing sangat kebetulan nih! Masa I created that email, I tak tahu pun pada suatu masa akan datang, pada tahun 2006, pada tarikh tersebut, my son akan lahir. We can't predict the future, right! (Well, Bubbly Abang sepatutnya lahir pada Oct 1, 2006 tapi dia tak sabar nak celebrate sama majlis perkahwinan CT Nurhaliza. Keh3x)

4. I ni takut hantu sebenarnya tapi sangat suka tengok cerita seram. Dan I tak rasa ada satu pun cerita seram yang I pernah tengok tu betul-betul seram. Kalau I terjumpa hantu, sure I akan pengsan dulu tapi selagi tak jumpa, I okey je bab-bab menonton cerita seram ni.

Baru ni, orang sibuk bercakap pasal Annabelle, I baru je lepas tengok The Conjuring. I tengok steady je sambil rasa mengantuk. Superheroes dok pelik kenapalah Mommy tak tutup muka dengan pillow. Mengikut kata one of my nieces, lepas tengok Annabelle, dia dah tak mahu masuk elevator (Eh, dia mentioned elevator ke eskalator ek!) I pun bukan main lagi menakut-nakutkan dia dengan macam-macam cerita seram dalam elevator. Macamlah I tak takut ... tapi kalau I yang terkena, mahu pengsan dan-dan tu juga bila hantu menjelma. Tak sempat nak baca apa-apa doa pun!

Bercakap pasal takut, I ni takut pada segala jenis haiwan tak kiralah yang jinak mahupun liar. Senang cerita bukan takutlah tapi more to geli kot. I kalau nampak angsa, angsa tak ready lagi nak set and go, I yang dah lari jauh-jauh dulu. Kalau I nampak cicak atas siling ketika sedang baring atas katil, I akan dok fikir ke mana si cicak tu nak bergerak. Kalau dik cicak tu moves sikit je, I yang lompat katil siap-siap. Dah lumrah cicak dok merayau atas siling rumahkan tapi I sangatlah takut kot-kot cicak tu buat bungy jump terus jatuh atas badan I. Mahu kena hempuk dengan Hubbydearie dek kerana sifat mengada-ngada dan gediks yang terserlah kalau kejadian itu berlaku!

5. Sebelum bersuamikan Hubbydearie lagi I memang dah suka western food. Maklumlah, I rasa I ni macam pan-asia je masa dulu-dulu. I  tahap perahsantannakmati ni memang awesome sungguh. So, I memang peminat setia spaghetti olio, fish and chip, steak dan segala chop chop kecuali chopstick - yang ni I tak pandai gunalah ya.

Walaupun citarasa makanan I tak begitu mengagumkan (well, as you know, I nikan banyak memilih apa nak makan) tapi unbelievable that I can telan Japanese food. Oh, no ... not sushi... Kalau makan Japanese food, memang I bantai tempura, chawan mushi, dan apa-apa yang berkaitan dengan abang selemon (baca : salmon) je kerjanya. Rice crackers  Jepun pun I cukup suka. Kalau dapat orang bagi, memang minta lebih je tau!

6. Lebih sedekad yang lalu, I pernah bekerja dengan AutoBavaria tapi sampai sekarang I tak merasa lagi memandu BMW X6. Hahahaha.... Tunggu Bubbly Abang hadiahkan sempena harijadi yang ke-70lah agaknya. Insya Allah, kalau panjang umur. Think positive!

7. Orang selalu bertanya bagaimana I bertemu dengan Hubbydearie. Bila saudara-mara dan kawan-kawan dapat tahu I nak kahwin dulu mereka meneka mesti nak kahwin dengan orang Jepun bila diberitahu si MD ni nak kahwin dengan 'orang luar'! Ish, tak mahulah I kahwin dengan lelaki Jepun. Asyik kerja jek memanjang....

Oh, ni cerita bagaimana jumpa Hubbydeariekan.... tersasar pulak... I jumpa Hubbydearie di KL ya, bukan di Tashkent. Itu ajelah nak kongsi pasal pertemuan pandang pertama I dengan Hubbydearie. Keh3x.  Bukan main excited nak dengar cerita orang ek!

Okey dah cukup 7 fakta. Lepas ni sapa nak tag I, taglah. I tak gentar. I tak serik nak menjawab soalan. Cuma yang I bimbang tukang baca ni yang serik nanti. Penat sampai kehausan dan kelaparan ya membaca ngomelan MD ni. I is biasalah.... banyak lagi dalam kepala ni tak sempat tulis ^_^


 




Comments

  1. Owhhh...dah tau sket2 pasal MD. Iols mula bertudung masa start bertunang.

    Takut jugak tgk citer hantu. Binatang plak i geli ngan lipas. Especially lipas terbang. Kalau ada dalam umah tu memang i lari. Cicak plakp, pernah cicak jatuh dari ceiling masa i anak beranak sembur ngan ubat. Kisahnya sebab cicak tu dok kat situ jer tak gerak2. Dah sembur pon tak gerak2 tapi dia terus jatuh. Apa lagi, lintang pukang anak beranak ni lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau I kahwin lepas habis SPM, mestilah masa tu dah bertudung. Ini lambat pulak kahwin. Niat dah elok dah tu. Hahaha....

      I bab lipas okey lagi. Bab haiwan berdarah sejuk, berbulu ni I seriau payau sikit. Hahaha, punyalah bagus. Cicak tu tak buat apa-apa pun disemburnya apahal. Nasib baik tak masuk dalam baju masa dia jatuh terlentang. Keh3x.

      Delete
  2. Replies
    1. Okey, faham. Marilah kita main jentik-jentik... Eh, kalau buat kata ganda dah lain pulak maksudnya yek ^__^

      Delete
  3. Yang no.7 tu macam tergantung jer ceritanya...harap2 ada sambungannya nanti ekk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita cinta memang cam tu gayanya, Bunda. Selalu je tergantung. Sebab itu drama pukul 7 malam kat TV3 tu tinggi rating penontonnya. Nantilah kita tengok kalau penerbit nak buat kisah selanjutnya ^_^

      Delete
  4. ambik ko, sikit punya berderet cite pasal fakta aje tu
    tapi hak yang no 7 tu sikit betul
    tak padan dengan no yang sebelumnya
    sambung ler lagi, nak juga tahu ni

    KL tu luas, celah mana jumpa? cinta pandang pertama ke?
    ke pesbuk? cer citer, cer citer
    hehe....dahsyat ko nak korek rajsia orang =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, kita cerita sikit punya panjang...yang No.7 juga nak tahu. Cukuplah tu jumpa kat KL. Kalau saya sebut nama jalan, nama bangunan, YY tahu ke? Hahaha....

      Eh, kita start berfesbuk lepas dah ada dua anak Cik YY. Haruslah bukan cinta mukabukulimaaku...Heheheh...

      Delete
  5. Tak pe tak pe..... kisah lama tak pakai tudung bagai ketat mendat tu insyaallah Allah tengok pada pengakhirannya, lets bygone be bygones eh tetiba mak terspekang pulak.....hoho..... Tulah weyh... ada masanya okje terasa sangat rugi sebab dah mensia siakan masa yg lepas.....masa yg tinggal ni pun terasa singkat takut tak cukup masa je nak tambah amalan tu tak campur dengan pe'el yg malas bagai huhu....

    Kira 2906 tu mmg speciallah yeh....tak pe mak kasi chance haha
    Kita pun suka tengok cerita seram jugak. Pak Jilap tak suka, tp baru ni paksa jugak dia tgk Annabelle. 2 minggu sudah rasanya .... Tak takut langsung...Jalan cerita dia pun longgar! Tak sampai kat mak tau!! Frust mak! Tapi layan ajelah...dah free kan hihi....

    Mak mmg tak impikan nak naik keta mahal mahal ni .... dapat drive kuda besi pun dah syukur sangat dah.... Esok esok ajelah tumpang anak jiran sebelah jenjalan kalau dia baik hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti bizi ni......kalau tidak dah berjawab dah komen ni

      Delete
    2. Windulah tu, windulah tu... Kalau sehari tak kena usik ngan Kak Ton, tahu pun windu-winduan ek ^_^

      Oh, Mak...gojesnya bila Mak speaking london bridge is falling down tau... Yang dah lepas tu, lepaslahkan OKje. Kita hidup bukan untuk masa lalu, demi masa depan. Walaupun masa lalu tu indahnya banyak tetap juga dah berlalu, jadi lipatan sejarah ajelah...

      Memang so,so special itu tarikh Mak. Sebab Mak tak rasa special, sila jangan ambil itu nombor untuk apa-apa sebab pun (e.g. nak letak plat kereta, katakunci dan sebagainya...hehehehe...)

      Ya ke Mak, Anabelle tak best? Alah, kalau tak seram, malaslah kita nak download nanti. Kih3x... Kita dok pujuk HD suruh download citer seram-seram sikit. Teringin juga nak letak muka atas dada bila terasa seram...Kah3x.

      Nantilah Mak, kalau Mak tak jemu kena usik dengan kita, kita akan ingat Mak bila naik kereta mewah nanti. Mak tunggu eh....

      Delete
  6. kita kidal, sama. part cite hantu plak, i rasa i pun takut hantu [actually bukan takut, cuma seram je..], dan i tak suka sgt tgk cite hantu sbb biasanya hantu2 dlm citer hantu tu nampak bodoh. opps..

    yg bab tutup aurat tu, tahniah, anda berjaya istikomah.

    dannn... part jumpa hubby dearie tu... heheh, itu je ke?? lohh kedekut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gimme pie! Huahaha.... Lyd, orang kidal ni tulisan cantik. Kreatif ke tidak, yang tu I tak pasti. Pernah I terbaca pasal kedai yang jual semua barang untuk orang kidal ni tapi I lupalah kat mana....

      I tak takut tengok cerita seram. I takut bila terjumpa jek. Tapi I dah tahu nak buat apa. Kalau tak sempat baca doa, I nak pitamkan diri terus. Hahaha....

      Hahahaha...itu jelah... dah katanya nak beritahu jumpa kat mana. Kat KL lah jawabnya. Nak tahu apa lagi....Huhuhuhu....

      Delete
  7. pergghhh panjangnya sis..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kalau tak dapat tulis panjang-panjang memang boleh sakit kepala. Banyak sangat idea. Lagi satu kalau entri pendek memang sah itu bukan blog akak.

      Tarik nafas panjang-panjang kalau ke mari ya, Husna ^__^

      Delete
  8. dapat tau sifat akak dari entry nie....oo akak kidal rupenye.... mcm abah lieya laa tapi anak2 takde sorang pun yg ikut kidal hehehehe...org kata kidal ni bijak kan kak...

    wowo akak dulu kire rugged la ye bab dressing...biase la kan kak zaman muda2 dulu..mcm2 kisah kenangan ade...lieya sendiri mase sekolah/unibersiti on off pakai tudung...dah kawin laa baru betul2...bak kate akak...maruah suami huhuhuh

    lieya mmg takkan laa tgk cite antu kak...kang ade yg tak berbento budak2 ni gi sekolah gara2 kes maknye takut nak turun masak pagi2 haahahahahaah....akak berani laa juga kan..steady jeeeee....

    haa bab mknn jempun tu lieya laa hantunye...paling suke salmon mentah tuuu...sekor pun leh hadap haahahahaha....kucing tgk pun nangis laa org kate...

    hahhahah kak umut 7o dah tak larat drive kak...gigil2 drive keter mahal kan sbb tangan pun dah tak grip nak pegang stereng kekekeekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Adik Cute ikut akak. Dia pun dah menunjukkan ciri-ciri kekidalannya, sampai pakai kasut pun selalu je terbalik!

      Nak kata rugged sangat tu tidaklah, Lieya tapi yalah zaman mudakan, nak ikut perkembangan arus-deras-semasa-nasib-baik-tak-hanyut. Tapi budak kampung macam akak memang masih lagi menjaga budi pekerti. Huhuhu... Nakal pada diri sendiri je takda sampai menyusahkan makpak pulak! Fahamkan maksud tersirat tu.... ^__^

      Akak masa kat uni dulu sampai kawan sefakulti dok fikir akak ni anak cina. Bercakap memang kurang maklumlah perempuan melayu terakhir katanya....

      Ini yang akak rasa cam nak ajak Lieya borak-borak je pasal kisah hantu muncul depan tingkap, pasal budak Ju-on bawah dapur, pasal bayang orang kat cermin bilik air dapur dan blah3x... Hahaha...kesian MiaMija takda bento pulak kang dibuatnya... dah mamanya tarik selimut sampai ke kepala....

      Akak bab mentah tu tak minat. Kalau pergi pun memanjang tempura, kalau tidak minta salmon shioyaki set jek.... Salmon dia sodap hingga menjilat pinggan kalau bos takda bersama!

      Nanti Abang hadiahkan BMW X6 tu bersama-sama dengan driver, Lieya. Akak tak drive lah....

      Delete
  9. saya pulak start bertudung 2 tahun sebelum kawen..masa sekolah memang bertudung tapi kat rumah rambut memang ternganga je..heheh..lambat jugak kita berdua sedar diri ye..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bukan lambat sedar diri tapi memang tak sedar diri. Hahaha....

      Saya ingat saya kahwin lepas habis SPM sebab boyfriend dah ada kan. Manalah tahu kahwin lambat. Maka lambat juga niat bertudung tu sampai. Masya Allah, dibuat main je benda ni! Aduhai...

      Delete
  10. saya ada satu permintaan..boleh tak MD tunjuk wajah pan asia MD tu..kita kan kawan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Mar... mintalah kereta BMW X6 ke, nak melawat Tower KLCC ke, boleh juga saya fikirkan cara bagaimana nak menunaikannya. Ini wish simple sangat... sebab itulah saya tak tertunai permintaan ni. Hahaha ^__^

      Delete
  11. - saya suka tgk gaya org kidal menulis...My mom kidal...Style org kidal menulis mmg unik..:)

    - Alhamdullilah, dah bertudung lepas kahwin. Dont worry, at least you dah tunaikan tuntutan agama, dan Insya Allah nanti your dad akan bangga juga, anaknya dah tutup aurat. As for tindakan your ustaz tu, saya tak berkenan..potong markah sebab tak pakai tudung..kena lah guna psychology utk pujuk student tutup aurat...ni bagi saya la..:)

    - masa keja autobavaria, dpt discount staff tak kalau beli BMW? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey saya faham maksud tu. Saya ni kalau menulis, buku kena sengetkan 90 darjah ke kiri. Sampai kepala pun senget. Kita orang kidal ni memang tak leh sign MOU ke apa...guna pen pun bukan dakwat punyalah. Mahu habis belakang tangan diheret sekali warna ink tu...

      Nasib baiklah terbuka pintu hati dan sampai juga hajat nak bertudung tu. Buatnya langsung tak terbuka hati nak menutup aurat sampai dah tua gayut, aduhai kesiannya hidup saya.... Alhamdulillah, syukur!

      Ustaz saya tu ngengada tau.... Puas saya fikir kenapa isterinya sendiri tak pakai tudung. Takut bini ke apa? Saya ni puas pulak ditazkirahnya suruh pakai tudung....

      Of course ada diskaun, DZ. Masa tu saya muda belia remaja lagi, baru habis sekolah tinggi kat uni. So, after diskaun pun still tak mampu nak tampung hutang loan kereta....Kih3x...

      Delete
  12. bab payah pakai tudung sama mcm lyn. tpi my arwah abah tak pernah paksa. my mum siap bising2 sampai kena tarik rambut pun buat muka dek jer. masa kat sekolah lagi lah pakai skirt. lagi selamba badak. Niat tu nak pakai bila dh kawin. tapi dah awal pulak pakai. alhamdulillah. cuma my arwah tak dpt tgk jer. Sedih gak lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat kata-kata arwah abah. Dosa akak tak menutup aurat pun ditanggungnya juga tapi abah dah jalankan tugas menasihati dan menegur. Kalau tak ikut kata maknanya haruslah terima akibat. Akak memang liat dulu-dulu, memang langsung tak terfikir pun. Alhamdulillah, akhirnya kita terbuka hati nak bertudungkan, Lyn ^__^

      Delete
  13. wow, pendedahan tujuh fakta yang bukan main panjang lebar... cuma yang no 7 tu tetiba brek mengejut pulak... nasib baik yg tukang baca ni tak terbabas.... kekekeke

    Alah standard la tu zaman muda remaja... lagi ditegur, lagi la kita tak nak buat (eh, tu saya lah tu)... Tapi Alhamdulillah, sekarang ni dah jadi isteri solehah buat HD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak panjang lebar, maka bukan MDlah gamaknya, Nur....

      Yalah, masa muda kalau dikenang-kenang, indah belaka. Yang tak elok pun indah aje masa tu. Sekarang dah tua, dah belajar menginsafi diri ^__^

      Delete
  14. Fakta dan bkn auta ye MD. Sy pn suka western. Tp husben kureng. Blh la mkn dan lyn kehendak isteri dia ni. Hehe... Time blaja dulu ddk sebilik dgn anak diplomat yg biasa merantau. Dr situ la blaja mkn western. Tp skg ni pengaruh tv pn blh jdk. My anak buah yg x prnh jejak kluar drpd phg tu pn dok mencuba je resepi. Lg plk kala7 mak sedara dia ni blk blh la dok try resepi pelik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka makanan western ni tapi kalau keluar tu susah sikit nak pergi sebab si Abang selain dari chicken chop memang takdalah dia nak mencuba makanan lain. Bapaknya okey aje, semua boleh masuk perut hatta sambal belacan sekalipun....

      Family saya pun tak ramai penggemar western food ni so kalau teringin nak makan, pepandailah bawa diri :)

      Delete
  15. Bungkusan yang saya dapat hari tu 'buruknya' tulisan tergesa2 MD ni.. ha.. itu macam tak lawa lagi? Adoi...mesti memang jenis sistematik MD ni..

    Terharu dan sebak pula bila baca pasal arwah abah MD tu. Takpe, insya Allah arwah faham tu. Mungkin juga sebab arwah ikhlas mendoakan yang terbaik utk anaknya ni, dengan itulah MD akhirnya bertudung. Manis la gitu, gadis Melayu yang berubah dengan kesedaran sendiri, berat 45kg masa tu..wah wah waduh, memang jadi dara pujaan ramai la. Nampaknya bila mamat uzbek jadi pilihan MD, ramailah yang sedih masa tu..

    La.. kenapa geli tgk binatang? Comel apa angsa tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itu consider buruk AN! Saya kalau nak cepat, mulalah panik pastu gigil-gigil je menulis. Kalau tidak, memang slow and steady aje saya menulis. Tapi sampai la ni tulisan saya memang sebiji-biji macam budak sekolah rendah :)

      Aduh, janganlah disentuh pasal berat tu. Bila diingat-ingatkan, rasa nak terjun tangga setingkat je. Hahaha.... Tak dapat dah nak berat gitu lagi sekarang ni. Berat tulang ke, berat lemak ke, berat perut ke entahlah. Bila makan, sedap je ....

      Tengok je comellah. Kalau suruh pegang sudah tak comel lagi ^__^

      Delete
  16. mmg betui lg tutup lagi rasa nk tgk kan ... hehehe
    tp org kidal ni org cakap pandai sbb byk guna otak kanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki selalu kata gitu. Katanya perempuan seksi sedap pandang sekali imbas je tapi kalau perempuan bertudung litup ni, alahai ingin sangat nak tahu lebih... Ada ke...

      Ya kot orang kidal ni cerdik... cerdik mengomel macam saya. Hahaha!

      Delete
  17. Semua apa yg direncana sebenarnya juga adalah aturan Allah juga. Dari hal menutup aurat, pertemuan dgn HD dan sehinggalah Bubbly abang lahir semuanya sudah di tulis. Cantik peraturan Allah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Kalau saya imbau balik semua yang berlaku sekarang macam tak percaya pun ada. Saya memang dah sampai satu tahap tak kisah lagi nak cari pasangan. Langsung dalam hati tak terfikir pun akan ada anak sendiri. Tapi Allah tu Maha Mengetahui. Saat hati saya dah hampir tertutup tetiba didatangkannya pasangan untuk saya. Honestly speaking, HD ajelah bila saya tengok saya tak bandingkan lagi dengan mana-mana lelaki sanjungan saya terutama arwah abah!

      Delete
  18. datang sini baca tentang owner blog ni
    dapatlah kenal serba sikit :)

    -saya ni kalau tengok cerita seram kena ada mod berani,
    kalau mod macam pengecut jer saya takkan tengok,boleh pulak macma tu yea..hehe

    -Alhamdulillah, moga kita istiqamah memelihara aurat..Allah Maha Pengampun
    lagi Maha Penyayang :)

    -mesti sweet kan pertemuan MD dan hubby, saya kerap terjumpa komen MD diblog okje, hari ni baru ada kesempatan nak menitip kata di blog ni, hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi datang. Tujuan Versatile Award ni pun agaknya untuk berkenalan dengan lebih lanjut lagi tentang tuan blog. Sebab itulah dimintanya 7 fakta...

      Saya kalau tengok movie memang pilihannya kalau tak seram haruslah thirller gitu. Cerita cinta-cintun ni dah tak in dengan mood sekarang :)

      Hahaha...saya ni dengan OKje jumpa tak pernah tapi memang sukalah menyakat melampau-lampau. Dah namanya jiran, sama je weng-nya. Hiks!

      Delete
  19. hehe gelak jap..dah tau dah dia takut hantu...tapi dia tak seraam tgk cerita seram biar betul kalo saya mau tak leh tdo,,sambung lagi no tujuh tu tak abis tak aci ok...
    eh tarikh lahir 27 jun...saya 23 jun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Lizz. Setakat tengok tu saya boleh tertidur tau. Tapi kalau melaluinya sendiri ahah...masa tulah kita nak pura-pura pitam ke, tumbang ke supaya hantu tu terus lari. Muak tengok perangai gediks kita. Hahaha....

      Kata tanya jumpa kat mana so itulah jawapannya :)

      Saya 29 Jun. Kalau Lizz 23 Jun maknanya Lizzlah yang tua (tanpa mengira tahun yek) Hahaha....

      Delete
  20. yang penakut tu..kita serupa hi hi..biar pun orang kata dah tua2 pun penakut..acik abaikan je..dah penakut..nak buat camana kan..hanya orang penakut aja yang memahami hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik, takkan dah tua je penakut? Yang muda pun ada penakut teruk juga.... Kesian saya...dahlah rabun dekat, penakut pulak. Kih3x....

      Alah, saya dah target, kalau nampak hantu memang saya nak pengsan dulu. Bolehkan gitu ?

      Delete
  21. wahh..terang dan jelas gitu MD.. :)

    saya tak pernah kena tag lagi game2 macam ni. ada sekali dulu tapi disebabkan kesibukan, tak ingat dah (dan tak bookmark) blog mana yg buat entri, lalu tak dan nak menjawab. *maafkan saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak terang dan jelas lagi Fand, tak tahulah nak kata macamana. Mahu kena mengarang 3H2M baru orang faham. Hahaha....

      Saya ada satu lagi ni kena tag. Tengah fikir nak kelentong apa pulak ^__^

      Delete
  22. MD..Allah tengok pengakhiran kita bukan bagaimana kita diawalnya..
    yang penting, lupakan kisah lalu dan kita melangkah ke hadapan..
    senua western food yang diminati sama dgn saya..olio...wah, kita serupa lah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah lalu tu indah untuk dikenang je, Anim. Yang penting masa depan tu macamana kita nak mencoraknya. Betul tak?

      Lambat juga sebenarnya saya ni cuba berubah ke arah kebaikan. By the way, saya bukan jahat mana, takdalah buruk perangai sampai memalukan keluarga cuma zaman muda tu banyak keinginannya ya tak?

      Olio tu kalau sebulan tak rasa, tak lengkap hidup ni rasanya. Camna nak diet kalau gitukan...

      Delete
  23. moga terus istiqamah... cuma pendapat saya... maaf jika tak selesa saya katakan di sini... x perlu kot ceritakan di sini...kerana itu ibarat kata buka aib dan dosa sendiri... sedangkan perkara itu dilarang dalam agama... mohon maaf ea... jika rasa tak sesuai mohon delete komen ni... huhu... ampunnn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, takpa Maria! Pendapat tu saya terima dengan hati terbuka. Masa menulis tu saya fikir ia sebagai pengajaran. Sebab, walau apa alasan pun yang saya beri, tak akan mengubah hukum agama yang mengatakan menutup aurat tu wajib. Niat saya pasang memang lepas berkahwin sebab memikirkan saya pasti akan kahwin cepat. Tapi perancangan Allah tu kita tak tahu. Bab kahwin itu yang lambat datang pada saya ^__^

      Tak mengapa dan tak perlu mohon maaf kerana memberi pendapat buat saya kerana saya tahu dalam hal ini memang Maria betul cuma entahlah, mungkin bila menulis tu terlupa pulak sampai terbuka aib :)

      Delete
  24. seronok baca cerita MD, Muhasabah diri sendiri, at least , MD cover segala bagai bila dah jadi org punyer bini, KA ni dah nak beranak 3 baru belajar nak berhijrah segala ... hidayah tu milik Allah swt kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba je dua, tiga hari ni saya terfikir nak berjubah je. Aduhai... Mulut ni KA, becok yang amat. Kuat celoteh. Belum boleh muhasabah habis-habisan!

      At least KA kita nampak juga cahaya tu menuju ke arah kita. Buatnya seumur hidup dalam 'kegelapan' lagilah haru-birukan :)

      Delete
  25. MD, orang kidal kompem kreatif! bday kita dekat lah, saya 17 jun...boleh lah kita celebrate sama nanti one fine day kann..saya pun geli cicak dan boleh dikatakan benci cicakk...huhu...saya pun suka makanan jepun plus sushi tp exclude unagi (belut) dan yg raw....terima kasih bnyak MD sebab sudi buat entry ni...really appreciate this MD :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, Linda. Saya rasa saya ni jauh daripada kreatif. Keras tangan tu adalah ^_^. Insya Allah, mana tahu boleh kita celebrate dengan geng seangkatan one fine day, kan. Perancangan Allah mana kita tahu. Tetiba MD meroyan nak masuk muka dalam blog je nanti. Hihihi....

      Oh, saya bab unagi memang menjauhkan pinggan. Sushi pun saya tak makan. Kalau datang je dok minta salmon shioyaki set jek....

      Sorrylah Linda. Ambil masa lama nak buat. Sebab bila kena tag je terus menongkat dagu tak tahu nak cerita apa tapi bila dah start, macam biasalah tak jumpa full stop ^_^

      Delete
  26. kidal ya MD..sama macam aruah pak sy..n aiman pulak mengikut.org kata org kidal ni kreatif..dekat mana tumpahnya kreatif awak besan?hehe..

    pasal cerita seram tu suka tgok klu betul2 seram..setakat cerita bodoh2 seram tu sy gelak je..ada ke org yg tak takut hantu?manusia normal yg biasa mmg biasanya akan takut kot..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain kreatif, tulisan cantik okey... Bukan nak memujilah memang dah terang tanpa lampu suluh gitu. Err...tulisan Aiman cantik tak? Kalau tak cantik itu sebab dia lelaki. Kalau perempuan kidal, semua tulisan cantik-cantik. Hahaha....

      Saya ni kreatif? Itu yang sampai sekarang saya tak pasti di mana kebenarannya...

      Alah, cerita seram sekarang takda makna seramnya. Gitu-gitu je. Saya boleh je tengok sambil makan popcorn. No hal nak selimut tebal, pillow busuk bagai!

      Delete

Post a Comment