Muzium Automobil Nasional @ Sepang F1 Circuit

Salam kawan-kawan!

Yeah, I am back!

Waduh, kena heret kaki hari ni nak pergi kerja! Maklumlah dah hampir dua minggu bercuti tetiba terkejut je pepagi kena bangun nak pergi kerja. Macam mana ni MD, orang awal tahun penuh berazam nak jadi pekerja contoh tapi awak sama je kat takuk lama macam dulu-dulu. Itu tanda-tanda sesuai sangat nak menjadi surirumah sepenuh masa nampak gayanya ~_^

Ada yang rindu kat I ke tidak ni?

Takpa, takpa! Kalau tahu jawapannya nanti mahu hilang mood nak berblogging. Lebih baik jawapan yang sudah boleh dipredict itu kita simpan dalam hati. Tak payah susah-susah nak jawab, nanti kecil hati I ni tau!

Okey, minggu ni cerita-cerita yang nak dipersembahkan dah makan setahun ya. Yalah, semua cerita tahun 2014 dan 2015 baru sempat nak berstory-mory lalaland. Ah kak sibuk bercuti dan bersilang kaki bersilat di rumah. Walaupun hampir setiap hari up entri semasa ketiadaan di alam maya (Ish, kita je yang rasa orang rindu kat kita tapi sebenarnya they all tak rindu pun....), cerita jenjalan melenjan ni tak sempat diupkan seiring dengan waktu. Makanya, semua cerita basi ini merupakan kisah-kisah akhir tahun 2014 ya ~_^

Telan ajelah air liur tu banyak-banyak sambil membaca kerana kisahnya panjang dan terpaksa dibuat beberapa entrilah. Oh, ya! Ada berita gembira ni... He-ho ah kak tetiba buat hal makanya memang confirmlah dapat he-ho baru. Hahaha.... 

Nampak gaya kisah muzium tidak berakhir di sini dan di sana, ya! Kalau ikutkan hati nak aje melawat segala muzium yang ada di Malaysia ni. Bolehlah nanti up entri muzium banyak-banyak sambil paksa superheroes berposing dalam kehangatan hati nak melawan kata Mommy tapi tak boleh ^_^ 

Selesai posing kuak lentang di Paya Indah Wetlands, kami menuju ke Sepang F1 Circuit pula.


Oh, no, no, no.... bukan nak tengok F1! Mana ke ada musimnya, geng! Kita pergi sini je....



Takdalah besar mana pun muzium ni tapi bab berposing, no hal punya. Masuk percuma siapa yang tak suka nak posing-posing dengan automobil yang ada *_*



Marilah kita menjamu mata dengan posing keras kejung my superheroes ni. Maafkan Adik Cute kerana dia memang tak peduli apa Mommy jeritkan. Adik buat macam biasa - sukahati 'Mail' lah nak posing ke tidak! Cuma Bubbly Abang je mendengar kata. Itupun bila dah penat, muka muncung sedepa kalau ukur dengan kayu pembaris tau!







Beraneka automobil ada dipamerkan di sini daripada motorsikal, motokar dan juga lori ~_^






Walaupun tempat ni takdalah besar mana (dua tingkat tapi tak besarlah), semput juga I dok perhatikan Bubbly Abang dan Adik Cute. Sukahati mereka je nak berlari ke hulu ke hilir. Mommynya ni yang dah macam tarzan bila anak-anak tidak berada dalam diameter 1 meter daripada I....




Antara motorsikal yang dah masuk muzium ni...





Sebenarnyakan, I pun tak tahu kewujudan nama-nama motorsikal yang ada. Tahu-tahu je dah kena hantar masuk muzium jadi bahan pameran ~_^

Ini pulak kereta-kereta nasional katanya. Yalah, dah nama muzium automobil nasional takkanlah nak letak Ferrari ke, Lamborghini Aventador si Bubbly Abang ke tak pun Bugatti Veyronkan.... 



Sebelum keluar dari sini, Mommy suruh lagi superheroes berposing selagi daya ~_^




Okeylah, jom balik anak-anak! Orang masuk muzium membaca sejarah tapi kami ni masuk muzium setakat nak berposing je, lepas tu buat modal masuk blog. Keh3x....

Sampai masa nak keluar kenalah tulis komen. Terkedu I tak tahu nak komen apa. Makanya kita biarkan ajelah kotak komen tu kosong tandanya kita okey ajelah melawat muzium ni ~_^

Ingat nak main go-kart di sebelah tapi malaslah pulak sebab I tak berapa minat berjemur bawah terik matahari ni ~_^

Lepas ni kita bersiaran dari dalam shopping mall pulak ya dalam next entry. Tangan I dah ketar dok transfer gambar, meng-watermark dan upload dalam blog. Gigil-gigil dah ni *_*

Permisi dulu ya, bu!


Comments

  1. muzium ni memang boleh tangkap gambar ke? aiyok, expert sudah kak MD satu keluarga dalam hal sejarah, asyik ke muzium je..silap gaya Encik HD tu lagi terer dari I olls.

    Rindu le, bila nak datang umah?muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak suka soalan ko yang terakhir sal! hehe

      Delete
    2. Eh, boleh saja snap photo kat dalam ni. Kalau tidak, akak tak masuk punya. Akak masuk muzium bukan sebab nak tau sejarah tapi sebab nak masuk blog. Siap satu entri. Opppss...terpecah rahsia! Hahaha....

      Akak jeling je kat fakta dalam ni. HD mungkinlah membaca. Sebab itulah akak tak tahu nak komen apa, Sal! Skipped class katanya :)

      Eh, ya ke rindu? Yalah, yalah nanti akak percepatkan tarikh datang mengomen ya *_*

      Delete
    3. YY, soalan yang mana tu? Bab jemput datang rumah ke? Saya kalau bab datang rumah, tak payah berjemput. Tuptup dah sampai depan pintu dapur! Hahaha....

      Delete
    4. ahaha..tu lah, kak MD nanti kalau datang kena sediakan air teh ngan biskut meri sebab dia lepak lama...

      Delete
    5. Tak nak, Sal. Buatkan akak capuccino satu! Dessert tu boleh tak kalau nak request cheese cake?

      Kalau tidak, akak tak nak datang tau ^_^

      Delete
  2. lamanya MD menghilang...cuti lama yekk..seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat 2 minggu, Mar. 5hb baru masuk kerja. Minggu depan cuti lagi bersambung sampai Selasa sebab anak naik sekolah. MD nak duduk depan pintu pagar sekolah jadi jaga sekejap!

      Delete
  3. MD..pertama kali ni tau acik jumpa orang yang seronok bila telfon dia buat hal he he..kalu acik susah hati sangat kalau telefon buat hal..nak kene beli lagi..
    hero bongsu acik tu memang minat sangat kalau dapat tengok kereta antik..moto besar ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... mestilah seronok Acik. Ada peluang dapat he-ho baru nanti :) Tapi jangan bimbang atas kejadian yang tidak diingini sebelum ini, semua nombor dah simpan dalam SIM card dan juga dah tercatat dalam buku nota.

      Bolehlah Acik bawa dia pergi ke sini bila dia cuti semester nanti. Mesti seronok. Tapi jangan suruh berposing macam saya buat kat superheroeslah, Acik. Mahu muncung berbelas-belas depa pulak. Eh, takpa! Hero Acik kan dah pandai selfie :)

      Delete
  4. kalau kak ton tak cite, sampai ke sudah tak tahu kewujudah tempat ni
    tapi kak ton n family ni pelik juga, jarang orang suka p muzium
    termasuklah tukang komen, tu yang buta sejarah! hehe
    tapi menariklah, tak tahu zaman bila boleh pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa? Wartawan gosip tak tahu tempat ni? Dah berapa lama kerja jadi wartawan gosip ni? Hahaha... Apa kena mengena ek wartawan gosip dengan muzium di Malaysia ni? Tak kisahlah, janji dapat bedal itupun dah rasa seronok!

      Kak Ton dan suami kan tak suka tempat crowded jadi tempat macam ni agak sesuailah untuk kami semua. Asal superheroes pun senang hati dan happy, Kak Ton and hubby pun berjimba gumbira jugak!

      Delete
  5. Akak tak pernah sampai muzium ni MD... macam seronok jer kalau akak bawa anak akak Nabil gi explore muzium ni.. anak kak sama jer MD .. tak tau bila penat dari berlari kehulu ke hilir... volume memang tinggi lah waktu hahha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau CH bawa Nabil ke sini tentu dia seronok. Boleh main go-kart juga di sebelah muzium ni. Itulah pasalnya kak. Penat menjaga tata tertib dan sopan santun perempuan Melayu terakhir tetiba je terjerit terpekik terlolong dek superheroes. Habis rahsia orang tau!

      Delete
  6. Banyak kenderaan antik dipamerkan, ya...

    Suka kakcik tengok gambar-gambar tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis semua kereta nasional dah masuk muzium, Acik. Kalau ada satu kena simpan elok-elok. Dah jadi klasik, tinggi nilainya tau ^_^

      Delete
  7. MACAM TAK DE RAMAI ORANG JE..MD NI MEMANG SUKA PERGI TEMPAT TAK RAMAI ORANG..KAN??YE LA..SENANG NAK JERIT2 KAT ANAK..KAN?/KAN?/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah taktiknya. Senang nak kawal anak-anak dengan menjerit macam tarzan. Hahaha.... Kalau crowded sangat, HD yang tak suka, Diana!

      Delete
  8. Lain kali kalau nak tangkap gambar adik tu panggil dia. Suruh dia tengok kamera. Geram betul dgn comel satu ni tau. Tak reti diam. Abang pandang depan dia entah toleh tengok apalah yg menarik sangat. Atau adik saja dengki mummy ye hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah puas panggil, kak. Adik tak peduli. Sampai nak terkeluar anak tekak. Hilang dah kesopanan Mommynya ni dek nak suruh anak berposing!

      Itu baru tengok gambar. Kalau akak berborak dengan Adik, memang pengsanlah budak ni kena cubit pipi. Boraknya tu mengalahkan orang tua! Nak kata apa, ikut Mommy jugakan!

      Delete
  9. sumpah saya tak tahu kewujudan muzium ni...huhu...
    boleh diusulkan pada encik laki ni, sbb dia peminat kereta...

    tq for info dear!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, Wahida!

      Rasanya memang tak ramai kot orang yang tau pasal muzium ni. Dan saya pun tahu daripada suami juga. Hehehehe....

      Delete
  10. saya pun tak pernah tahu & tak pernah di beritahu tentang kewujudannya... si adik tu memang tak mesra camera macam anak saya jugak. Apapun tahniah MD gigih ambil gambar kalau saya tetiba jadi malas kalau nak kena berkejar & berkepung dengan anak hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak kawal si kecil ni, Suria. Dia tak peduli dengan ugutan mahupun kata-kata lembut. Tak macam Abangnya, kalau Mommy merajuk, dia susah hati :)

      Sampai kena marah dengan bapaknyalah asyik sibuk nak ambil gambar je. Nasib baik tak kena humban je kamera tu dalam bonet kereta. Hihihi!

      Delete
  11. serious me tak tau pun wujudnya muzium ni...
    best gak ni kalo dpt pegi...
    i muzium yg kete2 minat skit walopun xtau nama2 kete tu semua...
    lepas tu cam verangan bawa kete itu ini...
    tu lum kalo ada international cars....
    dia punya angan2 pergghhhh...
    "kalau aku kayaaaa" gitu hehehehehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. You ajaklah your husband and lovely kids ke sini, sis! Memang seronok berposing dengan kereta antik macam ni. Kalaulah I gila selfie, memang gambar I aje yang penuh dalam blog ni tau. Huahahaha....

      Delete
  12. wah menarik jugak kat sini yer, ada juga muzium2 mcm ni KA tak tau pun !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, biar benar ni! Ramai juga yang tak tahu tentang kewujudan muzium ni. Sebenarnya saya pun tau melalui Hubbydearie, KA. Lepas tu HD kata kat Abang dalam muzium ni ada Lamborghini, Bugatti etc. Percayalah budak tu. Beria-ia Abang ajak pergi! Rupanya.... automobil nasional aje okey! Hahahaa....

      Delete
  13. I know this museum, tapi tak pernah terdetik hati nak masuk...
    Lepas tu, bila dah selalu lalu...rasa macam " eh...bukak ke lagi museum ni? "..hahahaha

    Patutnya u komen la panjang2 kat situ....
    Kan u terror bagi komen panjang2 kat blog orang..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, hanya pencinta sejarah je yang tau hal-hal tang muzium ni, DZ. Huahaha....

      Macam mana I nak komen kalau I ke hulu ke hilir dok snap foto. Berhenti baca info pun tidak. So I sengih je kat staff yang ada sambil kata I have no comment *_* Patutnya I komen juga suruh mereka letak lebih banyak kereta antik yang comel-comel supaya senang kita bloggers ni nak snap foto anak-anak yang comel masuk blog masing-masingkan! Alahai, napa tak terfkir masa tu!

      Delete
  14. huwaaa...
    lya bru tahu psl muzium ni..
    serius..1st time ni tahu psl kewujudan muzium ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bimbang, Lya! Jangan nangis okey! Memang ramai pun sebenarnya tak tahu tentang kewujudan muzium ni. Kira akak ni antara orang pertama yang sampailah. Hahaha!

      Delete
  15. Pagi tadi dah site visit tp tak sempat nk komen. Mak is tak rindu hokay!!! Jangan perasan! Haha....dahlah WA orang tak reply huhu ..... Mak pun nak tukar kulit ar...Jeles weyh jiran sudah tukar kepala dgn kulit! Cantik ar warna kulit ni! Mak like nak..... Eh ! Hp kak Ton bukan baru tukar ke? Rosak aoa pulak kali ni?

    Tak pernah sampai sini ..... Ada yeh muzium automobil ni.... Tak pernah tau pun. Sapa yg mengajak ke muzium ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, Mak biasalah mana pernah nak mengaku! Habis tu nape Mak sibuk WA kita? Oh, Mak... kan kita dah kata he-ho kita rosak. Maka memang tak berjawablah WA yang masuk. Saja rosakkan Mak senang nak dapat baru nanti. Hahaha....

      Yang tau pasal muzium ni of course Hubbydearielah. Saya main yes, yes aje. Dah Abang excited nak pergi dengar kata boleh pegang Lamborghini Gallador, Aventador bagai. Rupanya 'kereta lama kita' yang masuk muzium! Hahaha!

      Delete
  16. alahaiiii ku tak tau pun kewujudan muzium ni kak woiiii klu akak tak war2 kan kat blog mu ini.. nampak nau tak explore negeri sendiri..
    sesekali nnti nak terjah jugak lah... pi mengimbau sejarah masa lalu ahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik akak teruja nak tulis entri masuk blog ya. Hahaha...

      Aha, akak pun ada sejarah juga dengan muzium nasional ni. Kereta pertama dah masuk dalam muzium sudah :)

      Delete
  17. Ehem LM rindu kat MD tau...

    Wah blh snap gmbr ye lat situ... Kemain dua hero bergaya jadik model

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, thank you, LM. Sebenarnya saya ni dah banyak kali buka blog LM tapi tak sempat baca. Kalau tak sempat komen, saya memang tak mahu baca. Nanti saya datang kita komen pakai lori 10 tonne ya ^_^

      Delete
  18. Owh tak tau nya ada motor ceria dan dinamik tu. Menarik juga tempat ni. Keret2 antik tu cantik la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lagilah tak tahu, Lyd. Itulah tau-tau je motor tu dah masuk muzium. Kereta pertama I pun dah simpan dalam muzium jugak!

      Delete
  19. Erkkkk...ada muzium automabil erk. Baru tau ni MD. Kalau MD tak buat entry memang sampai bebila pon tak tau...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, Fiza. Like you always say, sharing is caring :) Ramai pun rupanya tak tahu tentang kewujudan muzium ni. I pun tahu ehem, ehem, from my Hubbydearie. Maklumlah I duduk ober the sea lama sangat sampai negara sendiri pun tak tahu sangat *_*

      Delete
  20. wah.. boleh ajak suami pergi gak nih... dia suka la bab2 kete ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sangat. Lepas tu kita posing sampai semput and then masukkan cerita dalam blog. Hehehe... Itulah motif MD. Orang lain tak tahu ler :)

      Delete
  21. Wah.. ini nampaknya MD mengaplikasikan teknik SEO masa tulis blog.. banyakla page view macam ni. Kan?

    Menarik nampaknya muzium ni.. macam2 ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO pun saya tak tahu apa fungsinya, AN. Saya ni main menulis aje ikut suka kepala apa nak cerita. Bab-bab attract pembaca tu saya memang fail. Belum belajar lagi sampai khatam!

      Boleh bawa dua Ahmad ke sini. Cantik tau kereta antik tu dari dekat. Berkilat memancar-mancar. Rasa macam nak letak satu je kat depan rumah!

      Delete
    2. Sebab di muzium tu yang berkilat2. Kalau kat rumah MD, takkan jadi gtu punya.. sebab tuannya asyik keluar jalan2 je..kan??

      Delete
    3. Hahaha, pandai pun. Kalau dah ada depan rumah takkan nak simpan je. Haruslah bawa bersiar-siar selalu. 'Supir' kan ada :)

      Delete
  22. amboi habis semua muzium diterjahnya..best jugak bawak superheroes tempat2 macam ni..boys biasanya mmg suka dengan kereta motor besar semua..

    adik ni tak ikut perintah mommy ye..sukahati dia kejap tengok kamera kejap posing gaya sendiri..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susahlah nak suruh Adik ni posing. Memang tak peduli apa. Ikut suka hati dia aje apa nak buat. Jangan harap nak dengar kata. Abang je yang selalu akur sebab malas nak dengar Mommy membebel!

      Kalau turun KL bolehlah bawa Aiman pergi sini. Mesti Aiman ceria berposing untuk ibunya :)

      Delete
  23. hihi.ada chance la md dpt tukar heho bru..

    plg win keta kancil lmpu petak tu..

    jauh benor dr rumah ni. xpa la smntara ddk kl nnti blh la si kecik jenjalan jugk la. hihi
    tenkiu mommy berkongsi
    tak tahu pon selama ni ttg kewujudan muzium ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya memang nak tukar barulah, Ciksu :) Tapi macam seronok pulak takda handphone ni. Semua orang siksa nak contact kita tapi kita okey je rasa. Aman dunia *_*

      Ramai pun orang yang tak tahu tentang muzium ni, Ciksu. Saya pun tak tahu juga kalau tak kerana Hubbydearie ~_^

      Delete
  24. ehmmm MD juga dah sampai sini.. akak dan Atikah anak akak suka muzium... kalau boleh nak duk lama2 dalam muzium.. suami akak layanjer tapi selalunyer tunggu dalam kereta.. .alahai tak semangat muzium langsung...
    ooo kalau muzium ni lagi bestkan isyh entah bila nak sampainyer lalu lalang selalu gak sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuti panjang hujung tahun hari tu. Plan semua kena cancel so jenjalan bawa anak-anak pergi day trip mana yang dapat sahaja. Jauh dekat tak penting, yang penting anak-anak gembira dalam keluar berjalan-jalan as a family.

      Cho dan Atikah minat muzium, haruslah pergi ke sini suatu hari nanti. Seronok juga walaupun tempatnya takdalah besar mana pun.

      Delete

Post a Comment