Ke I-City lagi....

Salam sayang kawan-kawan!

Yeah, esok Christmas! 

Eh, bukan I celebrate Christmas ye tapi sebab cuti satu hari itu yang terasa betapa valuablenya Khamis minggu ini ~_^

Okey, hari ni nak bercerita tentang aktiviti hujung minggu yang baru. Oh, ya... walaupun I bercuti lebih sehari daripada biasa, kami tak ke mana-mana. Ada aje menyesakkan bandaraya Kuala Lumpur ni.

Hari Jumaat sebelum balik kerja dah telefon Hubbydearie, dok tanya apa plan kami petang tu. Nak makan luar ke atau nak suruh masak. Nak bawa anak-anak pergi shopping mall ke atau ada tempat yang nak dituju petang-petang gitu.

Tetiba Hubbydearie beri idea - why not kita bawa superheroes ke I-City?

Mulanya I rasa macam malas nak heret kaki ke sana. Dah beberapa kali terjah I-City ni. Bukan ada apa-apa yang menarik pun. Dek kerana tak tahu nak ke mana, maka kita setuju ajelah dengan cadangan bapaknya.

Lepas solat Maghrib, kami pun berkelanalah ke I-City. Of course, of course bukan naik kuda mahupun unta, kami naik kereta cabuk jerk pi jenjalan....

Sampai sana, tengok takdalah ramai orang. Okey, I pun lega. Tak perlu nak disguise jadi catwoman or wonderwoman mahupun wonderpets! Kita cari makan dululah sebab perut dah berkeroncong. Asalnya nak ke restoran idaman kalbu tapi Hubbydearie ''sengaja' terlepas simpang. Jadi terlanjur dah sampai di I-City, kita carilah port biasa....


Cemburu tau si Adik ni. Bila I ambil gambar Abang saja, dia mulalah minta snap gambarnya sama. Bila kita suruh posing, dia buat derk aje!


Tadaaaa! Mana lagi kalau bukan KRR ye ^_^ Ini makan malam MD, dikongsi bersama dengan si Adik Cute. Lepas kempunan teringin nak makan macaroni cheese. Ambil sampai dua side dish si macaroni ni. Ingatkan nak balun habis rupa-rupanya si Adik Cute yang balun tolong licinkan... Kempunan balik Mommy tau!



Abang pulak balun quarter chicken+2 bowls of rice+mashed potato and plate Hubbydearie je yang meriah side dishnya, berwarna-warni! But then, KRR kat sini macam tak berapa bestlah. Sos blackpepper pun ciput aje. Bak kata Abang, dia aim nasi dan quarter chicken untuk dicicah dengan black pepper sauce yang lazat tapi hampa! Habis tetap habis cuma entah mengapa mashed potato diserahkan pada MommyDaddy minta dilicinkan ^_^

Bila perut dah kenyang barulah boleh jalan-jalan di I-City ~_~ Keluar dari KRR je tengok orang dah mula ramai di sini. So, kita redah ajelah mana dapat! Dah cantik rupanya I-City ni. Semua  tempat dah bersimen dan tempat mainan kanak-kanak pun banyak pilihan dah!






Surprisingly, my superheroes tak mahu melenjan di sini. Bapaknya punyalah marah. Suruh naik ini tak mahu, suruh buat itu tak hendak. Posing memang terpaksalah sebab 'syurga di bawah tapak kaki Mommy'. Maka no derhaka-derhaka. Itu pun Bubbly Abang sahaja yang rela dalam keterpaksaan tapi Adik Cute peduli apa.



 
Hubbydearie punyalah angin sebab superheroes langsung tak mahu main di dalam ni. Dengan I, I sekali kena marah sebab dok sibuk ambil gambar superheroes bawah pokoklah, bawah itulah, inilah sedangkan anak-anak bukannya gegirl nak gambar-gambar dengan bunga, mainan bagai! Sarungkan dress aje katanya kalau dah sibuk nak suruh anak-anak posing masuk blog. Aduh! Ingatkan HD memahami naluri seorang blogger picisan tapi tegar nih!

Abang pula bila I suruh main itu, naik ini, katanya tak payah. Membazir duit je. Tidak pun dia terasa malu sebab dia besar dan budak-budak lain tak 'setaraf' ketinggian dengannya. So, dia rasa awkward gitu. But then, ajak masuk rumah hantu, trick art museum, takut pula. Dapdupdapdup jantung katanya..... Manalah tak kena marah dengan Daddydearie!





Si Adik pula baru je kita berbincang nak naik, dia dah lompat ke dada bapaknya. Akut, akut... Taknak, taknak! Aduhai, memang rasa macam bawa dua anak perempuan jerk! Tapi tak boleh disalahkan juga. I rasa ikut gene Mommy tu - penakut!






Balik dari sini, puas kami suami isteri dok berfikir kenapa anak-anak harapkan badan je besar tapi hati kecil. Yalah, kalau ikut sejarah Bubbly Abang, memang dari kecil sampai umurnya 5 tahun, dia bermain sendirian. Tiada kawan sebaya ketika itu. Bila my sister babysit si Abang, pun tiada sesiapa di rumah untuk diajak bermain. Bila dah besar, masanya lebih banyak di depan komputer. Tetiba I rasa kesian pada my beloved son. Mommy pun satu hal. Kena marah dengan Daddy sebab terover protective - itu tak boleh, ini tak boleh. Anak asyik nak duduk depan mata je, tak boleh pergi jauh sikit! I redha ajelah pasang telinga sambil sesekali melawan. Hahaha....

Hari Sabtu kita tak ke mana-mana. Jalan santai jerk. Itu cerita lain pulak ya!










 


Comments

  1. wahh meriahnya.. tp jue tak sampai2 lagi sini tau.. kang jenuh kejar2 dedua hero kecik tu.. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cantik berbanding dengan sebelum ni. Dulu berpasir, lagi leceh nak bawa budak-budak. Sekarang ni semua dah simen. Budak-budak ni buat hal pulak, tak mahu melenjan. Itu pun buat Mommynya susah hati ^_^

      Delete
  2. KRR boleh mintak kuah lebih la kak..ala, kesiannya Abang n Adik cute..lain kali Mommy kena ajar diorang lasak sikit..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lapar bangat, Sal. Main ngap aje. Tapi kurang bestlah sos blackpepper kat sini. Awat lagu tu ek? Kalau ayam masih tak bersentuh mungkin minta kuah lebih tapi kita dah tenyeh-tenyeh, tak kuasa pulak. Pastu sedihlah sebab ayam togel jerk sos dah habis!

      Mommy memang perempuan Melayu terakhir. Tak buat aktiviti lasak lepas kahwin tapi itulah, terkejut tengok superheroes ini tak mahu, itu tak hendak. Luarbiasa juga kalau anak-anak semua tak mahu.

      Delete
  3. Dah lama kakcik tak ke I City... almaklumlah...kaki minta dikasihani agar tidak membawa badan yang super cute ini... ;-)

    Anak bongsu kakcik nak ikut rombongan main bola di Pahang hujung minggu ini. Susahnya hatiku ini...sudahlah cuaca sekarang tidak menentu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki saya pun bukan macam dulu, kak. Lepas tu memang pemalas nak jalan-jalan kaki ni. Kalau boleh semua pun nak naik kereta, orang bawakan *_* Takpa kak badan super cute janji muka cute. Hahaha....

      Uhuh, kalau sayalah memang merengek-rengek anak saya tetap juga tak benarkan. Kalau tidak saya cuti, ikut dari belakang bas!

      Delete
  4. dah lama tak ke situ walau dekat =)
    bukan apa, pikir letih nak berjalan lepas tu setiap tempat kena bayar
    tu yang malas en suami nak melayan =)

    kecil lagi kot MD, afif pun penakut semacam
    nak pergi toilet dia boleh suruh adik dia temankan
    adik dia pula yang terlebih berani, bukan takut tu!
    tapi tengok keadaan juga, ada masa dia berani, ada masa penakut
    tapi kalau bandingkan, memang dia lebih berani dari abang

    so moralnya budak lelaki time kecik penakut
    dah besar berani...agaknyalah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, bab letih nak berjalan ni macam sayalah. Saya pun sayang nak bakar lemak tapi dah HD mengajak, saya ikutkan aje. Kalau tidak nanti, lain pulak 'gurau senda'nya *_*

      Abang tu dah 8 tahun, YY. Saya suspect sebab dia tak banyak bercampur dengan rakan sebaya, begitulah jadinya. Sebab itu dengan si Auni, gegirl yang duduk sebelah di kelas pun dia banyak mengalah! Marahlah bapaknya anak lelaki jadi begitu....

      Adik pulak tak pastilah sejak bila jadi penakut ni. Dulu bukan main lagi dia tapi sekarang ni kalau keluar rumah, jumpa tempat yang 'luarbiasa' baginya, habislah melalak ajak balik, cepat-cepat masuk kereta. Tension tau!

      Ya ke kecik-kecik mereka takut? Entahlah....risau pun ada ni takut anak-anak tak boleh berdikari. Dah semua asyik dalam pandangan Mommy je!

      Delete
    2. saya adik lelaki yang gitu , masuk tingkatan dia okay
      betullah kot mungkin faktor kurang berkawan
      budak lelaki kan main kasar, depa takut gamaknya
      tak apalah, baru lapan tahun
      cuma tengok nanti dia camne, dia jenis hati lembut tu

      Delete
    3. Harapnya berubah jadi kuatlah bila meningkat usia. Yalah, bimbang juga takut dia tak boleh nak menjaga diri sendiri. Anak saya si Abang ni memang bukan kasar orangnya. Dia memang tak akan berebut apa-apa dengan budak lain. Saya nak dok terfikir pulak nak hantar pi kem bina semangat tapi dalam hati takut pulak alahai anak kena buli. Aduh, ni semua Mommy punya pasallah kan!

      Delete
  5. ramai kata i city mkin cantik skrg ni.. tapi takde hati betul nak pg..
    tak tau lah kenapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak lebih meriahlah sekarang berbanding dengan sebelum ni. Bila last akak pergi ya... rasanya masa Mami datang KL awal tahun ni. Kalau dekat tu memang takda hati nak jenguk, Lyn *_*

      Delete
  6. Dah bertahun tak pergi kat situ.. eemm.. ntah.. mungkin sebab dekat dengan rumah kot.. biasanya tempat yang dekat dengan rumah ni pandang sebelah mata je.. hehehe.. tapi kalau pergi eemm.. samalah kita, confirm anak2 kena paksa bergambar.. silap2 dengan en. suami sekali.. hahaha.. blog punya pasal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat dekat dengan rumah ni memang terakhir terlintas di hati nak pergi. Biasalah tu. Saya ni pun malas sebenarnya tapi dah HD mengajak, ikut kata ajelah. Bila sampai sana tengok banyak yang dah berubah.

      Delete
  7. hehehhe..memang kita mak2 macam tu la..kan??saya rasa tu la punca kenapa anak pertama saya manja melampau..sikit2 nangis..sikit2 takut..sikit2 geli..tapi anak kedua saya memang tak makan saman. kita acah la kat dia lipas ke,tikus ke,hantu ke,dia pulak yang takutkan kita dengan benda2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkinlah saya ni pun overprotective. Anak-anak tak boleh hilang dari pandangan kalau dengan saya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Entah bila bolehnya pun tak tahulah. Eh, nanti kalau anak-anak dah besar, susahlah hati ni nak kata tak boleh memanjang. Aduhai...

      Delete
  8. kiranya dh lama juga md tak kesini ye sampai banyak juga perubahan yg berlaku..kita lagilah belum pernah jejak i-city ni..tempat ni sekarang kira macam tempat wajib pergi klu ke shah alam ye tak..

    afia sama macam adik,klu mainan yg naik ada bunyi2 tu pun dr jauh kemain tunjuk,pastu dh dekat takut nak naik...aiman ok je.berani..tp klu bab rumah hantu tu takut juga rasanya sama macam bubbbly abg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugalah. Sebelum ni rasanya jejak ke I-City ni masa Mami datang Malaysia dalam Januari lalu. Betul tu, PK. Kalau ke Shah Alam memang ini salah satu tempat tarikan especially untuk budak-budak. Kalau mak budak, haruslah ke Seksyen 7. Banyak kedai nak diterjah. Hahaha....

      Abang tu mostly tak mahu dah main-main kat tempat public ni. Saya rasa dia malu sebab saiznya lebih besar daripada budak-budak yang ada bermain di situ. Si Adik tak payah ceritalah. Harapkan badan je besar tapi penakut juga rupanya....

      Delete
  9. dah tpt tu byk permainan tuk budak2 , klu anak2 x main dah mcm membazir je ke situ ... salah time kot . tapi mlm mmg cantik lampu2 kat ctu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Time kita nak belanja mereka main, mereka tak mahu. Time kita tak mahu mereka main, mereka nak main! Banyak permainan untuk budak berdua ni tapi dah dua-dua tak mahu main. Jimatlah duit. Masuk ke parking je dah kena bayar RM10!

      Delete
  10. suka tengok gambar2 superheroes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penyeri blog, Mar. Kalau nak suruh MD masuk blog, lambat lagilah *_*

      Delete
  11. malam tadi kimi baru tanya "i-city tu apa" "apa ada kat situ".. memang nak kena bawak jugalah. saya tak tahu nak jawab sebab tak pernah pergi lagi..he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut bawa Kimi dan Hani ke sana. Mereka tentu seronok. Macam-macam ada. Kalau Fand pergi mesti gambar pun cantik-cantik. Tengok blog Fand terpesona selalu dengan gambar. Saya ni main tangkap muat je. Takda setting2 bagai. Janji snap photo. Hahaha!

      Delete
  12. Yuhuuuuuuu....kita balik kglah hari ni....tgh tunggu pak jilap kat masjid sambil dengar khutbah....dua dua masjid dengar org berkhutbah, mana satu nak dengar pun tak tau....

    Eh.....mcm tak de kaitan dengan entry kak ton jer.....ingat entry sendiri hihi....

    Lama weyh ....mak tak gi I city ni. Dulu ada snow jer.....Pas tu pegi lagi test water park dia, pas tu dah tak pergi dah....

    Banyak benda dah yeh sekarang....Tutup pukul berapa? Sempat ke nak round semua memalam tu? Ramai orang?

    Tulah ....kekadang character diaorang ni tanpa sedar sebenarnya kita dah acukan sejak mereka kecik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah tunggu dalam kereta ke tengah tunggu di rumah ni? Hahaha.... Kita anak beranak masih ada di KL ni. Hari ni dan Isnin je ambil cuti tapi jadi panjang sebab pejabat pun tutup next week.

      Snow saya pun tak pernah masuk sebab tak rela nak sewa baju sejuk tu. HD lagilah tak ingin snow jadian nih *_* Water park tu pun saya tak pernah masuk, belum teringin. Selalunya jalan-jalan tengok lampu je tapi kali ni dah cantik. Banyak mainan untuk kanak-kanak, banyak tempat untuk berselfie, wefie dan dah bersimen. Kalau dulu pasir je kena redahkan...

      Tutup tak pastilah OKje sebab pernah sekali kami pergi dah dekat pukul 10 malam. Kali ni lepas Maghrib dah gerak ke sana. Round sambil snap foto je. Kalau nak main itu ini bagai, maybe tak cukup sejam! Orang masa ni takdalah ramai tapi kalau weekend memang padat juga. This week lagilah ada Jom Heboh tak silap hujung minggu ni. Memang ramai ler gamaknya!

      Kita ni nak protect anak sebenarnya tapi tak sangka pulak jadi terlebih protective. Akhirnya, anak-anak terbentuk ikut acuan yang kita tak mahu. Aduhai... pengajaran!

      Delete
  13. Bestnya.. Lama tak g sana... Sebba parking mahal tu suami xnk pergi tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Maria. Sekali masuk aje sampai RM10. Bila masuk kalau anak-anak nak main apa-apa kena bayar lagi. Mahal jugalah end upnya nanti.

      Delete
  14. oooo kita dah lama tak ke sana pulak... tapi rasanya kat situler tempat yang mahal semuanyerpun nak berbayo.. nak main ni bayo nak nak main yang lain bayo/.... isyh kalau der duit sikit payah ler...
    tapi dah lawa yerk kat sana sekarangni.. nak pergi satu lagi tempat di icitytu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Cho. Semua nak kena bayar. Kalau ada RM30 dalam dompet, janganlah pergi. Parking aje dah RM10. Nanti kalau anak-anak nak main tapi kita tak cukup duit, lagilah haru. But then tempat ni dah cantik. Jauh berubah daripada the last time saya pergi dulu.

      Cho nak pergi water world kat I-City tu ke atau Red Carpetnya?

      Delete
  15. Bestnya. Kitorang tak pernah gi sini lagi. Asal ajak jer en somi cakap 'mesti ramai orang ni. Parking mesti susah'...cissss...kena tunggu tak der orang baru dia nak datang kot. Geram tau.

    Sedap nya KRR tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang cepat sikit takdalah ramai orang. Tempat ni tutup lewatkan. Makin malam memang makin ramai orang. HD bab-bab susah parking tu takpa tapi bab ramai orang tu tak berapa suka. Kena tengok moodnya kalau nak berjalan, bukan tengok mood superheroes!

      Delete

Post a Comment