Cerita hari Jumaat....

Salam Jumaat kawan-kawan!

Aduh, masaklah sekarang ni. Sejak cuti sekolah, I langsung tak dapat jenjalan lepas kerja tau! Sungguh tension. Itu belum lagi makpak mentua datang bertandang. Memang lagilah tak lepas nak jalan sensorang. Lewat 5 minit daripada kebiasaan pun dah kena tanya!

Nanti lepas habis kerja, terus balik!

Dear I nak singgah Aeon sekejap ya!

Nak cari apa? Buang duit lagi?

Taklah, nak beli susu Adik. Dah habiskan....

Jangan membazir. Jangan beli bukan-bukan lagi! Cepat balik lepas tu!

Lepas setengah jam...

Where are you now? Already at home?

Dah, dah, dah... I'm on the way nak balik rumah!

Dari tadi on the way. Why do you drive so slow huh?

Kan tadi I kata I singgah Aeon sekejap... 

Go home. Don't take too long!

Ahaaaa... itulah dia conversation lakibini bila tiba cuti sekolah. Langsung tak dapat memboloskan diri tau. Kalau ambil Abang balik sekolah pun kena cepat sampai rumah. Sekolah habis pukul 6.15 petang, pukul 6.30 petang mesti dah park kereta. Kalau kebetulan Hubbydearie ada, mesti beliau akan call and check kenapa pukul 6.35 petang tak sampai lagi!

Oh, silap tu...bukan sebab Hubbydearie sayang bangat sama isteri mithalinya, tapi memang dah begitu ketaksubannya dengan statement 'isteri tempat terbaiknya haruslah sentiasa di rumah!'

Bila sampai je kalau Hubbydearie ada di rumah, mesti nak tengok tangan I kiri-kanan; penuh beg plastik/paper bag ke tidak. Tapi I lagi clever. Yang kecil, I sumbat dalam handbag. Yang besar-besar, tinggalkan dulu dalam kereta. Bila HD tak nampak, cepat-cepatlah pergi ambil dengan Abang. Tapikan, I ni suka grocery shopping 24-7 kan, yang bahan basah tu takkan nak sorok dalam kereta. Haruslah angkut keluar dan tadah telinga dengar bebelan Hubbydearie. 

Yang geram tu, beliau sama je tukang menghabiskan segala benda yang I beli! Itu memang tak boleh hadam masuk dalam kepala I ni tau ^_^

Anyway, nasib baik Hubbydearie beri 'traffic light' untuk bekerja sebabnya macam biasalah katanya mulut I ni macam tarzan perempuan kalau seharian di rumah. Huahaha... oh, sedih sebenarnya dalam hati tau!

Tahun depan lagilah tak bebas macam burung merpati. Hari-hari kena lapor diri pukul 5 petang, on the dot. Si Abangkan dah ke sesi pagi next year. Huhuhu....laranya alahai hati tak dapat menyopping lagi.....  Shopping bertemankan Hubbydearie ni boring banyak tau. Semua tak dapat. Beli tak dapat. Pegang tak dapat. Nak jeling pun tak dapat!

Oh, kisah lain pulak! Katanya di Asia Tenggara ni orang Malaysia paling obese ya. Itulah makan banyak-banyak lagi kari, roti marjerin dan air manis lemak berkrim. Marilah kita sama-sama makan healthy food dimulakan dengan buah-buahan... (Oh, tak sangka MD buat gaya  nasihat-menasihati sesama insan....)


RM25 bekalan seminggu, dapatkan di NSK *_*

Tapikan, I baru je dapat ini.... 



Nak tahu apa isi di dalamnya?


Kenyang setahun kalau macam ni....

Sejak berat Abang naik 51kg, I dah stopkan semua snacks untuk dikunyah. Cuma sesekali keluar dengan mereka tu kalau nak sekeping coklat ke apa, I beli juga. Sweets memang dah lama kena ban. Kalau dulu, bila hendak aje Mommynya akan beli borong macam nak buka kedai runcit. Tapi sekarang tidak lagi. Yoghurt drinks pun dah kurang borong. Abang pun nampaknya dah susut sikit tapi lapar pukul 10, 11 malam tu masih ada lagi. I kata tidak je. Kalau nak kunyah juga, pergi ambil roti sekeping cicah milo. Habis cerita...






Sekarang ni superheroes I sedang bersantai di rumah, menikmati cuti sekolah. Bebas bermain, berlari dan buat apa suka. Mommy mereka baik hati, beri lampu hijau untuk tunggang langgangkan apa adanya. Next week baru fikir apa nak buat. Abang tu kalau tak dikenakan kerahan tenaga, memang tak buat apa-apalah nanti. Kena juga bagi latihtubi untuk next year!



Si Adik Cute pulak sekarang ni bukan main dah pandai nak berperang mulut dengan si Abang. Macam semalam, bertekak sampailah I jerit ala-ala tarzan. Dah lama  tak kena 'terkam' superheroes ni tau, makin menumbuh-numbuh perangai.


Adik, cari mana lego Abang. Kalau Adik hilangkan, Abang hilangkan pulak mainan Adik! Lego Abang mahal tau!

Mana mahal. Satu singgitlah!!! Ni satu singgit tau! Faham tak!!!


Eleh, mainan Adik tu yang satu singgit! Semua Adik rosakkan!


Mana ada! Nak kena pukul eh?????

Laju-laju si Adik bawa 'jentera berat'nya mengejar si Abang, nak dipukullah tu....


Mulut pun boleh tahan si Adik ni. Apa yang didengarnya terus simpan dalam hati lepas tu dia praktis. Sakit dada I dengar entah apa-apa perkataan yang keluar dari mulut mungilnya kadang-kadang. Tunggu masa je tu, jangan sampai Mommy hilang sabar. Datang balik Catwoman ke rumah ni nanti! Tak pasal-pasal kena cakar.


Cat.... tangkap Adik ni cat!

Abang Iwan, tangkap Abang ni! Eeeee...bosanlah! Cat bodoh!

Mommy ada orang cakap bodoh!

Ayok tak tahu! Mommy, Abang cakap bodoh!


Lelaju nak cepat siapa sampai dulu nak mengadu pada Mommy. Lepas tu mereka 'bertumbuk' dua beradik.... I tepuk dada je. Lontar suara nyaring je.

Eh, panjangnya entri ni! Tak sangka pulak ~_^

Okeylah, okeylah...jumpa next Monday ya ~_*



Comments

  1. Tu baru dua...

    Kakcik ada 4 anak lelaki...perangai macam-macam. Masa mereka kecil, lain caranya, dah besar lain pulak caranya - makan hati tu tetap ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua pun saya rasa asyik nak pitam. Dalam rumah macam ada 10 orang anak lelaki. Saya dulu pun dari keluarga besar tapi tidaklah sehavoc ini rasanya. Rumah saya kalau time masing-masing nak bergurau senda, memang kalah orang buat majlis kahwin, kak...

      Delete
  2. wah..control kak berat Abang tu, kalah saya..takut macam-macam penyakit nanti..saya pun nak nasihat-menasihati sesama insan jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah susut pun sekarang ni. Dia dengan bangganya balik rumah beritahu beratnya dah sampai 51kg. Tengah suruh berdiet sekarang ni. Kata nak macho walaupun tak mahu kahwin sebab nak jaga MommyDaddy dah tua nanti!

      Delete
  3. HD sebenarnya tak mahu nak-bini dia obes sebab dah tahu M'sia dan jadi top bab obesiti ni. Takut juga kan. Berat abang tu kategori obes juga kan. Entah-entah sama berat dgn mummynya... kesian juga kalau tak dijaga. So jgn salahkan HD dia a bit control movement MD...

    Coklat tu kalau tak habis hantar aje ke JB sini hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kak! HD sendiri pun dah obes ^_^ Ni seisi rumah tengah nak berdiet. Adik pun tengoklah dah montel semacam. Nak kata mereka semua pemakan tidak juga. Entahlah apa yang menjadikan mereka membesar sebagai johan nih...

      Bab coklat Royce tu memang masih lagi dalam petisejuk. Superheroes kurang suka pulak coklat pesen nih!

      Delete
  4. hahahaha.. kita lagi la nak melangkah setapak keluar pintu mesti kena ada hubby sekali. anak dia jgn sesekali bawak keluar rumah tanpa dia hokay! hahahaha... membesar mak & anak dalam rumah 24-7.. seminggu sekali dua keluar jugak tengok dunia. Bapak budak overprotect sangat. Takut jadi apa2 kat anak dia.. Amboi Abang berat dah melepasi berat Untie lekit ni camna.. Untie baru 42 ke 43 camtu la tu pun dah macam penguin. Lumrah orang pendek tak boleh chubby skit terus jadi penguin.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ni lagi parah! At least saya ni ada lagi lubang boleh bolos-boloskan diri. Tapi serius tak best tau kalau tak dapat buat 'terapi' nih....

      Suami Suria tu takut anak isteri gelap kulitnya. Itu yang tak bagi 'berjemur di shopping mall'. Hahaha....

      Delete
  5. banyaknye MD dapat cokelet..apa kata pos laju ke rumah saya..ada dua orang peminat coklet di rumah dan tukang belikan juga adalah isteri mithali..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...lambat sangat requestnya. Kalau tidak haruslah dah berpos ke Johor sana ^_^

      Delete
  6. Lebih kurang jer ngan pak Jilap.... tp rasanya pak Jilap sporting sikit lagilah....Sejak mak tak kerja lagilah pulak menjadi jadi kongkongannya.

    Mentang mentanglah mak dah miskin la ni hihi... Ada sekali tu pasal aerobik pun dia tak bagi bini dia nak enjoy lebih masa. Mcm ulang tayang pulak??? Yeke? ..Bukan lama pun setengah jam jer kat taman tu....Hish mana boleh jadi....bukan mak jumpa mamat jiran, mak jumpa minah jiran jer......
    Dapat pulak bini ganas.....hihi....mak smslah, saya ni isteri awak tau bukannya anak awak...kedudukan isteri seharusnya bawah sikit dpd suami dan atas dpd anak.... Jangan takut, saya tak akannya menduakan awak, I love u so much darling muahhhh...muahhh...
    Eh? Sowiii terover pulak hihi .....

    Sama jer budak kat rumah ni . Abg ngan afik cute tu ok lagi senang nak marah sebab masih budak, diaorang takut. Dlm rumah ni dah katanya keturunan ganas, bukan main lagi bergaduh... yg mendengarnya ni rasa nak pecah gegendang telinga ..... Kalau ada pak jilap lagilah, mak yg disalahkan sebab tak tolong leraikan....Depa ni mana boleh leraikan, tunggu elok sendiri jer, kang menangkan salah sorang kata biars pulak. Tak suka tau!! Stresss mak cenggini!

    Udah....jangan sampai terdelele pulak entri ni !Penat tau mak taip!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Mak boleh aje keluar masa PakJilap takdakan...Ahaks, mengajar orang buat dosa, nilah orangnya...I ler tu siapa lagi!

      Amboi, Mak...cukup-cukuplah kata-kata berkasih-sayang tu. Mak pi kopipes kat blog lainlah. Blog Kak Ton memang tak boleh hadam kata-kata gitu, Mak oiii.... Kak Ton belum breakfast lagi, janganlah Mak buat Kak Ton hilang mood nak makan tengahari pulak....

      Yalah, setakat ni anak-anak saya boleh lagi saya psikokan. Kalau dah besar panjang macam Angry Bird, dak TLBD tu, nak psiko apa. Kita pulak nanti yang terlebih kena psiko! Okey, dah tau dah mengapa Mak awet muda. Mak stress dengan anak-anak perempuan Mak rupanya ^_^

      Mak ni, sekali itu je kejadiannya sampai la ni nak ungkit. Bukan ke Kak Ton dah beri peluang Mak bermaharajalela kat rumah Kak Ton ni? Tak cukup lagi ke Mak?

      Kalau tak cukup, nah password dengan username. Mak jadi bini agong jelah kat blog Kak Ton ni, Mak....

      Delete
  7. Suami mana yang tak sayang isteri... Ingatkan laki ai jer jenis hilang pedoman bila isteri tiada di sisi... Lima minit sekali call tanya khabar berita.... Mengalahkan orang bercinta tau... But now ai know why.... mereka praktikkan ayat ni rupanya "isteri tempat terbaiknya haruslah sentiasa di rumah!"... Kata nak jadi mitahli... kena lah duduk rumah ngadap suami 24 jam.... hahaha

    Aduh, saya boleh bayangkan betapa seksanya MD nak shopping lepas ni.... Tak boleh lagi nak belek harga barang puas2... Parah tu kalau nak jeling pun tak dapat... huhuhu

    Kalau kat rumah saya setakat buah banyak tu, satu hari pun boleh habis.... semua hantu buah....

    Biasalah lah tu anak2 membesar... Nasib baik si abang dah besar jadi takde lah dia bengang sangat dgn si adik yang makin keletah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita kena hadap dia 24-7 tapi dia tak perlu pulak buat gitu, camna nih? Saya memanglah boleh lagi keluar kalau minta izin tapi HD memang tak berapa gemarlah. Kalau saya kata nak keluar je, mesti HD pesan - Jangan membazir!

      Macamlah bila keluar je sorang je, saya membazir. Eh, ke betul gitu kekdahnya? Hahaha...

      Jangan bimbang, Nur. Tak payah bayangkan. Lepas punya. Pandailah saya cari jalan penyelesaian. Kalau saya stress, mesti dalam blog pun tahu. Kah3x.

      Buah-buahan ni biasanya HD yang mengadap sorang. Anak isteri semuanya nak berpotong elok-elok. Si isteri lagilah sibuk dengan serbuk asamnya kalau nak makan buah ^_^

      Peninglah superheroes berdua ni kalau ada di rumah. Tak henti-henti memekak dua beradik. Campur Mommy yang macam tarzan, tak ke havoc rumah!

      Delete
  8. hahaha eh I tebayangvkan those kids yang dalam drama "keluarga iskandar" tu... comel berlawan mulut hihihii. I nanti bila dua anak dara ni besar sikit pun macam ni la kot... huhuhuh sekarang ni pun I duk rasa nak terkam-terkam si Jijah ni kadang2. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, Nas.... memang takda titik noktah kebisingan di rumah I ni. Dah anak-anak super excited memekak, Mommynya apalagi. Kalah jeritan tarzan dibuatnya.

      Anak-anak dara you bila dah besar sikit nanti mesti dok memekak pasal makeup, fesyen and anything related to gegirllah kan....

      Delete
  9. eh baru baca komen2 kat atas ni... nak komen lagi la.. hahahhaa

    my tok laki pulak terbalik, dia yang push push suruh I keluar jumpa kawan2 or pergi la mana2 shopping ker dia takut I bosan kat umah.. heiii i lagi bosan kalau kat luar, I lagi suka duduk rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I ni kan, kalau suami I 'halau' I keluar rumah hujung minggu suruh gi jalan-jalan, memang I senyum 24-7 bawa ke mimpi rasanya. Lagilah I kerap mimpi malam dok terbayang-bayang apa lagi nak shopping. Hahaha....

      Bilalah agaknya I akan lebih mesra alam, duduk di rumah je menjaga anak-anak dan suami. I takut jeritan I makin bertenaga kalau duduk rumah lebih 24 jam. Eh, bukan I yang takut, mereka anak beranak yang takut kalau I ada di rumah. Macam dengar bunyi ngauman binatang ntah apa-apa gamaknyalah....

      Delete
  10. kesian MD,aktiviti paling disukai semakin tersekat.lepas ni kena belajar2 jadi kemut macam sy.hakhak..

    aiman walau takde minuman manis,takde jajan ni semua dia mmg kuat makan nasi.makan banyak dari saya,tu yg susah nak kurus..ramai tegur dia makin susut tak bulat macam dulu dah tp sy tetap rasa dia chubby..mungkin sbb tinggi je tu yg nmpk tak berisi sgt..

    biasalah tu gurau2 adik beradik..tu yg buat rumah jadi riuh rendah..kt rumah ni pun boleh tahan dah abang aiman dok menyakat adik fia. yg afia ni pulak kuat jerit..sesekali tu tinggi jugaklah darah ibu naik.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, PK. Saya pandai cari jalan nanti. Hahaha....

      Samalah macam si Abang. Dia ni makan tak banyak tapi suka mengunyah entah apa-apa. Sekarang ni sebab tak makan betul-betul ketika waktu makan, dia lapar memanjang lepas pukul 10 malam. Dulu saya tak kisah, bila tau beratnya naik 51kg, saya kena cegah sikitlah. Eh, sayang tau kat anak! Hahaha....

      Rumah ni memang tak pernah senyap. Jiran-jiran pun tension agaknya dengar suara dua beradik ni termasuk Mommynya. Keh3x.

      Delete
  11. Haha.. gelakkan MD, Abang dah masuk sesi pagi nanti maka maknya tak adalah masa nak melawat kawasan parlimen lagi. Usahkan parlimen, yang lain2 pun nampaknya payah tu. Haha, sekali fikir saya berpendapat, mustahil si MD ni taat gitu, mesti akan diciloknya juga sekali sekala, kalau tak tak menulis blog nanti, sebab mood tak elok.. haha.. kalau tak juga berjaya cilok, pasti belian online tu akan makin berjaya.. jenuhla nak sorokkan bahan dalam bonet kereta..pulok.. ai, masalah juga nanti, kang HD dapat hidu..

    dua anak lelaki dalam rumah gitula gamaknya ya. Saya ada masanya rasa, rumah saya je bising, rumah orang lain macam diam je .. sorang2 ada saja benda yang nak dijadikan hal untuk bergaduh..

    entry panjang macam nilah yang ditunggu ramai tau.. kalau pendek2 tu rasa tak sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun depan tugas saya hantar Abang pergi sekolah pulak.... Kenalah awal lagi bangun. Maybe akan jadi macam Lieyalatif kot, pukul 5 pagi dah terpacak kat dapur ^_^

      Kalau saya stress tak dapat terapi yang betul, of course keluar bloglah, AN. Maklumlah orang ada blog sekarang nih. Hahaha....

      Jangan kata ANlah, rumah kami pun memang sentiasa havoc. Tahap tak boleh kontrol dah. Mommy jerit macam tarzan, superheroes lagilah hebat melawan jeritan Mommy. Last-last kena redha ajelah. Lantaklah apa orang nak kata. Kalau dah ketawa bergurau-senda pun pitching tinggi inikan pulak bila bergaduh....

      Kalau tak panjang, bukan MDlah namanya.... Mesti silap blog. Takpun as usual, tuan tanah sibuk dengan hal lain ^_^

      Delete
  12. Kalau dah kena penyakit tu, memang bukan salah saya tau, Diana. Penyakit tu tak menjangkit, tak merebak, datang sendiri dari dalam diri. Hahaha....

    Saya pulak kontrol mak-mak kalau kat rumah. Belum sempat lagi nak senyum sorang-sorang. Anak-anak pun tak pernah nampak. Tapi kalau kat office ni, memang kerap alahai sengih macam kerang busuk. Sungguh tak feminin tau!

    Abang ni ada masalah sikit. Tak pernah tidur siang. Malam pun lewat tidur sebab katanya tak best sungguh kena tidur lama. Lagi satu, mengikut kajian yang dijalankan oleh Abang, kalau dia tidur lewat dia senang bangun pagi/cepat. Kalau dia tidur cepat, dia tak boleh bangun pagi/awal. Gitu kekdahnya.... Mommynya ni bersabar je, tepuk dada mendengar hasil kajiannya itu ^_^

    ReplyDelete
  13. hahahah.. tu baru dua kak.. klu ramai lagi.. mau berteriak mummy & daddy kat rumah tuh.. hehehe
    sedapnya choc. meh pass satu.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dua aje ^_^ Kalau ramai entah apalah yang akan terjadi! Daddy jarang menjerit, yang kerap jerit macam Tarzan selalunya Mommylah. Eh, termengakulah pulak!

      Delete
  14. alamak..kantoi la rahsia MD kalo HD baca ni...
    nanti bila smpai je rumah habis dia selongkar dlm h/bag n kereta dulu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... rasanya HD jarang baca blog ni walaupun HD tau ketaksuban saya pada blog sekarang ni ^_^

      Rahsia masih selamat lagi kot :D

      Delete
  15. rumah saya kalau beli buah tak laku, sampai kering buah tu
    coklat pun sama tak laku. tapi biskut ye, terlajak laris!
    banyak coklat tu nampaknya, mujur bukan gemar coklat
    idak dah minta sikit...hehe

    kesiannya dekat abang, bukan apa
    takut dia sering menjadi mangsa ejekkan manusia tak bertanggungjawab
    simpati dekat dia sebab teringat kawan yang mempunyai nasib serupa
    selalu backing dia sebab saya rasa tak wajar orang hina dia
    hanya kerana nafsu makan berbeza

    bab adik beradik mengadu tu, samalah dekat sini
    tak si abang mengadu pasal adik, adik mengadu pasal abang
    pening kadang-kadang tu, tapi rasanya kalau tak ada diorang lagi pening =)
    MD tak mahu tambah gegirl ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah saya buah-buahan ni selalu jadi pujaan HD. Saya kurang sikit. Anak-anak pulak memilih apa yang berkenan di hati. Coklat buat masa ni memang jadi perhatian superheroes sebab tulah tak pelawa kawan-kawan ^_^

      Abang ni dia belum ada rasa malu lagi badannya besar tapi saya kawal juga yalah takut penyakit satu hal. Tak mahu anak jadi ejekan kawan-kawan pulak. Mungkin kalau dia dah pandai malu, berubah juga kot. Sekarang ni buat tak kisah aje dia ni...

      Gegak gempita kat rumah ni kalau dua-dua mengadu. Saya beritahu mereka jangan asyik mengadu, Mommy tak suka. Siapa mengadu, dia yang kena jentik dulu!

      Idaklah, YY. Cukuplah dua superhero yang ada. Kalau tambah satu gegirl, mahu bingit rumah. Hahaha...

      Delete
  16. confirm gegar rumah md kan.blh bygkan keriuhan tu.

    md x blh la nk kona stereng lg lps ni kan.
    sntiasa dipantau oleh md. huhu.

    pasti kena hbskan stok buah buahan tu ye md. nsk selayang erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stok buah-buahan jangan risaulah tak habis. Bapaknya ada, Ciksu ^_^ Lepas ni memang perit sikitlah nak melenjan. Sekarang ni pun cuti sekolah dah lama tak pergi melenjan lepas kerja. Takut kena sound. Hahaha.

      Delete
  17. Saya kalau dapat tidur memang rasa nikmat memanjang tapi ada masanya saya kena penyakit tak boleh tidur malam. Terkebil-kebil sorang-sorang dalam gelap. Kalau dulu, saya buat perangai. Kalau tak boleh tidur, saya mulalah berkemas rumah!

    ReplyDelete

Post a Comment