Paya Indah Wetlands

Salam kawan-kawan!

Malam tahun baru berdentam-dentum bunyi mercun dan limpahan cahaya bunga api dapat dilihat dari balkoni rumah. Cuma I sendirian aje yang masih berjaga seperti selalu. Ya, ya I ni ada di Kuala Lumpur sebenarnya. Nama aje cuti panjang tapi kami tetap tak tidur bermalam di mana-mana hotel. Cuma day trip aje memanjang. Itulah siapa suruh tak buat perancangan selalu. Maka nasiblah ikut arah tujuan supir nampaknya!

One of the days, kami ke sini....



Sudah lama menggoogle dan membaca tentang Paya Indah Wetlands ni tapi belum ada kesempatan untuk menerjah. Yalah, tanpa Hubbydearie memang sukar hendak bergerak ke mana-mana walaupun I boleh sahaja memandu.

Sejak berkahwin dan beranak dua ni, I memang ada gayat sikit bila memandu keluar KL dan selebihnya adalah kerana sikap ingin bermanja-manja dengan suami dan menumpang kasih berserta dengan slogan ' Tanpamu aku tak akan ke mana-mana, darling ' ~_^

Hubbydearie macam selalu memang mahir tentang selok-belok jalan walaupun kali pertama ke sini. Cumanya bila sampai di Dengkil kami mulalah minta bantuan CPR smartphone yang ada kerana tempat ni di kawasan kampung dan jauh terperosok ke dalam. 

Kalau suruh I pergi sendirian memang tidaklah. Separuh jalan I akan berpatah balik. Scary weyh! Oleh kerana kami datang ketika hari bekerja makanya tiada orang lain selain kami sekeluarga. Tempat seluas ini terasa sangat sunyi. Dah macam dalam filem thriller omputih pulak feelingnya.

Kita tengok gambar pemandangan dahululah ya untuk membuktikan betapa luasnya tempat ini dan betapa 'kesunyiannya' pelancong empat beranak ini...









I macam biasa langsung tak merasa apa-apa tapi Hubbydearie seperti pelancong asing yang ada di Malaysia ni amatlah menghargai keindahan alam semulajadi di sini. Sekejap-sekejap keluar dari mulutnya,

What a waste! A beautiful place like this and nobody care to visit and enjoy the nature!

Okey, I malas nak komen! Seperti yang I kata, dah rasa macam dalam cerita thriller je bila cuma kami empat beranak yang berada di sini, sibuk berposing merata-rata! Kalau ikutkan Hubbydearie, hendak aje ulang datang lagi sambil bermalam di chalet yang ada....


Menurut kata Hubbydearie lagi, tentu seronok kalau dapat bermalam di sini - bangun pagi dengan suasana aman tenteram ditiup bayu sejuk sambil bersarapan menghadap tasik yang tenang. Sebelah malam boleh buat BBQ pulak ~_^

Aha, punyalah jauh berangan my Hubbydearie ni sedangkan dalam hati I berdoa Hubbydearie tak akan terfikir nak ajak kami bermalam di chalet yang ada pada masa mendatang! Buatnya Freddy Kruger datang memalam, aduhai... mana ah kak nak lari ooi....

Jomlah tengok gambar-gambar models my blog yang comel-comel ni (ahaks, sifat perasan MD tak hilang ditelan tahun rupanya....)









Selain daripada kami berempat, marilah kita tengok siapa lagi yang ada di sini selain daripada para pekerja di Paya Indah Wetlands ni...




Hippo tu ada dua ekor ya. I letak satu ajelah. Super bagak. Apa yang pasti memang lebih besar dan tinggi daripada I lah. Hehehe....

Superheroes dah kecoh bila tengok hippo 'makan mud' kata si Abang. Dirtynya eating behaviour si hippo ni kata si Bubbly Abang lagi. Tak menjaga kebersihan langsung! Adik pulak bila nampak si Hippo ni dikatanya,

Ehhhh...... cow!

Adik memang biasalah. Semua pun dibantai cow. Kita suruh tengok hippo, dia tengok lain. Hippo depan mata pun tak nampak. Dok tanya mana! Yang sebenarnya ini first time Adik tengok hippo. So, bila kita kata 'hippo' memanglah Adik tak tahu apa ke bendanya itu selagi kita tak tunjukkan padanya. Ada pagar tinggi juga so kena angkat Adik yang berat untuk tunjuk padanya.

Bila nampak a few ducks di tepi kolam boleh pula si Abang jadi rabun....

Mommy! Mommy! Look! There are chicken too!

Dengan penuh keterujaan ya Bubbly Abang nak beritahu Mommynya nih!

Oh, kesian alahai nasib budak bandar ni! Macam manalah Mommy superheroes ni mengajar anak-anak ilmu zoologi ya!

Meh, jamu gambar lagi. Daripada tadi I tengok you all asyik kunyah biskut Marie cicah Milo je sambil membaca my entry ni....








Gambar yang last tu mereka mencari 'Fire Ant' atau nama sebenarnya 'Semut Api'. Ini juga hasil terjemahan si Bubbly Abang ^_~

Dek kerana kesunyian yang teramat, Bubbly Abang tak berani nak ambil wuduk untuk menunaikan solat Zohor di surau yang disediakan. Hubbydearie memang dah ada air sembahyang. I pulak bendera berkibar. 

Suraunya besar ya tapi kosong. Dah takda orang datang, macam mana nak penuhkan! Alangkan di KL pun masjid sikit punya huge dan canggih tak pernah penuh kecuali semasa solat Jumaat!

I dah kata pada Hubbydearie supaya menunaikan solat di our next destination tapi Hubbydearie nak buat di surau tersebut. Of courselah tak akan I nak menghalang. Sementara menunggu Hubbydearie selesai solat, I bawa superheroes melawat kawasan sekitar. Kami terjumpa juga bilik air tapi very scary keadaannya kami nak masuk. Kalau dah I pun takut macam mana nak suruh si Bubbly Abang masuk sendirian!

Bila masa untuk pulang, I pun beritahu pada Hubbydearie entahlah bila kita akan sampai lagi dan kalau ya pun teringin nak ke sini semula, mungkinkah tempat ini masih beroperasi dan dijaga sebaik mungkin? Mengikut keadaan semasa ketika melawat ke sini, sukar nak menentukan jawapannya!

Okey, itu aje cerita tentang Paya Indah Wetlands ni. Cerita lain memang tengah berderet ya menunggu ruang I menulis ni.

Semput tak membaca?

Eh, memang dah kata tahun baru takda pun I berazam nak memendekkan entri. Tapi bila buat entri untuk autopublish dalam keadaan nak cepat ni, memang I pun jadi semput. Maklumlah tahun 2015 ni  I dah tua setahun you see ~_^


Comments

  1. Betul ke takde orang lain selain MD 4 beranak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya datang hari bekerja. Memang kami berempat je. Pekerja di sini adalah...

      Delete
  2. tak ramai orang memang best, tapi kalau takde langsung jadi scary.moga-moga lepas akak share kat blog ni berduyun orang gi sana, pastu Paya Indah Wetlands kena bayar akak untuk advertorial..hehe.Hippo tu lepas bebas gitu je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau tak crowded memang best tapi bila takda orang langsung rasa macam dalam filem thriller omputih pulak! Kalau buat advertorial mestilah yang baik-baik je, Sal. Kutuk mengutuk tak termasuk dalam pakej. Hahaha....

      Delete
    2. ala, akak ni banyak sangat layan movie ni..hehe.eh, mana tau dengan kutuk-mengutuk tu boleh jadi kritikan membina...cewah!

      Delete
    3. I guess so... Akak memang kamcing dengan Jason Bourne tu. Rasa kencang je dada kalau tengok thriller tak pun cerita seram. Ni kira terbawa-bawalah. Tapi betul Sal. Kalau tetiba keluar Freddy Kruger, akak nak buat apa? Hah, kena fikir semua tu!

      Delete
  3. saya dgn my sister lak gayat klu suruh drive masuk kl . lagi rela naik LRT je ... hahahaaa ... sesekali nak gak singgah . selalu gak lalu situ . sekejap tu ditutup mungkin sdg renovate lah ... rasanya masuk free kan sbb Md x de mention pun psl bayaran ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, terbalik gitu :) Saya kalau setakat laluan biasa memang terror. Tapi kalau terkeluar dari laluan biasa, ada sikit sengal. Waze pun tak dapat membantu....

      Masuk memang free. Kalau dah takda orang then nak charge entrance fee, memang melampaulah!

      Delete
  4. Dah lama tak ke sana walau sesekali terjeling2 gak signboard wetland tu..
    oo.. gambar model dua orang kat atas tu rupanya kat wetland.. cantik pemandangannya kan.. ai is suka tempat macam tu.. tenang.. jauh dari sesak jalanraya.. nanti ai pulak nak gedik manja kat hubby ajak pergi sana.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, gambar hasil 'photoshoot' oleh photographer low class di Wetlandslah tu :)

      Memang tenang kat sini tapi kalau nak bermalam kat chalet, dah terbayang-bayang cerita Nightmare on Elm Street takpun cerita seram komedi Siam!

      Delete
  5. sunyi sepi tempat nya..separuh orang pun tak de..tempat ni tak popular ke??kurang promosi kot..kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berempat je. Nasib baik HD ada. Kalau saya bertiga memang tidaklah masuk suka hati kat sini. Seluas parking kereta dan bas tu cuma ada kereta saya je. Nampak a few more cars tapi milik pekerja Wetlands ni rasanya. 'Foreign tourists' memang kita orang jerk!

      Delete
  6. Salam Maulidur-rasul MD...1st time jln2 dithn baru.....sayangnya kalau tempat yg cantik mcm ni terbiar sepi...kalau di upgred mesti ramai pengunjung dtg ke situ.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul buat akak juga. Lama tak nampak akak di sini dan saya pun lama juga tak datang bertenggek kat rumah akak tu :)

      Kalau dipromosikan pelancong asing mesti sukakan, kak. Kalau ada pro photographer ni, mesti ohsem gambar yang boleh diambil. Cantik sebenarnya tempat ni tapi kosong jerk! Takut tak lama lagi terus terbiar!

      Delete
  7. Md, lamanya x mai sini..md sihatkan?
    Haruslah sihat, boleh berjln2 ni.
    Betullah amat sibuk kita skrg md.
    Rehat pun jap sgt.
    Md tukr perabot blog thun br ke? Ke dah lama..

    Keep in touch tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, I sihat je, PB!

      Muahsssss.... rindunya kat you, PB. Lama betul tak dengar berita. Nanti dah free-free, silalah datang lagi ya!

      Baru tukar catlah, PB. Tahun baru cat baru sebab warna favorite kitakan berubah mengikut tahun :)

      Delete
  8. penah dengar tempat ni, tapi tak penah pegi
    cuba pergi bukit cahaya seri alam pula atau nama baru dia
    taman botani negara shah alam
    lagi best rasanya, cuma memerlukan masa yang panjang untuk
    jelajah keseluruhan kawasan

    p/s-kak ton, sorry to say i masih lagi 13 tahun k =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, itu pun kita memang nak pergi tapi asyik bertangguh je. Tengoklah bila cuaca elok dan ada feeling nak masuk ke sana. Tempat tu tak terbiarkan. Katanya dulu fasiliti dah habis lingkup takda benda yang tinggal. Tapi yalah dengar orang kata, pergi tak juga :)

      P.S. Alahai, dah berapa kali Kak Ton nak ingatkan yang KITA memang sebaya. Tak payahlah nak mengelak sangat ^_^

      Delete
  9. hepi new year n salam maulidur rasul kak....

    lieya penah dengar tempat ni kak..dekat pun ngan umah kalo nak pi..tapi tak penah gi lagi sebab rata2 org kate biase2 jek....biase laa manusia ni dengar jek mcm biase2 mmg bercinta laa nak pergi heheeheh...tgk pun kosong takdeorg...mule la seram nak pi tempat takde org sgt nieh heheheh

    suke tgk abg ngan adik posing..menegak je hah hahahaah ni mesti mommy paksa ni heheheeheheh......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy New Year 2015 dan Salam Maulidur Rasul juga, Lieya!

      Hari tu akak pergi pun dari Putrajayalah. Lepas melenjan kita pi terus ke Paya Indah Wetlands ni. Tempatnya ada pemandangan hijau yang indah nilah, lain-lain takda yang menarik. Kalau setakat nak berposing tu okeylah. Nasib baik ada hippo dua ekor :) Nak naik basikal tengok takda orang. Pekerjanya pun tak nampak kat mana, dengar suara jerk!

      Apalagi, memang kena paksalah. Kalau sendiri nak offer diri, memang takdalah!

      Delete
  10. seronoklah jalan2. org lain kerja..
    lagi seronok sbb ada driver... boleh relax2 sambil tidur2 ayam di belakang.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, memang main pointnya itulah. Orang bekerja, kita berjalan. Barulah tak sesak :)

      Main order je Lyn mana nak pergi. Siapkan itinerary jerk. Kalau suruh pergi sendiri, pakai waze pun belum tentu sampai akak nih!

      Delete
  11. i lum pernah sampai lagi tempat tu...
    tapi i mcm u gak kot sis...
    bila xde orang rasa sunyi...
    then mulalah nak imagine mcm2 citer seram yg pernah tengok kannnnnn....

    hahahhahahahha tergelak i baca pasal adik panggil cow kat hippo tu...
    cute ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak crowded memanglah suka. Boleh buat apa aksi nak. Nak mengilai melolong pun takpa. Takda yang kisah. Tapi kalau dah sunyi sepi macam ni, ada sikit feeling-feeling scarylah. Nasib baik abang sado ada di sebelah. Hahaha....

      Adik belum pernah sampai zoo maka inilah akibatnya. Kalau tak diberitahu, dia buat tak kisah je. Paling-paling nama cowlah yang famous dihamburkannya!

      Delete
  12. bestnya... tenang dan damai tgk kehijauan persekitarannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada yang sukakan alam semulajadi dan ketenangan macam Hubbydearie ni, tempat ni memang menarik. Pada saya ni, biasa-biasa sahaja. Sekali pergi cukup dah ^_^

      Delete
  13. Kalau pergi time orang bekerja memang lah sunyi sepi MD.. cuba pergi weekend tentu meriahkan.. akak kalau macam ni dah cabut lari tak tunggu heheheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak pasti kalau hujung minggu ramai ke tidak pengunjungnya. Maybelah kot. Tempat parking bas je saya tengok adalah dalam 3,4 lot juga. Kawasan parking pun besar tapi kereta saya je yang ada. Adalah lagi 2,3 kereta staff kot sebab parking kat staff lot.

      Abang sado ada sebelah, CH. Itu yang saya tak takut pun. Dalam hati je feeling-feeling cerita thriller omputih ^_^

      Delete
  14. tak yah buat azam nak memndek kan n3 tu MD..tulis panjang pun acik rasa macam sekejap je baca sambil tengok gambar superheroes yang comel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tabik spring kat Acik. Kawan macam nilah yang saya suka sangat. Rasa nak peluk erat-erat jerk :)

      Nanti kalau cerita tak berkaitan dengan superheroes pun saya letak gambar mereka juga ya ^_^

      Delete
  15. Kurang mendpt publisiti kakak rasa tu yg sayup-sayup aje
    Kalau lihat dari tempatnya nampak cooling dan fresh
    Tapi ok juga superheros mesti happy bebas tak ramai org:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybelah mereka tak promote betul-betul. Kalau tidak, mesti ramai yang datang especially pencinta alam semulajadikan, kak!

      Otak memang tenanglah sesekali ke tempat begini tapi kalau lelama, rasa takut pulak. Masa HD solat kat surau tu kami pulak dok sibuk explore kawasan berhampiran. Scary juga kak. Rasa macam dalam cerita Prom Night pun ada jugak!

      Delete
  16. Weyh....kita pernah sampai sini sekali, tp tak masuk dalam pun. Dah katanya kita ni sama warganegara Malaysiakan, apa barang nak masuk dlm .....haha....setakat tengok hippo, next year pun boleh.

    Rasanya diaorang kena tokok tambah apa apa yg patut bagi org tertarik yek...

    Kalau setakat cuma tengok 'cow' 2 ekor.....adik cute pun mls nak tengok haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak, dah jauh-jauh jalan sampai kat depan pak guardnya rumah jerk? Apa kes Mak ni? Ni mesti takut tengok hippo besar-besar ni!

      Saya pun rasa begitulah, OKje. Alam semulajadi ni memang menenangkan tapi kalau ditambah dengan beberapa attractions barulah menambat hati. Ni nak sewa chalet pun rasa takut memalam kalau begini gayanya!

      Nasib baik Mommy bawa pergi tengok 'cow' tau. Kalau tidak, Adik Cute tak kenal juga macam jiran sebelah masa umur dia 20 tahun tau *_*

      Delete
    2. Nak survey tempat utk mami visit yek hihi....

      Delete
    3. Entahlah sekarang ni apa cerita. Kalau ikutkan plan asal, pertengahan bulan Januari dah terbang ke sini. Tapi takda khabar berita 'gembira' pun yang disampaikan oleh suami tersayang. Katanya kalau selepas 15hb masih tak boleh datang, terpaksa batal kerana si adik tetiba jadi pulak nak balik kampung mereka pertengahan Feb nanti. So tak danlah Mami nak berlama-lama kat Malaysia. Should I say - LEGA?

      Hahahaha!

      Delete
  17. Eh ada hippo!!

    LM tak pernah g sana . Rasa terkena hidung sedirik pulak bila tempat nmpk tenang dan aman camtu LM pun x pernah pergi..

    Kena gi la ..lepas bersalin blh atur masa ke sana. Klu skrg ni 30 minit je asik nk g tandas. Takmo lah g tandas sana lps baca tadi. Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bosan dengan kerenah hidup di KL ni bolehlah sesekali menenangkan diri di sini. Kalau pi beramai-ramai mesti seronok. Tapikan kalau setakat kami empat beranak aje yang bermalam di sini, memang tak tidur malamlah saya ni, LM....

      Plan lepas bersalinlah. Sekarang ni memang semua tak best, tandas je yang best :)

      Delete
  18. Yey ada badak dan itik. Boleh la pergi bawa Luth nnt. Animal Planet skit kami ni. MD, hebaddnya HD jaga wudhuknya. U tak tergedik2 ke peluk lengan beliau semasa bersiar2 di sitew?

    U kata kat HD, mmg la takde org, dah tu pergi waktu hari bekerja. Org lain kerja tahu tak? Eh, tetibe emo. Tapi i sependapat le dgn beliau kalau dpt overnight kat situ menariknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, nasib baik you di kalangan peminat Animal Planet. Boleh bawa Luth. Kalau lambat nanti jadi macam anak I. Si kecil nampak hippo kata cow. Si Abang nampak itik kata ayam! Tetiba je rabun jadi alasan tau :)

      I guess sebab hari bekerjalah orang takda. Err, yang you over-over jealous kena kerja tak dapat jalan awatnya? Hahahaha..... Nantilah I kerja you ambil cuti pi jalan pulak okey *_*

      Sanggup Lyd you nak bermalam di sini tiga beranak aje? Kalau gitu mehlah kita plan datang ramai-ramai bawa keluarga. Barulah meriah, takdalah Freddy Kruger berani nak datang!

      Delete
  19. Memang indah pemandangan kat paya indah wetlands ni yerp. Hijau jer. TApi macam sunyi sepi sket. Tak pernah ke sini lagi. Kesian kan. Pada hal tak der lah jauh dari umah pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I datang masa hari bekerja. Maybelah lebih sunyi. Kalau hujung minggu tak pasti bagaimana keadaannya. Pernah juga baca ada blogger yang pi bermalam kat chalet di sini. Itu yang buat I teruja benor nak tengok kawasan ni. Lepas melawat kawasan, I rasa seriau pulak kalau Hubbydearie cadangkan kita sewa chalet di sini. Oiiittt, takutnya!

      Delete
  20. sy sokong slogan tanpa aku tidak akan kemana2 tu.hahaha..

    cantik apa tempat ni.sesuai sekali nak santai dengan anak2 sambil tengok hippo.adik buat lawak hippo dikatanya cow..ducks dikatanya chicken..kena belajar kenal haiwan dari afia ni.hehe

    mmg org yg menghargai alam semulajadi macam HD je tahu menikmati tempat2 cmni.cheewaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superheroes saya esp.si Adik memang belum sampai zoo lagi. Kat rumah di KL ni manalah ada haiwan selain daripada cicak, sesekali lipas dan nyamuk aedes! Bantai jelah cow dulu. Nanti-nanti baru belajar. Kalau awal sangat belajar nanti cepat jemu pulak. Dah jadi malas. Bagus tak pendapat Mommy mereka ni? Hahaha....

      Yalah, yalah... nak kata saya tak reti menilai tanah tumpah dara(h) ku sendirilah tu ^_^

      Delete
  21. biar betul md.
    xkan xda org lain selain family md n staff situ !
    ye la tak semua org bekerja ada yg bercuti jga mungkin kurng promosi kot

    nmpak mcm best tp kalau dh sunyinsgt sy pon takut.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul! Memang MD dengan family je kat sini. Mungkinlah sebab kami datang hari orang bekerja :)

      Promosi kurang sangatlah rasanya tapi nak mostly orang tahu pasal tempat ni cuma makin lama mungkin makin terbiar begitu saja dah tak ramai orang datang ke sinikan!

      Delete
  22. d, nti sy try tnya mak pasai ubat barot tu ye.
    setahu sy, apa yg dibaca di label botol tu guna slps bersalin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni ada sakit sendi maklumlah dah tua. Puncanya maybe masa pantang dulu pun tak berpantang sangat macam Ciksu ni. Sejuk je kaki tangan ni. Kalau ubat ni boleh guna, boleh juga try :)

      Delete
  23. tak sampai lagi ke sini ... tak tauler bila nak sampainyer .. jauh tak jauh sangatkan.. seronok gak berjalan2 dan berposing2 di sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dah lama plan tapi baru bulan lepas sempat ke sini. Itu pun pergi masa hari orang bekerja dan saya bercuti panjang. Asal plan nak ke Penang ler, turun ke Johor lah tapi semua kena batalkan. Kalau tak plan selalunya memang menjadi :)

      Delete

Post a Comment