Bujang-bujangku pejuang wanita rupanya ...

Salam sayang kawan-kawan!

Missmimeh?

Tidak?

Oh, hibanya hati, laranya jiwa! Rupanya tiada siapa yang merindui ngomelan kosongku!

Okey, ni I nak story-mory lalaland tentang my superheroes terhangat(s) (Ni kalau ada cikgu AN baca, memang teruklah dibetulkan tatabahasa siap dengan hujah lagi...) See, bukan Kak Nza je yang ada bujang terhangat, Kak Ton pun ada juga tau *_*

Well, I baru sedar rupanya anak-anak bujang I sangatlah prihatin  akan nasib perempuan di sekeliling mereka ( ke takut perempuan, I tak sempat nak pastikan lagi nih!)



Contohnyalah ya, I tengah bergurau-senda, lepuk-lepuk, bertepuk-bertampar dengan Hubbydearie while my kids pulak sorang tengah main komputer, sorang lagi tengah susun kenderaan bermotornya. Bila mereka dengar riuh suara gelak I dan Hubbydearie, masing-masing pun keluar nak tengok apa berlaku. 

Kebetulan masa mereka berpaling melihat tu, Hubbydearie tengah 'melepuk' I. Apalagi, berlarilah my dua superhero meluru ke arah kami sambil berjemaah 'melepuk' Daddy mereka ^_^ Lepas tu, I 'berjaya diselamatkan' tapi mereka pula yang teruk kena geletek!

Hah, tengoklah betapa mereka lebih sayangkan Mommy yang gorgeous berbanding Daddy yang gagah perkasa. Tapi kalau ditanya sayang siapa, both kelu lidah serba- salah nak jawab takut termengecilkan hati Daddy atau Mommy ~_^

Kalau tengah bertenggang urat manja-manja gitu dan tetiba Hubbydearie meninggikan suara, maka akan terpacullah kata-kata dari mulut si Abang (mereka ni memang suka betul pasang telinga dok tepi celah ketiak makpak tau...)

Daddy, tak boleh marah Mommy! Mommykan wife Daddy. Mommy hormat Daddy. Daddy pun kena hormat Mommylah! Daddy boleh marah buvi-jon (Mami) ke???

Si Adik pulak bila ada adegan begitu, akan segera nak melompat atas Daddy sebab nak pukul-pukul Daddy (Lepas tu dia berpaling tadah...)

Oh, berasap telinga dan sakit mata Daddy rasa cam nak terkam je si anak-anak lelaki. Hehehe .... 

Dan I pulak.... of courselah senyum lebar sampai ke telinga dek kerana keprihatinan superheroes meng'back-up' Mommy ^_^ 

Okey, rasanya I pernah cerita dulu tapi tak ingat entri yang mana. Dululah kotnya. Pernah beberapa kali I basuh baju sekolah si Abang dan nampak di bahagian lengan penuh garisan lurus dilukis dengan pensel ya. I pun tanya pada Abang apa yang berlaku. Takkanlah excited belajar sampai buat garisan dekat lengan baju sekolah. Apa, tak cukup ke buku latihan, buku kerja dan buku aktiviti yang sekolah bekalkan?

Dan jawabnya dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan - si budak Auni (yalah tu, bakal menantu I kot, asyik budak ni je nama yang keluar dari mulut Abang) yang telah menconteng arang ke mukanya lengan bajunya. Bila I tanya mengapa tak larang atau marah si Auni tu, selamba je Abang menjawab,


Takkan nak marah. Dia kan perempuan!

Oh, Mommy rasa terkedu nak meneruskan kata-kata, anakku!

Baru-baru ini, satu lagi insiden berlaku. Abang bawa balik mechanical pencil berwarna pink. So I pun terpelik. Tidak pernah dalam ingatan I yang waras ini membeli apa-apa pun barang si Abang berwarna pink. So, I pun tanyalah siapa punya pensel yang diangkut balik...

Oh, Abang nak tampal balik hujung pensel tulah, Mommy! Dengan selotep boleh tak?

Dah kenapa pulak nak ditampal balik nih Abang? Buang jelah kalau dah tak boleh guna!

Ini kisahnya....

"Alkisah si Kelvin yang duduk sebelah Ana telah letak pensel ini atas meja Abang. So, Abang dengan tak banyak kisah bertanya pun fikir si Kelvin bagi pinjam pensel. Abang pun ambil belek-belek. Tetiba datang si Ana demand nak balik pensel tu. Bila Abang kata itu Kelvin yang beri, Ana kata itu pensel miliknya. Jadi, Abang pun pulangkan pada Ana"

Kes mahkamah tak selesai di situ ya.... tetiba Ana menyambung selepas membelek penselnya...


Awak kena bayar saya RM1 sebab hujung pensel saya dah patah!

Sebab Abang tak bawa duit ke sekolah, makanya dibawa baliklah pensel itu untuk 'diperbaiki' mana yang patut.... (Of course, dia tak berani nak minta duit ganti rugi pada Mommynyakan...)

I dengan panas hati, teruslah ambil pensel tu masukkan dalam handbag seraya berkata,


Beritahu Ana, kalau nak duit RM1 kena jumpa Mommy lepas sekolah dekat luar pagar sebab Abang tak bawa duit pergi sekolah!

Makanya, Abang sudah susah hati nak beritahu Ana keesokan harinya sebab ' Ana tukan perempuan. Kalau perempuan marah, susahlah nanti ngadu kat cikgu!'

Oh, alahai anak bujangku! 

Beruntunglah perempuan di luar sana kalau jadi kekasihmu nanti. Habis dikerjakan bujang terhangat Mommy ni nanti. Tapi takpa, nanti Mommy akan jadi supergirl untuk menyelamatkan anak-anak lelaki Mommy pulak daripada dibuli. Huahaha....














Comments

  1. ooooo...sweetnya abang ni
    rasa cam nak cium pula...hehe
    tapi adik still pujaan hatiku!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah sapa dapat Abang ni tapi tak berapa nak untung sangat kalau dapat Mommynya pulak. So, berjaga-jagalah! Hahaha....

      Adik sekarang dah start potpetpotpet di luar kawalanlah. Tengah rancak berborak. Layan jelah kalau tak penat ^_^

      Delete
    2. adik saya pun cukup banyak berbicara sekarang
      walau kadang entah apa yang dicakapkan
      maklumlah, pelat! =)

      Delete
    3. Hahaha...pandai-pandailah kita nak 'hidup' bila bercakap dengan budak-budak ni. Adik tu kejap cakap elok je boleh faham. Kadang tu kuat gak pelatnya. Tapi memang laju semacam, kalah keretapi!

      Delete
  2. Alahai abang... sampai macam tu sekali letak perempuan di atas ye.
    Tapi tak apalah sebab mummy dah volunteer akan jadi supergirl nak selamatkan abang dari mana-mana girl yg nak membuli abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy memang akan jadi supergirl demi anak-anak bujangnya, kak. Eh, mana boleh orang sentuh anak-anak MD. Mahu angin satu badan. Huakakakah!

      Delete
  3. sweet sangat ni..kalau ada anak perempuan, nak buat calon menanto sebelum auni atau ana kebas..hehe. buvi jon tu apa kak MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, kalau ada anak sedara ke, sepupu sepapat jauh dekat ke, boleh je hantar rombongan. Akak alright je. Setakat beza umur 5,6 tahun pun boleh difikirkan. Mommynya je yang 'mengerikan' sikit bab protection ni. Sanggup ke? Hahaha!

      Oh, buvi-jon tu nenek mereka sebelah Daddynya. Akak panggil mak mentua akak, 'Mami' ^_^

      Delete
    2. dah baca entry terbaru baru faham...haha

      Delete
    3. Nasib baik, kalau nak korek entri lelama mahu menangis. Setahun pun tak habis baca. Panjang!

      Delete
  4. alahai..
    syok le mommy ada anak2 bujang yg sentiasa melindungi..
    sampai mcm tu ye abang.
    hbs tu pensel ada mana skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Ciksu... anak-anak bawah umur memang selalunya protect emaknya. Kalau tak percaya, tengoklah nanti ye! Hahaha...

      Pensel tu masih dalam handbag Mommynya. Semalam Abang kata Auni minta gantirugi RM10 pulak. So Mommy kata, beritahu Auni Mommy nak jumpa maknya nak ajak kahwinkan je anak-anak. Habis cerita.

      Dah takda cerita lanjutan court case nih, Ciksu..... ^_^

      Delete
  5. kakkkkk tegelak2 lieya bace tauu entry akak nie...serius tak sangka abg n adik mcm nie...ya Allah kak...bijak tauuu anak2 akak...kecik2 dah pikir bende mcm nie..satu jek lieya pikir, mmg beruntung esok bini2 depa nieh.... sah2 loving gile ngan bini n akan tolong bini kat dapur n buat keje rumah same2 ....alahaaaiiiiii seronok lieya bace kak oiiii....

    tang ana tu lawak..... ana tu sah2 dah nak paw die tapi die boleh lagi layan ye kak nak baiki bagai....adoiii abang nape laa baik sgt kat pompuan niiiii heheheehhe....lieya rase laa abg ni nanti jenis setia jugak....tgk laa nanti, dah ade jek awek sure die kekal ngan awek tu.... tapi betul gak, akak kene jadi supergirl laa pantau supaya takde kes pembulian heheheheehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni Abang je yang lebih-lebih dengan perempuan. Adik masih lagi di tahap kasanova Malaya yang malu-malu kucing dengan perempuan yang tak dikenali! Loving tu takpa tapi mak jangan dilupa bila dah ada gegirl disamping. Mommy kalau mengamuk mahupun berdrama air mata ni, ratu tau!

      Hai, Lieya...berangan lebih-lebih ni ada maksud tersirat ke apa? Errr.... berapa umur si Mia tu? Hahaha....

      Memang Lieya. Semalam Abang tak bawa penselnya, dia nak pow RM10 pulak. Banyak licik. Pensel gaya gitu sampai RM10 kerugian. Mehlah kalau berani jumpa bakal mak mentua. Kalau beranilah.... Kalau tak berani jangan harap nak jejak depan rumah ya, Aunty halau dengan penyapu lidi nanti tau! Hah, nampak tak kegarangan dan betapa protectivenya Mommy si Abang nih... Hiks!

      Ish, bab buli ni akak takut pulak. Walaupun anak-anak akak lelaki tapi tak impossiblekan kena buli dengan perempuan. Perempuan sekarang boleh tahan gaya membulinya ^_^

      Delete
  6. Abistu...dia bagitau Ana tak MummyDeary nak jumpa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa yang dia beritahu kat Ana. Ana kata maknya kerja malam dan dia balik naik van so tak boleh jumpa. Siap minta gantirugi RM10 pulak sebab tak bawa pensel. Saya kata, suruh jumpa Mommy kat pagar kalau nak RM1 ke, RM10 ke, kalau tak jumpa pensel pun tak dapat balik!

      Delete
  7. haaaa... abang takut ana nangis kot? pompuan kan kaki nangis. nanti kalo ana buat adegan nangis2 ngadu kat cikgu... calar la imej macho abang. hihihi.

    alhamdulillah... suka ada pejuang wanita!

    hidup! hidup! sapa yang hidup? kita semua ka. peaceeeee ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang kalau dengan perempuan je 'lemah' semangat. Entah apa yang ditakutkan pun tak tahu. Nak macho kenalah nampak kuat sikit di mata perempuan. Hahaha....

      Kita mak-maklah yang gembira kalau anak-anak sayang kita lebih. Hahaha!

      Delete
  8. untung lah sapa dpt abg ni...
    nak jadi anak sedara menantu Auntie Lyn tak??
    hhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti tanya kat Abang nak tak. Kalau sekarang ni tanya dah tentu katanya tak nak sebab nak jaga MommyDaddy dah tua nanti. Kena tanya lepas akil balighlah, Lyn *_*

      Delete
  9. wah bagus pandai protect mommynya . x berani lah daddy buat hal . heee ... susah gak klu lembut hati sesangat kat pom[uan . blh habis duit kena pow kekasih hati ni kang . my anak buah pun pernah kena buli kat sekolah . pastu si kakak2 n mamanya pi tgk budak tu sampai budak tu takut . nasib baik sekolah si kakak n adik berjiran jer aka sebelah pagar . budak ni sebenarnya bila kat sekilah takut hilang kawan . tu sbb merk ikut jer apa yg kwn suruh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Abang ni memang jenis tak banyak kisah, tak banyak cakap. Apa kawan-kawan nak main bagi je sebab takut hilang kawan. Dia ingat dengan beri segala tu kawan-kawan takkan lupakannya sebagai kawan. Saya kata prinsip tu dah salahlah. Saya suruh dia kuat sikit. Apa guna badan besar kalau takut perempuan. Ish, sungguh tak boleh tau! Eh, eh, Mommynya pulak 'kaki gangster'. Hahaha....

      Delete
  10. haha.. kelakar sgt abg n adik ni..
    abg sgt pelindung orgnya..untung la mummy,..
    jaga2 sesiapa y sakiti mummy dia..habis la abg n adik kerjakan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya sampai ke besarlah hendaknya sikap sayangkan Mommy tu. Like father like son lah... Daddynya pun dengan Mami (his mother), tak pernah kata 'No' semuanya 'Yes' memanjang, Lya ....

      Delete
  11. Oh, lupa anak makcik yang si Maisarah tu berapa umurnya? Hahaha....
    Mommy si Abang ni lain macam sikit. Habis semua anak dara orang diusharnya ^_^

    ReplyDelete
  12. aambli untungler sapa dapat jadi menantu ni... hari tu adik tanya ibu mertua ke ibu mentua yg betul ha Ummi... KA jawab amboi kecik2 dah ada ibu mertua ni, terus aje dier jawab, adik tanya mana yg betul ibu jawab lain pulak apa lah ! tak memahami soalan lah ummi ni ....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, saya pun konpius. Mula-mula guna ibu mertua, lepas tu entah bila jadi mentua. Tapi tak tahu mana betul. Nanti kita google sama-sama cakap Adik. Abang google pandai dalam hal-hal nih ^_^

      Delete
  13. Hahah......ohhh anak anak Kak Ton nampaknya sangat gentlemen....Untung bakal bini tau dapat bakal husband cenggitu. Jiran dah nampak ni, di masa akan datang nampaknya akan ada campur tangan mertua ni hihi....

    Adoiiii peninglah abang nanti sana bini sini emak....





    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni yang macam tak untung Kak Ton jerk.... Rasanya Kak Ton memang akan masuk campur dalam urusan hidup anak-anak. Habislah gegirl yang berani nak masuk rumah Kak Ton. Bertabahlah yek!

      Delete
  14. Comel betul si budak ni.. Best buat peluk... Opss... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommynya kena dulukan, Maria. Bantal peluk Mommy kiri-kanan nih ^_^

      Delete
  15. Anak2 mmg sweet je kan klu bela ibunya. Rasa kembang setaman je hati si ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak terkawal kembangnya tu, LM. Dok jeling-jeling manja jelah kat Daddynya. Nat wat camnakan, anak-anak yang pilih bukan kita paksa pun. Hihihi.

      Delete
  16. Ish..ish ish, mujur tak jadi pelajar saya ni, kalau tak pasti buku penuh contengan merah dan ada nota cinta kat bawah.. haha.. kat blig ya, saya pun tulis suka hati kadang2.. dah kena YY ni saya kagumla dengan cara penulisan dia. Cukup teliti dengan apa yang ditulis, kan?

    Haha. Bagusla Abang dan Adik ni jenis pejuang wanita. Mesti memang senyum panjang MD setiap kali anak-anak buat kelakuan pejuang wanita ni ya? Saya membaca pun rasa seronok bangga.

    Kalau kat rumah kami, masa ditanya sayang mama r papa, budak berdua ni suka jawab, sayang mama sayang papa.. kalau kena marah pula, pasti diorang akan cakap sayang kepada pihak yang tak marah tu..

    Makin banyak guna Kak Ton nampaknya.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik juga saya bukan pelajar tunggal dan tua cikgu AN. Kalau tidak, nangis-nangis cikgu asyik beli pen merah. Hahaha...

      Saya memang senyum memanjang ajelah. HD yang lara sebenarnya. Anak-anak asyik menangkan saya je. Superheroes saya tak akan pilih. Mesti cakap sayang dua-dua. Belakang Daddy, mestilah Mommy yang lebih. Menjaga hatilah kononnya....

      Delete
  17. Wow..ni betul2 bujang terhanggat. Kalau ada ank dara rasa nk jugak isi borang calon menantu pilihanku.....gud boy abang n adik jugak.
    Rasanya ank2 lelaki lbh manka dgn ibu kot. Ank2 pompuan biasa lbh rapat dgn ayah masa kecik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sedara pun boleh, kak.... Sila hantar ke email saya nanti borang tu. Saya belek. Maklumlah Mommy ala-ala superwoman ni taksub sikit nak pilih calon. Hahaha....

      Anak-anak saya ni kalau merengek, lari kat Mommylah. Tak berani nak lari kat Daddy mereka. Daddy tak suka anak-anak lelaki cengeng nih!

      Delete
  18. Jgn smp ke bsr jdk mcm tu sdh la. Nnt org amk kesempatan atas kebaikan si abang. Tp bab back up tu anak2 mmg back up mak. Kalau abah marah je kjp lg anak2 dgn muncung pjg pn dok ngomel la ckp abah itu ini begitu begini. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang ni memang Mommy's boylah. Cengeng sikit. Tengah upkan sikit keberaniaannya tu. Kalau tidak, habislah kena buli. Harapkan badan je besar!

      Bestkan jadi mak budak. Selalu je ada penyokong. Padan muka bapak-bapak yang tak mesra alam dengan anak-anak. Hahaha....

      Delete
  19. Gentleman la si abang ni. Bagus tu. Mmg untung jgk wanita yang bakal jadi pilihan dia nanti, tpai bila mengenangkan yang mommy dia akan jadi supergirl nak membela tu, i tetiba jadi mcm... "err... nasib ko la pompuan... dpt bakal mak mentua yang akan perhatikan gerak geri ko". heheh.. jgn marah ye MD. Nanti cepat jadi nenek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasiblah anak perempuan sapakan. I dah warning dalam blog tapi kalau ada lagi yang menaruh harapan nak hantar permohonan, kenalah redha dapat berbesankan supergirl nih *_*

      Delete
  20. sweet je dak abang.. tapi jangan diberi muka sangat.. takut nanti jadi mangsa buli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang bimbang sangat. Tak mahu melawan langsung. Takpa nak jadi anak mithali tapi takut kena buli jek. Harapkan badan je besar tapi hati kecik alahai.... Meh Mommy ajar macamana nak jadi ganas! Heheheh....

      Delete

Post a Comment