Salam Selasa kawan-kawan....
Uhuh, rasa macam tak mahu pergi kerja je pagi ni! Sedaplah melingkar dua, tiga hari di rumah. Rasa macam mem besar aje walaupun penat menguruskan rumah dan superheroes!
Pagi ni I dihantar oleh TMJ (uhuks, tak sudah lagi perasannya...) dan superheroes. Seronok mereka berdua dapat hantar Mommy pergi kerja. Mommy lagi rasa seronok - laksana mak datin nak pergi shopping duduk kat belakang tu sambil tangan menjentik-jentik minta 'supir' stop kat depan pejabat ^_^
Cuti tiga hari ni I tak ke mana. Sibuk menguruskan buku-buku Abang, kasi balut semuanya simpan bawah katil. Oh, ya! I memang simpan semua buku Abang sejak belajar di Smart Reader ketika umurnya 5 tahun. Manalah tahu, bila dah besar panjang nanti Abang nak mengimbau kisah silamnya belajar di sekolah tadika dan rendah. Bolehlah belek-belek hasil kerjanya masa ni. Nah, ambil je bawah katil dan lap segala habuk dan tengok-tengoklah kenangan silam awak yang Mommy dah tolong simpankan...
Buku-buku itu semua I ikat dengan tali rafia, balut dengan plastik dan terus simpan bawah katilnya. Segala baju dan seluar sekolah yang tak muat lagi, I dah masuk plastik dan letak je kat luar, adalah yang ambil nanti. Beg sekolah pun dah siap berbasuh walaupun rasa macam nak beli baru.
Eh, you all tak tahu lagi ke? Memangnya yang bersekolah dalam rumah ni cuma si Bubbly Abang tapi yang terlebih excited memanglah Mommynya ~_^ By the way, Jumaat lepas dengan rasminya merupakan hari terakhir I dapat jenjalan di Aeon selepas balik kerja sementara menanti Abang habis sekolah. Tahun depan Abang dah masuk sesi pagi, makanya takdalah peluang I nak sakan melenjan lepas kerja. Tiada alasan lagi. Hubbydearie mesti call setengah jam selepas I habis kerja untuk memastikan I dah sampai rumah dan boleh main masak-masak dengan kadar segera. Huhuhuhu.......
Minggu lepas I pergi jenjalan di Aeon, I pulak yang teruja nak beli botol air, bekas makan dan beg baru untuk Abang ( I dah nampak dah beg yang I berkenan... heheheh...) Bila balik I pun ceritalah kat anak bujang....
Errrkkkk....siapa yang terlebih excited ni! What do you think???
Si Adik Cute pulak lain halnya. Kelmarin I suruh dia kemas toys yang disepahkan supaya boleh ikut MommyDaddy keluar. Tetiba ditanya soalan,
Alaaa....Adik penat! (macam biasa terus baring atas sofa penat sangatlah kononnya...)
Lepas tu bangun balik dan tanya sambil buat muka comel.....
Errkkkk.... kecil-kecil dah pandai nak kenakan Mommy eh!
And, I don't even know whether he knows what 'dodol' is... ~_^
Uhuh, rasa macam tak mahu pergi kerja je pagi ni! Sedaplah melingkar dua, tiga hari di rumah. Rasa macam mem besar aje walaupun penat menguruskan rumah dan superheroes!
Pagi ni I dihantar oleh TMJ (uhuks, tak sudah lagi perasannya...) dan superheroes. Seronok mereka berdua dapat hantar Mommy pergi kerja. Mommy lagi rasa seronok - laksana mak datin nak pergi shopping duduk kat belakang tu sambil tangan menjentik-jentik minta 'supir' stop kat depan pejabat ^_^
Cuti tiga hari ni I tak ke mana. Sibuk menguruskan buku-buku Abang, kasi balut semuanya simpan bawah katil. Oh, ya! I memang simpan semua buku Abang sejak belajar di Smart Reader ketika umurnya 5 tahun. Manalah tahu, bila dah besar panjang nanti Abang nak mengimbau kisah silamnya belajar di sekolah tadika dan rendah. Bolehlah belek-belek hasil kerjanya masa ni. Nah, ambil je bawah katil dan lap segala habuk dan tengok-tengoklah kenangan silam awak yang Mommy dah tolong simpankan...
Buku-buku itu semua I ikat dengan tali rafia, balut dengan plastik dan terus simpan bawah katilnya. Segala baju dan seluar sekolah yang tak muat lagi, I dah masuk plastik dan letak je kat luar, adalah yang ambil nanti. Beg sekolah pun dah siap berbasuh walaupun rasa macam nak beli baru.
Eh, you all tak tahu lagi ke? Memangnya yang bersekolah dalam rumah ni cuma si Bubbly Abang tapi yang terlebih excited memanglah Mommynya ~_^ By the way, Jumaat lepas dengan rasminya merupakan hari terakhir I dapat jenjalan di Aeon selepas balik kerja sementara menanti Abang habis sekolah. Tahun depan Abang dah masuk sesi pagi, makanya takdalah peluang I nak sakan melenjan lepas kerja. Tiada alasan lagi. Hubbydearie mesti call setengah jam selepas I habis kerja untuk memastikan I dah sampai rumah dan boleh main masak-masak dengan kadar segera. Huhuhuhu.......
Minggu lepas I pergi jenjalan di Aeon, I pulak yang teruja nak beli botol air, bekas makan dan beg baru untuk Abang ( I dah nampak dah beg yang I berkenan... heheheh...) Bila balik I pun ceritalah kat anak bujang....
Abang, Mommy dah tahu dah botol air dan bekas makanan apa Mommy nak belikan untuk Abang tahun depan! Beg pun Mommy dah nampak yang Mommy berkenan. Warna hitam dengan merah boleh tak? Ke nak tukar hitam dengan biru?
Mana-manalah, Mommy. Kalau tak beli lagi bagus. Beg Abang ni okey lagikan. Tak payah membazir duit!
Ala Abang ni.... Mommy nak belikan Abang tak suka ke? Lagi satu, tadi Mommy nampak botol air dan bekas makanan minion. Cute gila, Abang!
Dah takda siapa minat minion sekarang ni, Mommy.... Abang tak naklah bawa botol dengan bekas ada kartun. Malulah!
Errrkkkk....siapa yang terlebih excited ni! What do you think???
Si Adik Cute pulak lain halnya. Kelmarin I suruh dia kemas toys yang disepahkan supaya boleh ikut MommyDaddy keluar. Tetiba ditanya soalan,
Mommy nak keluar? Mommy nak pergi JJ eh?
Yalah, Mommy nak keluar dengan Daddy, dengan Abang. Adik tinggal rumah. Adik tak mahu kemas toys, Mommy tak mahu bawa!
Adik tinggal eh? Abang ikut?
Yalah... kemas cepat toys ni kalau tidak Mommy tak nak bawa!
Alaaa....Adik penat! (macam biasa terus baring atas sofa penat sangatlah kononnya...)
Lepas tu bangun balik dan tanya sambil buat muka comel.....
Mommy nak pergi JJ? Mommy nak beli apa? Nak beli dodol eh?
Errkkkk.... kecil-kecil dah pandai nak kenakan Mommy eh!
And, I don't even know whether he knows what 'dodol' is... ~_^
selamat bekerja sis :)
ReplyDeleteBila cuti lebih dari dua hari je mulalah malas merajai diri ^_^
DeleteSahlah mommy yang terlebih teruja... :)
ReplyDeleteMemang dah sah. Sampai tak tidur malam teringatkan warna beg pilihan untuk Abang. Keh3x...
DeleteSobsss tabik la dah siap bungkus baju2 sek. LM x siap lg bab tu. masih terkial2 belek buku2 lama ank, agih2 mana yg blh buat latihan lg. terkedek2 buat itu ini. Nk bangun pun payah klu dah duduk lama. Mangsa kedebaban badan sendirik, ni lah jadiknya. Hahaha
ReplyDeleteAwak tu ada sebab macam saya ni takda sebab nak bermalas-malasan, LM. Kenalah buat secepat mungkin sebelum malas melanda. Kalau tidak, memang last minitlah jawabnya!
Deletemak abah saya dulu pun simpan semua buku-buku saya
ReplyDeletelepas tu dia jual dekat barang lama, menyemak katanya....hehe
saya pun excited afif nak mausk sekolah rendah ni
dah lah first time ada pengalaman gini, memang teruja sangat!
hehe...adik cute ni samalah cam aisy
mana nak mengemas barang walau dah kena ugut, cuma lately
aje barulah dia nak juga mengemas sambil menangis sebab takut kena tinggal =)
p/s-saya ni sebenarnya sibuk tau, blog lain tak singgah lagi
tapi blog ini tetap juga singgah setiap hari
dah macam ketagih dah ni, jampi apalah MD pakai ni =)
Hahaha...yalah bila dah banyak sangat buat menyemak rumah je ^_^ Kalau jual dapat duit. Boleh beli jajan untuk anak-anak. Betul tak?
DeleteAdik ni memang malas sungguh, YY. Kalau sepahkan toys memang tak akan kemas. Balik-balik modal penat yang digunakannya. Abanglah jadi mangsa. Membebel-bebel Abang bila kena kemas sama je macam Mommy!
Oh, ya ke? Alahai, tak terucap dengan kata-kata rasa gembiranya saya tau! Terima kasih banyaklah. Saya pakai jampi serapah sebenarnya tapi apa jampi pun saya sendiri tak faham :D
Biasa la tu MD..acik pun sama masa anak sekolah dulu..semua nak beli..sampaikan..buleh buka kedai pensil..pemadam tu la punya banyak nya he he
ReplyDeleteLebih-lebih pulak saya ni, Acik. Teruja betul kalau nampak peralatan sekolah anak. Alat tulis si Abang tu saya yang pilih. Kadang sampai mogok sebab tak suka pakai tapi Mommy asyik je beli benda sama. Hahaha....
Deletehehehehe... sama lah MD ni dengan akak.. dulu selalu aje teruja lebih utk beli barang keperluan anak.. kekadang tu mereka bukan berkenan pun dengan barangan yg kita pilih tu.. tapi sekarang akak angkut dorang semua utk pilih barang keperluan sekolah mereka sendiri..
ReplyDeleteItulah masalahnya. Kita yang terlebih teruja nak belikan untuk mereka padahal mereka no hal pun kalau tak dapat. Saya ni kalau pergi kat alat tulis pun jadi teruja tengok macam-macam ada. Si Abang tu tak nampak pun teruja sama!
DeleteAbang, elok sangat tu tauuuu..kena selalu ingatkan mommy supaya jangan suka sangat gi shopping....wakakakakakakakka
ReplyDeleteItulahkan, DZ. Anak dah elok perangai. Mommynya pulak perangai tak elok-elok dari kecil sampai ke tua. Hahaha!
Deletehehe..budak2 sekolah sekarang mmn mcm tu gamaknya..anak2 akak pun tak mau brg2 utk kesekolah dipilih oleh maknya,..nak pilih sendiri..
ReplyDeleteAnak saya yang baru 8 tahun tu dah pesan siap-siap sejak masuk Tahun 2, jangan beli apa-apa yang ada gambar kartun. Tak sesuai untuknya. Dah besar! Oh alaaaaa.....
Deletedah big boy dah abg.. tak mau susah2 kan mummy nya... tapi mak2 biasa excited lebih..
ReplyDeleteMakmak memang macam ni tau. Nantilah Lyn kalau ada peluang akan merasa juga. Jangan kutuk kami dulu. Hahaha....
DeleteWah! Memang rajin, siap dah balut buku semua MD ya... Saya belum lagi, nak balut 3 anak memang malas, Nasib yang sorang dah pandai balut sendiri.
ReplyDeleteAnak sulung saya pun kalau saya nak belikan beg baru dia kata tak payahlah bu, membazir...hehe, ibu dia yg lebih excited.
Salam kenal dari saya ya... :)
Oh, ni bukan balut buku untuk tahun depan, Yusma ^_^ Ini buku tahun ni yang saya balut dalam plastik sebab nak simpan bawah katil. Buku baru maybe by this weekend saya balutlah. Malas nak tunggu sampai hujung tahun. Makin ditunggu, makin malas jadinya nanti!
DeleteSalam kenal dari saya juga. Nanti kalau ada masa saya datang singgah ya!
he3x......comel je adik nie.....
ReplyDeletebagusnya abang ni....berjimat cermat orgnya.
Ada ke Adik kata nak cari dodol....cam perli Mommy jek... Tapi saya tak rasa yang dia tahu apa maksud dodol tu ^_^
DeleteAbang memang molek perangai. Yang tak molek perangai Mommynya ^_^
hahahahaha... untung ada anak macam abang tapi mami pulak terlebih excited macam mami yg nak masuk sekolah
ReplyDeleteMommy masuk kedai alat tulis pun boleh excited. Nak buat macam mana....
Deletehahaha...mmg selalunya mommy la terlebih teruja bila part anak2 ni hihi
ReplyDeleteTJ mesti fahamkan. Selain cikgu, emak juga. Hahaha....
Deleteselamat bercuti sekolah..tak g man-mana ke?takkan lepak Tasik Putrajaya
ReplyDeleteCuti sekolah tak boleh lepak kat Putrajaya, Sal. Orang ramai. Nanti terexposed pulak akak. Huahaha.....
Deletebagusnye abang,,,sudah semakin besar,,
ReplyDeleteAbang makin besar makin molek budi pekerti. Mommynya ni aje yang bermasalah sikit, Mar ^_^
DeleteSemalam mak bizi hokay!!!.....
ReplyDeleteMak mmg sejak dulu dah tau, jiran mak mmg spesis lebihsus dirisus daripadas anakus.....so mak memang tak heran! Mak relax jerr....
Tapi bab kemas buku anak simpan bawah katil memang mak respect, tak sangka mak tau jiran mak rajin cenggitu sekali, ingat rajin biasa biasa jer .....
Manalah tahu satu masa nanti Bubbly abang nak buat biografi, senang wartawan nak tangkap gambo tulisan masa kecik kecik dulu...Tak gitu Kak Ton....
Tapikan kak Ton, mak mak mmg sama kot, dulu dulu pun mak gitu jugaklah rasanya, kalau boleh bukak sekolah, barang nak semua baru, tapi la ni udah terbalik, mak kalau boleh tak mo nak belikan benda baru dah, anak pulak yg mintak huhu....Padanlah muka mak!
Perangai adik tu sama mcm TLBD kalau kena suruh....tetiba semput! Adik tu tak pelah masih kecik. Geram betul mak tau!
Udah jangan sampai terdelete! Penat mak mengarang tau!
Laa Mak ni ... cakap ajelah PakJilap ada kat rumah dan Mak tengah berpura-pura jadi baik. Mak kan memang pesen gitu punya kalau suami ada di rumah. Semut lalu pun takut nak pijak depan PakJilap. Huhuhu....
DeleteBusy konon... apa yang dibusykan? Mesti tidur sedap ni sebab penat mengalih perabot. Biasalah Mak tu lepas tu katalah tengah dengar ustaz ceramah kat TV. Huhuhu....tau dah!
Mak ni, kita memang rajinlah! Kita saja tak tunjuk betapa kita rajin tau. Kalau tak caya, mailah datang rumah. Errrkkkkk...eh tak boleh, tak boleh. Macamana kita nak sambut Mak nanti. Ish, tak leh, tak leh... tak jadi jemput datang. Mak pepandai jelah ikut pintu dapur macam selalu!
Mana ada delete lagi Mak. Kak Ton dah berhati-hati sekarang ni. Lebih-lebih lagi komen Mak. Susah Kak Ton nak hafal pulak kang. Nak kena buat entri lagi. Bukan senang nak pujuk Mak ni. Kang tak pasal-pasal kena hempuk dengan kuali kawen dulu-dulu. Benjol ler shawl Kak Ton nanti!
Biasalah kita kaum2 mak ni mmg over eksited sokmo apa hal pom bkaitan anak.. lya sdei p dh siap buat list bagai.. cuma x brani nk shopping skarang tkut bnjir mgejut bln 12 ni mcm thn lps.. lya pom nk smpan semua buku n hasil tangan asya utk tatapan bla bsr nnti. Nk kna cari kitak la..simpan dlm kotak ok skit kot
ReplyDeleteAha, bila dengar pasal banjir dok terfikir tang Lya juga. Kesian pulak kalau kena lagi. Harapnya takdalah ya!
DeleteMak-mak ni memang overlah Lya. Anak tak apa-apa, mak-mak yang lebih-lebih. Macam mak pulak yang nak masuk sekolah!
Mmg teruja tgk brg2 sekolah bdk2 ni. Tp kalau thn ni mak yg plh, thn dpn anak2 plh snd la. Dia org suka frozen tp bila smp kat tmpt beg yg byk2 tu mmg xde frozennya. Mahunya dia org nak semua. Haha... Tp Anis x pyh bwk beg kot sbb pra kan. Cikgu cuma bekalkan homework kalau x smpt siap kt sekolah. Kalau x buku cikgu pegang tkt lunyai kalau bwk blk.
ReplyDeleteSaya ni tengok pemadam warna-warni pun teruja. Nak kata masa kecil-kecil dulu susah nak dapat rasanya tak juga! Anak bujang saya nak semua macam budak sekolah menengah punya. Tak mahu kartun-matun nih. Bekal pun kalau boleh jangan yang menyusahkan nak makan dan ambil masa. Ahah, bab ni senanglah hati Mommy!
DeleteEh, cuti 3 hari MD mengemas rumah dan jalan2 dekat2 je? Luar jangkaan ni, saya ingat dah ke utara dah.. hihi, ronda2 cuti-cuti Jepun.. samalah, saya pun duk rasa macam biasa je walaupun dah masuk beberapa hari cuti sekolah ni. Lebih pula rasanya, sebab hari-hari keluar pagi baliknya pukul 5 sebab pergi ke sekolah menyiapkan kerja-kerja yang masih lagi belum siap.
ReplyDeleteBeg sekolah pun basuh? hai memang rajin betul la kawan kita ni, saya rasa beg naim tu saya basuh baru 1 kali, sebab kena tumpahan makanan.. haha.. malas nau mak Naim ni..
Tak ke mana, AN. Sibuk spring clean rumah. Lepas tu menguruskan buku-buku Abang. HD dah petang Jumaat boleh pulak kata - Jom kita pergi Lost World of Tambun!
DeleteAduhai, menyampah dengarnya! Mana nak dan tempah bilik hotel kalau last minit cuti sekolah ni. Kalau suami isteri sanggup saya redah tapi dengan anak-anak tak beranilah. Tidur dalam kereta nanti. Tengoklah nanti bulan Dis. Masa panjang lagi.
Kesian ya cikgu. Ingatkan Jumaat dah merdeka rupanya masih lagi pergi balik sekolah. Saya ni cuti sekolah tak dapatlah 'grocery shopping' selalu lepas kerja. Ada je kena bebel....
Alahai, ini kali je basuh sebab ingat nak guna tahun depan. Saya nak beli baru tapi Abang tak mahu. So, tak pastilah. Kalau HD tahu Abang tak mahu, tentu tak diberinya saya beli!
mak mak yg teruja lebih kan.xpa masa saya akan tiba nanti..
ReplyDeleteso, keputusannya beli atau berjimat??
alahai adik cute..mesti comel kan bilanbuat buat baring x kemas tu..
selamat bercuti abang.mommy janji nak bawa jenjalan ke mana tu ???
ppssttt: akak, alhamdulillah, tido malam lena sokmo.cma jaga tukar lampin n susu j.kdng2 sy sndiri yg dok bjaga nengok anak atas bawah.mcm mimpi je mommy..
x ingt dh kata nam tahun tunggu baby..
Mak-mak memang over dalam segala hal, Ciksu. Biasalahkan....
DeleteTak pasti nak beli ke tidak sebab beg lamanya tu memang elok lagi. Ikut hati saya memang nak beli baru. Maklumlah tahun baru ^_^
Adik ni memang spesies pemalas yang amat, Ciksu. Menyepahkan mainan rajin tapi lepas tu jangan harap dia nak kemas. Penat je memanjang!
Tak plan pun nak ke mana. Jarang cuti sekolah ni kami berjalan sebab Daddynya tak suka tempat crowded. Tengoklah kalau ada adhoc plan...
Untunglah Ciksu, lena tidur malam. First day ajelah yang risau ya! Anak-anak saya dulu malam quite merengek juga. Nak berbantallah atas ribalah, itulah inilah...Pendekata puaslah part tak cukup tidur tu....
Seronok sekali sekala dapat jadi mak datin.... siap ada pengiring hulubalang yag comel lagi :)
ReplyDeleteMak ai, tabik spring la kat MD... Rajin simpan buku2 abang sampai mcm tu sekali... Saya dulu selalu juga simpan buku2 sekolah sendiri, tapi dah tak dapat dikesan sebab selalu pindah randah....
Anak2 sekolah kat sini lagi lah.... langsung takde bawa balik buku... Memang sah2 takde buku yang boleh dibungkus utk simpan bawah katil... hahaha
Amboi adik, bukan main lagi dia punya alasan... tapi last2 mesti mommy juga yg kena kemas kan? Redho aje lah :)
Hahaha...kalau nak juga bawa balik buku dari Bradford, memang tenggelam kargo. Huhuhu.... Lebih afdal bawa barangan 'yang berharga' je, Nur ^_^
DeleteBukan senang nak feeling-feeling mak datin, Nur. Kalau dapat tu alahai seronok bukan main lagi. Main order je gitu...
mungkin kita ni sama,suka simpan benda2 yg ada sentimental value smp menyemak rumah.tp kiti punya misi tak sama sebab sy simpan buku2 aiman mana tahu dpt diturunkan dekat adik2nya sbb langkah berjimat cermat dimasa hadapan.muahaha..
ReplyDeleteYalah sangat ada sentimental value, PK. Bukan apa, masa nak buang tu saya terbayangkan saya sendiri. Langsung takda apa-apa dari masa zaman sekolah dulu walaupun katanya cerdik pandai terbilang gemilang masa zaman sekolah. Makanya saya ambil inisiatif buatkan untuk Abang pulak ^_^
DeleteItu pun idea yang baik. Satu lagi macam YY kata, leh jual balik. Kah3x.
Adik sekarang ni tengah berlakon 24-7 jadi 'Mail' dalam Upin Ipin. Kalau tidak, dialah adik si Gumball si Darwin tu!
ReplyDelete